Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

YBhg. DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI
DATUK BANDAR KUCHING UTARA
SEMPENA PERBARISAN BULANAN YANG BERBAHAGIA DATUK BANDAR
BERSAMA PEGAWAI BERPAKAIAN SERAGAM (BAHAGIAN ENV DAN LES)
6 NOVEMBER 2013 (RABU)
DEPO BARU, DBKU

Yang Berusaha Dr. Saadiah Abdul Samat,


Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara

Yang Berusaha Puan Hajah Kartina Zamhari,


Ketua Timbalan Pengarah, Dewan Bandaraya Kuching Utara

Pegawai-Pegawai Kanan DBKU

Serta seluruh wargakerja DBKU yang saya kasihi sekalian....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam 1 DBKU....

Alhamdulillah...... syukur saya rafakkan kehadrat Illahi kerana di atas izin dan
rahmatNya, maka pada pagi ini kita dapat turut bersama-sama hadir ke
perhimpunan DBKU, Edisi bulan November 2013....

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sebagai pembuka bicara pada pagi ini, belum terlambat sekiranya saya ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada warga kerja yang
menganut agama Hindu dan selamat menyambut Maal Hijrah kepada
warga kerja yang beragama Islam.

Kita seharusnya bersyukur walaupun kita hidup berbilang bangsa,


kaum dan menganut pelbagai agama kita semua masih dapat bermasyarakat
dan hidup dalam suasana yang aman dan harmoni di tanah air kita yang amat
bertuah ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Selain itu, seperti yang kita semua sedia maklum,


pada 28 hingga 31 Oktober 2013 yang lepas kita telah mengharungi
Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001, Audit Pengawasan MS ISO 14001 dan
juga OSHAS 18001 oleh Juruaudit SIRIM. Atas usaha kerja yang sangat gigih
kita telah berjaya mendapat pensijilan semula untuk MS ISO 9001 dan telah
melepasi Audit Pengawasan MS ISO 14001 dan juga OSHAS 18001.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching
Utara kerana Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah anda
curahkan bagi merealisasikan kejayaan kita pada kali ini. Saya berasa sangat
bangga di atas kejayaan ini, di harap kita akan terus memberikan hasil kerja
yang terbaik agar kejayaan sebegini terus dapat dikekalkan pada masa akan
datang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya difahamkan perbarisan pada pagi ini diadakan khas untuk


anggota berpakaian seragam dari Bahagian Kesihatan dan Persekitaran dan
juga Bahagian Pelesenan. Kedua-dua bahagian ini juga telah bergerak seiring
dan aktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai
penjawat awam yang berpakaian seragam.

Seperti yang kita sedia maklum untuk tahun ini sahaja, Bahagian Kesihatan dan
Persekitaran telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program seperti
Kempen Anti Denggi di mana objektif kempen ini diadakan adalah bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada orang awam akan bahayanya
Penyakit Denggi. Setakat bulan Oktober 2013, dilaporkan tiada wabak
Denggi berlaku di dalam kawasan DBKU kerana pelbagai strategi telah diadakan
bagi memerangi pembiakan Nyamuk Aedes termasuk Kempen Anti Denggi yang
telah diadakan pada 7 Mac 2013 bertempat di SK Combined.

Pet Neutering Campaign juga telah diadakan dengan kerjasama dari


pihak SSPCA di mana ianya bertujuan untuk mengurangkan populasi anjing dan
kucing di kawasan Bandaraya Kuching Utara. Kempen ini telah diadakan pada
6 hingga 7 April bertempat di perkarangan tempat letak kereta,
Kaunter Pembayaran DBKU Satok.

Sambutan Hari Alam Sekitar juga telah diadakan pada tahun ini di mana bengkel
telah diadakan dengan melibatkan para penghulu, Ketua Kaum dan
JKK Kampung atas kerjasama antara DBKU dengan Pejabat Residen Kuching.
Bengkel ini menjurus kepada pengurangan sisa pepjal, khususnya penghasilan
sisa organik di setiap rumah di kawasan Bandaraya Kuching Utara.
Dengan adanya aktiviti sebegini, hubungan silaturrahim di antara pihak komuniti
dengan DBKU dapat dieratkan.

Selain itu, Program 3R Buy Back turut diadakan pada setiap minggu yang
melibatkan 4 buah kawasan yang turut melibatkan vendor dan komuniti.
Objektif Program 3R Buy Back ini adalah bertujuan untuk mempergiatkan
amalan atau membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
terhadap setiap individu dan masyarakat serta mengurangkan sampah dan
pencemaran dengan mengurangkan jumlah sampah yang dikutip dan dihantar ke
tapak pelupusan.

Earth Hour 2013 juga telah diadakan dengan kerjasama daripada


World Wildlife Fund (WWF) di mana ianya merupakan satu inisiatif dalam
menggalakkan pembaziran elektrik dan penghasilan bahan bakar.
Program Earth Hour 2013 ini merupakan usaha dalam menggalakkan
penglibatan daripada semua wargakota agar sama-sama menutup lampu rumah
serta lampu-lampu jalan selama 1 jam bertujuan untuk menyelamatkan bumi dari
terus mengalami pemanasan global.

Gotong-royong Perdana Kempen Kawalan Tikus dengan kerjasama


Trinekens Sdn. Bhd, Pejabat Kesihatan Kuching, Licentokil dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat juga turut diadakan pada 24 Ogos 2013
bertempat di India Street di mana ianya memfokuskan kepada kerja-kerja
flushing dan pembersihan.

KFA Tandas Awam DBKU sempena Hari Tandas Sedunia juga telah diadakan
pada 19 November 2013 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.
Objektif sambutan Hari Tandas Sedunia ini diadakan adalah untuk memupuk
kesedaran mengenai kebersihan dan sanitasi dalam kehidupan seharian serta
memberikan kesedaran kepada operator mengenai amalan budaya tandas
bersih yang perlu diterapkan. Pada tahun 2012, terdapat 4 buah sekolah telah
mengikuti KFA ini. Hasil kejayaan daripada KFA 2012 tersebut, tahun ini terdapat
16 buah sekolah lagi telah dipilih untuk menjayakan KFA pada tahun 2013.

Dan yang terakhir sekali Bahagian Kesihatan dan Persekitaran telah


mengadakan Program Jom Sihat 2013 yang diadakan pada
26 Oktober 2013 yang lepas bertempat di Centre Court Kubah Ria di mana ianya
telah melibatkan sebanyak 11 agensi. Program Jom Sihat ini diadakan bertujuan
untuk mendedahkan warga Bandaraya Kuching khususnya di kawasan DBKU
tentang bahayanya Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD) serta penyakit
bawaan air dan makanan.

Bahagian Pelesenan juga tidak kurang hebatnya, hasil kutipan yang mereka
perolehi pada tahun ini adalah amat memberangsangkan di mana setakat suku
tahun ketiga 2013 sahaja sejumlah RM1,351,94.00 berjaya dikutip.
Ianya adalah hasil daripada kutipan lesen dan juga permit iklan.

Kepada warga kerja di Bahagian Kesihatan dan Persekitaran serta


warga kerja di Bahagian Pelesenan, tahniah dan syabas saya ucapkan di atas
kejayaan anda dalam menjayakan pelbagai program seperti yang saya nyatakan
di atas.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai pegawai yang berpakaian seragam dan berada pada barisan paling
hadapan, anda semua perlu peka dengan keadaan persekitaran dan sentiasa
berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua warga
kota.

Kepada seluruh warga kerja DBKU, saya ingin berpesan, anggaplah tugas ini
sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan
dengan satu semangat yang jitu. Bekerjalah dengan penuh kesungguhan dan
komited agar setiap rezeki dan hasil yang perolehi akan diberkati olehNya.

Ingatlah bahawa, setiap tugas dan tanggungjawab kita di DBKU ini adalah
amanah daripada Allah SWT..

Jadi, galaslah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda


sebaiknya..

Berikanlah komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap arahan.


Jangan amalkan sikap bekerja yang hanya sekadar melepas batuk di tangga...
Bekerjalah dengan penuh rasa tanggungjawab....

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Seperti yang kita semua sedia maklum, sepanjang tahun 2013 ini
Dewan Bandaraya Kuching Utara amat aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan
program di samping turut terlibat di dalam semua majlis terutamanya
dalam acara tonggak Sambutan Ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun
Sarawak Merdeka Dalam Malaysia yang diadakan oleh Kerajaan Negeri
Sarawak. Untuk itu, secara tidak langsung sebahagian daripada warga kerja kita
juga turut terlibat bagi mengendalikan semua majlis tersebut.

Saya berasa amat berbangga kepada anda semua kerana sentiasa ringan tulang
memberikan kerjasama dan membantu untuk merealisasikan semua amanah
yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda semua.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Anda semua adalah duta kecil dan penjaga mata-mata (spy) kepada DBKU
terutamanya dalam aspek keselamatan harta benda dan juga untuk memastikan
keharmonian, keselamatan dan kehendak warga kota diambil perhatian.

Anda mungkin juga menyukai