Anda di halaman 1dari 11

8 Keistimewaan Memelihara Kucing

Nurul Akmal Ibrahim February 2, 2015 1 Comment


Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati.
Saya tidak boleh ingat sudah berapa ekor kucing yang pernah kami sekeluarga pelihara.
Tidak lama pergi pasti berganti baru. Pelbagai jenis dan pelbagai warna. Sudah bermacammacam nama kucing pernah dipanggil di kawasan rumah kami bila tiba waktu untuk diberi
makan.
Sehingga hari ini, kami masih ada kucing-kucing di rumah. Tahniah kepada anda peminat
kucing! Anda telah mendapat pelbagai keistimewaan dengan menjaga haiwan ini. Ini antara
keistimewaan yang telah anda terima.

Gambar 1 : Ini Si Cibo. Bintang utama di rumah kami sekarang.

Keistimewaan #1 Terapi Mental dan Emosi yang Baik

Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi
bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan
merasa sunyi apabila melayan karenahnya.
Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari
keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.
Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada
diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.
Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu
lupa dengan kepenatan seharian.
Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya
mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.
Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang
membantu meningkatkan kesejahteraan diri.
Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan
perasaan orang lain serta bertimbang rasa.
Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai
berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan
berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak
seusianya.
Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang
menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi
terapi dengan kucing.

Keistimewaan #2 Menjaga Kesihatan Fizikal


Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan
otot?
Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan
kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan
kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan.
Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan
kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila
risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.
Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya
membantu proses penyembuhan pesakit.

Gambar 2 : Ayah dan Si Putam. Putam ni kucing pekak. Nakal tapi sangat bersopan santun.
Putam mati kerana sakit.

Keistimewaan #3 Saling Berkasih-sayang


Anda ingin melihat contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing
menyayangi tuannya tanpa syarat.
Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan
derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?
Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun,
selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil
menjilat-jilat telinga saya.
Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu.
Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan
paling kenal siapa Tuhannya.

Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.
Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam
berbanding manusia.
Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya
itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa
kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).
Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.
Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih
dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.
Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah
tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami
(kucing-kucing kami tak makan buruan ni).
Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak
untuknya.

Keistimewaan #4 Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat


Bertanggungjawab
Boleh ke jadi seorang yang berdisiplin bila memelihara kucing? Nampak seperti mudah tapi ada
beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tuan kucing sebenarnya.
Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah
makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak
pemakanan yang berbeza juga perlu peka.
Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara
matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.
Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau.
Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang
disediakan atau di luar rumah.
Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga
kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.
Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang
lain (mencuri ikan, menanda kawasan di tempat orang dsbg), tuan kucing harus
bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.

Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran
tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau kotoran
kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.
Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau
(lain spesis kucing, lain keperluannya).
Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?

Gambar 3 : Ini Si Cibo sewaktu kecil. Geramkan tengok Cibo ni?

Keistimewaan #5 Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri


& Kedekut
Memelihara kucing dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang keras
macam batu tu, saya sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang sangat kedekut
bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.
Berkata Ibn al Haitami dalam Fatwa:

Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi
makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.
Saya cukup tak faham bagaimana ada manusia yang tergamak untuk memijak, menyepak,
memotong dan menyiram air panas pada binatang yang tak berdosa ni.
Agaknya dah hilang akal sampai tak ingat Tuhan Maha Melihat setiap perbuatannya itu.
Memalukan! Jangan lupa pada kisah seorang wanita yang dicampak ke dalam neraka kerana
mengurung kucingnya tanpa diberi makan. Inikan lagi dicederakan sehingga begitu rupa.
Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu
harus dikongsikan dengan yang lain.
Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat
bersedekah pada si comel.
Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan
berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.

Keistimewaan #6 Mendapat Pahala


Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu
ayat Al-Quran di bawah ini:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tandatanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Ali Imran: 190)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan
bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali Imran: 191)

Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut
Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa (2003), semua haiwan
di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.
Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk
ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.
Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa
kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.
Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt
seperti sabda Rasulullah saw:
Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat.
Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.
Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu
kerana sangat haus.
Lelaki itu berkata: Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi. Lalu turunlah dia kembali ke
dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.
Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu
mengampuninya.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatangbinatang seperti ini?
Rasulullah saw menjawab: Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.

Riwayat Muslim

Gambar 4 : Amboi Si Chi Chi, hendak menyibuk sekali.

Keistimewaan #7 Dimurahkan Rezeki


Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga
akan diterima oleh tuan kucing.
Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk
melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.
Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri.
Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut
kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.
Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan
biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas.
Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.
Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah
rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu
berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.
Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman. Kucing adalah haiwan yang memiliki
perasaan dan kucing juga boleh mengadu dengan Allah swt tau. Saya bukan mendakwa tanpa
asas tetapi melalui kisah Rasulullah saw sendiri.

Yala bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan
air mata.
Rasulullah bertanya: Di mana pemilik unta ini? Ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan
sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya.
Riwayat Ahmad

Ini kisah unta yang mengadu pada Rasulullah saw tentang layanan yang diterima dari tuannya.
Apakah mustahil bagi haiwan lain seperti kucing untuk mengadu kepada Tuhan tentang tuannya?
Apakah mustahil bagi kucing untuk mendoakan terus kebaikan tuannya kepada Tuhannya?

Gambar 5 : Nampak Si Dolly di bawah sofa?

Keistimewaan #8 Sunnah Rasulullah saw & Sahabat


Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana
kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus
melekat sehingga hari ini.
Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?

Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza
sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan
kucing ini tadi dari tidurnya.
Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.
Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor
kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang
sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:
Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak
ada najis.
Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang
malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih
sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara
makhluk ciptaan Allah swt.
Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam,
arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.
Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan
kucing?

Gambar 6 : Bukan kucing beranak-pinak sahaja yang ada; kambing, arnab, ikan, ayam,
semuanya pernah ada. Kadang-kadang sudah serupa zoo mini di rumah ni.

Anda mungkin juga menyukai