Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AJK MAKANAN

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5, SIRI 1/2013

Pada 11 March 2013, seramai 41 orang guru pelatih Semester 5 Program


Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PISMP) bagi kelas Matematik-Pendidikan Rendah
dan Bahasa Cina-Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
telah mengadakan program lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma yang
terdapat diAlor Setar.

Sebagai AJK Makanan, kami telah diberikan tanggungjawab bagi


melaksanakan tugasan berkaitan dengan penyediaan sarapan dan makanan tengah
hari bagi pensyarah yang terlibat dan semua guru pelatih yang melibatkan diri dalam
program ini. Untuk memastikan program ini berjalan dengan lebih lancar, pelbagai
bidang tugas telah dijalankan sebelum mengadakan lawatan ke sekolah. Pada 4
Februari 2013, saya telah berjumpa dengan pengusaha kantin di Sekolah
Kebangsaan Sultanah Asma. Perjumpaan dengan beliau adalah untuk berbincang
mengenai hal yang berkaitan dengan makanan, malah saya juga perlu memastikan
keadaan kantin sama ada ianya cukup untuk menampung sejumlah pelajar dan juga
pensyarah. Dengan ini, saya dapat memastikan pensyarah dan guru pelatih
mempunyai tempat yang mencukupi untuk menjamu selera memandangkan jumlah
keseluruhan kami yang agak ramai.

Selain itu, pada 5 Februari 2013, saya juga berjumpa dengan pensyarah
gerko untuk memaklumkan sesuatu maklumat yang dapat saya dapat daripada
pengusaha kantin. Pada masa yang sama, saya juga berbincang dengan pensyarah
mengenai cara-cara mengisi borang L/O dengan betul dan tepat. Oleh itu, dengan
cara ini dapat mengelakkan saya daripada melakukan kesilapan semasa membuat
tempahan makanan.

Seterusnya, pada 6 Februari 2013, saya juga berjumpa dengan semua wakil
kelas untuk meminta bantuan daripada mereka untuk memastikan bilangan peserta
yang mengambil vegetarian dan bilangan peserta yang menghadapi masalah
sensitive. Dengan ini, selain dapat mengelakkan peserta mengalami masalah
kesihatan, saya juga dapat mengelakkan masalah membazir makanan.

Pada 8 Februari 2013, setelah mendapat maklum balas daripada semua wakil
kelas, saya juga berjumpa dengan pihak pentadbiran. Perjumpaan dengan pihak
pentabiran adalah untuk membuat pengesahan tentang borang L/O dengan cara
yang betul. Hal ini kerana, program ini adalah program yang rasmi, kesilapan adalah
tidak dibenarkan atau menulis sesuatu dengan sesuka hati.

Seterusnya, untuk memastikan persediaan pihak kantin, pada 1 March 2013,


saya juga berhubung dengan pengusaha kantin. Selain itu, saya juga menyoal
mereka adakah sebarang masalah yang dihadapi. Dengan ini, saya dapat
menyelesaikan dengan secepat mungkin.

Pada 11 March 2013, kami pun menjamu selera di kantin dengan makanan
yang disediakan. Makanan yang terdapat adalah semasa sarapan pagi , bihun
goreng disediakan manakala nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap dan
sayur campur disediakan pada waktu makan tengah hari. Pada masa yang sama,
AJK Makanan juga memastikan makanan yang disediakan adalah mencukupi. Selain
itu, kami juga meminta beberapa peserta untuk memberi bantuan dengan
mengedarkan makanan kepada semua peserta.

Tugasan akhirnya adalah AJK Makanan perlu menyediakan satu laporan


bergambar serta satu laporan bertulis untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang
tugas-tugas yang telah dilakukan.

Kesimpulannya, AJK Makanan telah menjalankan tugas dengan lancar dan


juga menimba banyak ilmu dalam sepanjang program ini. Semuanya menjadi
panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima
pelbagai jenis tugasan yang telah diamanahkan bagi menguruskan sesuatu
organisasi kelak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 12 March 2013

............................................

(BAZLIN SHAFIK BIN BAKRI)

AJK Makanan,

Program Bina Insan Guru Fasa 5 Siri1/2013


Gambar

Memaklumkan proses perjalanan AJK Makanan semasa dalam mesyuarat.

Makanan yang disediakan kepada pensyarah dan pengusaha Sekolah Kebangsaan


Sultanah Asma

Anda mungkin juga menyukai