Anda di halaman 1dari 1

Adab-adab Berwuduk

1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t.


"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya
wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)

2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.

3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.

4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk
adalah permulaan bagi kekusyukan dalam sembahyang.

5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus
mendapat keredaan Allah s.w.t

6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian
belakang (tumit) dan ke celah-celah jari-jari (tangan dan kaki). 

7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air


lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali
ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin pada hari kiamat.
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sukakah kamu aku
tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan dosa-dosa (kamu)? Malah Dia
meninggikan darjat kamu? 'Para sahabat berkata: "Tentu, ya Rasulullah!" Lalu Nabi
berkata: "Menyempurnakan wuduk ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki
(ketika berjalan) ke masjid dan menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan)
sembahyang. Yang demikian adalah ikatan, yang demikian adalah ikatan".
(Riwayat Muslim)

Anda mungkin juga menyukai