Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Bergotong-Royong Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para guru,

serta rakan sekalian. Pada pagi yang ceria ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Kebaikan Bergotong-Royong. Hadirin yang dihormati. Gotong-royong boleh didefinisikan sebagai melakukan sesuatu kerja secara bersama-sama. Bergotong-royong membawa banyak kebaikan. Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong seperti membantu memasang khemah dan memasak. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian jika ia dilakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Hadirin sekalian, Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotongroyong juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju. Sekian, terima kasih.

Kebaikan Bergotong-Royong Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para guru, serta rakan sekalian. Pada pagi yang ceria ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Kebaikan Bergotong-Royong. Hadirin yang dihormati. Gotong-royong boleh didefinisikan sebagai melakukan sesuatu kerja secara bersama-sama. Bergotong-royong membawa banyak kebaikan. Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong seperti membantu memasang khemah dan memasak. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian jika ia dilakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Hadirin sekalian, Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotongroyong juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai