Anda di halaman 1dari 3

Kejadian lupa seringkali berlaku dalam seharian kita menjalani kehidupan.

Masalah ini sering dipandang remeh tatkala ianya bukan satu isu global yang harus dipolemikkan. Namun, masalah lupa ini sebenarnya membataskan aktiviti mengingat yang seterusnya menganggu sistem pengolahan idea atau berfikir yang produktif serta efektif. Kemahiran kognitif ini merupakan satu cara yang digunakan untuk mengembangkan sistem dalam otak yang mampu meningkatkan keberkesanan IQ serta menjadi ransangan untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Antara cara meningkatkan daya ingatan adalah kerap melakukan aktiviti fizikal seperti melakukan senaman, berjogging dan berjalan. Hal ini demikian kerana aktiviti fizikal seperti ini mampu memberi keberhasilan yang efektif kepada jantung yang seterusnya memperbaiki sistem peredaran dan aliran darah ke otak. Seterusnya, berhenti merokok sebenarnya boleh meningkatkan daya ingatan lantaran kandungan dalam rokok iaitu nikotin mampu menghakis dan melenyapkan pelbagai elemen dalam badan dan minda, malah dapat merosakkan sel dalam otak. Selain itu, cara meningkatkan daya ingatan juga adalah melalui tidur yang mencukupi. Secara umumnya, manusia dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk mendapat tidur yang mencukupi dan 8 jam bagi kanak-kanak. Namun, jika seseorang tidak mendapat tidur yang mencukupi, aktiviti berfikir akan terbatas dan cenderung untuk mudah melupakan pelbagai perkara. Selain itu juga, senaman minda mampu meningkatkan daya ingatan iaitu melatih otak kita untuk terus berfikir. Senaman minda ini boleh dilakukan dalam aktiviti permainan seperti teka-teki, uji minda, puzzle dan sebagainya. Hal ini demikian kerana aktiviti ini sebenarnya membantu otak untuk kekal cergas dan menyimpan apa yang pernah dialami seseorang sebagai memori serta mengaktifkan minda kita untuk sentiasa berfikir. Kemudian, melakukan aktiviti sesuatu secara berulang-ulang akan mengelakkan seseorang daripada terlupa dan meningkatkan kemampuan dan perkembangan otak. Perkara yang dilakukan secara berulang mampu mengukuhkan ingatan seseorang dan tidak mudah melupakannya. Pengulangan merupakan aktiviti yang memudahkan otak untuk memahami dan mengingat sesuatu perkara dalam jangka masa yang panjang. Melakukan aktiviti yang pelbagai juga antara teknik lain yang meningkatkan daya ingatan. Otak perlu didedahkan dengan persekitaran yang lebih luas dan dunia yang berbeza supaya dapat meningkatkan simpanan memorinya. Hal ini demikian kerana otak mula terdedah dengan setiap sudut perspektif dan mampu memproses pelbagai kesimpulan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Maka, secara tidak langsung, cara ini menggalak otak untuk kerap menilai sesuatu perkara dan berfikir secara terbuka. Di samping itu, daya ingatan juga boleh ditingkatkan dengan cara mengamalkan aktiviti fotografi minda dengan menggunakan anugerah pancaindera seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya. Hal ini demikian kerana aktiviti ini sebenarnya menguatkan daya ingatan berdasarkan sesuatu yang pernah dialami, contohnya melalui deria penglihatan, seseorang memerhatikan sejenis warna dan mengingat warna tersebut, apabila dia melihat warna yang sama pada waktu yang berbeza, seseorang itu akan mengimbas kembali warna yang pernah dilihatnya dan dikaitkan dengan warna sama yang baru dilihatnya, maka secara tidak langsung, proses mengingat dan mengimbas yang dilakukan oleh otak akan berlaku. Daya mengingat ini mampu berkembang jika dilakukan secara berterusan. Di samping itu juga, senaman mata juga boleh dilakukan untuk meningkatkan daya ingatan dalam otak. Antara cara senaman ini dilakukan adalah dengan menggerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat. Hal ini demikian kerana senaman mata ini boleh membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan. Tambahan pula, antara cara meningkatkan daya ingatan juga adalah dengan melebihkan pengambilan sayuran hijau dalam hidangan

pemakanan. Contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, brokoli, cauliflower dan sayur sebagainya. Sayuran hijau seperti ini merupakan sumber folate yang baik dan mampu mengelakkan daripada berlakunya risiko mendapat penyakit nyanyuk yang lebih cenderung menjadikan seseorang itu cepat dan sentiasa lupa terutamanya kepada seseorang yang sudah berumur lanjut. Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di Jepun, aktiviti dalam Hippocampus di dalam otak mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Hal ini demikian terbukti bahawa dengan hanya mengunyah gula-gula getah, seseorang mampu meningkatkan daya ingatan kerana mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyutan jantung dan menambahkan keberkesanan penghantaran oksigen ke otak serta membantu meningkatkan kekuatan kognitif. Selain itu, antara cara lain untuk meningkatkan daya ingatan adalah dengan hanya menghidu Rosemary. Menurut kajian yang dilakukan di Eropah, wangian Rosemary ini sebenarnya merupakan satu medium yang boleh merangsang memori, memperkuatkan serta membantu menyembuhkan keletihan mental. Oleh itu, terbuktilah bahawa dengan hanya menghidu Rosemary, otak mampu berkembang dan daya ingatan turut dapat ditingkatkan. Kemudian, seseorang digalakkan untuk memakan ikan atau minyak ikan bagi meningkatkan daya ingatan. Bagaimana ? Sebagaimana yang diketahui umum, ikan merupakan sumber besar asid lemak omega 3. Komponen ini merupakan satu komponen yang sangat penting untuk sel membran otak yang boleh mempengaruhi kekuatan daya ingatan dan kemahiran kognitif yang lebih berkesan. Seterusnya, seseorang juga digalakkan untuk tidur sekejap pada waktu siang iaitu sebaik-baiknya pada waktu sebelum zohor sebagai antara cara meningkatkan daya ingatan. Cara ini merupakan satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri, malah ketika ini, kelebihan tidur sekejap pada waktu siang ini diakui sendiri oleh pakar kesihatan kerana walaupun hanya sebentar waktu tidur yang digunakan namun sunnah ini dapat mempercepatkan proses yang membantu otak untuk menguatkan dan menyimpan memori dan ingatan bagi jangka masa yang panjang. Selain itu, melayari internet juga sedikit sebanyak mampu meningkat daya ingatan dengan berkesan. Menurut kajian yang dilakukan oleh seorang pakar neurologi dan pengarang buku iBrain yang bernama Gary Small, melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Hal ini demikian kerana melayari internet mampu meningkatkan kemahiran berfikir dan pengetahuan kognitif serta membantu dalam membuat keputusan berdasarkan maklumat internet yang telah tersimpan di dalam minda. Seterusnya, kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan buah aprikot dan kekacang dalam pemakanan mampu meningkatkan daya ingatan. Hal ini demikian kerana kedua-dua bahan makanan ini mengandungi sumber zat besi yang sempurna dan diperlukan dalam meningkatkan keberhasilan peredaran darah dalam badan. Zat besi juga merupakan satu medium yang membina haemoglobin dan sangat penting sebagai fungsi normal daya tahan tubuh badan. Apabila darah lancar mengalir ke seluruh badan, maka badan akan sihat dan sistem saraf dalam otak juga turut sama berfungsi dengan efektif. Di samping itu, antara teknik lain yang boleh membantu meningkatkan kemahiran mengingat ialah melalui teknik visualisasi. Teknik ini sebenarnya membantu seseorang untuk mengekalkan beberapa fakta di dalam otak dengan cekap dan berkesan. Tekni ini boleh dilakukan dengan membayangkan mesej yang ingin diingat dalam bentuk imej yang mana mudah untuk diingati sama ada dalam bentuk komik ataupun apa sahaja yang mampu meransang ingatan. Teknik ini sebenarnya menjadikan sesuatu perkara yang rumit kepada yang lebih mudah untuk diingat. Di samping itu juga, kajian menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah meningkat. Hal ini demikian kerana kerana salur darah yang

membekalkan darah ke otak terjejas lantaran pengambilan gula yang berlebihan. Otak juga tidak mampu berfikir secara produktif yang sekaligus melembapkan daya ingatan yang sedia ada. Maka berlaku ketidak berhasilan dalam mengingat sesuatu perkara, malah menjadi semakin lupa. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan bagi meningkatkan perkembangan otak dengan lebih berkesan serta mampu menyihatkan tubuh badan. Malahan, pengambilan dan pengamalan makanan yang lebih produktif juga turut membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% mendapat skor ujian memori lebih baik sebanyak 20% berbanding sebelumnya. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh pengurangan tahap insulin yang dihasilkan. Insulin kurang diperlukan untuk memproses makanan yang tidak berlebihan. Kajian juga mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu, daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer. Tambahan pula, pengambilan makanan yang mengandungi Epicatechin seperti coklat hitam, blueberry, anggur dan teh merupakan antara cara yang terbaik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebatian Epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang dengan membantu pembinaan salur darah yang lebih baik. Akhir sekali, penggunaan sistem akronim dalam pembelajaran juga sememangnya mampu meningkatkan daya ingatan seseorang. Sistem akronim merupakan suatu kaedah yang memudahkan seseorang ntuk mengingat suatu perkara yang panjang terutamanya dalam subjek yang memerlukan kefahaman fakta yang mendalam seperti sejarah, biologi dan sebagainya. Sistem akronim ini merangsang perkembangan mengingat seseorang dengan lebih baik dan efektif.

Anda mungkin juga menyukai