Anda di halaman 1dari 26

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KARNIVAL PERMAINAN FUTSAL DAN BOLA JARING DAERAH KEMAMAN 2017


______________________________________________________________

TARIKH :
9 MEI 2017 (SELASA)

TEMPAT :
PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN CHUKAI KEMAMAN DAN
GELANGGANG FUTSAL TERTUTUP PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH KEMAMAN

ANJURAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN

DENGAN KERJASAMA :
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN
&
SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KEMAMAN
PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Pegawai Pendidikan daerah Kemaman
dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG ) serta semua guru PPKI dan murid sekolah
rendah dan menengah seluruh daerah kemaman.

Pegawai Pendidikan daerah Kemaman akan menganjurkan pertandingan futsal di gelanggang futsal
tertutup Pejabat Daerah dan pertandingan bola jaring di padang sekolah kebangsaan Chukai dalam
Karnival permainan Pendidikan Khas. Program ini di harap dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk
dijadikan sebagai pasukan pelapis pada masa akan datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini
dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras
dengan Program “1 Murid 1 Sukan” yang dilancarkan oleh kerajaan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif
dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini dapat mencungkil bakat – bakat
baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil ,
mungkin suatu hari nanti pasukan Sekolah Rendah dan Menengah daerah kemaman mampu untuk
mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Zon dan Negeri.

Sehubungan dengan itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman mengambil langkah – langkah perlu
bagi membimbing dan menggerakkan pelajar agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan
menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah
kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah
pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 9 Mei 2017 iaitu pada hari Selasa pagi sehingga tamat .
4.2 Dilaksanakan selama 1 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sehingga petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT

5.1 Gelanggang futsal tertutup Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kemaman.
5.2 Padang sekolah kebangsaan Chukai, Kemaman.
KARNIVAL PERMAINAN PPKI DAERAH KEMAMAN 2017

Ahl Jawatankuasa Induk

Penaung : En. Idris bin Bidin


(Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman)

Penasihat : En. Abu Khuaraiah bin Abu Bakar


(Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Kemaman)

Penyelaras : Pn. Sahani binti Mohd Samsudin


( Penolong PPD Pendidikan Khas dan Swasta PPD Kemaman)

Setiausaha : Pn. Rohaida Binti Rany


(Penolong Kanan PPKI S.K. Chukai)

AJK Kerja

Urusetia : Pn Zahara Bt Hj Abdul Rahman (SK Chukai)


En Mohd Khairul Hafiza Abu Hanafi B Md Zainal Abidin

Pendaftaran : SK Chukai

Peralatan : SK Chukai

Tempat : SK. Chukai

Pengadil Futsal : i. SK Geliga


ii. SK Bukit Mentok 2

Pengadil Bola Jaring : SK Seri Iman

Pencatat : i. SK Binjai
ii. SK Bukit Kuang

Kebersihan & : SMK Sultan Ismail


Keselamatan

Hadiah /Cenderahati : SK Pusat

Pengerusi Majlis : SK Seri Iman


Penutup

Dokumentasi : SK Ibok
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF


Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi karnival permainan sekolah rendah dan menengah bagi
daerah kemaman.

PENAUNG Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman

PROGRAM Karnival Permainan Daerah Kemaman

PERMAINAN Futsal dan Bola Jaring

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


PENCAPAIAN menyertai sesebuah pertandingan.
PROGRAM  Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-
strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.

ANJURAN Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman

TARIKH 9 Mei 2017 ( Selasa )


TEMPAT Gelanggang Futsal Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kemaman
Padang terbuka SK chukai
Dewan Ilmiah SK Chukai, Kemaman

BIL. PASUKAN 16 pasukan

ANGGARAN KOS RM 650.00

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 650.00
Jumlah Permohonan RM 650.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Promosi

- Banner 1 unit RM 100.00 RM 100.00

Hadiah ( Medal )

Sijil - Pengadil & AJK 20 orang RM0.50 RM 10.00

- Sijil Penghargaan

Makanan

- Minuman Peserta 20 orang RM 30.00 RM 60.00

2 Tong

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Hadiah

Futsal Sek. Ren. Dan Men.

 Tempat pertama 7x2

- Medal Emas (Ren & Men) RM 5.00 RM 70.00

 Tempat kedua 7x2

- Medal Perak (Ren & Men) RM 5.00 RM 70.00

 Tempat ketiga 7x2

- Medal Gangsa (Ren & Men) RM 5.00 RM 70.00


RM 210.00

Hadiah

Bola Jaring Sek. Ren. Dan Men. 9x2

 Tempat pertama (Ren & Men) RM 5.00 RM 90.00

- Medal Emas 9x2

 Tempat kedua (Ren & Men) RM 5.00 RM 90.00

- Medal Perak 9x2

 Tempat ketiga (Ren & Men RM 5.00 RM 90.00

- Medal Gangsa
RM 270.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 560.00


Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
ZAHARA BINTI HJ ABDUL RAHMAN

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
PN ROHAIDA BT RANY

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
EN AHMAD KAMAL B ISMAIL

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
PENAUNG
PN SAHANI BINTI SAMSUDIN
LAMPIRAN A

BORANG PENDAFTARAN
KEJOHANAN FUTSAL GELANGGANG TERBUKA
ANJURAN PPD DAERAH KEMAMAN

Nama Sekolah : ____________________________________

Nama Pengurus : ____________________________________

No. Telefon Bimbit : ____________________________________

Nama Jurulatih : ____________________________________

BIL NAMA PEMAIN NO SIJIL LAHIR NO JERSEY

** Nota : * Borang ini hendaklah dilengkapkan dan diserahkan pada hari


pertandingan .
* Kepilkan bersama Salinan Sijil Lahir
LAMPIRAN A

BORANG PENDAFTARAN
KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
ANJURAN PPD DAERAH KEMAMAN

Nama Sekolah : ____________________________________

Nama Pengurus : ____________________________________

No. Telefon Bimbit : ____________________________________

Nama Jurulatih : ____________________________________

BIL NAMA PEMAIN NO SIJIL LAHIR NO JERSEY

** Nota : * Borang ini hendaklah dilengkapkan dan diserahkan pada hari


pertandingan .
* Kepilkan bersama Salinan Sijil Lahir
LAMPIRAN B
SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1. PENGENALAN

 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Sekolah Rendah dan menengah daerah
Kemaman.
 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah yang diketuai oleh seorang ketua
pengadil.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana


yang diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
 Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :
o Semua kejadian perkara – perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan kepada
PERATURAN AM KEJOHANAN .
o Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
Futsal Padang 5 Sebelah Daerah Kinta Utara berasaskan kepada peraturan-peraturan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bolasepak
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad.
 Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah BERHAK MEMINDA PERATURAN-
PERATURAN TAMBAHAN, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.

3. TARIKH

 9 Mei ( Selasa )

4. TEMPAT

 Gelanggang Futsal Pejabat Daerah dan Tanah kemaman

5. PENYERTAAN

 Penyertaan untuk 16 pasukan terawal sahaja.

6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI

 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada :


o Seorang Pengurus pasukan
o Seorang Jurulatih
o Minimum 5 pemain, 3 pemain simpanan

 Semua pemain dikehendaki membawa salinan kad pengenalan atau Surat Lahir pada hari
pertandingan.
 Pemain yang didaftarkan namanya di dalam borang pendaftaran sahaja yang dibenarkan mengambil
bahagian.
 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad. Pemain yang
didaftarkan untuk kejohanan ini hanya layak bermain untuk satu (1) pasukan sahaja. Jika pemain
tersebut mewakili pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan yang diwakili pemain tersebut
akan disingkirkan terus daripada kejohanan.

7. FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

o 16 Pasukan akan diundi ke dalam enam (4) kumpulan dengan maksimum empat (4) pasukan
dalam setiap kumpulan.
o Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu pusingan.
o Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah keluar (knock-out stage)
sehingga ke peringkat perlawanan akhir.

8. PERATURAN PERTANDINGAN

 Memulakan Perlawanan
o Setiap pasukan mestilah mempunyai lima (5) pemain termasuk seorang Penjaga Gol.
Sekiranya kurang dari lima (5) pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila
pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan
yang mempunyai lima (5) pemain yang berada di dalam gelanggang akan diberi kemenangan
percuma dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.

 Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan

o Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam jadual pertandingan
rasmi.

 Penggantian Pemain

o Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seseorang pemain
yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
o Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan
:

 Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan


tepi di kawasan zon penggantian.
 Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari
kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang
hendaklah keluar telah melintasi garisan tepi.
 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan
syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih
dahulu.

 Tempoh Masa Perlawanan


o Masa perlawanan adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit (Running Time)

 Kelewatan

o Sekiranya mana-mana Pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima


(5) orang pemain selepas 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira
kalah (walkover).
o Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan
jaringan tiga (3) – kosong (0).

 PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI


o Semua pasukan wajib mendaftar sekurang- kurangnya dua (2) set jersi yang berlainan warna
dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi Pasukan Tuan Rumah.
Pasukan Tuan Rumah adalah nama pasukan yang disebut dahulu didalam jadual
pertandingan.Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi
Pasukan Tuan Rumah.
o Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Tuan Rumah tidak memakai warna jersi
yang diisytiharkan, maka Pasukan Tuan Rumah Wajib menukar warna jersinya. Jika berlaku
persamaan warna jersi kerana Pasukan Pelawat memakai warna jersi yang sama dengan
Pasukan Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat yang wajib menukarkan warna jersinya.
o Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor tetap sepanjang kejohanan, seluar
yang sesuai, stoking panjang dan wajib memakai shin guard.
o Hanya kasut futsal dan bersesuaian sahaja dibenarkan .

9. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN

 Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar gelanggang dan salah satu pasukan
tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan
kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.
 Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang
kerana pergaduhan akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.
 Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2) perlawanan seterusnya.
Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya
mendapat kad merah, tidak boleh bermain untuk satu (1) satu perlawanan seterusnya.
 Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak
boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya.
 Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang
boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh dua (2) minit permainan dijalankan.
 Pengurus/Jurulatih bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan pasukan masing-masing.

10. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU


TERATAS

 Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada (0) mata
bagi pasukan yang kalah.
 Dalam pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan pasukan teratas atau
pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan hirarki
seperti berikut :-
o Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
o Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika
sama :
o Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama
:
o Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira sebagai pemenang, jika seri :
o Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang secara
SUDDEN DEATH secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.

 Dalam perlawanan kalah mati atau perlawanan akhir atau, penentu pemenang adalah mengikut
hirarki seperti berikut :
o Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa permainan, jika seri :
o Jika kedudukan masih seri sehingga tamat perlawanan sepenuh masa, tiga (3) sepakan
penalti akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
o Jika masih seri, satu sepakan penaltisecara SUDDEN DEATH akan diberikan kepada setiap
pasukan untuk menentukan pemenang.
11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH
KALAH /MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

 Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan
kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.
 Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua perlawanan walau pun telah layak
untuk ke pusingan kalah mati.
 Perlawanan yang ditunda atau dihentikan :
o Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditangguhkan kerana
sebab-sebab luar jangka atau bencana alam, kekurangan kawalan keselamatan perlawanan
atau sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan hendaklah membuat keputusan
yang mana keputusannya adalah muktamad.
o Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain
satu pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan
dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.

 menarik diri / memberi kemenagan percuma :


o Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurunkan minimum
lima (5) orang pemain pada masa permulaan perlawanan atau;
o Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum
tamatnya perlawanan, atau;
o Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau;
o Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat
persetujuan Jawatankuasa Pengelola, Pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan
semua keputusan mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.

12. RAYUAN DAN BANTAHAN

 Rujuk Peraturan Umum.

13. LAIN-LAIN HAL

 Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah
peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.
 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana undang-undang atau syarat
atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan
prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak
Jawatankuasa Pengelola.
 Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah mana-mana jadual, peraturan, syarat, dan undang-undang
perlawanan secara serta merta.

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

 Tarikh bagi pertandingan bola jaring seperti berikut :


1. 09 / 05 /17 ( SELASA )
 Setiap pasukan mesti mempunyai 10 pemain sahaja yang terdiri daripada 7 pemain utama dan 3
pemain simpanan.
 Masa perlawanan bagi sistem liga adalah 10 minit bagi separuh masa pertama, 3 minit untuk rehat
dan 10 minit bagi separuh masa kedua.
 Cara mengira markah bagi sistem liga adalah :
1. Menang = 3 mata
2. Seri = 1 mata
3. Kalah = 0
 Setiap pengurus pasukan dikehendaki mengisi borang pemain dan diserahkan kepada penjaga
masa sebelum setiap perlawanan.
 Setiap ketua pasukan dikehendaki untuk membaling syiling dengan ketua pasukan lawan 5 minit
sebelum perlawanan bagi menentukan gol dan bola.
 Setiap pengurus pasukan hendaklah memastikan pasukan masing-masing bersedia 10 minit sebelum
perlawanan dimulakan.
 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

14. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

. Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup


2 Mei 2017

. Tarikh pengundian akan diadakan pada 5 Mei 2017 di Bilik Mesyuarat


Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman.
LAMPIRAN C
SEKOLAH KEBANGSAAN CHUKAI
24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
Tel: 09-8591529 Fax: 09-8594984
Email: mail@skchukai.edu.my
Homepage: http://skchukai.edu.my
KEPADA:
.........................................................
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Ruj Kami :
Integrasi Sekolah Rendah & Menengah Tarikh :
Daerah-daerah Kemaman.

Tuan/puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN


KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH BAGI DAERAH KEMAMAN
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 13 APRIL 2017
Masa : 2.00 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Chukai
Pengerusi : Guru Penolong Kanan PPKI SK Chukai
3. Agenda Mesyuarat:

3.1 Ucapan Pengerusi.


3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Bolasepak Kemaman
3.3 Maklumat Pertandingan
3.4 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.
3.5 Kewangan.
3.6 Hal-hal lain.

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.


Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
(PN ROHAIDA BT RANY)
GPK PPKI SK CHUKAI, KEMAMAN.
JADUAL PERTANDINGAN
P1

P9

P2

P13

P3

P10

P4

JOHAN

P5

P11

P6
P14

P7

P12

P8

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR


Nama-nama sekolah di daerah kemaman.

1. SEKOLAH KEBANGSAAN CHUKAI, (PIPKP & DISLEKSIA) KEMAMAN

2. SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT, KEMAMAN

3. SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI, KEMAMAN

4. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELIGA, KEMAMAN

5. SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK 2, KEMAMAN

6. SEKOLAH KEBANGSAAN CHENEH BARU, AIR PUTIH KEMAMAN

7. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN, KEMAMAN

8. SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG TAYOR, KEMAMAN

9. SEKOLAH KEBANGSAAN KEMASIK, KEMAMAN

10. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHUKAI, KEMAMAN

11. SEKOLAH KKEBANGSAAN SERI BANDI 2, KEMAMAN

12. SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA NERAM 1, KEMAMAN

13. SEKOLAH KEBANGSAAN MERAGA BERIS, KEMAMAN

14. SEKOLAH KEBANGSAAN IBOK, KEMAMAN

15. SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG, KEMAMAN

16. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR, KEMAMAN


SEK MEN DAERAH KEMAMAN.

17. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL, KEMAMAN

18. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELIGA, KEMAMAN

19. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENEH BARU, AIR PUTIH KEMAMAN

20. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERTEH, KEMAMAN

21. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIJAL, KEMAMAN

22. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADRUL ALAM SHAH, KEMAMAN

23. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BANDI, KEMAMAN

24. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG, KEMAMAN


LAMPIRAN

TENTATIF KARNIVALPERMAINAN DAERAH KEMAMAN 2017

BIL MASA ACARA

1. 7.30 - 7.45 Pagi Pendaftaran / Taklimat Pengadil

2 7.45 - 8.00 Pagi Ketibaan para jemputan dan tetamu

3 8.00 - 8.30 Pagi - Ucapan alu-aluan


- Bacaan doa
- Ucapan perasmian

4 8.30 - 12.00 Pagi Karnival Kejohanan dimulakan

- REHAT

- Acara Akhir

6 12.15 - 1.15 - Upacara penutup Karnival Permainan


Tengahari - Majlis penyampaian hadiah
- Bersurai
PERTANDINGAN BOLA JARING PPKI DAERAH KEMAMAN 2017

SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN A KUMPULAN B

KUMPULAD C KUMPULAN D

SEKOLAH MENENGAH
KUMPULAN A KUMPULAN B

KUMPULAN C KUMPULAN D

JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING PPKI DAERAH KEMAMAN

BIL NAMA SEKOLAH MASA PENGADIL


JADUAL PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI
Tarikh : 9 Mei 2017
Tempat : Gelanggang Futsal Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman

KUMPULAN A KUMPULAN B
Nama Sekolah Nama Sekolah
A1 B1
A2 B2
A3 B3
A4 B4
A5 B5

BIL TARIKH PERLAWANAN KUMPULAN MASA GELANGGANG KEPUTUSAN


1 SK vs SK A 8.30 am
2 SK vs SK A 8.40 am
3 SK vs SK B 8.50 am
4 SK vs SK B 9.00 am
5 SK vs SK A 9.10 am
6 9 Mei 2017 SK vs SK A 9.20 am
7 (Selasa) SK vs SK B 9.30 am
8 SK vs SK B 9.40 am
9 SK vs SK A 9.50 am
10 SK vs SK A 10.00 am
11 SK vs SK B 10.10 am
12 SK vs SK B 10.20 am
13 SK vs SK A 10.30 am
14 SK vs SK A 10.40 am
15 SK vs SK B 10.50 am
16 SK vs SK B 11.00 am
17 SK vs SK A 11.10 am
18 SK vs SK A 11.20 am
19 SK vs SK B 11.30 am
20 SK vs SK B 11.40 am
SEPARUH AKHIR
Johan Kump. A Naib Johan Kump. B
9 Mei 2017
21 vs 12.00 pm
( Selasa )
----------------------- -------------------------
Johan Kump. B Naib Johan Kump. A
22 vs 12.10 pm
----------------------- -------------------------
TEMPAT KE-3 & KE-4
Kalah - 21 Kalah - 22
23 vs 12.20 pm
------------------------ ------------------------
AKHIR
Menang - 21 Menang - 22
24 vs 12.30 pm
----------------------- -------------------------
JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING
Tarikh : 9 Mei 2017
Tempat : Padang SK Chukai, Kemaman

KUMPULAN A KUMPULAN B
Nama Sekolah Nama Sekolah
A1 B1
A2 B2
A3 B3
A4 B4
A5 B5

BIL TARIKH PERLAWANAN KUMPULAN MASA GELANGGANG KEPUTUSAN


1 SK vs SK A 8.30 am
2 SK vs SK A 8.40 am
3 SK vs SK B 8.50 am
4 SK vs SK B 9.00 am
5 SK vs SK A 9.10 am
6 9 Mei 2017 SK vs SK A 9.20 am
7 (Selasa) SK vs SK B 9.30 am
8 SK vs SK B 9.40 am
9 SK vs SK A 9.50 am
10 SK vs SK A 10.00 am
11 SK vs SK B 10.10 am
12 SK vs SK B 10.20 am
13 SK vs SK A 10.30 am
14 SK vs SK A 10.40 am
15 SK vs SK B 10.50 am
16 SK vs SK B 11.00 am
17 SK vs SK A 11.10 am
18 SK vs SK A 11.20 am
19 SK vs SK B 11.30 am
20 SK vs SK B 11.40 am
SEPARUH AKHIR
Johan Kump. A Naib Johan Kump. B
9 Mei 2017
21 vs 12.00 pm
( Selasa )
----------------------- -------------------------
Johan Kump. B Naib Johan Kump. A
22 vs 12.10 pm
----------------------- -------------------------
TEMPAT KE-3 & KE-4
Kalah - 21 Kalah - 22
23 vs 12.20 pm
------------------------ ------------------------
AKHIR
Menang - 21 Menang - 22
24 vs 12.30 pm
----------------------- -------------------------

Anda mungkin juga menyukai