Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Secara umumnya, masyarakat Baba-Nyonya ialah masyarakat berketurunan Cina yang


tinggal di kawasan Melayu dan mengamalkan cara hidup seperti masyarakat Melayu. Dari segi
kepercayaan agama, masyarakat ini kebanyakannya masih mengamalkan agama tradisional
Cina dan Buddha juga beberapa agama lain. Masyarakat Baba-Nyonya juga mengamalkan
cara hidup dan adat resam keturunan Melayu seperti memakai baju kebaya dan berkain batik
serta memakai barang kemas bagi kaum Nyonya. Anak-anak mereka juga dididik dengan cara
hidup masyarakat Melayu juga pengaruh masyarakat-masyarakat yang berada di sekeliling
kaum mereka. Unsur-unsur positif ini juga memberi impak kepada kaum masyarakat Baba-
Nyonya di Melaka yang masih lagi mengamalkan beberapa adat resam keturunan mereka.

Sejarah

Pada abad ke-15, negeri-negeri di Kepulauan Melayu membayar ufti kepada negara
China dan Siam untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara tersebut. Dalam
era pentadbiran Parameswara, Laksaman Cheng-Ho membuat satu ekspedisi ke Melaka.Raja
negeri China juga menghantar salah seorang puterinya iaitu Puteri Hang Li Po kepada Sultan
Melaka sebagai penghargaan hubungan diplomatik mereka.

Pengiring-pengiring puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan telah berkahwin
dengan wanita tempatan. Mereka dikurniakan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina yang
dikenali sebagai Baba-Nyonya atau Cina Peranakan. Oleh itu, banyak golongan Baba boleh
dijumpai di Melaka. Namun, setelah Pulau Pinang dan Singapura dikembangkan serta
dimajukan, ramai golongan Baba ini telah berhijrah ke negeri- negeri tersebut terutamanya ke
Singapura.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang


Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga
dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru
dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka,
yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan
Melayu.

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada Baba. Menurut J.D Vaughan, Baba
adalah sebutan bagi penduduk asli negara Bengal terhadap anak–anak Eropah. Gelaran ini
digunakan oleh orang India di Pulau Pinang apabila mereka merujuk kepada orang Cina.
Manakala menurut Felix Chia pula, kemungkinan kaum Cina yang datang ke Melaka berkahwin
dengan wanita tempatan lalu melahirkan Baba.

Walau bagaimanapun, dalam catatan sejarah, “baba” merujuk kepada kaum Cina yang
berketurunan campuran dengan orang tempatan di Melaka. Mereka memperkenalkan diri
mereka sebagai Baba atau peranakan. Baba sesungguhnya hanya merujuk kepada orang Baba
di Melaka.Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba adalah keturunan Cina
yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan
kebudayaan Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya. Nyonya pula
adalah panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami iaitu
perempuan Cina dari golongan Baba.

Masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama
dari segi bahasa, makanan dan budaya melalui penyesuaian cara hidup dan pengaruh sosial-
budaya persekitaran mereka.Mereka berintegrasi dengan masyarakat tempatan dan lama-
kelamaan kebudayaan peranakan menjadi sebati dengan kebudayaan Cina dan Melayu.

Pakaian

Pakaian Baba Nyonya masih dipakai sehingga hari ini oleh orang ramai di Malaysia.
Pakaian ini mempunya ciri-ciri unik dan bergaya. Hingga hari ini masih terdapat pelbagi kaum
Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan dan merupakan
satu simbol identiti bagi masyrakat Baba.

Masih terdapat perbezaan di antara pemakaian masyarakat Baba dengan masyarakat


Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk
dijadikan sebagai butang dan dipadankan dengan kain batik sarong mirip budaya yang diwarisi
masyarakat Melayu manakala rambut pula disanggul dengan sanggul yang menarik.Selain
daripada pakaian tradisional, wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti
kasut manik,kerongsang,sapu tangan sulam, cucuk sanggul dan lain-lain lagi. Manakala
pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri.

Rekaan kasut manik tradisional sering memperhatikan motif bunga Eropah dan
warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Sejak 1930-an,kasut manik
menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.Kasut yang dipakai
Baba-Nyonya adalah kasut manik dan dijahit dengan manik-manik kaca kecil bersegi-segi
halus. Sesetengah daripada mereka mengekalkan tradisi Cina dengan mengikat kaki anak-anak
perempuan mereka sejak kecil untuk membolehkan anak-anak perempuan memiliki kaki yang
kecil dan cantik. Kaki yang kecil menandakan budi pekerti yang tinggi. Kaki yang besar
biasanya dimiliki orang-orang gaji yang selalu membuat kerja-kerja kasar.

Golongan wanita Baba Nyonya yang berusia dan dikenali sebagai bibik pula memakai
kebaya panjang yang berkolar tinggi yang menutup bahagian dada iaitu baju panjang yang
dipanggil kebaya encim.Kebaya tersebut mestilah melebihi bawah lutut , terbuka di bahagian
depan seakan-akan kebaya, tdang berpotongan mengikut badan. Kasut mereka pula bersulam
dengan perbagai motif dan warna yang tidak keterlaluan bersesuaian dengan usian mereka.
Kebanyakan mereka akan mengenakan seutas rantai labuh dengan loket yang besar diperbuat
daripada emas dan batu permata.
Golongan lelaki muda Baba biasanya memakai baju dan kot serta berkasut kulit. Pada
hari keraian mereka memakai samfoo dan kasut serta topi.Golongan berusia Baba pula
berpakaian lebih ringkas dan selesa. Kebiasaanya mereka memakai samfoo,kot atau baju
pagoda dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi.

Makanan

Pelbagai makanan telah dibawa oleh masyarakat Baba dan Nyonya biarpun mirip
masakan Cina dan Melayu. Makanan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari
perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, hari lahir atau majlis perkahwinan.Masakan
Nyonya adalah hasil daripada campuran bahan-bahan Cina dengan pelbagai rempah yang
berbeza dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melaka atau Indonesia.

Masakan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum
Baba yang gemarkan masakan pedas. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan
banyak cili. Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan adalah
satu identiti yang membezakan di antara masyarakat Baba dan Cina. Mereka juga mahir
menyediakan makanan masakan Melayu termasuk kuih-muih seperti kaswi, dodol, wajik, tapai,
bahulu, onde-onde, apam balik, kuih koci di samping membuat cendol,tapai pulut dan minyak
kelapa. Kuih-muih tradisional Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku
yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam.

Di antara masakan nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti


penggunaan belacan, bauh keras, asam, lengkuas, serai dan acar. Jenis-jeins masakan Baba
adalah seperti seperti inci kabin (ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah ikan), itik
tim (itik yang dimasak dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut rempah) dan nasi lemak.
Penggunaan daging khinzir juga membezakan identiti masakan Nyonya dan Melayu. Selain itu
kuih cang nyonya dan kuih cang abu juga merupakan masakan istimewa bagi kaum Baba.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan nasi kunyit dan sejenis mee yang
dibuat khas iaitu “mee sua tau”. Mee ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan
umur. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan “mi sua tau” ini bersama dengan nasi
kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang.

Anda mungkin juga menyukai