Anda di halaman 1dari 2

TAHAP KOMPETENSI GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH

DAN MENENGAH DALAM DAERAH LAWAS, SARAWAK : SATU

PERBANDINGAN.

MOHAMAD ALIAS BIN HARUN.


ABSTRAK
Golongan pendidik merupakan individu yang berperanan penting
menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Pelajar yang
berkualiti terhasil menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk
menjadi guru yang baik seperti menguasai kandungan subjek yang diajar,
berpengetahuan dalam pedagogi, berupaya memilih sumber pengajaran,
mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, memiliki kemahiran teknologi,
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelajar serta
mempunyai sikap dan personaliti yang positif seperti bermotivasi, humor dan
berkeyakinan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai tahap
kompetensi guru Pendidikan Islam dalam daerah Lawas sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru sekolah rendah dan menengah.
Seramai 56 orang guru Pendidikan Islam dari 21 buah sekolah rendah dan 4
buah sekolah menengah dalam daerah Lawas terlibat dalam kajian ini. Satu
set soal selidik digunakan sebagai instrument kajian yang mengandungi 30
item soalan menggunakan pengukuran berskala likert. Nilai
kebolehpercayaan instrument kajian adalah = 0.87. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS for
Windows) versi 24.0. Secara keseluruhannya, tahap kompetensi guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah dalam daerah Lawas
berada pada tahap yang tinggi berdasarkan nilai skor min yang diperolehi.
Hasil statistik inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap kompetensi guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan
menengah berdasarkan faktor demografi. Implikasinya, dapatan kajian ini
akan dapat membantu pihak Pejabat Pendidikan Daerah khususnya dalam
usaha untuk memastikan tahap kompetensi guru dalam daerah Lawas
sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Kesimpulannya, guru yang
kompeten dalam segala aspek akan dapat melahirkan generasi unggul
selaras dengan apa yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai