Anda di halaman 1dari 3

Baba dan Nyonya 

adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di


kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian
mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya
mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan
kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang
baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang
Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
kerana kebudayaanmereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah
punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai
"Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina
dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat
popular di kalangan remaja.

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-


upacaraagama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-
unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini
telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit
demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak
berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh
Barat, tetapi masih terus diamalkan. [2]

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi


penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan
diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan
Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka.
Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li
Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.
Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya
Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek
moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina
budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan
adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari
daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara
ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan
peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar
percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat
tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya
Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat
daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah
menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan
berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara
British dengan mereka menyebabkan mereka menukar kepada Kristian. Hal ini
menyebakan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura
serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih
taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan
bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan
Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan
pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga


terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka.
Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan
selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini
hanya dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari
perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di
sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu
campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau
diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar
Nyonya dannasi lemak.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang
dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya
dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey
dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul
atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu,
masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu
seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai