Anda di halaman 1dari 38

KETINGGIAN NILAI

WARISAN MELAYU
PENGENALAN
Dalam era revolusi industri ini semestinya pelbagai kemodenan dikecapi
negara terutama membabitkan ketamadunan masyarakat yang menjadi
nadi penting untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam aspek
kemajuan.
Di sebalik perubahan tamadun masyarakat, pengalaman silam menjadi
teladan dan tidak boleh dilupuskan begitu saja kerana ia penting untuk
diingati terutama sebagai pengajran dan pembelajaran khususnya pada
generasi muda.
Apabila memperkatakan tentang nilai-nilai warisan bermakna kita
merujuk kepada warisan tradisi yang dipertahankan dalam masyarakat,
yang dapat dianggap sebagai menyatakan jatidiri sesuatu bangsa itu.
Nilai-nilai moden itu pula ialah kesan perubahan, bagi masyarakat
menyesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Walau
bagaimanapun proses perubahan yang berlaku itu merupakan usaha
penyesuaian antara yang lama dengan yang baru. Tetapi penerimaan
sesuatu yang baru itu tidak bermakna melenyapkan yang lama.
MENGENALI BUDAYA
WARISAN MELAYU

Mengenali warisan Melayu memainkan peranan yang

penting dalam memahami identiti dan sejarah

masyarakat Malaysia dan juga di Asia Tenggara

secara umum. Warisan Melayu merangkumi pelbagai

aspek, termasuk seni bina tradisional, kraf tangan,

makanan, pakaian, muzik dan tarian, serta adat

istiadat.
MAKSUD TERSIRAT
Maksud tersirat dalam budaya orang Melayu mengacu pada pesan

atau makna yang tersembunyi atau tersirat dalam ucapan atau

tindakan seseorang. Selain digunakan untuk menyampaikan sesuatu

atau memberi nasihat, maksud tersirat juga tersembunyi disebalik

seni yang dihasilkan seperti senjata.


UNGKAPAN

Air dicincang tidak akan putus, paku dibawa berpindah-


pindah

maksud tersirat: kebersamaan dan kerja sama adalah


kunci untuk mencapai tujuan yang diinginkan

Dimulut naga dapat ku rampas, ni kan pula ditangan orang

maksud tersirat: Tidak mustahil untuk mencapai sesuatu


jika ada kesungguhan
SENJATA

LOK 5 LOK 7 LOK 9


MENGAPA PERLU
Tidak melupakan
MENGENAL 1 budaya warisan
terdahulu
BUDAYA
WARISAN
2 Memupuk jati diri
MELAYU
Menyedari ketinggian
3 dan keindahan warisan
melayu
BAHASA
Supaya dapat menjaga ketulenan bahasa

melayu

Dapat menyedari keindahan bahasa

melayu

Supaya bahasa melayu dipandang tinggi

dan dipraktikkan oleh pelbagai

masyarakat di seluruh dunia.


SENJATA

Supaya dapat menghayati keunikan dan

kesenian yang ada pada senjata tradisi

supaya senjata tradisi menjadi

kebanggaan dan lambang bagi bangsa

melayu
PAKAIAN

Supaya dapat mewarisi pakaian

traditional dari generasi ke generasi

Dapat mempekenalkan pakaian tradisi

orang melayu kepada orang luar atau

pelancong
MENGAPA PERLU
Menjadikan Malaysia
MENGENAL 1
sebuah negara yang
mempunyai nilai
BUDAYA sejarah yang tinggi

Memartabatkan hasil
WARISAN nilai nilai seni warisan
2 melayu yang terdahulu
MELAYU
Menyedari ketinggian
dan keistimewaan
3 adab adab dan budaya
warisan melayu
ISU
Banyak bangunan bersejarah terpaksa dirobohkan

kerana tidak mendapat sambutan dan tidak mempunyai

dana yang cukup untuk dijaga

Masyarakat kita banyak didedahkan dengan hiburan

yang berasal daripada barat. Dengan itu seni seni yang

dibawa orang terdahulu dilupakan

Budaya barat sudah banyak diterapkan dalam sifat

masyarakat kita . Sebagai contoh makan menggunakan

sudu dan garfu.


HURAIAN
- Budaya warisan Melayu mempunyai keunikan tersendiri

seperti seni bina, muzik, tarian, dan adat resam yang unik dan

mempunyai nilai sejarah yang penting.

- Memahami budaya warisan Melayu membantu kita

mempelajari tentang peradaban Melayu dan bagaimana ia

mempengaruhi kehidupan kita hari ini.

- Memahami budaya warisan Melayu juga dapat membantu kita

memahami dan menghargai perbezaan antara budaya kita dan

budaya orang lain.


SENI BINA Rumah kayu atau rumah kampung
1 pada suatu masa dulu boleh
dikatakan tidak asing bagi orang
RUMAH MELAYU Melayu.

TRADISIONAL Rumah tradisional Melayu ini yang


mempunyai keindahan dan keunikan
2 seni bina rumah-rumah masyarakat
silam yang diangap sebagai bayangan
reka bentuk Istana Kesultanan Melaka
pada abad ke-15.

Tapi dengan urbanisasi penduduk kini,


3 ramai anak-anak Melayu yang tidak
lagi mengenal apakah ciri bentuk
sebenarnya rumah kayu tradisional
maupun caranya dibangun tanpa paku
Sejarah Seni Bina Rumah
Melayu

Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk

moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di

Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta

kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bahagian

lain di alam Melayu telah mempunyai sistem

perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan

gaya hidup dan alam sekitar.


Sejarah Seni Bina Rumah
Melayu (Sambungan)
Manakala orang Melayu dan Orang Asli di

Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya

membina rumah sebuah (ala banglo) yang didiami oleh

sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo

lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang

memuatkan seluruh kampung. Yakni setiap keluarga

menghuni satu bahagian seperti rumah pangsa yang

dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung

terbuka di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di Sarawak) yang

menyambungkan semua unit menjadi sebuah

bangunan panjang.
Ciri-Ciri Seni Bina Rumah
Melayu

Bentuk Bumbung V Terbalik

Bentuk bumbung seperti V terbalik diperkenalkan.

Pada pertemuan di sebelah puncak tutup

bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil

tulang perabung. Bentuk bumbung ini dikenali juga

dengan bumbung lipat kajang atau bumbung panjang.

Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris,

rumah berubah bentuk kepada bentuk limas atau

bumbung Belanda.
Ciri-Ciri Seni Bina Rumah
Melayu
Kaedah Pembinaan Rumah

Di peringkat awal, sistem mendirikan rumah hanya

dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Sistem

tebuk kemudiannya diperkenalkan. Begitu juga

penggunaan paku kayu yang dikenali juga dengan

pemeting untuk menguatkan persediaan rangka

rumah. Tiang rumah berbentuk bulat dan rotan @

akar digunakan untuk menguatkan persendian.

Tarahan tanggam dibuat untuk mengejapkan

persendian seterusnya tiang bersegi dan ditebuk

untuk laluan kayu rasuk dan alang serta dibaji.


Penggunaan alat seperti ketam, gergaji dan alat tebuk menebuk

membolehkan lantai dan dinding rumah yang lebih baik bagi menggantikan

balak kayu yang digergaji. Penggunaan papan untuk dinding dan lantai

diperkenalkan untuk menguat dan merapi rumah. Susunan sambung

menyambung untuk dinding yang dikenali dengan sambungan tindih kasih dan

sambung berlidah telah memperlihatkan susunan dinding secara melintang,

menegak dan juga menyerong.


Jenis-jenis Rumah
Tradisional Melayu
Rumah potong Belanda atau Rumah Limas di Johor.
Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbung
panjang dikenali dengan Rumah Serambi Kedah atau
kadangkala dipanggil, rumah panjang sahaja.
Di Melaka rumah bumbung panjang juga dikenali dengan
Rumah Serambi Melaka dan terbahagi kepada
rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam belas.
Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah
berbumbung panjang ini dipengaruhi
oleh senibina rumah panjang di Melaka.
Di Terengganu dan Kelantan, terdapat dua jenis rumah
bumbung panjang iaitu rumah tiang
dua belas dan rumah bujang.
Di Selangor dan Wilayah Persekutuan,
rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh senibina
rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan.
Di Perak, rumah bumbung panjang dikenali
dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.
Keunikan Seni Bina Rumah Melayu
Tradisional
Rumah melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara
senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional mempunyai
banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden masa kini.

Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit
serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni
memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.

Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah
itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan
rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.
Keunikan Seni Bina Rumah Melayu
Tradisional

Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah


Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya. Kebanyakkan
masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang
diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina
rumah melayu ini.
Tebar Layar dengan hiasan motif kosmos

Kekisi tingkas diukir dengan ukiran


tebuk tembus membantu
peredaran udara yang baik.

Bahagian anjung rumah di pasang dengan


ukiran larik.
Melindungi hak warisan orang melayu

“Melindungi” ertinya pengenalpastian, perlindungan, pemuliharaan,


pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenan
dan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atau
tradisional dan persekitarannya
KENAPA perlu untuk melindungi hak
warisan orang melayu
Melindungi hak warisan orang Melayu di Malaysia penting kerana nilai
warisan tersebut merupakan salah satu bahagian yang penting dari segi
identiti budaya, sejarah, dan tradisi masyarakat Melayu.

Pemeliharaan budaya Pemerkasaan ekonomi

Identiti nasional Keseimbangan dan keadilan

Pemuliharaan, Pengetahuan dan


Kemahiran
Pemeliharaan Budaya
Warisan orang Melayu merangkumi bahasa, adat resam, kesenian, muzik dan
amalan tradisi lain. Melindungi warisan ini penting bagi mengekalkan
kesinambungan dan kepelbagaian budaya Melayu. Warisan ini merupakan
warisan berharga yang harus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan
datang.

Identiti Nasional
Warisan bangsa Melayu merupakan sebahagian daripada identiti nasional
Malaysia. Melindungi warisan ini adalah satu cara untuk menghargai dan
menghormati sumbangan orang Melayu dalam membentuk sejarah dan
kehidupan sosial Malaysia. Ia juga telah mengukuhkan semangat kebangsaan
dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pemerkasaan Ekonomi
Melindungi hak warisan orang Melayu juga dapat menyumbang kepada
pemerkasaan ekonomi masyarakat Melayu. Dengan mengiktiraf dan
mempromosi warisan budaya Melayu, peluang ekonomi yang berkaitan dengan
industri kreatif, pelancongan kebudayaan, kraf dan sektor lain dapat
dibangunkan, memberikan faedah ekonomi kepada masyarakat Melayu.

Keseimbangan dan Keadilan


Melindungi hak pusaka orang Melayu adalah satu usaha untuk mengekalkan
keseimbangan antara kumpulan majoriti dan minoriti di Malaysia. Dalam
konteks berbilang budaya dan etnik di Malaysia, adalah penting untuk
memastikan hak semua kumpulan diiktiraf dan dihormati untuk membina
masyarakat yang adil dan inklusif.
Pemuliharaan, Pengetahuan dan Kemahiran
Warisan orang Melayu juga merangkumi ilmu dan kemahiran tradisional yang
diperturunkan dari generasi ke generasi. Melindungi warisan ini bermakna
melindungi pengetahuan dan kemahiran unik yang merupakan aset dan sumber
budaya penting bagi orang Melayu.
Kesimpulan

Pelbagai usaha melestarikan seni dan budaya dapat dijayakan


sekiranya setiap pihak bersepakat mencapai objektif yang sama.

Dengan iltizam dan matlamat yang betul, usaha ini dapat


melestarikan semula apa yang semakin pupus dalam jati diri rakyat
di Malaysia.

Kesannya generasi akan datang dapat menghargai apa yang


mereka lihat di negara mereka sendiri sebaliknya tidak
mengagungkan budaya asing.

Dengan berbekalkan semangat patriotisme yang dimiliki dapat


menjadi pegangan untuk mengekalkan seni dan budaya masyarakat
kita.

Anda mungkin juga menyukai