Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN CHUKAI

24000 KEMAMAN, TERENGGANU.


Tel: 09-8591529 Fax: 09-8594984
Email: mail@skchukai.edu.my
Homepage: http://skchukai.edu.my

“WE WORK SMART & HARD!”


LAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI DISLEKSIA 2010

PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Chukai merupakan sekolah perintis yang
mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia di daerah
Kemaman yang telah dibuka pada Oktober 2008. Pada tahun 2010
terdapat 2 orang guru dan murid telah bertambah sehingga 6 orang dari
tahun 3, 4 dan 5.

CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


DISLEKSIA

PENGERUSI : TN. HJ. YUSOF B. MUDA ( GURU


BESAR)
NAIB PENGERUSI : PN. ZAINAB BT. AHMAD ( PK 1)
SETIAUSAHA : PN. KHAMSIAH NOOR BT. ZAINAL ABIDIN
(PENYELARAS)
AHLI JAWATANKUASA :
PN. NORAINI BT. ADAM (GURU DISLEKSIA)
PN. NORIAH BT. ISHAK (GURU KELAS TAHUN 5
DINAMIK)
PN. ROSMAWATI BT. ABDUL RAHMAN (GURU KELAS TAHUN 4
CEMERLANG)
PN. MAZIAH BT. ISHAK (GURU KELAS TAHUN 3
DINAMIK)
LAPORAN SUKAN MSSD DAERAH KEMAMAN

OBJEKTIF :
1. Memberi pendedahan kepada murid kaedah menjaga kesihatan
dari sudut bersukan.
2. Dapat mencungkil bakat yang terpendam.
3. Meningkatkan keyakinan diri di atas kemenangan yang diperolehi.
4. Dapat bersosial dengan murid-murid dan guru-guru dari sekolah
lain.

KUMPULAN SASARAN :
Seramai 5 orang, murid-murid disleksia tahun 3D, 4C dan 5D.

MASA :
30 MAC 2010

TEMPAT :
SMK SULTAN ISMAIL 1, KEMAMAN

PENILAIAN KEKUATAN :
1. Terdapat kerjasama daripada semua guru yang terlibat semasa
latihan dijalankan dan menghantar murid semasa pertandingan.
2. Tempat dan peralatan untuk menjalankan latihan telah ada dengan
lengkap.

PENILAIAN KELEMAHAN :
Murid-murid kurang mendapat latihan kerana makluman
perlawanan lewat diterima.

PENAMBAHBAIKAN :
Memohon kerjasama daripada pihak pengurusan agar percepatkan
pemberitahuan sebarang perlawanan.

PENUTUP
Pada keseluruhannya pertandingan ini berjalan dengan lancar. Murid-
murid sangat bersemangat dengan adanya kasut spike yang baru dibeli. Guru-
guru memberi kerjasama yang baik sama ada semasa melatih murid pada hari
latihan dan menghantar murid semasa pertandingan.
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG

OBJEKTIF :
1. Memberi pendedahan kepada murid kaedah menjaga kebersihan di
dalam kelas.
2. Dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam menceriakan kelas.
3. Menanamkan sikap kerajinan dan mencintai sekolah serta kelas
tempat menuntut ilmu.
4. Mengeratkkan ikatan silaturrahim antara murid-murid dan guru-
guru.

KUMPULAN SASARAN :
Murid-murid, guru-guru, ahli keluarga guru-guru dan ibu bapa
murid- murid.

MASA :
17 April 2010

TEMPAT :
Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia

PENILAIAN KEKUATAN :
1. Terdapat kerjasama daripada semua guru dan murid serta ahli
keluarga semasa aktiviti dijalankan.
2. Peralatan telah disediakan dengan secukupnya.

PENILAIAN KELEMAHAN :
Banyak kelengkapan gotong-royong yang perlu dibeli oleh guru-
guru kerana masih belum ada peruntukan kewangan untuk kelas.

PENAMBAHBAIKAN :
Memohon bantuan kewangan secepat mungkin untuk memudahkan
segala urusan keceriaan kelas pendidikan khas.

PENUTUP
Pada keseluruhannya program ini berjalan lancar seperti yang
dirancangkan. Antara tugasan yang dibuat sepanjang program ini ialah
mengecat bingkai tingkap, mengecat dinding, memasang langsir pada
softboard dan mengemas kelas.

Anda mungkin juga menyukai