Anda di halaman 1dari 4

Rumah Adat, Senjata, Makanan & Tarian Adat Melayu

Rumah Adat Melayu

Rumah Melayu adalah Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan
tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang
tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya
dibangun tanpa paku.
Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu
dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di
Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik
dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya
membina rumah sesebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum
di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung! Yakni
setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti ‘apartment‘ yang dideretkan sebelah-menyebelah,
dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di Sarawak) yang menyambungkan semua unit
menjadi sebuah bangunan panjang.
Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai
jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak
memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-
siap. Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang
dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan dari
negeri Kedah ke Kuala Lumpur.
Senjata Melayu

Orang-orang Melayu merupakan mereka yang handal bermain senjata. Terdapat pelbagai senjata
yang digunakan dalam pekerjaan seharian, dan juga yang khusus untuk mempertahankan diri.
Bagaimanapun, senjata-senjata ini semakin pupus dan dilupai dari ingatan walaupun dari mereka
yang berbangsa Melayu. Disenaraikan di bawah sebahagian kecil senjata yang masih diketahui agar
ia berkekalan dalam pengetahuan kita semua.Senjata-senjata ini tidak semestinya dicipta oleh orang
Melayu semata-mata, tetapi selagi ia digunakan secara meluas, maka ia bolehlah disenaraikan
sebagai di sini. C 1. Badik / Badek
2.
3. Baling-baling
4. Baut rajut
5. Calung
6. Jambiah
7. Kerambit
8. Keris
9. Lembing
10. Parang
11. Parang Jenguk
12. Pedang
13. Tajong
14. Tembong
15. Dan masih banyak lagi

Makanan Tradisi Kaum Melayu

Masakan Melayu adalah masakan orang


Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Setiap wilayah tradisional Melayu
mempunyai makanan khasnya yang tersendiri – Terengganu dan Kelantan terkenal dengan
Nasi dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor, Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili
api, Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kedah
dengan Asam laksa dan Gulai nangka, Melaka dengan Asam pedas,
Johor dengan Mi
Bandung, Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam
Pedas ikan patin, Melayu Deli di Medan
Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medan dan Gulai Ketam[1] dan Brunei dengan
hidangan Ambuyat.
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta
santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan
dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan
sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan
sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan
lengkuas dan serai makan
Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu
dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan
Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat.
Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk
penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.[3] Tidak dapat dipastikan bila
tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila
Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu.[4] Warisan terpenting
Melaka dalam tradisi masakan Melayu terhasil dari penglibatan aktifnya dalam perdagangan
rempah serta keterbukaannya kepada bahan-bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh
orang luar seperti dari Arab, Parsi, China dan India. Melaka juga merupakan pemangkin kepada
pembangunan dua budaya masakan yang kaya dan unik hasil dari campuran tradisi Melayu dengan
China dan Eropah, yang dikenali sebagai Makanan Baba Nyonya dan Serani. Ratusan tahun sebelum
dan selepas zaman Melaka, terdapat juga kumpulan etnik bukan Melayu yang lain seperti Jawa,
Bugis dan Minangkabau yang telah diserap atau diasimilasi ke dalam masyarakat Melayu, hasil dari
kesamaan agama dan cara hidup, dan telah memberi pengaruh penting dalam masakan Melayu
Tarian Adat Melayu

Tarian Melayu merangkumi pelbagai suku kaum yang terdapat di alam Melayu. Diantara tarian suku
kaum Melayu adalah:

• Tarian Asli
• Tarian Asyik
Tarian Ayam Didik
Tarian Balai
Tarian Balqis (Arab)
Tarian Barongan
Tarian Calok (Sumpah-Sumpah)
Tarian Canggung
Tarian Ceracap Inai
Tarian Cik Siti Wau Bulan
Tarian Cinta Sayang
Tarian Endang / Piring
Tarian Gamelan
Tarian Gayong Otar
Tarian Hadrah
Tarian Hala
Tarian Ikan
Tarian Inang
Tarian Inai
Tarian Jala Ikan

Tarian Piring
Tarian Randai
Tarian Randai dan Orang Ulu
Tarian Saba
Tarian Sarah
Tarian Sewang
Tarian Siti Payung
Tarian Tempurung
Tarian Upih
Tarian Wau Bulan Tarian Zapin
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu

Anda mungkin juga menyukai