Anda di halaman 1dari 4

LUKISAN TERUKUR : RUMAH BUJANG BERSERAMBI BERSELASAR

Rumah kayu berserambi besar,


Tempat teduhan anak-anak mengaji,
Rumah Bujang Berserambi Berselasar,
Itulah rumah nama diberi.

Emosi dan mood pantun penulis


menukilkan gambaran rumah lama
ini. Hayati maklumat daripada
Muzium Negeri Terengganu :
Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Haji
Abdul Kadir atau lebih dikenali
dengan panggilan Syeikh Abdul Kadir
Kolam. Rumah ini dipercayai telah
dibina pada tahun 1885 oleh anak-
anak murid beliau secara bergotong-
royong.
Selain daripada ruang ibu dan berserambi, rumah ini ditambah dengan satu
lagi ruang yang dinamakan SELASAR yang berfungsi sebagai ruang untuk
mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan aktiviti-aktiviti yang banyak
melibatkan kaum lelaki. Sebahagian dinding rumah ini dihiasi dengan ukiran
dan lubang-lubang angin.

Rumah ini telah dihadiahkan kepada Muzium Negeri Terengganu oleh Tuan
Haji Hashim Bin Mohamad pada tahun 1997 dan didirikan semula di tapak
ini pada tahun 1997.

Di bahagian tepi rumah yang


berdinding kayu dan ada sentuhan
ukiran dan lubang-lubang angin.
Di bahagian sisi dan belakang
rumah.
Di bahagian belakang rumah dan
kelihatan tangga yang sama
bentuknya dengan ruang hadapan.

Anda mungkin juga menyukai