Anda di halaman 1dari 4

KARNIVAL PSH 2013

TEKS UCAPAN ALUAN PUAN HJH SAPIAH BINTI ALUAN


Pengarah Kolej Komuniti Ledang

- Bismillahirrahmanirahim
- Assalamualaikum w.b.t dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w.
- Terima kasih Pengacara Majlis.
- Yang Berhormati Ir Tuan Hj Hamim bin Samuri
Ahli Parlimen Ledang
- Yang Berbahagia Tn Hj Wan Izni Rashiddi bin Wan Mohd Razalli
Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik, wakil rasmi Ketua Pengarah JPKK
- Yang Berbahagia Dr Noriah binti Abdul Malek
Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Bahagian
Pembangunan Akademik JPKK
- Yang Dihormati Pengarah-pengarah Kolej Komuniti Zon Johor
- Yang Dihormati Pn Razzatul Iza Zurita binti Rasalli
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan merangkap Pengarah Program
Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat KKLJ
- Yang Dihormati En Mohd Hafiz bin Hamdan
Ketua Jabatan Kejuteraan dan Kemahiran

- Pegawai-pegawai dari Jabatan dan Agensi


- Pemimpin-pemimpin masyarakat
- Tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat kita bersama-sama
berhimpun di Kolej Komuniti Ledang sempena Majlis Perasmian Penutup Karnival
Pembelajaran Sepanjang Hayat KKLJ dengan bertemakan PSH Mendekati Komuniti
Berteraskan Khidmat Masyarakat 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Ir Hj
Hamim bin Samuri kerana sudi bersama-sama dengan kita pada pagi ini, bagi
menyempurnakan majlis perasmian penutup Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat
KKLJ.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
Program yang telah berlangsung selama tiga hari ini telah bermula pada hari Jumaat yang
lalu. Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat
melalui kemahiran dan keusahawanan, maka karnival ini amat bertepatan dengan tujuan
murni tersebut. Sepanjang karnival ini berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti
kursus-kursus pendek yang ditawarkan antaranya kursus Pembuatan Mini Pizza,
Pembuatan Mexican Bun, Elektronik CDI untuk motosikal, Pemasaran Produk Secara On
Line, Pendawaian Sistem Audio Kenderaan, Pembinaan Blog Spot, Asas Make-up,

Jahitan Baju Melayu, Selenggara Motosikal 4 Lejang Tahap 1, Rombak Rawat Kotak Gear
Manual, Asas Penyelenggaraan Penyamanan Udara Split Unit, Klinik Futsal untuk pelajar,
dan banyak lagi. Semua kursus ini yang istimewanya ditawarkan secara percuma. Tidak
ketinggalan juga taklimat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut ditawarkan bagi
membantu peserta yang berminat dalam keusahawanan supaya mereka di dedahkan
dengan cara-cara bagaimana hendak mendaftarkan syarikat. Hasil gigih aktiviti promosi
kursus pendek oleh semua pihak yang tidak mengenal penat dan lelah, kolej telah berjaya
mencapai bilangan peserta kursus pendek khususnya sepanjang karnival ini berlangsung
adalah mencecah seramai 1200 peserta. Sekaligus jumlah ini menjadikan bilangan
keseluruhan peserta kursus pendek Kolej Komuniti Ledang sehingga kini berjumlah hampir
1700 peserta. Syabas! dan tahniah! kepada semua yang terlibat samada secara langsung
mahupun tidak.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
Selain dari kursus-kursus pendek yang dinyatakan sebentar tadi, karnival ini turut
menganjurkan pertandingan futsal dengan menawarkan hadiah pertandingan yang sangat
lumayan. Penyertaan dari peserta amatlah dihargai kerana melalui pertandingan seperti ini
kita dapat memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara
satu sama lain. Tidak ketinggalan bagi memeriahkan lagi suasana, khususnya bagi anakanak kecil pertandingan mewarna dan pakaian beragam turut di adakan.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
Serentak dengan kursus-kursus pendek dan aktiviti lain yang dijalankan, pihak penganjur
juga ada membuat khidmat komuniti kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Pihak kolej telah berjaya mengenalpasti beberapa keluarga dan rumah anak yatim di sekitar
Ledang yang perlu diberi perhatian dan bantuan. Khidmat masyarakat melalui aktiviti
gotong-royong dikalangan pelajar kolej telah dijalankan ke atas rumah-rumah mereka.

Selain dari itu sumbangan kewangan hasil daripada jualan barang terbuang melalui kempen
Kitar Semula yang telah berlangsung sejak Januari 2013 yang lalu turut dihulurkan. Selain
dari itu barang-barang yang terpakai juga ada didermakan kepada mereka yang sangat
memerlukan. Syabas kepada Skuad 3R dan PRS Kolej Komuniti Ledang serta kepada
semua pihak yang menjayakan program khidmat masyarakat, kempen pengumpulan
barang terpakai dan jualan barang-barang kitar semula. Semoga aktiviti yang murni ini
dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
Semua aktiviti yang disebutkan tadi adalah bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan Kolej
Komuniti Ledang dengan warga komuniti setempat dengan tidak mengira bangsa mahupun
agama bertepatan dengan tema karnival iaitu PSH mendekati Komuniti Berteraskan
Khidmat Masyarakat 1 Malaysia.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
Akhir kata, sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkam ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan karnival ini khususnya kepada Yang
Berhormat Ir Tuan Hj Hamim bin Samuri kerana sudi hadir dan menyempurnakan majlis ini.
Saya juga memohon berbanyak kemaafan jika terdapat kekurangan di sepanjang majlis ini
berlangsung.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalam mualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai