Anda di halaman 1dari 3

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN (ISU DOPING)

Dasawarsa ini prestasi sukan negara kita jika dilihat secara keseluruhannya semakin
melonjak naik sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada dunia, di seantero benua.
Contohnya, nama-nama atlet terkemuka dunia seperti Dato’ Nicol Ann David dan Dato’ Lee
Chong Wei, pemain squasy dan badminton nombor satu dunia memang tidak asing lagi jika
disebut oleh masyarakat umum. Namun begitu, disebalik kemegahan yang disanjung itu,
negara kita telah terkesima seketika dek satu isu yang menggemparkan bidang sukan negara
kita, iaitu isu doping.

Doping bermaksud penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk


meningkatkan prestasi sukan oleh atlet. Terbaru, akhbar Berita Harian bertarikh 16 November
2014 melaporkan atlet badminton Negara telah gagal dalam ujian doping dan lebih
mengejutkan lagi, atlet tersebut ialah Dato’ Lee Chong Wei. Menurut sumber tersebut, dadah
yang telah diambil oleh atlet tersebut adalah Dexamethasone.

Dexamethasone diklasifikasikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping


Sedunia (World Anti Doping Agency) kerana sebagai bahan stimulan, ia dipercayai mampu
mengubah dan meningkatkan prestasi pemain. Bahan ini juga digunakan secara meluas
sebagai ubat anti radang dan sebagai imunosupresif, biasanya digunakan oleh atlet yang
mengalami kecederaan dalam proses rehabilitasi.

Mendengarkan berita tentang jaguh badminton kita ini, saya juga turut terkejut dan
hampir tidak percaya dan hairan kenapa dexamethasone turut berada dalam senarai dadah
terlarang dalam sukan. Hal ini kerana dexamethasone bukanlah anabolic steroid yang
berfungsi untuk membentuk otot. Secara umumnya, dexamethasone digunakan untuk
mengurangkan keradangan seperti keradangan yang disebabkan oleh alergik, keaadaan kulit,
artritis dan beberapa lagi. Secara logiknya, dadah ini adalah ubat biasa yang digunakan secara
meluas, dan sangat tidak patut jika Lee Chong Wei digantung dari bermain selama dua tahun
hanya disebabkan dexamethasone.

Dalam catatan satu laman web, wartawan sukan Satwant Singh Dhaliwal telah
bejumpa sendiri dengan Dato’ Lee Chong Wei dan beliau telah meluahkan isi hatinya
mengenai isu ini. Beliau sendiri terkejut dengan keputusan ujian doping itu sendiri. Beliau
mengaku tidak pernah menipu dan merupakan seorang pemain yang komited dengan
kariernya. Beliau memaklumkan telah disuntik dexamethasone pada 18 Julai dan beliau
sendiri tidak tahu bagaimana kesan ubat itu masih ada sehingga bulan Ogos. Saya percaya
Dato’ Lee Chong Wei mengambil dexamethasone hanyalah bertujuan untuk menyurutkan
bengkak dan tiada niat untuk menipu dalam pertandingan.

Tambahan lagi, di dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti Doping Sedunia,
dexamethasone hanya dilarang diambil ‘ketika’ pertandingan sahaja, dan bukannya dilarang
diambil ‘sebelum’ pertandingan’. Justeru jelaslah bahawa Dato’ Lee Chong Wei tiada niat
untuk menipu.
Selain isu Dato’ Lee Chong Wei, beberapa minggu sebelum itu, 20 September 2014,
atlet wushu Negara, Tai Cheau Xuen yang memenangi pingat emas telah disingkirkan dan
ditarik balik pingat emas kerana hasil ujian air kencing, beliau didapati mengambil
sibutramine. Sibutramine diklasifikasikan sebagai bahan terlarang kerana dipercayai boleh
meningkatkan prestasi atlet dalam pertandingan. Secara umum, sibutramine adalah bahan
aktif dalam makanan tambahan yang untuk berfungsi untuk mengurangkan berat badan.

Tai Cheau Xuen telah mengambil produk herba yang mengandungi sibutramine tanpa
disedarinya. Mengikut bekas atlet kebangsaan, Tan Sri M Jegathesan, ada tiga sebab seorang
atlet mengambil dadah, pertama memang mengambil dadah secara sedar untuk meningkatkan
prestasi permainan. Kedua, atlet diberi dadah oleh jurulatih secara sedar atau tidak sedar.
Ketiga, atlet tidak tahu tentang makanan tambahan dan produk herba yang mempunyai bahan-
bahan aktif yang dilarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia.

Jika dilihat dari kes Lee Chong Wei dan Tai Cheau Xuen ini, jelas bahawa mereka
adalah dari golongan ketiga. Secara kasarnya, mereka tidak bersalah kerana megambil bahan
tersebut tanpa kesedaran mereka. Namun begitu, sebagai seorang atlet, Tai Cheau Xuen juga
perlu tahu kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam produk herba yang diambilnya. Hal
ini kerana dari kaca mata orang kebiasaan, produk herba diperbuat daripada bahan-bahan
semulajadi dan organik yang memang tidak dicampur dengan bahan kimia yang berbahaya,
lebih-lebih lagi dadah yang dilarang. Mungkin kali ini, atlet wushu kita tidak bernasib baik
kerana tidak tahu dan tidak sedar akan kewujudan dadah terlarang di dalam produk herba
yang diambilnya.

Dari lensa mahasiswa, saya berpendapat setiap atlet memerlukan persediaan yang
menyeluruh sebelum menyertai apa-apa pertandingan, bukan sahaja dari segi mental dan
fizikal tetapi juga dari segi pemakanan dan diet. Para atlet dan jurulatih perlu lebih ambil tahu
tentang bahan-bahan yang terdapat di dalam produk herba. Di sinilah juga pakar pemakanan
dan ahli farmasi berperanan penting dalam bekerjasama dengan atlet-atlet negara untuk
mengkaji dengan lebih teliti tentang pemakanan para atlet dan juga makanan tambahan serta
produk herba yang diambil. Boleh sahaja produk herba mereka disabotaj oleh anasir-anasir
luar yang tidak berpuas hati dengan pencapaian atlet negara. Hasilnya kita juga yang rugi dan
pencapaian kita juga tercemar.

Konklusinya, produk herba yang berada di pasaran pada era globalisasi kini tidak
boleh dipandang enteng tentang isi kandungan bahannya. Sejajar itu, sebagai rakyat Malaysia
yang berpelajaran seiring wawasan 2020, kita perlu lebih buka mata melalui isu doping atlet-
atlet ini untuk lebih berhati-hati di masa akan datang apabila ingin menggunakan produk
herba. Kesinambungan daripada itu juga, diharap atlet-atlet negara lebih prihatin tentang
pemakanan mereka agar tidak lagi mengambil produk herba tercemar.
Rujukan

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/isu-doping-atlet-kita-penagih-abdul-rahman-
shah#sthash.jpMhn4JQ.dpuf

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.ht
m

http://www.beritasemasa.com.my/lee-chong-wei-positif-dadah-doping

http://www.hasrulhassan.com/2014/11/luahan-lee-chong-wei-mengenai-isu.html

Anda mungkin juga menyukai