Anda di halaman 1dari 5

Rumah Melayu

Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi
orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak
lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya
dibangun tanpa paku.
Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal
Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum
Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem
perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni
pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak
memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem
pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ditanggal-buka dan di pasang semula di tempat
lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman,
yang dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.
Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga
ianya boleh diangkat melalui gotong-royong orangramai dan dialih tempat.

Dari sudut rekabentuk juga, rumah adat Melayu boleh dikatakan amat canggih dan
memuatkan ciri-ciri bistari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.
Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation),
peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta kepersendirian
(privacy).

Membina rumah di iklim tropika seperti di negara kita ini hanya boleh dilakukan dengan baik
jika kita memahami dan memerhati suasana keadaan sekitar yang dipengaruhi faktor alam
seperti :
> Menggalakkan pengaliran dan pengalihan udara.
> Penggunaan pencahayaan semula jadi.
> Penggunaan curahan air hujan.
> Mengurangkan penerimaan pancaran matahari dan tempias hujan.
> Rekabentuk rumah yang jimat tenaga.
> Penggunaan bahan bangunan yang mesra alam.
Rumah Melayu tradisional mencerminkan cara hidup dan sikap orang Melayu yang
terbuka.Salah satu karakter rumah Melayu adalah penghayatan pada hubungan bermasyarakat
dan keluarga. Dengan adanya beranda, konsep terbukanya sesuai untuk menyambut tetamu
pada bila-bila masa dengan bebas di beranda tersebut. Kerangka atau struktur rumah pula
menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Pembinaan
rumah Melayu sebegini sebenarnya mempunyai konsep sistem pasang-siap, rumah boleh
ditanggal-buka dan dipasang semula di tempat lain. Selain itu, cara binaan tanpa paku ini juga
membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat secara gotongroyong untuk dialihkan ke tempat lain. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan
bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/nipah

atau kayu. Bahan-bahan inilah yang menjadikan rumah Melayu berkait rapat dengan alam
semulajadi. Kesemulajadian ini membuatkan kesan ramah dan menyegarkan terpancar dari
rumah Melayu. Tingkap biasanya akan mendominasi segenap sudut pandangan rumah dan
memberikan pengaliran udara yang secukupnya ke dalam rumah. Ruang dalaman mempunyai
ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang minima.

RUMAH MODEN

Rumah pangsa

Rumah banglo

Rumah teres

Kondominium

JENIS-JENIS RUMAH
Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang hidup harmoni antara satu
dengan yang lain. Semangat kejiranan yang kuat membuatkan hidup dalam masyarakat
semakin kukuh dan tolong-menolong antara penduduk.
Rumah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Rumah Tradisional dan
Rumah Moden yang terdiri daripada pelbagai ciri yang unik.
a) Rumah Tradisional
Rumah Melayu tradisional adalah salah satu warisan seni bina Malaysia yang sangat
berharga. Direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan, ianya menampilkan kemahiran
dan kreativiti di dalam bidang seni bina, terutamanya di dalam pengunaan bahan binaan kayu.
Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan
semasa dan keadaan cuaca.

Rumah Melaka
Rumah Minangkabau

Rumah Panjang

Rumah Bagan

Rumah Rakit

Rumah Limas

Contoh rumah limas yang terdapat di negeri Johor.

Contoh rumah Minangkabauu di Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai