Anda di halaman 1dari 9

Isi kandungan. 1.0 Pengenalan. 1.1 Maksud kebudayaan. 1.2 Maksud Baba dan Nyonya. 2.

0 Sejarah Baba dan Nyonya. 6.0 Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya. 10.0 Penutup. Bibliografi. Lampiran

m/s 2-3

4-5 14-15 20 21

1.0

Pengenalan. 1.1 Maksud kebudayaan.

Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup manusia.

Cara hidup yang

dimaksudkan adalah seperti pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani serta menjadi amalan hidup manusia sehingga terciptanya hasil-hasil ciptaan dan satu gaya hidup manusia ketika melaksanakan sesuatu perkara. Menurut pandangan YB. Haji Abu Bakar Abd. Hamid, kebudayaan adalah sesuatu yang amat penting dalam masyarakat. Seperti kata beliau, kebudayaan itu sendiri dapat menentukan cara kehidupan, pemikiran, termasuk politik satu-satu bangsa dan dengan sendirinya kebudayaan itu adalah amat penting. (Petikan dari Majalah Dewan Budaya, April 1985) Selain itu, menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), kebudayaan adalah cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, dan peradaban. Secara umumnya, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat yang merangkumi seluruh aspek pemikiran serta tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi lain melalui proses pembelajaran. Kebudayaan itu dapat dilihat melalui beberapa bidang, pertama melalui fikiran atau idea. Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, mitos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita- cerita lisan. Contohnya seperti tarian menguja dewa serta kepercayaan terhadap sesuatu benda hidup yang mempunyai kelainan serta yang memberi manfaat. Kedua melalui kebendaan, seperti seni bina, bangunan, alatalat mesin, pakaian, makanan, ubat- ubatan dan perabot. Contohnya seperti angkor wat, kerinci angin, pakaian tradisional yang unik dan sebagainya. Ketiga adalah melalui bidang kesenian, kebudayaan yang dilihat melalui bidang kesenian adalah melalui dua kemahiran, iaitu seni lakon dan seni tampak. Seperti seni lakon, contohnya adalah seperti teater, tarian, muzik, nyanyian. Manakala seni tampak pula misalnya adalah seperti ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman. Seterusnya, yang keempat adalah melalui bidang nilai dan norma. Seperti peraturan, undang- undang, adat resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilainilai kegamaan serta kesopanan. Keempat bidang tersebut akan memperlihatkan hasil-hasil yang berasaskan abstrak atau tidak kelihatan, dan juga bercorak kebendaan. Daripada hasil- hasil inilah yang akan membentuk satu budaya sesuatu masyarakat yang dilakukan oleh perbuatan seharian mereka melalui jasmani dan rohani.

1.2

Maksud Baba dan Nyonya.

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba adalah keturunan Cina yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya. Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999) lagi, Nyonya pula adalah panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami, iaitu perempuan Cina dari golongan Baba. Baba dan Nyonya adalah segolongan kaum yang berketerunan asal kaum Cina yang menyerap cara hidup kaum Melayu. Mereka menggelar diri mereka sebagai Baba atau peranakan kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina yang mempunyai pengaruh unsur-unsur kebudayaan Melayu.

2.0

Sejarah Baba dan Nyonya. Menurut Zalifah Abdullah dalam catatan beliau, Budaya Berbilang Kaum

(2006:24), masyarakat Baba wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun ini kepulauan Melayu sedang mengeratkan hubungan dengan negara-negara lain, terutamanya negara Cina. Kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik adalah salah satu cara untuk memulakan hubungan diplomatik. Seterusnya, Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan. Manakala para pengiring yang yang datang bersama Puteri Hang Li Po yang tinggal di Bukit cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu, maka dari itu lahirnya peranakan. golongan Baba banyak didapati di Melaka. Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosio-budaya persekitaran mereka, maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan yang dilakukan oleh masyarakat Baba ini. Misalnya, kebanyakan orang Cina yang datang pada ketika itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat Hokkien, namun setelah lama kekal di kepulauan Melayu maka kebanyakan mereka dapat bertutur dalam loghat Melayu yang agak berbeza sedikit namun masih dapat difahami oleh kaum Melayu Oleh disebabkan itu juga kebanyakan

3.0

Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya.

Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba. Antaranya seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antara masyarakat Melayu dan Cina. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 43), bagi masyarakat Baba, mereka akan makan menggunakan tangan seperti masyarakat melayu, tetapi amalan ini hanya dilakukan dirumah sahaja, mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Masakan masyarakat Baba digelar sebagai Misalnya seperti ayam masakan Nyoya kerana jenis masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu yang menggunakan rempah masakan melayu. tersebut perlu dimasak sehingga kering tanpa berkuah. perayaan. Selain itu, makanan yang menjadi kegemaran adalah seperti inci kabin (ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah ikan), itik tim (itik yang dimasak dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut rempah), pang-teh bak-wan kepiting (babi cincang yang dicampur dengan sup ketam), nasi lemak dan banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun ianya akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut sebarang perayaan. Selain itu masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan yang hanya akan dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:44), misalnya seperti masakan mi sua tau, ia dibuat dengan menggunakan mi khas dan mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan umur. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang. Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat Baba secara keseluruhannya, bahkan kuih-muih masyarakat Cina dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:46), misalnya seperti kuih-muih Cina, iaitu kuih bakul, pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah adalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. Buktinya, seperti kuih bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang diamalkan oleh masyarakat Baba, kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey yang diperbuat daripada tepung yang dimasak dengan kapitan, iaitu sejenis makanan yang dimasak menggunakan rempah kari dan ayam Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu makan tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut

gula. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang. Selain itu, kuih-muih masyarakat Melayu yang digemari serta menjadi juadah yang lazat ketika mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol, wajik, tapai dan bahulu. masyarakat Melayu. Namun begitu, bagi masyarakat Baba dodol yang dibuat dengan menggunakan beras yang ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran. Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu. Manakala kuih bahulu ynag dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu, kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik berbeza dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam, namun ianya tetap menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Cara pembakaran bahulu agak unik kerana bahan api prlu diletakkan dibahagian bawah dan atas acuan untuk memastikan bahulu masak dengan sempurna. Segelintir masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih-muih masyarakat Melayu kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat dengan

4.0

Implikasi masakan Baba dan Nyonya kepada masyarakat Malaysia

Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya, ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Selain itu, kaum nyonya juga pandai menggayakan buah-buahan dan sayuran tempatan di dalam masakan mereka. Antaranya adalah jantung pisang, nangka muda, keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan bagi penyediaan makanan seperti otak-otak, kerabu dan laksa. Bagi kaum Cina pula bahan dalam masakan mereka ialah soya ( tahu, taucu, kicap soya ) cendawan, bunga lily dan biji bijian. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu sperti ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Tidak dinafikan besarnya pengaruh masakan Baba dan Nyonya di Malaysia sehinggakan stesen televisyen Media Prima telah melancarkan satu program masakan di siaran TV3 iaitu Dapur Nyonya yang dihoskan oleh chef selebriti terkemuka tanah air, Florence Tan, juga seorang duta masakan Baba Nyonya di peringkat antarabangsa dan personliti terkenal, Chermaine Poo. Seperti yang dipaparkan melalui DAPUR NYONYA, rancangan ini ternyata membuahkan hasil yang positif dan berfaedah dari segi ilmu, di samping menerapkan elemen hiburan santai buat penonton. Lebih menarik lagi, program ini juga menyentuh tentang aspek asal usul dan budaya Baba Nyonya; antara cebisan sejarah di Malaysia. Implikasi rancangan TV ini telah memperlihatkan akulturasi budaya melayu dan baba nyonya di Malaysia. Seterusnya, penangan baba nyonya juga cukup hebat apabila restoran warisan Baba Nyonya boleh didapati dengan mudahnya bak cendawan tumbuh selepas hujan hampir di semua negeri di Malaysia. Dengan adanya restoran baba nyonya kaum Melayu dan India malah pelancong asing juga dapat menikmati juadah asli baba nyonya. Secara tidak langsung perpaduan kaum dapat diterapkan melalui amalan ini. Sebagai contoh, pemilik restoran baba nyonya yang berketurun cina peranakan mungkin sudah tahu serba sedikit akan adat melayu, justeru mereka akan memberikan layanan yang sewajarnya kepada pengunjung kaum melayu yang datang ke restoran mereka. Penggemar masakan baba nyonya dari keturunan Melayu dan India juga sudah tidak perlu pergi jauh seperti China atau Singapura untuk menikmati masakan baba nyonya kerana di Malaysia sudah banyak restoran baba nyonya dibangunkan. Antara ontoh restoran baba nyonya yang popular di negara ini ialah Restoren Ole Sayang, Restoran Nyonya Makko, Restoran Bannyonya dan Cozy Station Caf.

Selain itu, tidak ketinggalan juga makanan yang cukup popular di Malaysia iaitu Char Kuew Tiaw. Ia diperbuat daripada kuey teow (shh fn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Umumnya, char kuew tiaw mendapat sambutan hangat dalam kalangan kaum Melayu kerana keenakannya namun cara pembuatannya sudah diubah suai bagi memberikan kelainan pada rasa supaya sesuai dengan citarasa orang Melayu. Justeru, pengaruh masakan baba nyonya sangat mendalam kepada masyarakat melayu. Akhir sekali, pengaruh kuih muih tradisional masyarakat Baba Nyonya seperti kuih bakul ( tih kuey ) dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam kepada masyarakat Malaysia.

5.0

Penutup.

Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak semakin dipingggirkan. Identiti mesyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik. Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapat diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba.

6.0

Bibliografi.

Ahmad Razali (1985, April). Budaya : Arah satu bangsa. Majalah dewan budaya. 16 Arbak Othman (1999). Kamus bahasa melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Goh Hin San (1985, Febuari). Tahun baru cina lambang perpaduan. Majalah umum. 33. Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997). Masyarakat baba. Melaka: Assocated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. (2006). Kamus Melayu Global. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd. Zalifah Abdllah (2006). Budaya berbilang kaum. Melaka: Assocated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai