Anda di halaman 1dari 10

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

1 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

1.0 NAMA PROGRAM

Klinik Asas Memanah di Stars Archery Sunwat Pyramid Dan Lawatan Sambil
Belajar ke Snow Walk i-City Shah Alam anjuran Program Pendidikan Khas
Integrasi SK Seri Utama, Sungai Besar Selangor.

2.0 PENGENALAN.

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) ini diadakan bertujuan untuk
memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping
menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga
merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah.
Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana
ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para
pelajar berkeperluan khas ini.

3.0 MATLAMAT.

Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan
terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat
sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.
Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SK Seri Utama akan diberi
pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah
meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan
kehidupan amnya.
Program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
sukan di sekolah. Selain itu ia juga Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
dan bersaing sesama sendiri serta memberi pengalaman yang berbeza daripada yang
mereka sering alami di dalam bilik darjah.
Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

2 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Membina hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara guru dan pelajar
istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan
kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian terhadap pelajar istimewa ini.

4.0 SASARAN PESERTA.

4.1 Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama.
4.2 Guru-guru Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama.
4.3 Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama.

5.0 BILANGAN PESERTA.

Seramai 30 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi, 10 orang guru, dan 5
orang Pembantu Pengurusan Murid.

6.0 BUTIRAN PROGRAM.

6.1 Tarikh : 9 April 2014 (Rabu)
6.2 Jangka masa program : 1 hari
6.3 Destinasi program : Sunway Pyramid Petaling Jaya dan i-City Shah Alam.

7.0 OBJEKTIF.

7.1 Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sukan memanah.
7.2 Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teknik dan peraturan sukan
memanah.
7.3 Menanamkan minat pelajar untuk menceburi sukan memanah.
7.4 Melahirkan pelajar yang layak mewakili sekolah dalam sukan memanah.



Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

3 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAWATAN.

Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Rabu (4 April 2014). Peserta-peserta
lawatan berkumpul di dataran PPKI SK Seri Utama pada pukul 7.30 pagi. Pada jam 8.00
pagi, bas mula bergerak meninggalkan SK Seri Utama. Berikut adalah tentatif program :

Masa Aktiviti
7.30 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan SK Seri Utama
Taklimat ringkas
Bacaan doa
Sarapan pagi
8.00 pagi Bertolak ke Stars Archery Sunway Pyramid
10.30 pagi Dijangka tiba di Stars Archery Sunway Pyramid
Aktiviti dijalankan
Pengenalan kepada sukan memanah
Demonstarsi daripada jurulatih cara memanah
Aktiviti memanah
12.30 tengahari Makan tengahari
Solat zohor (Masjid Negeri, Shah Alam)
2.30 tengahari Lawatan ke Snow Walk I-City Shah Alam
4.00 petang Bertolak balik ke SK Seri Utama
6.00 petang Dijangka tiba di SK Seri Utama

9.0 PERBELANJAAN PROGRAM DAN LAWATAN.

Item Kos Sumber
1. Bayaran Masuk
1.1 Bayaran aktiviti memanah
1.2 Bayaran Snowalk I-City



1.1 30 orang x RM 17.00 = RM 510.00
1.2 30 orang x RM 25.00 = RM 750.00

Jumlah 1.1+1.2 = Rm 1,260.00

Pelajar
Pelajar
2. Pengangkutan
2.1 Sewa Bas


2.1 = Rm 1,500.00

Jumlah 2.1 = Rm 1,500.00

Peruntukan
PCG PPKI


Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

4 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

3. Makan Dan Minum
3.1 Sarapan pagi
3.2 Makan tengahari
3.3 Minum petang

3.1 30 orang x RM 4.00 = RM 120.00
3.2 30 orang x RM 5.00 = RM 150.00
3.3 30 orang x RM 4.00 = RM 120.00

Jumlah 3.1+3.2+3.3 = RM 390.00

Kelab Penyayang
Kelab Penyayang
Kelab Penyayang

Rumusan Sumber Kewangan :

1. Sumber dari peruntukkan PCG PPKI = Rm 1,500.00
2. Sumber dari Kelab Penyayang = Rm 390.00
3. Sumber dari sumbangan pelajar = Rm 1,260.00
Jumlah keseluruhan (1+2) = Rm 3,150.00

10.0 BATASAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI.

Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Pelajar perlu diberi
perhatian sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada
sebarang bahaya. Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Walaubagaimanapun, segala
masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan baik.

11.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM.

Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang
ditetapkan. Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan
pemantauan berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi
meningkatkan tahap pengurusan yang lebih cemerlang dalam program akan datang
adalah dicadangkan seperti tugasan guru perlu diperincikan agar setiap guru dapat
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. Diharap juga
semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan mematuhi setiap
arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih kerap
didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan
peraturan lawatan.
Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

5 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

12.0 KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR.

Pelajar dapat mengenal dunia luar seperti bentuk muka bumi setiap daerah dan
nama daerah yang dilalui. Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya
boleh dipelajari daripada matapelajaran dunia sains.
Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi
antara sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran
yang dipelajari dalam mataelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-
belah dan membayar harga makanan. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan
dengan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan wang dengan sendiri
dalam aktiviti seharian mereka selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga
didedahkan kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka.
Kerjasama antara pelajar juga terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus
diri rakan mereka yang lemah. Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu
serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

13.0 SEKITAR PROGRAM DAN LAWATAN.

Membaca doa sebelum bergerak ke destinasi.
Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

6 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a


Guru dan pelajar berkumpul di Stars Archery Sunway Pyramid dan mendengar taklimat daripada
Jurulatih Stars Archery.


Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

7 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a


Aktiviti memanah yang telah dijalankan.


Semua perserta klinik asas memanah bergambar di hadapan
pintu masuk Stars Archery.

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

8 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a


Bersolat zohor di Masjid Negeri.





Antara aktiviti yang dijalankan di Snow Walk i-City Shah Alam.

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

9 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a


Bergambar kenangan di Snow Walk i-City Shah Alam.

14.0 PENUTUP.

Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara
guru, ibu bapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga
memupuk semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan
menimba ilmu baru serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai
persekitaran sekeliling mereka. Harapan kami selaku warga pendidik Program
Pendidikan Khas Integrasi agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan
datang demi kebaikan anak-anak pendidikan khas.










Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014

10 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

PERAKUAN

JAWATAN TANDATANGAN

DISEDIAKAN OLEH ;



TARIKH :



PENYELARAS
PROGRAM
SEK. KEB SERI UTAMA




.....
EN. HAFIZAN BIN MUNIER

DISEMAK OLEH ;



TARIKH :


GURU PENOLONG KANAN
PROGRAM PEND. KHAS
INTEGRASI
SEK. KEB SERI UTAMA





EN. FIRDAUS BIN
BAKRI@HASHIM

DISAHKAN OLEH ;



TARIKH :


GURU BESAR
SEK. KEB SERI UTAMA




EN. MOHAMAD BAHARIN BIN
HAMID

Anda mungkin juga menyukai