Anda di halaman 1dari 9

B.

SEJARAH

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsurunsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara

masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan. Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya

Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka menukar kepada Kristian. Hal ini menyebakan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya British.

C. ORGANISASI SOSIAL

Baba ialah istilah yang dipanggil kepada lelaki Cina yang mengamalkan cara hidup campuran budaya Cina dengan budaya Melayu. Untuk golongan wanita, istilah yang digunakannya ialah Nyonya. Dalam konteks budaya mereka sebagai model pembauran budaya antara budaya tempatan dengan budaya luar itu, istilah Baba lebih menonjol. Istilah Nyonya jarang-jarang digunakan. Kaum tersebut lebih kerap dipanggil dengan gelaran Baba. Sebagaimana selalu disebut oleh ahli antropologi dan sosiologi, budaya itu sentiasa berubah. Hal yang sama berlaku ke atas kaum Baba. Kedudukan mereka sebagai kelompok marginal (minoriti) dan tersempit di antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina, menyebabkan mereka kehilangan keistimewaan dan peluang ekonomi dan politik. Akhirnya mereka sedikit demi sedikit terasimilasi semula ke dalam masyarakat Cina. Akibatnya, kaum Baba tidak lagi boleh ditemui dengan mudah oleh pelancong yang melancong ke Melaka. Keadaan etnik di bandar Melaka lebih kurang sama dengan bandar-bandar lain seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Boleh dikatakan kaum Baba telah tersorok daripada pandangan. Ringkasnya, sudah hilang. Ahli antropologi dan sosiologi juga kebelakangan ini mula menanggapi bahawa budaya bukan sesuatu yang bersifat konkrit dan kaku. Ia lebih merupakan binaan sosial berdasarkan unsur-unsur tertentu seperti keturunan, warna kulit, kepercayaan, bahasa dan tabiat. Unsur-unsur itu pula tidak semestinya terjelma tetapi sudah memadai seandainya anggotanya membayangkannya ada kerana dalam budaya sentiasa ada lapisan sebenar dan lapisan yang diimpikan. Kaum Baba yang dikatakan telah hilang dari pandangan mungkin benar pada paras sebenar tetapi pada paras ideal, ia masih wujud. Kewujudan itulah yang dieksploitasikan oleh sektor pelancongan sekarang.

E. TULISAN DAN BAHASA

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang' dan lain-lain. Bahasa Baba juga

banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu. Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Saya = goa (bahasa Hokkien) Anda = lu (bahasa Hokkien) Dia = dia (bahasa Melayu) Kita = kita (bahasa Melayu) Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang

Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya makbapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam. Contoh bahasa: Kata ganti nama: saya = goa ( ga)

kamu = lu () dia = i ( i) kita = wa lang ( ga lng)

Hubungan sanak saudara adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang: ayah = 'ntia ( tia) datuk = 'ngkong ( kong) kakak = tachi ( ta-ch) bapa saudara = impek ( peh) adik bapa = nchek ( chek) suami kakak = chau ( chi-hu)

Perkataan berkaitan dengan rumah: ibu rumah = tian ( thian) kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi ( chhim-chin) tingkat atas = loteng ( lu-tng) serambi dalam = pangkeng (pang-keng) serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin) lampu = teng atau tanglung ( teng-liong)

meja = toh (bahasa Hokkien; toh) permaidani = tanak ( thn-) cat = chat ( chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti: teko = tekuan ( t-kan) sudu sup = tngsi ( thng-s) cerek = teko ( t -k )

Terdapat Melayu,

satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa

"sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu

bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tm ( ). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina. Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba: tokong = bio ( bi) tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong ( Ta-Peh Kong)) membakar colok = sio-hio ( sio-hiun) melutut = kui ( ki)

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Dari adat resam dan kepercayaan, Baba sangat bersifat kecinaan. Justeru itu, Baba dikatakan Melayu dari segi bentuk tetapi Cina secara spritualnya. Adat perkahwinan Baba agak kompleks berbanding dengan perkahwinan Cina tulen. Contohnya, penhormatan (penyembahan) kepada saudara mara dengan melutut dan dan tunduk kepala (soja) dilakukan tiga kali seminggu untuk setiap saudara mara itu. Orang Cina tulen mengadakan majlis itu dengan melakukannya sekali sahaja. Pada masa lalu, acara dan adat perkahwinan itu dilangsungkan selama 12 hari dengan setiap hari mempunyai acara dan adat berbeza. Ianya meliputi persediaan makanan, menghias pengantin, rumah dan bilik, acara pernikahan dan jamuan makan malam, untuk kedua-dua keluarga pengantin. Secara susunan, empat hari pertama atau sebelum majlis perkahwinan lebih merupakan hari-hari persiapan seperti jemputan ( Hari 1- Antah Sirih) dan menyediakan peralatan majlis/kenduri ( Hari 2- Tumbuk Tepung), menyediakan bahan-bahan untuk dimasak ( Hari 3-Kupas Bawang dan Hari 4-Rempah Ratus). Hari ke lima dan enam adalah hari menghias pengantin dan perkahwinan ( Hari 5-Ann Cherng, Hari 6-Chinya Lang Khek & Cheo Thou) dan harihari selebihnya adalah kenduri dan penghormatan kepada anggota keluarga. Dalam majlis tersebutlah lazimnya dondang sayang didendangkan. Kepercayaan dan adat resam unsur kecinaan sangat tebal dalam kalangan Baba. Pembinaan budaya berkait rapat dengan taraf ekonomi. Golongan kaya lazimnya mempunyai gaya hidup yang lebih kompleks berbanding dengan golongan miskin, umpamanya antara golongan bangsawan Melayu dengan golongan rakyat biasa. Begitu juga kaum Baba. Kebetulan mereka telah berjaya dalam bidang ekonomi dan profesional pada abad-abad yang lalu, mereka telah mengadaptasi budaya bangsawan Cina ke dalam cara hidup mereka. Manakala, orang Cina bukan-Baba (sinkek) yang kebanyakan golongan petani miskin yang berhijrah ke sini mempunyai cara hidup yang lebih ringkas. Hakikat ini dapat dilihat dalam adat perkahwinan.

Sehubungan dengan itu, kepercayaan dan adat Cina dianuti serta diamalkan oleh kaum Baba dengan sepenuhnya. Adat-adat kematian dan hari-hari perayaan seperti Tahun Baru, Qing Ming, Perahu Naga, Hantu Lapar, Kuih Bulan, Tung Chih dan memuja perbagai semangat diamalkan. Sambutan tersebut lebih kurang sama seperti yang berlaku dalam masyarakat Cina tulen. Dalam kes tertentu, kaum Baba lebih kuat mengamalkannya berbanding dengan orang Cina tulen. Contohnya, pemujaan semangat tempatan (local spirit) seperti Kuan Yin, Kuan Ti, Kew Ong Yah dan Dewa Dapur dengan merayakan hari jadinya lebih kuat diamalkan dalam kalangan kaun Baba dan mereka lebih percaya bahawa semangat tersebut boleh mempengaruhi nasih mereka. Pergaulan dengan orang Melayu juga memberi kesempatan kepada kaum Baba untuk turut berkongsi kepercayaan animisme Melayu. Kepercayaan begini bukan sahaja terhad kepada kaum Baba kerana orang Cina tulen pun mudah menerimanya. Mereka turut mempercayai semangat, penunggu, keramat dan sebagainya. Umpamanya di Melaka terdapat keramat Dato Panglima Putih, Dato Cenderih, Haji Ibrahim, Dato Macap dan Dato Pungai. Dalam kalangan kaum Baba terdapat bomoh yang mempunyai amalan lebih kurang bomoh Melayu, iaitu tidak makan makanan yang diharamkan oleh Islam.

Anda mungkin juga menyukai