Anda di halaman 1dari 10

TAHAP KOMPETENSI GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH

DAN MENENGAH DALAM DAERAH LAWAS, SARAWAK : SATU


PERBANDINGAN.
MOHAMAD ALIAS BIN HARUN.
ABSTRAK
Golongan pendidik merupakan individu yang berperanan penting
menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Pelajar yang
berkualiti terhasil menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk
menjadi guru yang baik seperti menguasai kandungan subjek yang diajar,
berpengetahuan dalam pedagogi, berupaya memilih sumber pengajaran,
mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, memiliki kemahiran teknologi,
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelajar serta
mempunyai sikap dan personaliti yang positif seperti bermotivasi, humor dan
berkeyakinan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai tahap
kompetensi guru Pendidikan Islam dalam daerah Lawas sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru sekolah rendah dan menengah.
Seramai 56 orang guru Pendidikan Islam dari 21 buah sekolah rendah dan 4
buah sekolah menengah dalam daerah Lawas terlibat dalam kajian ini. Satu
set soal selidik digunakan sebagai instrument kajian yang mengandungi 30
item soalan menggunakan pengukuran berskala likert. Nilai
kebolehpercayaan instrument kajian adalah = 0.87. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS for
Windows) versi 24.0. Secara keseluruhannya, tahap kompetensi guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah dalam daerah Lawas
berada pada tahap yang tinggi berdasarkan nilai skor min yang diperolehi.
Hasil statistik inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap kompetensi guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan
menengah berdasarkan faktor demografi. Implikasinya, dapatan kajian ini
akan dapat membantu pihak Pejabat Pendidikan Daerah khususnya dalam
usaha untuk memastikan tahap kompetensi guru dalam daerah Lawas
sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Kesimpulannya, guru yang
kompeten dalam segala aspek akan dapat melahirkan generasi unggul
selaras dengan apa yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan Islam ini bukan sahaja mata pelajaran di sekolah, tetapi

satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga

bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang

sempurna untuk mendidik manusia bagi mencapai kebahagiaan dunia dan

akhirat. Tujuannya ialah untuk melahirkan muslim yang soleh, yang dapat

membangun diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang diredhai Allah.

Melalui definisi dan maksud di sebalik Pendidikan Islam seperti yang

dihuraikan di atas, dapatlah kita fahami betapa besarnya peranan guru

Pendidikan Islam dalam mendidik pelajar pelajar agar tujuan yang

Pendidikan Islam itu benar-benar dicapai.

Berdasarkan kepada Abu Bakar (2011), guru yang pandai mendidik dan

mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menyampaikan isi pelajaran akan

memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu konsep atau sesuatu

kemahiran, manakala guru yang sebaliknya adalah mereka yang tidak

kompeten dalam mendidik pelajar dan akan mengalami masalah dalam

pengajaran mereka ketika di dalam bilik darjah. Aspek kompetensi yang

terlibat di dalam masalah ini adalah merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap keperibadian seseorang guru itu. Guru yang tidak

mempunyai pengetahuan yang cukup dan tidak dapat mengaplikasikan

kemahiran yang mereka miliki merupakan masalah utama mengapa guru


kurang kompeten dalam pengajaran mereka terutama dalam pengajaran

Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Menengah.

Selain tu, aspek sikap peribadi yang negatif juga adalah menjadi

penghalang seseorang guru itu untuk mencapai kecemerlangan di dalam

profesion perguruan. Walaupun ramai guru yang telah lama berkhidmat

dalam profesion perguruan, tetapi masih terdapat sebilangan guru yang

kurang kreatif dalam menyampaikan isi pelajaran di dalam bilik darjah dan

ini akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep atau

sesuatu kemahiran terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Malah ia akan menyebabkan pengajaran guru akan membosankan dan

pelajar tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar tidak

berminat untuk datang ke sekolah. Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran, strategi pengajaran dan menyediakan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi menyampaikan isi pelajaran dengan

berkesan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan guru adalah

penting dalam melahirkan generasi yang berkualiti pada masa akan datang.

Masalah yang sering menjadi topik perbincangan ialah kurangnya

penumpuan pelajar ketika di dalam kelas dan ini akan menyukarkan mereka

untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru ketika di dalam kelas.

Kompetensi guru dalam pengajaran Pendidikan Islam adalah lebih

menggalakkan kepada penglibatan guru itu sendiri semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Kesediaan guru dalam pengajaran dan


pembelajaran Matapelajaran Pendidikan Islam ini adalah penting kerana guru

yang tidak bersedia dalam pengajaran mereka akan menyebabkan

pembelajaran yang kurang berkesan (Mohd Tahir, 2011). Guru yang tidak

bersedia untuk mengajar, akan menyebabkan para pelajar kurang memberi

tumpuan ketika sesi pembelajaran dijalankan. Penekanan harus diberikan

kepada peranan guru untuk memastikan pengajaran yang berkesan kepada

pelajar. Guru guru yang lebih bersedia dalam pengajaran mereka dapat

membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dan dalam masa

yang sama, dapat menarik minat pelajar serta dapat melancarkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam kelas mahupun di luar

bilik darjah.

Menurut Meng (2003), menyatakan tahap kesediaan pedagogi guru

ataupun tenaga pengajar ini adalah sederhana ketika dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengetahuan pedagogi adalah

penting bagi setiap guru terutamanya bagi guru di dalam pengajaran

Pendidikan Islam ketika di dalam bilik darjah kerana ia akan mempengaruhi

keberkesanan sesuatu pengajaran. Tahap pengetahuan guru ini merangkumi

pelbagai aspek seperti pengetahuan isi pengajaran, penyampaian proses

pengajaran, pedagogi dan ikhtisas dalam perguruan. Para penyelidik

bersetuju bahawa kompetensi yang diperlukan oleh guru dalam pengajaran

amali adalah komponen kompetensi yang berkaitan dengan pengetahuan,

kemahiran dan sikap untuk menjadikan pengajaran yang berkesan (Ariffin,

2006). Kompetensi ini merujuk kepada teknik pedagogi dan pengajaran yang
perlu dimiliki oleh guru ataupun tenaga pengajar dalam pelbagai bidang

terutamanya bidang Pendidikan Islam. Guru yang mempunyai asas

pendidikan kemungkinan akan menyampaikan kaedah pengajaran yang

berkesan tetapi jika guru ini masih tidak mempunyai pengalaman dan

kemahiran yang mencukupi, ini merupakan antara masalah mengapa guru

tidak kompeten dalam pengajaran mereka ketika di dalam bilik darjah

(Abdullah, 2011). Kemahiran diberi keutamaan dan memerlukan guru yang

mampu mengajar di dalam bidang Pendidikan Islam. Namun begitu, tanpa

guru yang berkebolehan dan berpengalaman luas, maka usaha negara

dalam melahirkan pekerja mahir tidak akan memuaskan. Penekanan kepada

Pendidikan Islam bukan hanya untuk menghasilkan guru yang mahir semata

mata tetapi juga untuk melahirkan guru yang mampu untuk menggunakan

sepenuhnya kemahiran serta ilmu mereka ketika di sekolah.

Perkembangan pembangunan sains dan teknologi yang semakin

meningkat naik kini lebih menggalakkan guru-guru untuk lebih mahir dan

cekap ketika menyampaikan ilmu. Hal ini seterusnya akan mewujudkan

situasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Selain itu,

organisasi yang mengambil guru guru tidak kira lelaki dan wanita untuk

berkhidmat hendaklah mengenalpasti keperluan ikhtisas dan peribadi guru

tersebut supaya tidak akan menimbulkan permasalahan sepanjang

perkhidmatan mereka. Ini termasuklah menyediakan pelbagai kursus dan

latihan kepada guru bagi memenuhi kehendak dan keperluan organisasi.

Oleh itu, guru perlu memahami dengan jelas setiap sukatan pelajaran yang
berkaitan supaya membolehkan objektifnya tercapai melalui pengajaran dan

pembelajarn yang berkesan. Menurut kajian lepas, ramai dalam kalangan

guru yang kurang mahir dan kreatif dalam menggunakan kaedah pengajaran

yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran tersebut. Tanggungjawab

guru Pendidikan Islam bukan setakat melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas semata mata, malahan juga melibatkan

tanggungjawab guru dalam membina jati diri para pelajar untuk menjadi

seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan negara amnya . Shafie

(2003) pula menyatakan bahawa guru yang mengajar sesuatu mata

pelajaran tetapi tidak mempunyai asas yang kukuh dalam bidang yang

diajarkan akan mengalami masalah di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Tetapi, bagi guru yang sememangnya seorang guru khas yang

mempunyai kepakaran dalam opsyen yang diajar, kemungkinan mereka

tidak mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

ketika di dalam bilik darjah mahupun di luar kelas.

Stress atau tekanaan perasaan juga merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan guru kurang kompeten terhadap pengajaran sewaktu mereka

di dalam bilik darjah. Profesion perguruan merupakan satu pekerjaan yang

mudah mendatangkan stress. Petanda stres dapat dilihat secara psikologi

seperti mudah marah, risau, mudah kecewa dan tidak boleh memberi

tumpuan. Antara faktor yang didapati berkaitan dengan stress dalam

kalangan guru ini ialah tingkah laku pelajar, motivasi rendah dalam kalangan

pelajar, beban kerja, konflik peranan, keadaan tempat kerja yang tidak
selesa, perhubungan staf yang kurang baik, kritikan dari pihak luar dan

perhubungan dengan ibu bapa. Faktor faktor ini amat mempengaruhi tahap

kompetensi guru Pendidikan Islam masa kini. Berdasarkan semua pernyataan

di atas, pengkaji telah mengambil keputusan untuk melihat tahap

kompetensi guru guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah

dalam daerah Lawas, Sarawak.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan
isu yang agak kritikal apabila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir tahun 2013 yang mendapati
sebahagian guru di Malaysia masih berada pada tahap HARAPAN (52%), MEMUASKAN (31%) yakni tahap
yang masih boleh diperbaiki (Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hanya 12% berada pada
taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu
diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31% taraf Pengajaran dan
Pembelajaran adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH. Aspek kelemahan yang telah dikenal pasti
adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan murid secara hands on yang kurang
dipraktikkan. Sementara itu laporan tersebut juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan
sepenuhnya di dalam bilik darjah.
Jika kita merujuk daripada aspek Pendidikan Islam pula, seorang guru Pendidikan Islam yang
baik akan cuba memenuhi sasaran Pendidikan Islam dari aspek kognitif (pemberian ilmu pengetahuan),
afektif (pembentukan tingkah laku) dan psikomotor (kebolehan bertindak dan beramal untuk Islam)
(Ab. Halim, 2005), tetapi sebaliknya berlaku dimana pengajaran guru Pendidikan Islam hanya tertumpu
kepada aktiviti bagi menghabiskan sukatan pelajaran untuk peperiksaan ( Fathiyah, 2010). Amalan
pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah
(Mohd. Aderi, 2008) dan pengajaran guru juga hendaklah dirancang di samping memberikan
pertimbangan kepada kepelbagaian pelajar (Mohd Yusuf, 2002). Namun, terdapat kajian menunjukkan
bahawa guru Pendidikan Islam masih bertumpu kepada pengajaran berbentuk tradisional dan masih
belum kreatif dalam menggunakan bahan pengajaran dan pendekatan pengajaran, malah tahap
pengajaran mereka masih pada tahap sederhana (Mohd. Aderi, 2008).
Berdasarkan beberapa kajian di atas, dapat disimpulkan bahawa masih terdapat banyak lagi
perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap kompetensi guru di Malaysia terutamanya
guru Pendidikan Islam. Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan satu kajian
mengenai tahap kompetensi guru Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah dalam daerah
Lawas.

1.4 TUJUAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai tahap kompetensi guru Pendidikan
Islam dalam daerah Lawas samaada terdapat perbezaan yang signifikan antara guru
sekolah rendah dan menengah berdasarkan faktor demografi.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1) Menentukan tahap kompetensi guru Pendidikan Islam di sekolah rendah


dalam daerah Lawas, Sarawak.

2) Menentukan tahap kompetensi guru Pendidikan Islam di sekolah


menengah dalam daerah Lawas, Sarawak.

3) Mengenal pasti perbezaan tahap kompetensi guru Pendidikan Islam di


sekolah rendah dan menengah berdasarkan faktor demografi.
1.5 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Konsep penyelidikan pula adalah dirujuk kepada rajah dibawah yang menunjukkan dengan
jelas konsep dan arah aliran kajian yang dilakukan. Berdasarkan Rajah 1.1, Kerangka
konseptual dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian pembolehubah iaitu
pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar terdiri daripada
tahap kompetensi iaitu kemahiran, pengetahuan, nilai, peranan social, imej diri dan sifat.
Manakala, pembolehubah tidak bersandar pula terdiri daripada demografi guru iaitu umur,
tempoh perkhidmatan, taraf pendidikan dan suasana persekitaran tempat kerja guru. Model
Kompetensi Iceberg (Spencer & Spencer, 1993) menjadi panduan utama bagi kajian ini.

DEMOGRAFI GURU SEKOLAH RENDAH KOMPETENSI GURU.


DAN MENENGAH DAERAH LAWAS, Kemahiran
SARAWAK. GURU PENDIDIKAN
Pengetahuan ISLAM SEKOLAH
Umur
Nilai RENDAH DAN
Tempoh MENENGAH DALAM
Peranan
perkhidmatan sosial
DAERAH LAWAS
Taraf pendidikan YANG KOMPETEN
Imej diri
Sifat.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian


3.0 METHODOLOGI
3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik memilih kaedah kuantitatif dalam bentuk tinjauan.Instrumen
dalam kajian ini adalah borang soal selidik.

3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada 56 orang guru Pendidikan Islam dari empat
buah sekolah menengah dan 21 buah sekolah rendah dalam daerah Lawas.

3.3INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan alat ukuran jenis soal selidik. Satu set soal selidik disediakan
untuk dijawab oleh guru guru terlibat. Set soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian
utama iaitu bahagian A berkaitan demografi responden yang mengandungi 3 soalan dan
bahagian B pula mengandungi 30 soalan yang meliputi enam aspek kompetensi yang dikaji
iaitu kemahiran, pengetahuan, nilai, peranan sosial, imej diri dan sifat.

3.4 KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN DAN KAJIAN RINTIS

Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik, seorang guru pakar dalam
Bahasa Malaysia telah dipilih untuk memeriksa borang soal selidik yang digunakan dalam
kajian.Selain itu, penyelia juga dijadikan rujukan oleh pengkaji dalam memastikan kesahan
dan kebolehpercayaan borang soalselidik.Kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang
responden di Sekolah Kebangsaan Beluran yang bukan menjadi tempat kajian dengan memilih
responden secara kaedah persampelan rawak. Berdasarkan kajian rintis tersebut, nilai alpha
cronbach () bagi soal selidik Bahagian B ialah = 0.782 manakala nilai cronbach alpha ()
bagi soal selidik Bahagian C ialah = 0.702.

STATISTIK DESKRIPTIF

Penyelidik menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan untuk


membincangkan dan menghuraikan tentang latar belakang responden dan tahap amalan
kepimpinan Instruksional Pengetua dan kepuasan berkerja guru di Daerah Beluran, Sabah
Penyelidik juga menggunakan ujian-t tidak bersandar (Independent T-Test) dan Anova untuk
menguji perbezaan diantara tahap amalan kepimpinan Instruksional Pengetua dan kepuasan
berkerja guru berdasarkan umur, tempoh perkhidmatan dan kategori pegawai perkhidmatan.
Secara statistiknya ujian t tidak bersandar digunakan untuk menguji kewujudan perbezaan
min antara satu pembolehubah bagi dua kumpulan sampel yang tidak saling bergantungan
berdasarkan aras keertian p=0.05.

STATISTIK INFERENSI

Bagi mengenalpastikan tahap amalan kepimpinan instruksional (pembolehubah tidak


bersandar) guru besar dan hubungannya dengan tahap budaya kerja (pembolahubah
bersandar) guru di zon E daerah Lawaspengkaji menjalankan Ujian Kolerasi Pearson untuk
mendapatkan nilai kolerasi (r).

Anda mungkin juga menyukai