Anda di halaman 1dari 6

SK ST JOHN TAEE,

SERIAN, SARAWAK

KERTAS KERJA
RANCANGAN PROJEK PEMBERSIHKAN DAN PENYUSUNAN SEMULA
STOR SUKAN
SK ST JOHN TAEE

TARIKH
25 27 JULAI 2016

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN TAEE SERIAN

NAMA
EDDONA MAJAKUI
ROZIYANNA BINTI RAHIM
PROGRAM
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN JASMANI
(PISMP PJ)

KERTAS KERJA
RANCANGAN PROJEK PEMBERSIHAN DAN PENYUSUNAN SEMULA STOR SUKAN
SK ST JOHN TAEE
PADA 25 27 Julai 2016
1.0

TUJUAN
Program ini dirangka untuk menjayakan projek semasa Internship. Program ini juga

dirangka bagi membuat penambahbaikan dari segi penjagaan alatan dan sudut-sudut
informasi dan maklumat serta keceriaan di dalam stor sukan.
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran daripada Guru
Besar Sk Sampun untuk mengadakan projek membersihkan dan menyusun semula stor
sukan SK St John Taee Serian. Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang
mesti dilaksanakan dalam tempoh internship dijalankan.

2.0

LATAR BELAKANG

Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam


usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual
dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guruguru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi,
penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang
terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara.
Program ini melibatkan semua guru pelatih yang menjalankan internship di SK St
John Taee. Melalui aktiviti yang dirancang, guru pelatih dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru
yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia dan
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi disamping membantu
pihak sekolah membersihkan sebahagian kawasan sekolah. Projek ini juga mampu
mengeratkan hubungan antara hubungan guru pelatih dengan pihak sekolah.

3.0

MATLAMAT
Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian oleh pihak

sekolah.Ia tidak boleh di pandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik ini akan memberikan
manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu, stor sukan ini perlu di buat
penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras dengan
kehendak keperluan semasa. Matlamat projek ini dibuat adalah untuk mengemaskini
peralatan yang ada di dalam bilik rawatan itu dari segi penjagaan semasa. Murid-murid yang
akan memasuki stor sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan
penggunaan alatan dengan betul

4.0

OBJEKTIF

Objektif Projek Membersihkan Stor ini adalah untuk :

5.0

6.0

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti di sekolah
Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan
Menambah maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan dan cara penggunaan

alatan di stor sukan


Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik
Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor sukan

TARIKH, TEMPAT DAN MASA PROJEK


5.1

Tarikh : 25 27 Julai 2016

5.2

Tempat : Sekolah Kebangsaan St John Taee

5.3

Masa : 2.00 pm hingga 4.00 pm

Senarai Nama Pelaksana

7.0

Penaung

Encik Samus Anak Rama


(Guru Besar Sk. St John Taee)

Pengerusi

Puan Winnie Anak Angoi

Naib Pengerusi

Encik Abdullah Ali Bin Saini@Asan

Setiausaha

Cik Eddona Majakui

Timbalan setiausaha

Cik Roziyanna Binti Rahim

Bendahari

Encik Abdul Rahman Bin Ismail

AJK

Encik Fieldie Anak Tatut


Encik James Anding
Puan Pamela Karen

SUMBER KEWANGAN

Semua kos penyelenggaraan di tanggung oleh pihak sekolah

RM 33.00

dan guru pelatih.

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN

HARGA
PERKARA

KUANTITI

HARGA SEUNIT

KESELURUHAN

Kad Manila

RM 0.80

RM 4.00

Gam Double Sided

RM 2.50

RM 5.00

Plastik Laminate

RM 0.80

RM 4.00

Bakul Kecil

RM 4.00

RM 20.00

JUMLAH BESAR

RM 33.00

8.0

PENUTUP

Projek ini merupakan salah satu komponen latihan yang sangat penting dan perlu
dilaksakan oleh semua guru pelatih. Diharapkan dengan berlangsungnya program ini,
semua guru pelatih yang terlibat mendapat pengetahuan dan pengalaman yang baru dalam
membina karakter sebagai seorang guru.
Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid. Ia
sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan dan sedikit sebanyak dapat
memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan stor sukan.
Selain itu, penjagaan keselamatan dapat dititikberatkan oleh guru dan murid sewaktu
berada di stor sukan.
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh hasil daripada program ini akan
membantu guru pelatih untuk lebih memahami sistem pengurusan sekolah dengan lebih
mendalam serta mempersiapkan diri untuk menjadi seorang guru yang mengamalkan nilainilai profesional di sekolah kelak.

Disediakan oleh

(EDDONA MAJAKUI)
Setiausaha
Projek Pembersihan dan Penyusunan semula
Stor Sukan
Sekolah St. John Taee

Disemak oleh,

(ABDULLAH ALI BIN SAINI@ASAN )


Pengerusi

Projek Pembersihan dan Penyusunan semula


Stor Sukan
Sekolah St. John Taee

Diluluskan oleh,

(SAMUS ANAK RAMA)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan St John Taee,Serian

Anda mungkin juga menyukai