Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN Y.B. DATO SRI ADENAN HJ.

SALEM MENTERI SUMBER ASLI


DAN ALAM SEKITAR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI GOTONG ROYONG
SEKOLAH PADA TAHUN 2015

Terima kasih Pengacara Majlis. Yang Dihormati En Razak B Hj Sharipan, Pengetua


Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Desa, Yang Dipertua PIBG SMK Kampung
Desa, En Basir Bin Othman, Guru-GURU Penolongan Kanan SMK Kampung Desa,
guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SMK Kampung Desa yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam perpaduan dan salam satu Malaysia


Saya sangat gembira pada pagi ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dengan
warga SMK Kampung Desa ini pada Majlis Perasmian Hari Gotong Royong Sekolah.
Terima kasih saya ucapkan atas jemptan daripada ihak sekolah kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga
sekolah kerana berjaya menganjurkan gotong royong walaupun keadaan cuaca yang tidak
menentu iaitu hujan lebat dan angin kencang serta kekangan masa kerana masing-masing
sedang sibuk dengan persiapan peperiksaan yang bakal menjelang. Insya allah kita
bersama-sama mendoakan anak-anak SMK Kampung Desa ini supya berjaya di dunia
dan akhirat.

Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada pihak sekolah terutamanya kepada
Pengetua, Guru penolong kanan, guru-guru, ibubapa dan PIBG kerana bersungguhsungguh dalam usaha menjayakan hari gotong-royong ini. Walaupun hari gotong-royong
ini berlangsung pada waktu yang singkat akan tetapi ianya dapat meningkatkan tahap
kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar. Selain itu juga, kita dapat meningkatkan aspek kesantunan berbahasa kita yang
berlaku apabila penutur dan pendengar berusaha mengekalkan komunikasi yang harmoni
tanpa konflik. Aktiviti sebegini juga dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan
seimbang dari segi keseluruh aspek dan tidak hanya pada kurikulum dan ianya dapat
mengeratkan hubungan antara guru, ibubapa dan pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Saya berasa sangat terkejut kerana gotong royong ini walaupun dilaksanakan pada waktu
yang singkat akan tetapi terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan, antara
aktivitinya ialah mencantikkan kebun yang sedia ada di sekolah, mengasingkan bahan
kitar semula, membuat taman kecil yang baru, satu murid satu pokok (murid membaiki
dan mencantikkan pokok yang sedia ada) dan menanam pokok baru dikawasan sekolah.
Semua aktiviti yang dilaksanakan ini adalah untuk melestarikan alam sekitar dengan erti
kata lain adalah untuk melestarikan kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong royong yang menerapkan unsur Lestari Alam
Sekitar dimana diakhir program ini diharapkan ianya dapat memupuk nilai murni alam
sekitar dikalangan warga sekolah, dapat meningkatkat tahap kesedaran warga sekolah
mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, menggalakkan
warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan, meningkatkan
kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar
dan akhir sekali dapat mewujudkan suasana sekolah yang konsif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari ini.

Hadirin dan para pelajar yang dihormati,


Seterusnya, satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mempunyai
lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi hijau pertama memfokuskan aspek
pendidikan dan kesedaran yang memberi fahaman tentang konsep kesejahteraan alam
sekitar dan pembangunan lestari. Konsep Lestari Alam Sekitar adalah berkaitan dengan
pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolahbersamakeluarga,
komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta danbadan bukan kerajaan. Konsep ini juga
meitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulumdan
pengajian sekolah.

Selain daripada unsur Lestari Alam Sekitar yang kita terapkan di dalam aktiviti hari ini,
unsur kesantunan berbahasa juga dapat ditingkatkan kualitinya melalui aktiviti sebegini.
Konsep kesasntunan berbahasa diinterprestasikan sebagai perlakuan, tutur akta yang
mampu mengurangkan ketidak selesaan dalam berinteraksi antara dua orang yang digelar
penutur dan pendengar. Kesantunan berbahasa berlaku apabila penutur dan pendengar
berusaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Oleh sebab itu,
kesantunan berbahasa juga dapat mengekalkan pengiktirafan diri seseorang dalam
interaksi sosial.

Hadirin sekalian yang dikasihi,

Kesantunan berbahasa ini penting kerana masyarakat Malaysia memandang ketinggian


budi pekerti seseorang itu terserlah melalui keindahan bahasa yang dituturkan dengan
penuh kesantunan. Seseorang itu akan dikatakan sebagai seorang yang tidak
mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau
tidak tahu meletakkan diri. Kesantunan berbahasa ini juga telah dimasukkan ke dalam
sistem kurikulum pelajar. Insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan
jasmani sosialseperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperayai
akan dapat dilahirkan melalui pendidikan. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik
sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka.

Hadirin sekalian yang dihormati,

Selain itu juga,kesantunan berbahasa ini juga dipengaruhi oleh kepercayaan dan tingkah
laku, pandangan terhadap dunia serta tanggapan hubungan kaum. Budaya dan cara hidup
mempengaruhi cara berkomunikasi setiap kaum. Budaya yang berbeza menyebabkan
tingkah laku berkomunikasi turut tidak sama. Kadangkala perbezaan budaya ini
menyebabkan berlakunya salah faham. Melalui progam ini kita dapat meliahat
keberkesanan pembelajaran kesantunan ini melalui pelajar bercakap dengan individu
yang lebih tua dan berpangkat daripada mereka dan melalui kerjasam murid dengan
orang lain.

Akhir kata dari saya, pilihan untuk membuat perubahan dari segi gaya hidup berada di
tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak. Kita perlu menghargai kepentingan alam sekitar
dan kesantunan bahasa yang ada di Negara kita dan mengambil tindakan yang
sewajarnya. Penjagaan alam sekitar adalh tanggungjawab bersama.
Oleh itu, dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan Hari Gotong Royong
Sekolah bagi tahun 2014.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai