Anda di halaman 1dari 21

Isi kandungan. 1.0 Pengenalan. 1.1 Maksud kebudayaan. 1.2 Maksud Baba dan Nyonya. 2.

0 Sejarah Baba dan Nyonya. 3.0 Adat perkahwinan dalam masyarakat Baba dan Nyonya. 4.0 Kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya. 5.0 Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya. 6.0 Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya. 7.0 Hari-hari perayaan Baba dan Nyonya. 8.0 Kesenian dan peralatan masyarakat Baba dan Nyonya. 10.0 Penutup. Bibliografi. Lampiran

m/s 2-3

4-5 6-9 10-11 12-13 14-15 16-18 19 20 21

1.0

Pengenalan. 1.1 Maksud kebudayaan. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. Cara hidup

yang dimaksudkan adalah seperti pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani serta menjadi amalan hidup manusia sehingga terciptanya hasil-hasil ciptaan dan satu gaya hidup manusia ketika melaksanakan sesuatu perkara. Menurut pandangan YB. Haji Abu Bakar Abd. Hamid, kebudayaan adalah sesuatu yang amat penting dalam masyarakat. Seperti kata beliau, kebudayaan itu sendiri dapat menentukan cara kehidupan, pemikiran, termasuk politik satusatu bangsa dan dengan sendirinya kebudayaan itu adalah amat penting. (Petikan dari Majalah Dewan Budaya, April 1985) Selain itu, menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), kebudayaan adalah cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, dan peradaban. Secara umumnya, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat yang merangkumi seluruh aspek pemikiran serta tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi lain melalui proses pembelajaran. Kebudayaan itu dapat dilihat melalui beberapa bidang, pertama melalui fikiran atau idea. Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita- cerita lisan. Contohnya seperti tarian menguja dewa serta kepercayaan terhadap sesuatu benda hidup yang mempunyai kelainan serta yang memberi manfaat. Kedua melalui kebendaan, seperti seni bina, bangunan, alat- alat mesin, pakaian, makanan, ubat- ubatan dan perabot. Contohnya seperti angkor wat, kerinci angin, pakaian tradisional yang unik dan sebagainya. Ketiga adalah melalui bidang kesenian, kebudayaan yang dilihat melalui bidang kesenian adalah melalui dua kemahiran, iaitu seni lakon dan seni tampak. Seperti seni lakon, contohnya adalah seperti teater, tarian, muzik, nyanyian. Manakala seni tampak pula misalnya adalah seperti ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman. Seterusnya, yang keempat adalah melalui bidang nilai dan norma. Seperti peraturan, undang- undang, adat

resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai- nilai kegamaan serta kesopanan. Keempat bidang tersebut akan memperlihatkan hasil-hasil yang berasaskan abstrak atau tidak kelihatan, dan juga bercorak kebendaan. Daripada hasil- hasil inilah yang akan membentuk satu budaya sesuatu masyarakat yang dilakukan oleh perbuatan seharian mereka melalui jasmani dan rohani. 1.2 Maksud Baba dan Nyonya. Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba adalah keturunan Cina yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya. Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999) lagi, Nyonya pula adalah panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami, iaitu perempuan Cina dari golongan Baba. Menurut Zalifah Abdullah (2006:23), golongan Baba yang berada di negeri Kelantan digelar oleh penduduk Melaka sebagai Cina Peranakan. Baba dan Nyonya adalah segolongan kaum yang berketerunan asal kaum Cina yang menyerap cara hidup kaum Melayu. Mereka menggelar diri mereka sebagai Baba atau peranakan kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina yang mempunyai pengaruh unsur-unsur kebudayaan Melayu.

2.0

Sejarah Baba dan Nyonya. Menurut Zalifah Abdullah dalam catatan beliau, Budaya Berbilang Kaum (2006:24), masyarakat Baba wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun ini kepulauan Melayu sedang mengeratkan hubungan dengan negara-negara lain, terutamanya negara Cina. Kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik adalah salah satu cara untuk memulakan hubungan diplomatik. Seterusnya, Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan. Manakala para pengiring yang yang datang bersama Puteri Hang Li Po yang tinggal di Bukit cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu, maka dari itu lahirnya peranakan. Oleh disebabkan itu juga kebanyakan golongan Baba banyak didapati di Melaka. Namun setelah Pulau Pinang dan Singapura dikembangkan serta dimajukan, ramai golongan Baba ini telah berhijrah ke negeri tersebut terutamanya di Singapura. Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosio-budaya persekitaran mereka, maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan yang dilakukan oleh masyarakat Baba ini. Misalnya, kebanyakan orang Cina yang datang pada ketika itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat Hokkien, namun setelah lama kekal di kepulauan Melayu maka kebanyakan mereka dapat bertutur dalam loghat Melayu yang agak berbeza sedikit namun masih dapat difahami oleh kaum Melayu. Buktinya kaum Baba yang kekal pada hari ini masih bertutur dalam bahasa Baba, iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Baba juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama Budha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian. Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan

cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan. Bukti berlakunya pencampuran gaya hidup masyarakat Baba dengan masyarakat Melayu juga dapat diketahui melalui gaya pakaian yang dipakai oleh generasi Nyonya, iaitu memakai pakaian kebaya dan kain sarong yang tidak ubah seperti wanita-wanita Melayu. Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan masyarakat Baba, tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan asal-usul mereka. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kepada kedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah dan berwarna-warni berunsurkan warisan budaya Cina tradisonal serta kebanyakan rumah Baba yang dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina. Menurut Zalifah Abdullah (2006:22), seperti masyarakat Cina, masyarakat Baba dalam sistem keluarga juga lebih memberatkan pihak lelaki atau nasab bapa. Walaupun anak lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak perempuan tetap tidak akan diabaikan. Bagi masyarakat Baba anak lelaki mahupun anak perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta ibu bapa mereka, anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara anak perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi menyara kehidupan seterusnya. Masyarakat Baba dengan masyarakat Cina mempunyai paras rupa yang tidak jauh berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan masyarakat Baba dengan masyarakat Cina berdasarkan nama mereka, ini kerana masyarakat Baba mengamalkan sistem nama yang unik, iaitu nama tengah dan nama akhir mereka akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Misalnya seperti nama seorang Nyonya yang mempunyai nama tengah Kim akan berkongsi nama dengan adikberadik dan sepupu perempuannya. Oleh itu, kebanyakan nama masyarakat Baba akan mempunyai nama yang hampir sama dalam satu keluarga itu, contohnya Kim Ling, Kim Eng, Kim Ping, begitu juga pada nama akhir prinsip yang sama akan digunakan.

3.0

Adat perkahwinan dalam masyarakat Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba mempunyai adat istiadat perkahwinan yang hampir menyamai adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tetapi masih lagi tidak meninggalkan adat perkahwinan masyarakat Cina. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:20-28), adat perkahwinan yang diamalkan masyarakat Baba mempunyai tiga tahap untuk pasangan itu menjadi suami isteri. Tahap pertama iaitu merisik, kebiasaan ibu bapa akan cuba mengambil tahu tentang bakal menantu yang dipilih atau yang dicalonkan. Merisik calon menantu akan dilakukan oleh si penyampai yang diupah oleh ibu bapa, tugas si penyampai adalah untuk merisik tentang latar belakang gadis tersebut dari segi budi bahasa, tutur kata, perlakuan dan paras rupa bagi memastikan gadis tersebut sesuai dengan teruna. Sekiranya si penyampai berkenan dengan gadis tersebut, maka si penyampai akan memberitahu kepada ibu bapa teruna, jika pihak teruna juga bersetuju dan berkenan maka mereka akan menetapkan hari pertunangan yang dipersetujui oleh kedua pihak. Bagi menyampaikan hasrat tersebut si penyampai akan pergi ke rumah gadis dengan membawa buah tangan dan menyampaikan berita gembira tersebut, manakala jika sekiranya pihak gadis tidak bersetuju, maka kedatangan penyampai hanyalah sekadar untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Seterusnya adalah tahap bertunang, bertunang ialah proses mengenal hati budi pasangan. Pasangan yang ingin melayari kehidupan bersama perlu mengenal hati budi supaya akan lebih rapat dan dapat bekerjasama dalam mendirikan rumah tangga. Hari pertunangan ditentukan oleh kedua belah pihak mengikut kalendar Cina, ianya ditentukan mengikut kesesuaian bintang kelahiran kedua-dua pasangan. Masyarakat Baba amat mementingkan tarikh menentukan hari bertunang kerana kaum Baba percaya pertunangan yang dijalankan pada hari yang tidak sesuai akan mempengaruhi kebahagian bakal pengantin atau pertunangan akan terputus. Setelah berlakunya adat merisik dan pertunangan, seterusnya pasangan akan melalui majlis perkahwinan. Masyarakat Baba akan melangsungkan perkahwinan dengan penuh istiadat, pengantin akan memakai pakaian yang

lengkap dengan dihias pelbagai aksesori yang menarik dan tradisional. Pakaian pengantin biasanya diperbuat dari kain sutera yang disulam dengan benang emas, kasut pengantin perempuan pula ditekat dengan benang emas atau perak. Mengikut adat istiadat masyarakat Baba sebelum melangsungkan perkahwinan, pasangan pengantin dikehendaki menjalani beberapa upacara. Bagi pengantin lelaki akan melalui upacara Chai Kee, Chia, Mencukur Rambut dan Sojar. Manakala bagi pengantin perempuan pula akan melalui upacara Upacara Chai Kee ialah satu upacara yang dilakukan bertujuan untuk mengajar dan memberitahu pengantin lelaki tentang tanggungjawab terhadap keluarga yang akan dibina. Kemudian pengantin akan berdoa kepada tuhan di atas sebuah nyiru besar yang diletakkan di lantai bagi merestui perkahwinannya serta meminta supaya hidup bahagia disamping isteri dan dikurniakan anak-anak yang baik dan disaksikan oleh Pak Andam dan ahli keluarga terdekat. Setelah selesai berdoa, di atas nyiru itu akan diletakkan satu tin gantang yang dibalut dengan kain merah dan ditelangkupkan. Seterusnya, Pak Andam akan membawa pengantin lelaki ke ruang tamu dan memberi nasihat secara berpantun tentang kehidupan yang bakal dihadapi oleh pengantin kelak seperti tanggungjawab pengantin ke atas isteri dan anak-anak. Setelah itu, perlaksanaan upacara ini dijalankan dengan menggunakan seorang kanak-kanak lelaki dari kalangan ahli keluarga yang dinamakan Ku Yeh dan pengantin lelaki dinamakan Kai Sai. Kai Sai akan duduk diatas gantang yang telah ditutup dengan permaidani, Ku Yeh pula berdiri mengadap Kai Sai. Setelah upacara Chai Kee dijalankan, Kai Sai dan Ku Yeh akan memberi tanda hormat antara satu sama lain, ia dinamakan sebagai upacara Chia. Ketika upacara ini, Ku Yeh akan diberikan pokok daun bawang yang dililitkan dengan kertas merah atau tali merah dan kemudian disapukan pada muka pengantin lelaki sebagai proses membuang sial atau soi. Cara ini penting bagi masyarakat Baba kerana dianggap sebagai cara untuk membuang segala masalah yang dihadapi oleh pengantin lelaki ketika bujang dahulu tidak menimpanya sesudah berumahtangga. Menyalakan Lilin, Mengandam dan Pai Chew.

Seterusnya, pengantin lelaki akan menjalankan upacara mencukur rambut. Mencukur rambut adalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pengantin lelaki adalah dari golongan yang baik serta untuk menghilangkan unsur jahat yang terdapat pada diri pengantin lelaki. Alatan mencukur adalah seperti dacing yang mengandungi pembaris, sikat dan tali tocang. Pembaris akan Kemudian dipusingkan dikeliling kepala pengantin sebanyak tiga kali yang membawa maksud pengantin hendaklah berhati-hati menghadapi dunia luar. rambut pengantin akan disikat yang menggambarkan bahawa pengantin sudah dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Setelah itu, tali tocang pula akan diletakkan ditengah kepala pengantin lelaki sebagai syarat menunjukkan bahawa pngantin berketurunan Baba. Kemudian pengantin akan dipakaikan dengan Teng Sah Beh Kuah, iaitu baju labuh panjang dan diluarnya dipakaikan kot pendek yang bersulamkan benang emas. Setelah itu pengantin lelaki akan menjalankan upacara Sojar, iaitu pengantin akan menyembah kepada Tuhannya. menantikan hari perlangsungan. Manakala bagi pengantin perempuan pula, akan melalui upacara menyalakan lilin, mengandam dan Pai Chew sebelum layak menjadi seorang isteri. Upacara istiadat pengantin perempuan akan dimulakan dengan menyediakan sebuah meja tinggi yang dikenali sebagai Sam Kai yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan utama atau ruang rumah, kemudian ibu bapa pengantin perempuan akan menyalakan lilin utama di atas meja tersebut. Manakala, ahli keluarga yang lain akan menyalakan lilin masing-masing di atas meja persembahan keluarga. Semasa upacara ini diadakan sebuah nyiru besar seperti yang diadakan di rumah pengantin lelaki juga akan disediakan tetapi gantangnya dibuka ke atas. Seterusnya pengantin akan melalui istiadat mengandam atau dikenali sebagai menyikat rambut yang akan di lakukan oleh Mak Andam. Pengantin perempuan memakai pakaian serba putih atau lebih dikenali Shioh Thau bagi masyarakat Baba. Pengantin perempuan akan diiringi oleh Mak Andam untuk Selepas selesai menjalankan semua upacara berikut, pengantin akan dibawa ke bilik untuk berehat dan

melakukan istiadat menyikat rambut. Istiadat ini akan dimulakan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang terdiri dari golongan keluarga pengantin perempuan itu sendiri. Ketika itu rambut pengantin akan didandan dengan kemas supaya kelihatan menarik. Setelah selesai menandan rambut maka tamatlah istiadat mengandam, seterusnya pengantin perempuan akan melalui istiadat Pai Chew. Iaitu pengantin perempuan akan diberikan arak oleh bapanya dikuti dengan doa restu oleh ibu bapanya supaya anaknya akan sentiasa dilindungi setelah menjadi isteri. Setelah selesai, pengantin perempuan akan beredar ke ruang tamu untuk menunggu pengantin lelaki. Selepas melakukan upacara secara sendirian, pasangan pengantin akan menjalani adat istiadat yang lain pula secara bersama. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:29) antara upcara yang akan dilalui adalah seperti Menyambut Pengantin Lelaki, Upacara Berkenalan, Makan Cuntuh, Jamuan Teh, Istiadat Hari Ketiga dan Majlis Gembira. Upacara-upacara ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pasangan pengantin. Pasangan pengantin akan menjadi suami isteri yang sah setelah melalui upacara-upacara tersebut.

4.0

Kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba kebanyakannya dipercayai menganuti agama Budha. Mereka mempercayai kewujudan dewa-dewi dan menyembahnya. menziarahi tokong-tokong Budha untuk bersembahyang. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:11-14), masyarakat Baba juga sering Walaupun mereka mengamalkan kepercayaan yang sama seperti masyarakat Cina yang lain tetapi sedikit berbeza kerana masyarakat Baba akan menggunakan bahasa Melayu Baba ketika menyembah dewa-dewi, namun begitu niat dan permintaan yang dibuat adalah masih sama. Upacara sembahyang yang dilakukan kebiasaanya menggunakan colok, lilin serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan seperti buah limau dan nanas juga air teh yang disediakan dalam teko dan cawan kecil yang diletakkan di atas sebuah dulang. Masyarakat Baba juga merupakan golongan yang begitu taat dan taksub terhadap ajaran agama Budha. Ketaatan inilah yang menunjukkan bahawa kaum Baba ini masih mengekalkan amalan serta kepercayaan kebanyakan orang Cina. Buktinya, mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruang rehat walaupun ruangan tersebut kecil, dan kaum Baba juga akan bersembahyang pada setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan, amalan ini dikatakan untuk menjauhi maksiat dan memohon restu supaya dielakkan dari kecelakaan. Selain itu, masyarakat Baba juga amat menghormati jasa nenek-moyang mereka semasa masih hidup seperti jasa nenek moyang yang membolehkan mereka lahir dan menikmati kehidupan dunia sebagai manusia sehingga beberapa generasi. Kaum Baba juga percaya bahawa nenek-moyang akan mengamuk dan tidak mahu menjaga keamanan keluarga mereka sehingga menyebabkan pertengkaran dan penceraian. Maka dengan itu, kaum Baba akan melangsungkan beberapa upacara bagi mengenang jasa-jasa nenek-moyang mereka seperti menjalankan upacara penyembahan pada ulang tahun kematian mereka dengan menghidangkan buah-buahan dan kuih-muih juga air teh diatas jirat nenekmoyang mereka, serta akan melekatkan gambar nenek-moyang mereka di sebuah bingkai sebagai tanda penghargaan dan diletakkan di bahagian ruang tamu serta

10

akan dihidangkan buah limau supaya mendapat perlindungan dan restu dari mereka. Masyarakat Baba juga mengamalkan kepercayaan kepada keramat. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:15) Kepercayaan keramat iaitu suatu kepercayaan terhadap sesuatu yang aneh, misalnya seperti kebiasaan sesetengah masyarakat Melayu yang akan menyanjung seseorang yang mempunyai kelebihan semasa hidupnya walaupun orang tersebut telah meninggal dunia dengan melakukan sesuatu di makam orang tersebut atau menjadikan orang tersebut sebagai satu wasilah badii, iaitu menuju kejalan kesesatan dalam bacaan doanya. Namun bagi masyarakat Baba, mereka akan membuat sesuatu perkara yang berbentuk pemujaan diatas makam orang tersebut dengan tujuan memohon pertolongan dan sebagainya. Ini kerana mereka menganggap bahawa roh si mati akan memberi kesejahteraan kepada mereka yang hidup. Selain mempercayai kepada makam orang yang mempunyai kelebihan, masyarakat Baba juga mempercayai kepada busut atau batu-batu besar. Ini kerana mereka menganggap bahawa batu dan busut yang besar mempuyai kuasa. Oleh itu, terdapat segelintir masyarakat Baba akan membalut busut atau batu-batu besar dengan kain kuning sebagai langkah memuja. Walaupun terdapat pelbagai amalan yang dilakukan oleh masyarakat Baba, namun mereka juga melakukan beberapa pantang-larang yang mesti dituruti. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:19), pantang-larang ini akan didedahkan kepada mereka sejak dari kecil lagi supaya pantang-larang ini menjadi satu amalan dalam diri mereka hingga dewasa. Antara pantang-larangnya ialah, seorang itu tidak boleh membuang air merata-rata kerana akan membawa kecelakaan pada diri mereka. Kaum Baba juga dilarang untuk bersiul dalam rumah terutamanya anak dara, kerana akan menyebabkan susah untuk mendapat jodoh. Ketika menyambut hari perayaan pula, masyarakat Baba dilarang untuk membersihkan rumah kerana dianggap membuang untung dan mendatangkan sial. Selain itu, masyarakat Baba juga tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun

11

kerana serpihan itu dianggap tuah dan membawa jalan menuju ke syurga. 5.0 Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya Menurut Kamus Melayu Global (2006), pakaian ialah sesuatu yang diperbuat daripada kain. Pakaian masyarakat Baba berbeza dari masyarakat Cina, malah lebih mirip dengan pakaian masyarakat Melayu, ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum Nyonya. Misalnya, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:48) pakaian berikut adalah seperti baju cekak musang, antara pakaian yang hampir serupa dengan baju kurung namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk badan pemakai. Warna yang sering menjadi pilihan kaum nyonya adalah seperti warna-warna yang terang dan berbunga kecil, seperti warna kelabu, putih, merah hati adalah menjadi kegemaran utama. Baju cekak musang ini akan dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat, kadangkala ada juga kaum wanita masyarakat Baba yang meletakkan kain batik di bahu untuk di jadikan selendang ketika memakai baju cekak musang. Selain itu, Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49) wanita masyarakat Baba juga gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya labuh ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong, manakala rambut pula akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik. Warna yang menjadi kegemaran untuk dipilih antaranya ialah biru muda, merah jambu dan putih, dan pada kebiasaanya sulam bunga di baju kebaya mempunyai warna yang sama dan amat menarik. Baju kebaya labuh ini kelihatan lebih lembut dan nipis, oleh itu amat sesuai dipakai oleh golongan wanita muda masyarakat Baba supaya kelihatan sopan. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49), bagi masyarakat Baba, mereka mempunyai baju khas bagi kaum wanita masyarakat Baba yang perlu dipakai ketika hari pertama dalam perkahwinan, iaitu baju Koon. Baju Koon berbentuk panjang dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu. Ketika memakai baju ini rambut akan dihias, berbentuk sanggul bunga

12

yang dihiasi dengan ikatan dipanggil buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat. Manakala pakaian yang selalu dipakai bagi lelaki masyarakat Baba ialah teng sah beh kuah, iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju ini dinamakan teng sah yang bermaksud baju labuh panjang, beh kuah pula membawa maksud baju pendek yang dipakai diluar teng sah. Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat Baba ialah kasut manek. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manek tradisional ini sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarong batik. Kini kasut manek diberi rekaan moden serta ditambah tumit.

13

6.0

Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya. Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba. Antaranya seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antara masyarakat Melayu dan Cina. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 43), bagi masyarakat Baba, mereka akan makan menggunakan tangan seperti masyarakat melayu, tetapi amalan ini hanya dilakukan dirumah sahaja, mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Masakan masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyoya kerana jenis masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu yang menggunakan rempah masakan melayu. Misalnya seperti ayam kapitan, iaitu sejenis makanan yang dimasak menggunakan rempah kari dan ayam tersebut perlu dimasak sehingga kering tanpa berkuah. Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu makan tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan. Selain itu, makanan yang menjadi kegemaran adalah seperti inci kabin (ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah ikan), itik tim (itik yang dimasak dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut rempah), pang-teh bakwan kepiting (babi cincang yang dicampur dengan sup ketam), nasi lemak dan banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun ianya akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut sebarang perayaan. Selain itu masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan yang hanya akan dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:44), misalnya seperti masakan mi sua tau, ia dibuat dengan menggunakan mi khas dan mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan umur. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang. Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat Baba secara keseluruhannya, bahkan kuih-muih

14

masyarakat Cina dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:46), misalnya seperti kuih-muih Cina, iaitu kuih bakul, pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah adalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. Buktinya, seperti kuih bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang diamalkan oleh masyarakat Baba, kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey yang diperbuat daripada tepung yang dimasak dengan gula. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang. Kuih-muih masyarakat Melayu yang digemari serta menjadi juadah yang lazat ketika mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol, wajik, tapai dan bahulu. Segelintir masyarakat Baba mahir dalam membuat kuihmuih masyarakat Melayu kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat dengan masyarakat Melayu. Namun begitu, bagi masyarakat Baba dodol yang dibuat dengan menggunakan beras yang ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran. Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu. Manakala kuih bahulu ynag dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu, kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik berbeza dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam, namun ianya tetap menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Cara pembakaran bahulu agak unik kerana bahan api prlu diletakkan dibahagian bawah dan atas acuan untuk memastikan bahulu masak dengan sempurna.

15

7.0

Hari-hari perayaan Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba juga adalah golongan yang menadaptasi perayaan masyarakat

Melayu dan masyarakat Cina. Oleh itu terlalu banyak perayaan yang mereka raikan. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:38), antara perayaan yang mereka raikan ialah Tahun Baru Cina, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah, Tung Chek dan Perayaan Bulan Mei. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut dengan meriah dan secara besar-besaran oleh masyarakat cina. mengikut peredaran bulan. Tarikh perayaan Tahun Baru Cina disambut berdasarkan pengiraan takwim orang cina yang berasakan sistem lunar, iaitu pengiraan Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang Cina. Perayaan ini dikatakan lebih menyerupai perayaan musim menuai padi pada zaman kuno dahulu. Menurut Goh Hin San (1985, Febuari), mengikut beberapa lagenda, pada zaman purba dahulu masyarakat cina bermastautin dan bertani di sebidang dataran yang subur dan hidup aman dan damai. Malangnya seekor raksasa ghaib akan datang menyerang membunuh penduduk serta membinasakan harta benda mereka malam musim sejuk dan akan mengulangi serangannya setelah matahari terbit 365 hari. Akhirnya seorang yang bijaksana mendapati bahawa raksasa itu Cuma takut terhadap tiga perkara di bumi iaitu, bunyi, cahaya dan warna merah. Raksasa itu dinamakan Nian. Oleh disebabkan itu, maka masyarakat Cina akan membakar mercun untuk mengeluarkan bunyi, pelita dan dian dinyalakan dan warna merah dijadikan pilihan utama. Namun pada masa kini, lagenda itu telah diluputkan dan masyarakat Baba akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih dan pelbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis makanan akan disajikan diatas meja yang besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda

16

kemeriahan.

Pada keesokan paginya masyarakat Baba akan bersembahyang untuk

mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. Selepas itu sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai juadah serta buah limau mandarin yang menjadi lambang Tahun Baru Cina. Kepada mereka yang telah berkeluarga adalah diwajibkan untuk memberi angpau kepada mereka yang masih bujang. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 40), angpau ialah duit yang dimasukkan ke dalam sampul berwarna merah yang melambangkan kebahagiaan. Angpau yang diberi mestilah mempunyai dua keping duit kertas walaupun mempunyai nilai yang kecil. Menurut masyarakat Baba, angpau yang mempunyai dua helai note seringgit adalah lebih baik daripada sekeping note seratus ringgit. Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong juga diraikan oleh masyarakat Baba. Masyarakat Baba akan melakukan perayaan ini pada hari keempat perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba akan menghidangkan peralatan sembahyang datok pauh, iaitu tiga cawan air teh, dua batang lilin, dan 12 batang colok. Ketika ini masyarakat Baba akan berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat Cina. Selain itu, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 41-42), upacara sembahyang bulan juga adalah salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Baba. Upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran bulan. Menurut dalam kepercayaan masyarakat Baba, perayaan ini akan disambut pada 15 haribulan lapan dalam kelender Cina. Sembahyang bulan dilakukan didalam rumah akhay-akhay, iaitu rumah kecil di halaman rumah yang dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan, berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis makanan yang lazat akan dihidangkan. Kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi oleh makanan yang lain seperti kuih waajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya. Ketika itu masyarakat Baba akan berdoa semoga bulan sentiasa memberi cahaya kepada mereka.

17

Manakala menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:40) , perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kelender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutama nenek-moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba juga akan mengadakan persembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatan Baba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan kegembiraan roh dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arak dan makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh nenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat kejayaan di dunia.

18

8.0

Kesenian dan peralatan masyarakat Baba dan Nyonya. Seni menurut Kamus Melayu Global (2006) ialah sesuatu penghasilan yang halus dan indah. Kesenian masyarakat Baba kebanyaknya mempunyai motif yang berasal dari negara China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan ukirannya timbul. Misalnya seperti kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul. Selain itu, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:51), peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin. Porselin ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Antara ukiran corak Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong di negara China, oleh itu peralatan ini tidak akan dieksport. yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung pheonix, bunga dahlia,bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba, ini kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakan untuk menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan biasanya akan digunakan ketika minum teh pada hari perkahwinan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan, khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya.

19

9.0

Penutup. Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak semakin dipingggirkan. Identiti mesyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik. Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapat diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah negara itu dapat

20

10.0

Bibliografi. Ahmad Razali (1985, April). Budaya : Arah satu bangsa. Majalah dewan budaya. 16 Arbak Othman (1999). Kamus bahasa melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Goh Hin San (1985, Febuari). Tahun baru cina lambang perpaduan. Majalah umum. 33. Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997). Masyarakat baba. Melaka: Assocated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. (2006). Kamus Melayu Global. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd. Zalifah Abdllah (2006). Budaya berbilang kaum. Melaka: Assocated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

21

Anda mungkin juga menyukai