Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KONSEP KECERDASAN
EMOSI DAN
KEPENTINGANNYA
NAMA

: ABDUL MUKMIN B KAMARUDDIN


(891031-08-5679)
: MUHAMAD FAIZ B OSMAN (890911-08-6747)
: NOR ATIKAH BT ZULKIFLI (890601-08-5650)
: NUR SYAZWANNI BT IDRIS (890928-02-5334).

KUMPULAN

: 3 PPISMP PIAQ/ BI/ BA (2).

MATA PELAJARAN : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI.


NAMA PENSYARAH : PUAN SALINA BT.
TARIKH HANTAR

: 31/7/2008.

1.0 PENGENALAN
Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) merupakan sejenis kebolehan untuk
mengecam perasaan diri kita sendiri dan juga perasaan orang lain. Ia juga berfungsi
untuk memotivasi diri, mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain
dengan baik. Menurut (Young, 1996), kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis
kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat
diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain. Seterusnya maklumat ini
dimanfaatkan sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.

Kecerdasan Emosi ini juga dipanggil sebagai EQ (Emotional Quotient) seperti IQ


(Intelligence Quotient). Menurut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk
keberkesanan IQ. Ini bermaksud sekiranya bahagian otak kita mengalami kerosakan
akibat daripada kecacatan emosi, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik. Dalam
bukunya yang bertajuk Working with Emotional Intelligence, (Goleman, D.1998)
menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ
meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan
seseorang individu, termasuk aspek sosial dan kesihatan.

Beliau juga berpendapat betapa perlunya kecerdasan emosi dalam dunia kerja,
iaitu suatu bidang yang seringkali dianggap lebih banyak menggunakan cara berfikir
secara analitikal daripada melibatkan perasaan atau emosi. Selain daripada itu, setiap
orang dalam pengurusan organisasi dituntut untuk memiliki EQ yang tinggi.

Pada pendapatnya juga IQ bersifat relatif tetap, sementara EQ boleh berubah


sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.

Dalam bidang pekerjaan pula Goleman

mengatakan bahawa kejayaan diri dalam bidang pekerjaan perlulah diimbangi dengan
aspek emosi.

Kajian

telah

menunjukkan

bahawa

majikan

memerlukan

individu

yang

mempunyai :

1. Kemahiran mendengar serta berkomunikasi verbal.


2. Respon yang inovatifi serta kreatif dalam menangani halangan dan
kegagalan.
3. Urus diri yang baik, keyakinan diri, motivasi kerja, perasaan bangga diri
terhadap pencapaian.
4. Keberkesanan dalam kerja-kerja berpasukan, kemahiran interpersonal dan
kebolehan menangani ketidaksetujuan atau perselisihan faham.
5. Keberkesanan dalam organisasi, menyumbang kepada organisasi serta
mempunyai potensi kepimpinan.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KECERDASAN EMOSI (KE)

1920

: E.L Thorndike menggunakan istilah Kecerdasan Sosial (Social


Intelligence).

1983

: Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai


(Multiple Intelligence).

1985

: Para penyelidik sosial telah mula menggunakan istilah Kecerdasan


Emosi (Emotional Intelligence, EI).

1988

: Istilah Emotional Quotient (EQ) digunakan oleh Reuven Bar- On.


Mengikut beliau, orang yang mempunyai IQ (Intelligence Quotient) yang
tinggi tetapi EQ yang rendah tidak berjaya dalam hidup.

1990

: Artikel tentang EI yang diterbitkan dalam Jurnal Akademik oleh John


Mayer dan Peter Salovey. Mereka menggunakan istilah Emotional
Intelligence.

1995

: Daniel Goleman menulis buku Emotional Intelligence yang menjadi


buku yang paling laris dijual di antarabangsa.

1997

: Steiner dan Perry telah menggunakan istilah Literasi Emosi (Emotional


Literacy) untuk mengkelaskannya sebagai satu kemahiran atau
Kompetensi. Menurut beliau, Literasi Emosi terdiri daripada 3 kebolehan
iaitu :

Kebolehan memahami emosi diri sendiri.


Kebolehan mendengar dan berempati dengan emosi orang lain.

Kebolehan

meluahkan atau mengekspresi

perasaan secara

produktif.
1999

: Higgs dan Dulewicz telah menjalankan ujian psikometrik dan


mengeluarkan buku menyokong kenyataan kecerdasan emosi.

2000

: Geetu Bharwaney telah menunjukkan bahawa KE boleh diukur, boleh


dibelajar, berfungsi bersama dengan IQ (kecerdasan otak) dan boleh
digunakan untuk membezakan antara prestasi cemerlang dan
prestasi sambil lewa.

Sekarang

: EI dianggap penting bagi semua lapisan masyarakat dan mulai


diterapkan dalam kurikulum pendidikan latihan guru dan juga menjadi
komponen penting dalam latihan pembangunan sumber manusia pihak
swasta dan kerajaan.

Sebagai usaha menerapkan pendekatan psikologikal dalam pengurusan tenaga


manusia,

Jabatan

Perkhidmatan

Awam

(JPA)

telah

mengeluarkan

Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 1, Tahun 1999 yang meminta semua agensi awam mewujudkan
perkhidmatan kaunseling di jabatan masing-masing.

Latihan, pendedahan dan

peningkatan kemahiran asas dalam kaunseling akan diberikan kepada pegawai yang
telah dipilih oleh jabatan.

Beberapa program peningkatan kemahiran asas kaunseling telah dikendalikan


oleh JPA untuk pelbagai jabatan dan mendapat respons yang menggalakkan daripada
agensi awam.

Ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa telah wujud kesedaran

mengenai kepentingan menjaga aspek kemanusiaan dalam pengurusan dalam diri


setiap individu yang terlibat. Ramai pegawai dan staf telah dilantik secara rasmi oleh
jabatan masing-masing untuk bertugas sebagai kaunselor di samping menjalankan
tugas biasa harian.

Selain daripada itu, dalam tahun 1999 JPA juga telah mengendalikan 105
program peningkatan kemahiran dan kesedaran berhubung dengan masalah
kemanusiaan dalam organisasi seperti kemarahan, ketegangan (stress), pengurusan
konflik, kepimpinan, perhubungan interpersonal dan ketahanan kendiri.

Program-

program ini telah dikendalikan oleh kementerian dan jabatan serta berfungsi untuk
memberi pendedahan kepada pihak pengurusan dan semua peringkat anggota
organisasi tentang kemahiran, maklumat dan kaedah pendekatan psikologikal dalam
aspek pengurusan tenaga manusia.

Perkhidmatan kaunseling boleh dilaksanakan mengikut keselesaan pelanggan


sama ada secara bersemuka, melalui e-mail atau telefon. Pada tahun 1999, terdapat
lebih dari 60 kes kaunseling bersemuka dengan purata empat sesi bagi setiap kes (satu
sesi mengambil masa selama 50 minit). Masalah yang dikenalpasti merangkumi aspekaspek seperti pembangunan kerjaya, kekeluargaan, kepimpinan, perhubungan, konflik,
sosial dan peribadi.

Kes-kes ini dapat dikesan di peringkat awal sebelum ia

berkembang ke tahap yang boleh menjejaskan produktiviti. Oleh sebav itu, JPA terus
berusaha mempertingkatkan lagi kemahiran dan kepakaran kaunselor dengan
mengadakan sesi percambahan fikiran, seminar dan dialog.

Pada tahun 1999, Program Kesihatan Psikologikal telah diperkenalkan kepada


anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
dan kesedaran di kalangan anggota tentang pengetahuan kesihatan psikologikal dan
kesihatan fizikal. Program ini selaras dengan Dasar Kesihatan Negara. Program bagi
mengendali dan mengurus pegawai-pegawai yang bermasalah turut dipertingkatkan
dalam tahun 1999 selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun
1998.

Program ini telah meletakkan tiga aspek sebagai tujuan utama iaitu aspek

pencegahan, rawatan dan pemulihan.

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Kepentingan KE (Kecerdasan Emosi) telah pun termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Negara iaitu:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan

untuk

melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai


kesejahteraan

diri

serta

memberikan

sumbangan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

terhadap

keharmonian

dan

3.1 Keperluan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diintegerasikan dalam


Kurikulum Pendidikan Guru
Kajian menunjukkan seorang guru perlu memiliki kebolehan untuk mengurus
atau menangani emosi negatif.

Guru yang ceria, penyayang dan riang akan

menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan riang serta begitu juga yang berlaku
sebaliknya.

Tahap pencapaian KKE di kalangan pelajar ditentukan oleh tahap

pencapaian KKE guru melalui kewujudan suasana bilik darjah yang menyokong
perkembangan emosi secara sihat. Guru yang berkesan dan berjaya adalah guru yang
dapat menangani emosi negatifnya dengan cara yang sihat dan berkesan.

Selain daripada itu, pelajar yang berkemahiran dalam menangani emosinya akan
menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam sebarang jenis ujian dan penilaian.
Terdapat satu perhubungan langsung antara kecerdasan emosi dan kelakuan
konstruktif.

Pelajar yang mempunyai KKE yang tinggi adalah kurang ganas, boleh

menyelesaikan sengketa antara mereka tanpa pertolongan orang dewasa. Di samping


itu, kajian juga menunjukkan bahawa masalah emosi yang dihadapi oleh orang dewasa
dikaitkan kepada cara asuhan awalan.

4.0 KEPELBAGAIAN SUBJEK EMOSI

Istilah Kecerdasan Emosi (KE) sering kita gunakan untuk memasukkan maksud
EQ (Emotional Quotient) dan EI (Emotional Intelligent), manakala KKE digunakan bagi
singkatan kepada Kompetensi Kecerdasan Emosi.
secara tukar menukar dengan EI.

Lazimnya, istilah EQ digunakan

Beberapa pendekatan boleh digunakan dalam

mengkaji subjek emosi ini iaitu:


1. Literasi Emosi.
2. Vokabulari Emosi.
3. Kejujuran emosi.
4. Kecerdasan emosi.

4.1 Literasi emosi


Literasi emosi harus diperkembangkan untuk mengenalpastikan dengan tepat
perasaan kita serta mengkomunikasinya dengan tepat. Memberi nama yang tepat bagi
perasaan kita merupakan tahap literasi emosi yang paling tinggi. Ini adalah penting
seperti yang dikatakan oleh Mayer dan Salovey bahawa kita harus mendiskriminasi
antara perasaan kita dan menggunakannya untuk memandu tindak tanduk kita.

4.2 Vokabulari emosi ( Perbendaharaan kata istilah emosi )

Terdapat lebih daripada 2000 patah perkataan untuk menerangkan emosi sendiri
dan emosi orang lain. Perkataan-perkataan ini boleh dikelaskan kepada jenis positif
dan negatif. Contohnya :

Negatif

Positif
Diiktiraf

Terbiar

Dihargai

Diperkecil

Optimistik

Pesimistik

Dihormati

Dihina

Bebas

Terkongkong

Mendorong

Melemahkan

Bangga

Angkuh

Selamat

Cemas

Puas

Tak puas

Suci

Dosa

4.3 Kejujuran emosi

Mencerminkan

gambaran

luar

yang

baik

dengan

menanam

atau

menyembunyikan perasaan sebenar kita adalah satu perbuatan yang tidak jujur
terhadap emosi diri kita sendiri. Hal ini kerana kejujuran emosi merupakan kebolehan
mengekspresi atau meluahkan perasaan sebenar kita. Kita perlu sedar tentang emosi
kita pada permulaanya untuk menjadi jujur dalam menunjukkan emosi. Kecerdasan
emosilah yang dapat memberi kita kebolehan untuk mengenalpasti dengan tepat
perasaan sebenar itu.

Biasanya perasaan (emosi) kita tidak dapat dikawal dan menyebabkan kita perlu
sering bertanya kepada diri sendiri supaya kita jujur dengan emosi sendiri. Perasaanperasaan yang kita dapat tanpa berfikir ini berlaku di bahagian otak yang dipanggil
limbic brain dan 80% daripada perasaan ini ditunjuk secara fizikal melalui pancaindera
kita. Biasanya kita tidak sedar tentang perubahan ini tetapi bahasa badan kita (body
language) itu dilihat oleh orang luar. Namun melalui pengetahuan KE, kita akan dapat
mengawalnya.

4.4 Bahaya distres emosi kronik ( Chronic emotional distress )

Johan Denollet (ahli psikologi) telah menghubungkaitkan personaliti emosi


individu kepada risiko perubatan seperti sakit jantung, diabetes dan tekanan darah
tinggi. Beliau telah menggunakan istilah Type D Personality untuk mencirikan individu
yang melalui tekanan emosi berpanjangan (kronik). Menurut beliau terdapat 2 keadaan
emosi iaitu emosi negatif dan penyingkiran sosial. Emosi negatif yang dimaksudkan
beliau ialah individu yang muram, selalu risau, mudah diganggu oleh perkara remehtemeh, mempunyai estim kendiri yang rendah dan tidak rasa mudah untuk bersosial.

Pada tahun 1960-an hingga 1970-an pakar psikologi telah mengemukakan jenisjenis personaliti seperti A,B dan C. Jenis personaliti A mempunyai ciri cerewet yang
sentiasa bertungkus lumus sepanjang hari minggu dan sentiasa sibuk.
berkemungkinan besar menghidap sakit jantung.

Jenis ini

Berbeza dengan personaliti A,

personaliti B pula adalah jenis yang sentiasa tenang, tidak bersaing dan mempunyai
kesihatan yang baik. Bagi jenis personaliti C, mereka mempunyai personaliti yang baik
pada luaran tetapi untuk mengelakkan konflik mereka memendam perasaan yang
negatif. Jenis personaliti ini terdorong mengidap penyakit kanser.

Pada 1980-an, konsep personaliti ini telah dipertikaikan kerana penyelidikan


menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara personaliti jenis A dengan
penyakit jantung.

Kini, teori personaliti jenis D yang telah diasaskan oleh Denollet

diterima kerana penyelidikan dan kajian telah membuktikan bahawa emosi negatif
seperti keresahan, kemarahan dan ketiadaharapan memang memberikan kesan yang
buruk terhadap kesihatan seseorang.

Untuk mengatasi distres emosi kronik ini secara sepenuhnya mungkin tidak
dapat tetapi sekurang-kurangnya ia dapat dikawal atau dikurangkan melalui diet yang
sesuai dan senaman. Menjauhi distres emosi kronik membuatkan kesihatan jantung
kita lebih terjamin. Keadaan tekanan ini juga dapat dikurangkan melalui meditasi, terapi
berbual atau ubat antimurungan.

5.0 MODEL-MODEL KECERDASAN EMOSI

Terdapat 3 jenis KE yang utama, iaitu :


5.1 Model Reuven Bar-On : Emotional Quotient inventory
Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang merekabentuk 133 item dalam
satu ujian bagi menentukan kemahiran tak-kognitif yang boleh meramalkan kejayaan
dalam bidang-bidang tertentu dalam hidup. Bidang-bidang tersebut ialah :

Intrapersonal

1. Kesedaran kendiri.
2. Penilaian kendiri.
3. Berdikari.
4. Keasertifan (assertivness)
5. Penghayatan kendiri (self actualisation)

Interpersonal

1. Empati.
2. Tanggungjawab sosial.
3. Hubungan interpersonal.

Penyesuaian (Adaptability)

1. Pengujian realiti.
2. Kefleksibelan.
3. Penyelesaian masalah.

Pengurusan tekanan (stress management)

1. Toleransi tekanan.
2. Kawalan impuls.

Mood Am

1. Optimisme.
2. Keceriaan.

5.2 Model Mayer & Salovey : Four Branch Model of Emotional Intelligence
Model Kecerdasan Emosi yang dipelopori oleh Mayer dan Salovey pada tahun
1990 ini menggunakan perkataan kebolehan dan bukan kemahiran. Mengikut Mayer
dan Salovey, Kecerdasan Emosi boleh dilihat melaui model 4 cabang :

Persepsi emosi dan pengekspresannya


- kebolehan mengenalpasti emosi dan
.meluahkannya dengan tepat

Kecerdasan
Emosi

Penggunaan emosi kebolehan


menggunakan emosi secara konstruktif
.dalam membuat keputusan
Kefahaman emosi kebolehan
memahami maksud-maksud pelbagai
emosi, tujuannya dan hubungannya
dengan pemikiran dan perasaan serta
kesannya pada interaksi antara satu
. sama lain

Pengurusan emosi kebolehan


mengurus emosi supaya ada
peningkatan dalam aspek personal dan
.sosial

5.3 Model Goleman dan Boyatzis : ECI Emotional Competency Inventory


Goleman dan Richard Boyatzis mengeluarkan model yang menguji kompetensi
dalam 4 bahagian iaitu Kesedaran Kendiri, Pengurusan Kendiri, Kesedaran Sosial dan
Kemahiran Sosial. Mereka menggunakan perkataan kompetensi untuk menunjukkan
pencapaian sesuatu kemahiran itu.
Inventori Kompetensi
Emosi

Kesedaran kendiri

Kesedaran social

- kesedaran kendiri
- penilaian kendiri
- keyakinan diri

- empati
- orientasi berkhidmat
- kesedaran organisasi

Kemahiran sosial
Pengurusan kendiri
- kawalan kendiri
- penyesuaian
- amanah
- rajin
- inisiatif
- orientasi pencapaian

- kepimpinan
- pengaruh
- memperkembang orang lain
- pemangkin perubahan
- komunikasi
- pengurusan konflik
- membina tali persahabatan
- kerja berpasukan
- kolaborasi

KERANGKA KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Kompetens Personal
- Kesedaran Kendiri
- Pengurusan Kawalan Kendiri
- Motivasi kendiri

Kompetens Sosial
- Kesedaran sosial (Empati)
- Kemahiran Sosial

6.0 CIRI-CIRI ORANG YANG BERKECERDASAN EMOSI TINGGI

1. Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang
dihadapi.
2. Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan.
3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri.
4. Perasaannya digunakan untuk membantu membuat keputusan.
5. Menghormati perasaan orang lain.
6. Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan.
7. Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati,
pertimbangan dan penerimaan perasaan orang lain.
8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif.
9. Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang
lain yang tidak kena pada tempatnya.
10.Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati
perasaannya.
7.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kompetensi kecerdasan emosi memainkan peranan


yang sangat penting dalam kehidupan khususnya kepada kita, bakal-bakal guru

yang akan mendidik anak bangsa sebagai pemimpin kelak. Umumnya kita telah
mengetahui bagaimana sejarah perkembangan kecerdasan emosi ini dikaji dan
seharusnya, kita sebagai manusia iaitu hamba-Nya yang bersifat lemah yang
tidak dapat lari daripada kesilapan mestilah sentiasa bersyukur dan berusaha
meningkatkan potensi diri serta mengawal emosi kita dalam pelbagai situasi.
Sebenarnya, emosi tidak tertakluk pada luaran sahaja tetapi sangat dipengaruhi
oleh sifat dalaman yang ada dalam diri kita ini. Mungkin persekitaran adalah
salah satu faktor yang mempengaruhi emosi kita tetapi ketahuilah bahawa sifat
rohani merupakan tunjang kepada kecerdasan emosi kita. Jika hati kita baik,
maka eloklah segala perbuatan kita dan begitu jugalah sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya, kompetensi kecerdasan emosi memainkan peranan


yang sangat penting dalam kehidupan khususnya kepada kita, bakal-bakal guru
yang akan mendidik anak bangsa sebagai pemimpin kelak. Umumnya kita telah
mengetahui bagaimana sejarah perkembangan kecerdasan emosi ini dikaji dan
seharusnya, kita sebagai manusia iaitu hamba-Nya yang bersifat lemah yang
tidak dapat lari daripada kesilapan mestilah sentiasa bersyukur dan berusaha
meningkatkan potensi diri serta mengawal emosi kita dalam pelbagai situasi.
Sebenarnya, emosi tidak tertakluk pada luaran sahaja tetapi sangat dipengaruhi
oleh sifat dalaman yang ada dalam diri kita ini. Mungkin persekitaran adalah
salah satu faktor yang mempengaruhi emosi kita tetapi ketahuilah bahawa sifat

rohani merupakan tunjang kepada kecerdasan emosi kita. Jika hati kita baik,
maka eloklah segala perbuatan kita dan begitu jugalah sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai