Anda di halaman 1dari 5

Rumah-rumah Tradisional di Malaysia

rumah tradisional melayu



Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya
dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam
persekitaran dan iklim.

Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah
Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang
selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan
berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana
memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang
dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.

Rumah Tradisional Melayu


Bentuk bumbung yang curam yang dipanggil lipat kajang dapat memudahkan curahan air
hujan. Lantai dan dinding rumah yang diperbuat daripada anyaman peluhan adalah untuk
memudahkan pengedaran udara dan untuk mengurangkam rasa bahang panas.

Rumah Tradisional Melayu yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil dangau atau
teratak. Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang Rumah
Tradisional Melayu adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. Seluruh
rumah diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia.





Rumah tradisional melayu

Bentuk Rumah Tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit.
Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-
bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam,
pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti
zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata.

Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah-rumah ini mempunyai
ciri-ciri yang tersendirian.


Rumah Bumbung Panjang Pahang~




Masyarakat Melayu tradisional Pahang memang kaya dengan seni bina yang diwarisi
sejak zaman silam.Kebiasaannya seni bina yang kreatif dan imaginatif dijelmakan
menerusi reka bentuk istana, rumah, surau, perahu, reban ayam dan peralatan tertentu
yang digunakan dalam kehidupan harian.
Salah satu seni bina dikagumi dengan kehalusan reka bentuknya ialah rumah tradisional
Melayu Pahang.Keunikan rumah tradisional Pahang dibina tanpa menggunakan
walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau
diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.Sesuai dengan penempatan orang
Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah berkenaan masih boleh ditemui di
kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis,
Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan.
Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan
mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini sehingga menenggelamkan bentuk
kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak.Rumah tradisional
Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya
berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran
di pinggirnya.Pembahagian ruang rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur
yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.
Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi
diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada ruang pentas dan perbalai.Di belakang pula
ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada
ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.
Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti
apabila reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.
Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang
itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung.
Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh
binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamerkan hasil kemahiran
tukang rumah tempatan.
Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu Palladian,
berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan
motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi bekas Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang, iaitu rumah kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922.
Kediaman itu dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu
tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.
Pada zaman awal, kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah berkenaan, manakala
rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh serta
daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.
Kebiasaannya, rumah tradisional Pahang diperkukuhkan oleh penggunaan kayu hutan
yang dibelah dan dijadikan papan iaitu kayu meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis
kayu hutan lain yang mampu bertahan sehingga lebih satu abad.
Ciri binaan yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan iaitu daun, bunga, dan haiwan
terutama burung masih boleh dilihat pada ukiran di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan
rasuk.
Tanggam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak
tangga dan kekuda bumbung mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa
menggunakan sebatang paku.
Rumah Melayu tradisional Pahang merupakan warisan seni bina yang cukup unik dan
sangat bernilai.
Reka bentuknya dibina oleh tukang rumah yang menampakkan kemahiran dan kreatif
dalam bidang seni bina zaman silam.
Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut
keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu Pahang melambangkan cara hidup masyarakat zaman silam di
pesisiran sungai yang menjadi nadi sumber rezeki dan pengangkutan yang sangat penting
pada zaman berkenaan.


Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini kian
pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir seratus tahun.

Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan
terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara
keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu
di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang
pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan
untuk menanti, memasak dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai