Anda di halaman 1dari 13

MASYARAKAT BABA DAN NYONYA Asal-usul Kaum peranakan Baba dan Nyonya sudah wujud di negera ini sejak

600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak. Kumpulan kaum minoriti ini menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan nyonya atau peranakan kerana mereka memiliki dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina pada masa yang sama mengamalkan ciri-ciri budaya masyarakat Melayu. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan orang Melayu. Budaya Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada

komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Pakaian Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit. Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina. Agama Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu

dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan. Masakan Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili. Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur asin), selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba.

Perkahwinan Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar memperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi. Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada

kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri. Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

CARA PEMAKAIAN MASYARAKAT MALAYSIA

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket Diraja yang antik.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini...

Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.

Asal Usul Pakaian Tradisional Melayu

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

Rajah menunjukkan pakaian tradisional Melayu

Asal Usul Pakaian Tradisional Cina

Pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

Rajah menunjukkan pakaian tradisional Cina

Asal Usul Pakaian Tradisional India Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Rajah menunjukkan pakaian tradisional India

Asal Usul Pakaian Tradisional Baba Nyonya

Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.

Rajah menunjukkan pakaian tradisional Baba dan Nyonya

Asal Usul Pakaian Tradisional Portugis-Eurasian Pakaian penduduk Portugis-Eurasia Melakaketurunan bangsa Portugis yang menetap disinimencerminkan warisan mereka. Kaum lelaki memakai jaket serta seluar panjang yang berwarna hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.

Rajah menunjukkan pakaian tradisional Portugis-Eurasian

Asal Usul Pakaian Tradisional Sarawak

Negeri terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai suku kaum ini mempunyai barisan pakaian tradisional yang tidak terkira jumlahnya. Pakaian yang lazim dilihat pada Orang Ulu menggunakan pelbagai corak dan motif, dan menggunakan kain tenunan tangan, kain kulit pokok, bulu ayam dan manik. Sarawak terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak, pelbagai perhiasan tradisional, serta tengkolok bulu burung.

Asal Usul Pakaian Tradisional Sabah

Seperti Sarawak, Sabah juga mempunyai jenis-jenis suku kaum yang pelbagai. Setiap suku kaum mempunyai pakaian serta perhiasan unik masingmasing. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki yang memakainya.

Rajah menunjukkan pakaian tradisional Sarawak dan Sabah

Asal Usul Pakaian Tradisional Orang Asli Masyarakat Orang Asli yang lazimnya tinggal di kawasan hutan di Malaysia, memakai pakaian yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok terap dan skirt rumput. Perhiasan yang dipakai oleh mereka termasuklah lilit kepala yang diperbuat daripada daun yang dianyam dengan pelbagai corak.

PENGARUH BAHASA Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Sejarah Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak. Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)

Kau memang terror (hebat) la! Tempat makan ni best (bagus) sangat!

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)


Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)? Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!

Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?

RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya http://loveninasyakina.blogspot.com/2010/10/pakaian-tradisional-warisan-danbudaya.html

Anda mungkin juga menyukai