Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM JOM SIHAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN TAHUN 2017

TARIKH : 16 OGOS 2017

MASA : 1.00 TENGAH HARI 3.30 PETANG

OBJEKTIF :

1. Membudayakan aktiviti aerobik sebagai elemen kecergasan dan kecerdasan individu.

2. Memberi pendedahan kepada murid mengenai masalah obesiti

KUMPULAN SASARAN :

Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SK Sedayan.

Pada 16 Ogos 2017, satu program yang dinamakan Jom Sihat telah dianjurkan oleh guru
pelatih Internship di SK Sendayan. Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan gaya hidup
sihat dalam kalangan murid SK Sendayan. Program ini melibatkan dua sesi iaitu sesi pertama
ceramah kesihatan diikuti sesi kedua pada hari yang sama iaitu senamrobik. Program ini telah
dipengerusikan oleh guru pelatih, Encik Kalai Anak Ampi dan mendapat sokongan yang padu
daripada pihak pengurusan SK Sendayan.

Program di mulakan dengan kesihatan yang bertajuk Gaya Hidup Sihat yang memfokuskan
kepada masalah obesity. Program dimulakan tepat pada jam 1.00 tengah hari di Makmal Komputer
yang melibatkan semua murid tahun 4. Ceramah ringkas yang bersifat lebih santai telah dikendalikan
oleh Cik Farieza Ashikin binti Ahmad Shukri, guru pelatih Internship. Ceramah ini dijalankan dengan
menggunakan pendekatan komunikasi dua hala di mana murid tahun 4 menjadi penonton yang aktif.
Sepanjang sesi ceramah berlangsung, murid-murid diberikan peluang untuk bertanya dan
memberikan pendapat mereka. Di akhir ceramah, satu pertandingan melukis piramid makanan telah
dijalankan bersempena dengan Minggu Sains yang akan diadakan pada minggu seterusnya. Ceramah
tamat tepat jam 2.00 petang. Murid diberikan ehat selam 30minit sebelum bergerak ke Dewan
Serbaguna Kg. Sendayan.

Pada jam 2.30petang, semua urid tahun3,4,5 dan 6 bersama semua guru yang terlibat dalam
aktiviti kokurikulum berkumpul di Dewan Serbaguna Kg. Sendayan. Aktiviti aerobik telah diketuai
oleh Encik Kalai Anak Ampi dibantu oleh guru-guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik. Aktiviti ini
berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama yang baik daripada semua guru dan murid SK
Sendayan.

Tepat jam 3.15 , program berakhir dan semua murid bergerak pulang ke kawasan sekolah.
Program ditamatkan 15 minit lebih awal bagi memberi ruang masa kepada murid untuk berehat
sebelum bergerak pulang ke kawasan ke sekolah.

Program Jom Sihat ini harapnya dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan bagi membantu
murid-murid SK Sendayan membudayakan gaya hidup yang sihat. Kesedaran akan pentingnya
menjaga kesihatan perlu diberi dari masa ke masa supaya SK Sendayan dapat melahirkan lebih ramai
murid yang sihat dan cergas.

REFLEKSI :

KEKUATAN :

Ceramah yang disampaikan secara santai lebih mudah difahami dan diterima oleh murid
sekolah rendah yang kurang gemar memberikan perhatian pada sesuatu yang dianggapnya
kompleks. Penggunaan istilah yang mudah difahami membantu mencapai objektif program.
Penggunaan Dewan Serbaguna sebagai tempat untuk aktiviti aerobik memberikan
keselesaan kepada guru dan murid untuk bersenam tanpa sebarang masalah.
Program ini hanya berlangsung selama 2 jam semasa waktu kokurikulum. Hal ini sangat
bagus kerana tidak menggangu sesi p&p murid.
Kerjasama yang baik daripada murid membantu melancarkan program tanpa sebrang
masalah.

KELEMAHAN

Saya tidak menyediakan sebarang helaian atau pamphlet untuk diagihkan semasa ceramah
berlangsung menyebabkan murid yang berada di bahagian belakang agak sukar untuk
melihat maklumat yang terpapar pada skrin LCD.
Program ceramah hanya melibatkan murid tahun 4 menyebabkan murid tahun lain tidak
mendapat manfaat yang sama. Hal ini agak tidak adil kepada murid lain , sebaiknya program
seperti ini dianjurkan dengan melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

CABARAN

Aktiviti senamrobik melibatkan semua murid tahun 3,4,5 dan 6 menyebabkan keadaan agak
sukar di kawal. Ditambah lagi denagan keterujaan murid untuk bersenamrobik
menyebabkan suasana agak kelam kabut pada mulanya.
Maalah sistem bunyi yang perlahan menyebabkan murid dan guru yang beraa di belakang
dewan tidak dapat mendengar muzik dengan baik. Hal ini menggangu gerakan mereka.
Walaubagaimanapun, acara senamrobik masih lagi dapat dijayakan berikutan semangat
yang ditunjukkan oleh semua guru dan murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Libatkan lebih ramai murid bagi aktiviti ceramah dan berikan lebih banyak pendedah
penyakit kronik yang makin kritikal di Malaysia.
Gunakan pelbagai media dan bahan dalam usaha menarik minat murid untuk kekal fokus
sepanjang ceramah berlangsung.
Pastikan ceramah dijalankan secara berasingan bagi murid berbeza tahun bagi mengelakkan
keadaan yang tidak terkawal dan hal ini akan menyebabkan fokus murid terganggu.
Kesannya, objektif program tidak tercapai.
Pastikan sistem bunyi diperiksa sebelum program bermula bagi mengelakkan masalah
teknikal.
Tambahkan lagi aktiviti yang menarik semasa melaksanakan Program Jom Sihat di masa
hadapan.

Disediakan oleh.

(FARIEZA ASHIKIN BINTI AHMAD SHUKRI)


Guru Pelatih Internship
IPG Kampus Pendidikan Teknik
71760 Bandar Enstek,
Nilai Negeri Sembilan.
LAPORAN PROJEK MENAIKTARAF STOR SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN

TARIKH : 2-4 OGOS 2017

MASA : 7.40 PAGI 1.30 PETANG

OBJEKTIF :

1. Menyusun atur perabot dan peralatan sukan supaya lebih tersusun dan sistematik.
2. Melabelkan peralatan sukan
3. Menceriakan kawasan luar stor sukan dengan cat warna

Projek menaik taraf stor sukan SK Sendayan merupakan salah satu projek Internship yang
dijalankan oleh guru pelatih semester 8 IPG Kampus Pendidikan Teknik. Projek menaik taraf stor
sukan ini adalah projek khas yang diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Muhamad
Iezwan bin Abdul Malek dengan persetujuan puan Guru Besar. Projek ini telah diketuai oleh guru
pelatih, Encik Desmond Kelly Malis Anak Assan.

Projek ini dilaksanakan dalam tempoh masa satu minggu sahaja. Projek ini dijalankan bertujuan
untuk membantu pihak sekolah menyusun atur kembali kedudukan perabot dan peralatan sukan
yang berterabur dan tidak tersusun. Selain itu, melihat keadaan stor yang suram dengan pintu yang
berlubang, kami merasa bertanggungjawab untuk membantu pihak sekolah supaya ianya lebih ceria
dan mudah dikendalikan.

Segala bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menyiapkan projek ini telah diberikan oleh
pihak sekolah. Guru besar telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami bertiga untuk
melakukan transformasi pada stor sukan. Menggunakan baki cat yang ada dan bahan serta peralatan
yang kami bertiga berusaha memberikan hasil yang terbaik.

Projek dimulakan dengan mengeluarkan semua perabot dan peralatan sukan yang berada dalam
stor sukan. Kemudian, stor dibersihkan dan kedudukan perabot diubah supaya lebih banyak ruang
kosong untuk meletakkan peralatan sukan yang besar. Dalam masa satu hari, kami berjaya
menyusun atur stor sukan menggunakan bahan dan peralatan yang sedia ada. Bakul yang rosak
dibaiki kembali supaya boleh digunakan untuk meletakkan peralatan sukan yang kecil. Rak rak yang
kotor dibersihkan dan peralatan disusun mengikut saiz supaya kelihatan lebih tersusun.

Pada keesokkan harinya, kami mula mengecat bahagian dinding luar stor sukan menggunakan
baki cat mural yang digunakan semester lepas. Keadaan cuaca yang mendung dan hujan yang turun
silih berganti menggangu proses mengecat menyebabkan kerja kami tertangguh sehingga ke minggu
seterusnya. Selesai mengecat, semua peralatan dilabel dan buku penggunaan peralatan sukan
diletakkan di bilik stor bagi membantu guru yang bertanggungjawab menjaga stor sukan
memeriksaan kelaur masuk peralatan sukan SK Sendayan. Hal ini penting bagi memastikan tiada
peralatan sukan yang hilang. Menggunakan kemahiran menukang, Encik Desmond Kelly telah
membaiki pintu yang berlubang dan mengecatnya semula.

Harapan kami, dengan transformasi yang telah dibuat, guru-guru yang menggunakan peralatan
sukan akan menjaga keadaan stor sukan supaya ianya sentiasa dalam keadaan tersusun dan teratur.
REFLEKSI

KEKUATAN

Ketua projek , Encik Desmond Kelly Malis Anak Assan mempunyai misi dan visi yang jelas
dalam menyiapkan projek ini menyebabkan ia berjaya disiapkan dalam masa yang singkat.
Kerjasama yang baik antara guru pelatih Internship merupakan faktor utama projek ini
mampu disiapkan dalam masa hanya satu minggu.

KELEMAHAN

Tiada bajet diperuntukkan bagi projek ini. Oleh itu kami terpaksa menggunakan kreativiti
dan segala kemahiran kami untuk membaiki barang yang rosak supaya ia boleh digunakan
semula seperti bakul, rak dan termasuklah pintu stor.

CABARAN

Cuaca yang mendung dan hujan yang kerapkali turun menggangu proses mengecat
menyebabkan ianya kerapkali tergendala.
Setelah kami selesai mengemas, pada keesokkan harinya keadaan stor sukan kembali
berterabur kerana guru yang bertanggungjawab tidak memantau murid semasa mereka
menghantar kembali peralatan sukan ke dalam stor sukan. Sekiranya keadaan seperti ini
berterusan, stor sukan akan kembali bersepah seperti sebelumnya.

PENAMBAHBAIKAN

Menukar perabot yang telah rosak dengan yang baru.


Tetapkan tema warna pada hiasan dan cat dibahagian dalam stor suasana bilik stor lebih
ceria dan menarik.
Gunakan kaedah denda kepada pengguna peralatan sukan yang gagal mematuhi peraturan
penggunaan bilik stor sukan yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh.

(FARIEZA ASHIKIN BINTI AHMAD SHUKRI)


Guru Pelatih Internship
IPG Kampus Pendidikan Teknik
71760 Bandar Enstek,
Nilai Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai