Anda di halaman 1dari 11

SENI BINA DI MALAYSIA

-HELMI AFFENDY MOHD YUSOF -HAYATUN SYAMILA MANSOR -SYAFIQAH SYUHADA MUSTAFA

Sejarah perkembangan tamadun dan petempatan awal di Tanah Melayu telah bermula pada awal abad pertama masihi. Kesan peninggalan senibina zaman ini masih kekal di Lembah Bujang, Kedah. Candi dan artifak berunsur Hindu-Buddha menunjukkan masyarakat Kedah Tua pada abad itu telah mempunyai kepandaian membina bangunan. Contoh - pelapik tiang

SENI BINA AWAL

Masyarakat dahulu mahir memotong batu yang keras seperti batu granit. Candi Lembah Bujang yang berusia lebih seribu tahun ini merupakan satu tapak tanah bersejarah yang penting untuk membuktikan satu persekitaran alam senibina yang terawal telah wujud di negara ini. Candi ini kini menjadi salah satu pusat penyelidikan bagi senibina awal dan sejarah berkembangan tamadun di Malaysia.

SENI BINA MELAYU


Senibina rumah Melayu dibina yang ringkas dan mudah menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi yang diperolehi dari hutan. Rumah Melayu dengan ciri binaan dan bahan binaan seperti daun nipah, ijuk, rumbia dan bertam untuk atap atau bumbung. Kayu digunakan untuk struktur utama seperti tiang, alang, rasuk, lantai dan dinding.

Lapik tiang pula diperbuat daripada batu. Rumah Melayu juga jarang menggunakan paku besi, biasanya hanya dipasak dengan kayu. Susun atur rumah Melayu biasanya mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian depan atau serambi, bahagian tengah yang disebut rumah ibu dan bahagian belakang yang dikenali sebagai rumah dapur.

Bumbung rumah adalah curam dan unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari tempias hujan dan sinaran lansung matahari. Badan rumah pula dipenuhi dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara. Gaya senibina rumah Melayu pula mempunyai berbagai ragam hias atau motif ukiran dan bentuk binaan yang mengikut pengaruh negeri-negeri Melayu dan pengaruh Nusantara

JENIS RUMAH TRADISONAL


Rumah bumbung panjang atau rumah Minangkabau-di Melaka dan Negeri Sembilan Rumah bumbung Limas-hampir seluruh Malaysia Rumah tradisional seperti Rumah Perabung Lima, Rumah Potong Perak dan Rumah Kutai.

RUMAN MINANGKABAU

RUMAH LIMAS

RUMAH TRADISIONAL

KESIMPULAN
Kronologi sejarah sesebuah negara dapat dilihat melalui bangunan-bangunan lama yang masih kekal. Bangunan-bangunan ini amat bermakna dan memberi kesan yang nyata dari segi fizikal bandar dan kesan emosi kepada masyarakat. Ia merupakan bukti yang tertera atas kemahiran, kemajuan, budaya dan tamadun sesuatu bangsa.

Anda mungkin juga menyukai