Anda di halaman 1dari 35

WARISAN

Usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia adalah menjadi


tanggungjawab semua rakyat di negara ini. Bukan hanya kepada pewaris seni dan
budaya sahaja. Masyarakat Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis kesenian. Pewaris
budaya bangsa pada masa depan adalah generasi hari ini. Melalui pendidikan warisan
kesenian bangsa dapat dipelajari.

Bagi membina remaja yang cemerlang dan memahami budaya, mereka mestilah
memahami dan menghayati budaya bangsa. Budaya bangsa adalah asas kepada
pembentukan kebudayaan kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal di
rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi
unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan kebudayaan sangat berkait rapat dengan
kehidupan.

Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih mengenali budaya luar atau budaya
Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga Internet. Perkara ini seharusnya tidak
berlaku jika remaja dididik dan diberi kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di
Malaysia.


Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama,
menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu. Rentak dan genderang memberi
semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang. Rayuan gita (lagu) harapan ibu
dikatakan mempercepatkan membesar sang bayi dalam ayunan.

Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi muzik, alat
muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni bina dan lukisan. Semua warisan ini amat
berharga dan bernilai kepada negara. Kalangan remaja harus memahami dan
menghayati semua warisan ini.

Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan tarikan para pelancong. Sebagai
contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional antaranya ialah muzik makyung, Mek
Mulung, Ghazal, wayang kulit dan sebagainya.

Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian daripada pelbagai jenis etnik. Tarian
Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau Penampang merupakan beberapa jenis
tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk
yang unik dan perlu diketengahkan selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu
dikomersialkan. Begitu juga bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, bidang muzik mengikut cara bunyi dihasilkan, alat muzik tradisional kaum di
Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama, getaran pada tali yang
ditegangkan seperti alat muzik India iaitu Tampura, alat muzik Cina Erh-Hu. Kedua, di
pukul pada kulit yang ditegangkan iaitu Geduk alat muzik Melayu dan Tabla alat muzik
kaum India.

Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia digunakan untuk mengiringi
persembahan dalam upacara tertentu. Selain itu, tarian-tarian suku kaum di Malaysia
telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian tradisional mempunyai
fungsi tertentu.

Kraf tangan suku kaum di Malaysia juga ada berbagai-bagai jenis. Kraf tangan ini
diperbuat daripada pelbagai bahan seperti mengkuang, kayu, manik, benang, logam,
tanah liat dan sebagainya. Keunikan ini harus dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia
yang kaya dengan kesenian kraf tangan.

Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi sosial dalam masyarakat selain
daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh
didapati di kalangan kaum di Malaysia. Setiap permainan tradisional ini menggunakan
alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak mahu, permainan Internet akan
menghapuskan permainan tradisional yang ada.

Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan budaya yang penting ke rana
ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa. Terdapat pelbagai bentuk seni bina
warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan mempelajarinya adalah satu usaha yang
dapat mengekalkan seni bina bangsa kita.

Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika dilihat dari segi bumbung, tiang,
tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada
beberapa bentuk. Antaranya, Rumah tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang
Barat, Rumah Bumbung Perak dan Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan
terdapat pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.

Memetik pandangan Dato Raja Kamarul Bahrin Shah, sebagai berkata seni bina
penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan sesuatu bangsa.
Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri dan budaya kita dalam menerap kemajuan
teknologi, kemajuan perniagaan dan lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya
bangsa Malaysia.

Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai sejarah perlu dipelihara agar ia tidak
dilupakan dan sentiasa diingat oleh setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga
dengan baik agar masyarakat dapat melihat evolusi bangsa.

Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam evolusi seni bina agar apa juga
yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan masyarakat kita sendiri dan bukan
sekadar dicedok atau diambil dari pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah
suatu yang dinamik. Kita tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu
ditapis.

Sebagai contoh, Istana Budaya setaraf dengan Royal Albert Hall di London. Reka
bentuknya mementingkan ciri-ciri kebudayaan Melayu. Tapak bangunan ini direka
berdasarkan wau bulan. Bumbung Istana Budaya berkonsepkan gubahan sirih junjung.
Ruang dalamnya berkonsepkan rumah Melayu.

Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga merupakan satu cabang seni yang
tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina menggunakan motif hiasan yang pelbagai
dalam seni lukisan berdasarkan lagenda, falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama
Buddha, pengajaran Tao dan Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza
daripada simbol budaya lain kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang
tersendiri.

Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa kini dapat memahami unsur
budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai
rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional masyarakatnya.

Kelainan dan kesatuan ini menjadikan budaya masyarakat Malaysia sangat unik dan
menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara. Mereka melihat semua warisan
kesenian pelbagai kaum sebagai satu seni yang unik dan dapat menyatupadukan
perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Hakikatnya, Malaysia mengandungi berbagai-bagai masyarakat dan budaya; tetapi apa
yang dicita-citakan oleh kita semua pada satu peringkat, ialah integrasi yang melampaui
masyarakat dan budaya yang berbagai-bagai-bagai. Integrasi inilah yang dapat
dijalinkan bagi memperkukuhkan perpaduan dan dapat dirasakan oleh rakyat Malaysia
sebagai kebudayaan nasional mereka.










PERMAINAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

PENGENALAN

Masyarakat berbilang bangsa di malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang
diambil daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini digabungkan digabungkan
menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap kaum mempunyai adat
kebudayaan masing-masing. Kebudayan ini terus diperkukuh dan dipererat dengan
acara keramaian bagi budaya masing-masing. Diantaranya termasuklah permainan
tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan nenek moyang kita
dahulu. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa
dahulu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Ada di antara permainan
tradisional pada masa dahulu yidak lagi dimainkan tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa
dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan oleh kanak-kanak
sehingga ke hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut,
sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

CONGKAK



Congkak merupakan permainan tradisional bagi kaum melayu. Permainan ini talah
wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Permainan congkak dipercayai
berasal daripada Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari
gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua tiang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di
atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga,
batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua
orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung.
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil
rumah. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing,
balau dan sebagainya.

Cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah
yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau
lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung
sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuhb di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan akn memulakan permainan
seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi
semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah,
ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan
yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

PERMAINAN GASING

Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri
Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur
khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.

Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

Permainan untuk bersuka ria
Pertandingan gasing
Permainan untuk pertunjukkan.

PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU

Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan
kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara
untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang
anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan
wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk
kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna,
keaslian ciptaan dan ukranya.

TARIAN MELAYU

Silat

Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni
mempertahankan diri bagi masyarakat Melayu. Silat juga adalah suatu seni yang boleh
dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta
bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan. Tarian
seni silat kebiasaannya dipersembahkan pada majlis keraian atau perkahwinan.







Zapin

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, iaitu sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah ini, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah
tamadun Islam. Namun setelah berlakunya transformasi zaman, tarian zapin ini telah
diubahsuai dan dipersembahkan dalam majlis-majlis tertentu di Johor umumnya.







Tarian Lilin

Merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari-penari wanita sambil
menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan
gerak-geri yang penuh dengan kelembutan. Selain itu, tarian ini telah diberikan nafas
baru iaitu disertai penari-penari lelaki dan dimainkan dalam pelbagai rentak moden.










Mak Yong Melayu

Tarian Mak Yong ini berasal dari Patani iaitu salah sebuah daerah di selatan Thailand.
Tarian Mak Yong ini dicipta untuk hiburan kerabat Diraja wanita, permaisuri serta puteri
sewaktu ketiadaan kerabat Diraja lelaki. Bagi menjadikan tarian ini lebih menarik,
penggabungan drama-drama romantik, tarian berirama dan nyanyian tradisional
dengan gaya yang menawan telah diserapkan dalam tarian ini. Pada awal
kemunculannya, tarian ini mengisahkan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka dan telah dipopularkan mengikut peredaran zaman.



















ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM MELAYU


Kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan
bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan
bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu
sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui
Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan
kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan
memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari
atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan,
kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi
'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat.
Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang
terbuka.



Rebana


Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular,
terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah
bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan
pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada
hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai
Rebana Ubi


Gambus



Pengenalan

Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh
bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku
tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya.
Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan
kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi

Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya
menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain

Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Rehab



Pengenalan

Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada
dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian
dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya
ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang
dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi
bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan
jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran
dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan
hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia
dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah
kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek
ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi

Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain

Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan
sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari
tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk
mengeluarkan berbagai pic.



PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

KABADDI



Kabaddi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional india.
Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara
Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di
Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Dalam satu
permainan, dua pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m. Permainan ini dilangsungkan
selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan lawan, yang mana
bertujuan untuk menyentuh salah saorang pemain pihak lawansebelum patah balik
kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti
berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang
pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk
menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika
penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan
padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan
mancecah tanah luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan lawan. Setiap
pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata
bonus, yang dipanggil lona, maka semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir
permainan pasukan yang mengumppul mata tertinggi akan menang.

TARIAN INDIA


BharathaNatyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi dan dramatik.
Bagi menguasai tarian ini, masa yang lama perlu diambil kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari secara mendalam demi
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh
dengan kegemilangan. Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat
iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.
Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya(
Tarian Ekspressi ).




ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA

Venna



Pengenalan

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan
dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi
dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan
menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada
pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung
penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang
digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.


Fungsi

Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain

Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang
sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan
berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Sitar



Pengenalan

Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk
memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk
bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi

Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah
lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan
berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain

Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.









Dholak


Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia
dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang
dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan.

Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan
sebagainya.

Tempura



Pengenalan

Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi
daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan
belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2
daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali
melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

Fungsi

Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung
iringan.

Cara Bermain

Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.















































PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CHINA

MAHJONG




Mahjong atau mahjung merupakan permainan tradisional untuk empaat orang yang
berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan,
termasuk juga satu tahap nasib. Bergatung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjad satu isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer. Objektif permainan adalah
membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang
pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan
melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa
Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan ini untuk mengisi masa. Teori lain
menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah
mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula
percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Ningpo, dua orang bersaudara telah
mencipta mahjong berdasarkan permainan Madiao. Permainan tradisional Cina ini
diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China
ditubuhkan. Kerajaan baru komunis melarang aktiviti perjudian, yang dianggap simbol
kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan ini dihidupkan
semula, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang
Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa
popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.












TARIAN CINA

Tarian Singa

Tarian singa lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. Tarian
Singa merupakan salah satu persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan.
Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian
sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan
manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Bagi menjayakan tarian ini, pergerakan
singa biasanya disesuaikan dengan kostum singa yang telah dihasilkan. Kostum singa
ini dimainkan oleh dua penari. Seorang penari akan menggerakkan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari akan bergerak-gerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh paluan gong, dram dan dentuman
mercun yang dikatakan membawa tuah.






Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan,
kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya
dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini juga dipercayai
membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Selain itu, tarian naga merupakan
sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan
simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara
penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari yang mahir
bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh
kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya
seakan-akan naga yang bergerak..

































ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA


Erh-Hu



Pengenalan

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi

Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra
untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain

Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah
tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan
berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello







Pipa



Pengenalan

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat
dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda
titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung
bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian
kepalanya berukir.


Fungsi

Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo
atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain

Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan
hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara
fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.




















Gong




Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional.
Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi
yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik
keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.









PERMAINAN TRADISIONAL KAUM SABAH

KENALI BUDAYA MALAYSIA :PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SABAH -
SEPAK MANGGIS

Sepak Manggis adalah satu sukan tradisi yang diadakan semasa pesta karamaian,
seperti majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan, sepak manggis ini akan
diadakan di kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin. Permainan ini
melibatkan satu tiang yang diperbuat daripada bambu. Bambu itu dipacakkan di atas
tangga dengan ketinggian lebih kurang 25 kaki. Di atas bambu tersebut, diperbuat satu
pacak yang menggantung satu kotak yang dihiasi dengan kain/kertas berwarna warni.
Di dalam kotak itu, dimasukkan hadiah menarik, yang biasanya berupa wang ringgit.
Permainan ini dimainkan dengan seorang menendang bola "sepak takraw" yang
diperbuat daripada rotan dengan menendang cara bermain sepak takraw. Bezanya
ialah bola itu akan ditendang ke atas, dan sasarannya ialah kota berwarna-warni yang
mengandungi wang hadiah di atas.
Sebelum dimainkan permainan ini, mempelai lelaki dan perempuan akan
merasmikannya dengan berjalan mengelilingi tiang bambu itu, bersama-sama dengan
pengapit-pengapit mereka sebanyak tujuh (7) kali. Ini akan diikuti dengan pengantin
lelaki itu sendiri akan menendang bola takraw itu, yang dibalingkan oleh
pasangan/isterinya. Percubaan boleh dibuat sebanyak tujuh (7) kali. Ini sekaligus dapat
menarik perhatian orang ramai dan menandakan bahawa permainan sepak manggis ini
telah bermula.
Peraturannya ialah agak terbuka. Sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun kaum
wanita agak keberatan untuk menyepak bola tersebut. Pun begitu, adat istiadat
mahukan supaya kanak-kanak yang kecil memulakan, dan kemudiannya diikuti oleh
remaja, dan akhirnya orang dewasa. Selepas itu, ia terbuka kepada sesiapa sahaja.
Sesiapa yang menendang bola itu dan berjaya mengenakan sasaran kota berwarna-
warni, maka dialah yang akan mendapat hadiah tersebut. Oleh kerana tiang bambu itu
tinggi, maka adalah agak sukar bagi mereka untuk menepati sasaran. Permainan ini
boleh dibuat sepanjang hari, sehinggalah ada yang berjaya menepati sasaran.
Hadiahnya agak lumayan dan biasanya hadiah itu disediakan oleh pengantin lelaki.
Adalah dipercayai pada Majlis Perkahwinan di Tempasuk 1 itu, hadiahnya berupa wang
tunai sebanyak RM1,000.00.
Permainan sepak manggis ini adalah sukan tradisi warisan masyarakat Kadazandusun
Tindal dan Bajau yang tinggal berhampiran. Budaya kedua-dua masyarakat ini telah
diadunkan dan permainan sepak manggis ini diwujudkan sebagai satu acara
memeriahkan suasana sambil memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan.
Sukan ini adalah sangat menarik dan mempunyai unsur-unsur budaya yang simbolik.
Ianya harus diteruskan, dipromosi dan diwarisi oleh generasi muda, baik masyarakat
Kadazandusun mahupun masyarakat Bajau.


TARIAN
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di
seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-
gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut
irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung
terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta
Kaamatan.
Pengenalan Alat Muzik Sabah

Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni
kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi
dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan
wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada
untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya
main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong
leper. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli
yang diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai
contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada
buluh. Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada
kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan
menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma.

Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada:

1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan)
2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (gendang atau tontog).

1. Kordofon

Tongkungon








Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan
Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh
yang besar.

Sundatang Atau Gagayan

Pengenalan:

Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:

Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip
yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk
menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka.
Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi:

Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu
sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian
seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.


2. Erofon

Suling

Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling
yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang
mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat
menenangkan.

Turali




Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi
masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini
ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat
tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah low pitch manakala makin pendek
alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi pitch. Alat ini diaminkan
menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat
lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan
ialah not paling rendah.

Sompoton




Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di
kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan
rapat dengan khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.



Diperbuat daripada:

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari
jenis sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari
labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua
lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam
kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk
menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan.
Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan
kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan
pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik
yang telah ditentukan.

Cara Bermain:

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka
tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada
dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga
menggunakan teknik menghembus serta menyedut untuk menghasilkan bunyi
menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah
sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni.
Sompoton juga menggunakan system free reed yang tunggal sebagai bahan
bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.

Fungsi:

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam persembahan
nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian
atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton
dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah
diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga
keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara
berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain
seperti bungkau dan marakas.


Bungkau

Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit
luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan
yang hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik.
Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan
sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh
membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh
diperolehi dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila
tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk
tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di
tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan
kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan
mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang
berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas
tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

3. Idiofon

Tongunggak

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di
kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon
bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau
perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam
(togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum.
Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan
setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

Gong

Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya
diperbuat daripada gansa dan besi. Ianya dimainkan di dalam persembahan
muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena
permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan
masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama
untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah
dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian,
upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak
akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari
kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai
dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari
Filipina, Indonesia atau Brunei.

Kulintangan

Pengenalan
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran
kecil.

Diperbuat dari:
Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
Cara bermain
Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara
umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila
sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar
sebagai mitagunggu.
Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada
tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji
kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis
lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat'
serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati
berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk
ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil'
daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk
meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua
dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9
buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-
bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan
tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.

4. Membranofon

Rebana

Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian
dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai Adai-Adai oleh masyarakat
melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan sipitang.

Gendang atau Tontog

Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur
tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk
badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang.
Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM SARAWAK

Tibow-sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Dikenali
sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai
simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan
sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul - ia
sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.
Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung.
Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-
batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk
mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang
kecederaan parah.
Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada
waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu,
penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah
suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan
memudahkan permainan tersebut.
Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat.
Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si
pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus
dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur
kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.
Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan
untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai
tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun
manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan
menambahkan gempar suasana.
Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun dinyanyikan
beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' Pantun ini
merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atau dewa yang menguasai permainan tibow
dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang
itu.
Rujukan : Permainan Tradisional Etnik Sarawak


TARIAN
Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini
lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu,
pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di
Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki
mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini,
sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang
yang berukir.
Datun Julud
Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak.
Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi
menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini
dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para
pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya
musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh
seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada
bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.
.
Tarian Buluh

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan,
menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali.
Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas.
Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh
tersebut tanpa tersepit.





ALAT MUZIK

Alat Muzik Sarawak


ENGKERURAI /EROFON
Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak
ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai
merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika
ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak.
Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.
Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu.
Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu.
lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor.
Di sebelah kanan indu ialah ngingit.
Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu
bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu

Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah
ranggong.
Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.

Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah :

1. Tebah Lantang
2. Kenjan Keterubah
3. Kenjan Kadua
4. Saka Dua
5. Baling
6. Alun Panjai
7. Entak Kepayang
8. Seri Dayong
9. Kenyah
10. Keliute
11. Indu Gu


Cara Bermain- Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan
menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya
dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang
bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

SAPE/SAPEH KORDOFON

Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek dan
talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya
meranti yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan
sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering
di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla
bagi suku kaum kayan dan kenyah. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta
mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang
sering dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini tidak
lagi diamalkan.
Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai bulangan
talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali. Kini, tali
sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka
menggunakan tali sabut dari Sago. Dalam konteks persembahan talinya dilaras
mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti
Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada c satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third dibawah
middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada F iaitu perfect fourth diatas middle c.


Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan melodi
hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone
yang dimainkan dalam keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi
setiap keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya
dengan sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan
penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan








ENGKEROMONG/ IDIOFON

Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-gong atau
gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada tembaga . alat ini
dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara . Engkeromong begitu
terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan dalam ensamble untuk
mengiringi tarian ngajat. Dalam konteks persembahan , engkeromong ini diaturkan
diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras
mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang
pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan
secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise , menaik dan menurun.
Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang berukuran
besar iaitu dikenlai sebagai badai . Alat ini menyerupai alat tetawak yang terdapat di
negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan bagi masyarakat
iban.



GENDANG WANITA/ BERMUKUM MEMBRANOFON

Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk
seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada
batang kelapa ataupun sago.
Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan
disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita yang
dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis persembahan
nyanyian rakyat yang dikenali sebagai bermukum di kalangan masyarakat melayu
disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan dondang sayang dari segi gaya dan
bentuk persembahannya. Dalam persembahan bermukum ketua kumpulan gendang
wanita akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang
lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng
bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil
berjoget.
Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai benduk dan
dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan orang islam.
Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka dikenlai
sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada permukaanya
mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum kenyah yang
berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat
gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat
melayu.

Anda mungkin juga menyukai