Anda di halaman 1dari 16

CTU 211

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM


Tajuk:
BINCANGKAN ISU PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN
(IMPLAN) DARI ASPEK YANG DIHARUSKAN DAN YANG TIDAK
DIHARUSKAN BERDASARKAN ETIKA SAINS DAN HUKUM
SYARIAH
NAMA PENSYARAH:

NAMA AHLI:

HARIZ IZZUDIN BIN ZAINUDDIN (2012856702)

MUHAMMAD AMIRUL HAFFIS BIN ZUBER (2012869388)

AFIQ IMRAN AMININ BIN SALAM (2012692848)

KOD PROGRAM:
EC1102/J

FAKULTI:

KEJURUTERAAN AWAM
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 DEFINISI PEMINDAHAN ORGAN 2

3.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) YANG DIHARUSKAN 3

3.1 PENDERMAAN ORGAN KEPADA UMAT ISLAM 3


3.2 PENDERMAAN ORGAN KEPADA BUKAN ISLAM 4
3.3 PENDERMAAN ORGAN: ADAKAH IA MENYEKSA MAYAT ? 4

4.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) YANG TIDAK 5


DIHARUSKAN (HARAM)

5.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) BERDASARKAN ETIKA 6


SAINS

6.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) BERDASARKAN 8


SYARIAH ISLAM

6.1 TRANSPLANTASI ORGAN KETIKA MASIH HIDUP 8


6.2 TRANSPLANTASI ORGAN KETIKA DALAM KEADAAN KOMA 8
6.3 TRANSPLANTASI ORGAN KETIKA SELEPAS SESEORANG ITU TELAH 9
MENINGGAL DUNIA
6.4 PANDANGAN-PANDANGAN ORANG TENTANG PENDERMAAN ORGAN 9

7.0 PENUTUP 11
8.0 RUJUKAN 12

9.0 LAMPIRAN 13
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini membincangkan tentang isu pendermaan dan pemindahan organ
(implan) dari aspek yang diharuskan dan yang tidak diharuskan berdasarkan etika sains dan
hukum syariah . Pendermaan organ adalah salah satu cara perubatan yang berat dan serius dan
salah satu cara untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Ia melibatkan penukaran organ yang
telah rosak dan tisu dengan organ yang baru daripada penderma. Perkembangan teknologi yang
sangat pesat dalam prosedur pembedahan telah menyebabkan banyaknya kejayaan dalam
pembedahan pedermaan organ. Ini telah menyebabkan banyak nyawa dapat diselamatkan.
Kebiasaannya, organ yang sering didermakan ialah buah pinggang, hati, mata, jantung, paru-
paru dan pancreas. Kini, pendermaan organ boleh datang daripada orang yang hidup ataupun
orang yang baru mati. Namun, pada kertas kerja ini kami akan memfokuskan pendermaan organ
dari aspek yang diharuskan dan yang tidak diharuskan berdasarkan etika sains dan hukum
syariah.

1
2.0 DEFINISI PENDERMAAN ORGAN

Pendermaan organ adalah salah satu cara perubatan yang berat dan serius dan salah satu cara
untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Ia melibatkan penukaran organ yang telah rosak dan
tisu dengan organ yang baru daripada penderma. Perkembangan teknologi yang sangat pesat
dalam prosedur pembedahan telah menyebabkan banyaknya kejayaan dalam pembedahan
pedermaan organ. Ini telah menyebabkan banyak nyawa dapat diselamatkan. Kebiasaannya,
organ yang sering didermakan ialah buah pinggang, hati, mata, jantung, paru-paru dan pancreas.
Kini, pendermaan organ boleh datang daripada orang yang hidup ataupun orang yang baru mati.

Firman Allah swt..

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan


yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan
di muka bumi; maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya;
dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka
seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.”

Pemindahan organ adalah suatu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah atau

berpenyakit dengan organ yang baru. Organ yang digunakan untuk pemindahan ini datang dari
dua sumber iaitu

(1) dari penderma organ yang masih hidup (“living donor”)

(2) dari penderma yang sudah meninggal dunia (“deceased donor”).

Pendermaan organ adalah suatu prosedur pembedahan yang melibatkan pemindahan organ dari
penderma kepada penerima organ.Pendermaan organ dapat menyelamatkan nyawa dan
mempertingkatkan kualiti hidup penerima organ.Terdapat dua jenis pendermaan organ;

a. Pendermaan organ kadaverik

b. Pendermaan organ semasa hidup

2
3.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) YANG
DIHARUSKAN

3.1 PENDERMAAN ORGAN KEPADA UMAT ISLAM


Pada asasnya, memang tidak ada nas yang jelas tentang menderma organ di dalam al-Quran dan
sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, hal ini diperhalusi oleh para ulama khususnya ahli fikah
berdasarkan ijtihad dan juga qias.Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan
fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan,
memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar.Pada 23
Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam
menfatwakan hukum menderma organ sebagai harus:
* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa

* Penderma organ mesti disahkan telah mati.

* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.

* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan
tetapi mesti dianggap sebagai derma.

Pendermaan organ atau sel stem adalah harus dengan syarat-syarat berikut:
* Tidak ada unsur perdagangan.

* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.

* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.

* Dilakukan dengan kebenaran penderma.

* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaan.

3
3.2 PENDERMAAN ORGAN KEPADA BUKAN ISLAM

Isu pendermaan organ kepada orang yang bukan islam menjadi isu yang menjadi
bahan telagahan antara masyarakat kini.Ini tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia. Sebabnya,
orang bukan Islam di sini dikategori sebagai kafir zimmi yang memberi taat setia kepada negara.
Oleh sebab itu, kita wajib membantu mereka semasa mereka susah.

Namun, kita tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera bukan Muslim yang
memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam.

Begitu juga tidak dibenarkan menderma kepada seorang yang murtad kerana dia tiada apa
melainkan seorang pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya.

Namun, jika terdapat Muslim dan bukan Islam yang kedua-duanya memerlukan derma organ
atau darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan.

3.3 PENDERMAAN ORGAN: ADAKAH IA MENYEKSA MAYAT?

Dakwaan ini barangkali bersandarkan kepada kisah seorang penggali kubur yang
tanpa sebab munasabah mematahkan tulang-tulang mayat. Lalu perbuatan itu ditegur oleh
baginda SAW.
Telah bercerita kepada kami Syuja’ bin Al-Walid, daripada Sa’d bin Said saudara Yahya bin
Said, daripada ‘Amrah, daripada Aisyah, dia berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah
berkata: Sesungguhnya mematahkan seorang mukmin dalam keadaan mati seumpama
mematahkan tulangnya dalam keadaan hidup”. (riwayat Ahmad)

Tetapi itu jika dilakukan tanpa sebab yang munasabah. Sebaliknya, dalam derma organ kita
mengambilnya daripada orang mati dengan niat menyelamatkan nyawa orang lain. Jika tidak
buat demikian, pesakit tadi akan mati.

4
4.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) YANG TIDAK
DIHARUSKAN (HARAM)

1. Organ yang didermakan itu hendaklah bukan merupakan organ penting yang menentukan
kelangsungan hidup pihak yang menderma seperti jantung, seluruh hati dan kedua paru-
paru. Hal ini adalah kerana pendermaan organ-organ tersebut akan mengakibatkan kematian
orang yang menderma yang bererti dia telah membunuh dirinya sendiri sedangkan adalah
haram bagi seseorang membunuh dirinya sendiri atau meminta dengan sukarela kepada
orang lain untuk membunuh dirinya.

2. Demikian pula seorang lelaki tidak dibolehkan menderma dua testis (zakar), meskipun
hal ini tidak akan menyebabkan kematiannya. Ini adalah kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wa Sallam telah melarang pengebirian/kasi (al-khisha'), yang akan menyebabkan
kemandulan. Hukum ini dapat diterapkan juga untuk pendermaan sebiji testis, sekalipun hal
ini tidak akan membuat pendermanya menjadi mandul. Ini adalah kerana sel-sel kelamin
yang terdapat dalam organ-organ reproduktif (iaitu sperma pada lelaki dan ovari/telur pada
perempuan) merupakan elemen yang dapat menghasilkan anak. Di dalam testis terdapat sel-
sel yang menghasilkan sperma kerana hakikatnya testis adalah kilang penghasil sel sperma.
Dan testis akan tetap menjadi kilang sperma, baik testis itu tetap berada pada pemiliknya
atau pada orang yang menerima transplantasi testis dari orang lain. Atas dasar itu, maka
kromosom anak-anak dari penerima transplantasi testis, sebenarnya berasal dari orang yang
menderma testis, sebab testis yang telah dia dermakan itulah yang sebenarnya telah
menghasilkan sel-sel sperma yang akhirnya menjadi anak. Kerana itu, anak-anak yang
dilahirkan akan mewarisi sifat-sifat dari penderma testis dan tidak akan mewarisi sifat-sifat
penerima sumbangan testis. Dalam kes ini, secara biologinya, penderma testislah yang
menjadi bapa kepada anak-anak yang dilahirkan. Maka dari itu, tidak dibolehkan (haram)
menderma sama ada sebiji mahupun dua biji testis.

Ringkasnya, menderma dua buah testis akan menyebabkan kemandulan penderma dan
menderma satu atau dua biji testis akan menimbulkan pencampuradukan dan hilangnya
nasab.

5
5.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) BERDASARKAN
ETIKA SAINS

UTAC atau nama penuhnya “Unrelated Transplant Approval Committee” merupakan sebuah
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan diperingkat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menilai
setiap permohonan untuk menjalankan pembedahan transplan organ dari penderma yang masih
hidup yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Sekiranya ingin menjadi seorang
penderma, tidak boleh membuat permohonan secara terus kepada UTAC. Doktor yang
bertanggungjawab terhadap anda atau penerima organ yang boleh membuat permohonan kepada
UTAC. Doktor tersebut perlu menjalankan ujian-ujian untuk menilai kesesuaian anda sebagai
seorang penderma. Jika doktor anda berpuashati dengan penilaian awal ini, beliau akan membuat
permohonan dengan mengisi beberapa borang rasmi. Anda perlu menjalani beberapa sesi
penilaian bersama pakar sebelum UTAC membuat keputusan mengenai sesuatu
permohonan.Etika dalam pemindahan organ sangat penting pada masa kini. Secara amnya
terdapat tiga cara atau kaedah pengambilan organ di dunia ini.

1.Pertamanya menggunakan kaedah pengambilan secara rutin, di mana organ akan diambil
secara rutin tanpa memerlukan kebenaran daripada si mati melainkan sebelum matinya dia telah
merakamkan bantahan daripada mengambil organnya.

2. Kedua, adalah dengan mengambil organ mereka yang telah merakamkan keizinan untuk
membenarkan organnya diambil, Ini merupakan kaedah yang diamalkan di Malaysia.
Prosedurnya dinyatakan di dalam Akta Tisu Manusia 1974.

3.Ketiga pula memerlukan usaha para doktor atau pegawai perubatan yang terlibat meminta izin
daripada ahii keluarga si mati untuk mengambil organnya.

Daripada ketiga-tiga kaedah di atas, kaedah pertama telah mencetuskan beberapa kontroversi
kerana dikatakan mengandungi unsur paksaan. Ini bertentangan dengan etika kehidupan manusia
yang mengutamakan konsep autonomi yang wujud pada setiap individu. Namun demikian
kaedah ini dikatakan akan dapat membantu menangani masalah kekurangan organ. Setiap tahun
bilangan pesakit yang memerlukan organ semakin bertambah dan oleh kerana kekurangan

6
bekalan organ, ramai yang mati semasa proses menunggu. Masalah kekurangan organ ini pula
telah menjadi punca kepada masalah perlanggaran etika yang lain seperti masalah jual beli organ,
penculikan dan pembunuhan.Kesimpulannya, pendermaan dan pemindahan organ dari segi etika
sains ada tiga cara untuk melakukan proses pendermaan dan penerimaan organ dan setiap
daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya serta ada yang bertentangan syarak. .
Dalam menyelesaikan perkara ini, pertimbangan yang sewajarnya harus diberikan.

7
6.0 PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN) BERDASARKAN
SYARIAH ISLAM

Hukum tentang transplantasi ada pelbagai, ada yang mendukung dan ada pula yang
menolaknya.Terdapat beberapa hukum dalam syariah islam, antaranya:

6.1 Transplantasi organ ketika masih hidup.

Hukumnya tidak boleh (Haram).Meskipun pendermaan itu untuk keperluan perubatan walaupun
telah sampai dalam keadaan darurat.

Hal ini demikian kerana Allah SWT melarang manusia untuk membunuh dirinya atau
melakukan perbuatan yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan. Sedangkan orang
yang mendermakan salah satu organ tubuhnya secara tidak langsung telah melakukan perbuatan
yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan dirinya. Padahal manusia tidak disuruh
berbuat demikian, manusia hanya disuruh untuk menjaga organ tubuhnya.

Manusia tidak memiliki hak atas organ tubuhnya seluruhnya,kerana pemilik organ tubuh
manusia adalah Allah SWT.

6.2 Transplantasi organ ketika dalam keadaan koma.

Melakukan pendermaan organ tubuh dalam keadaan masih hidup, walaupun dalam keadaan
koma, hukumnya haram.

Hal ini demikian kerana manusia wajib berusaha untuk menyembuhkan penyakitnya untuk
meneruskan hidupnya, kerana hidup dan mati manusia itu berada ditangan Allah SWT. Oleh
sebab itu, manusia tidak boleh mencabut nyawanya sendiri atau mempercepatkan kematian orang
lain, walaupun mengurangkan atau menghilangkan penderitaan pesakit.

8
6.3 Transplantasi organ ketika selepas seseorang itu telah meninggal dunia.

Terdapat 2 pendapat iaitu:

Pendapat 1: Hukumnya haram kerana kesucian tubuh manusia merupakan hal yang terlarang.

Dalil: Ada beberapa perintah Al-Quran dan hadis yang melarangnya. Diantara hadis yang
terkenal, ialah:

“Mematahkan tulang mayat seseorang sama berdosanya dan melanggarnya dengan mematahkan
tulang orang tersebut ketika ia masih hidup”

Tubuh manusia adalah amanah, pada dasarnya bukanlah milik manusia tapi merupakan amanah
dari Allah yang harus dijaga,oleh sebab itu manusia tidak memiliki hak untuk mendermakannya
kepada orang lain.

Pendapat 2: Hukumnya Boleh.


Dalil: Dalam kaedah fiqiyah menjelaskan bahawa “Apabila bertemu dua hal yang mendatangkan
kebinasaan, maka dipertahankan yang mendatangkan mudarat yang paling besar dengan
melakukan perbuatan yang paling ringan mudaratnya dari dua mudarat”.

Selagi dalam proses pendermaan organ itu tiada unsur merosakkan tubuh mayat sebagai
penghinaan kepadanya.

6.4 Pandangan-Pandangan Orang Tentang Pendermaan Organ.

Pendapat yang muncul bukan hanya satu tapi beragam dengan satu sama lain, bahkan ada yang
saling tolak-menolak walaupun menggunakan sumber-sumber yang sama. Antara alasan-alasan
yang menyokong dan menentang pendermaan organ,ialah:

Pandangan yang menentang pendermaan organ:.

a) Kesucian hidup/tubuh manusia.

Setiap bentuk keganasan terhadap tubuh manusia adalah dilarang, kerana ada beberapa perintah
yang jelas mengenai perkara ini dalam Al-Quran. Dalam kaitan ini ada satu hadis (ucapan) Nabi

9
Muhammad yang terkenal yang sering dikutip untuk menunjukkan dilarangnya manipulasi atas
tubuh manusia, meskipun sudah menjadi mayat, “Mematahkan tulang mayat seseorang adalah
sama berdosa dan melanggarnya dengan mematahkan tulang orang itu ketika ia masih hidup”

b) Tubuh manusia adalah amanah.

Hidup dan tubuh manusia pada dasarnya adalah bukan milik manusia sendiri, tapi pinjaman dari
Allah dengan syarat untuk dijaga, oleh sebab itu manusia tidak boleh merosakkan pinjaman yang
diberikan oleh Allah SWT.

Pandangan yang mendukung pendermaan organ.

a) Kesejahteraan semua pihak

Pada awalnya pemindahan organ memang tidak dibenarkan, walaupun demikian ada beberapa
pertimbangan lain yang boleh mengalahkan larangan itu, iaitu potensinya untuk menyelamatkan
hidup manusia yang mendapat keyakinan yang amat tinggi dalam hukum Islam. Dengan alasan
ini pun, ada beberapa keadaan yang mesti diperhatikan, iaitu

(1) Pendermaan organ boleh dilakukan jika tidak ada alternatif lain untuk menyelamatkan
nyawa.

(2) Ada persetujuan dari pemilik organ asli (atau ahli warisnya).

(3) Penerima organ sudah tahu segala implikasi pembedahan.

Kesimpulannya,melalui syariah islam ada tiga cara yang dipertimbangkan sebelum melakukan
pemindahan dan pendermaan organ iaitu,transplantasi ketika hidup,ketika hidup dan selepas
seseorang itu meninggal dunia.Transplantasi organ ketika hidup adalah haram,manakala ketika
dalam koma juga haram hukumnya,tetapi transplantasi organ ketika selepas seseorang itu telah
meninggal dunia mempunyai dua hokum atau pendapat. Pendapat 1: Hukumnya haram kerana
kesucian tubuh manusia merupakan hal yang terlarang. Pendapat 2: Hukumnya Boleh,selagi
dalam proses pendermaan organ itu tiada unsur merosakkan tubuh mayat sebagai penghinaan
kepadanya.Perkara yang paling penting untuk melakukan transplantasi organ adalah tidak
melanggar hukum-hukum islam,agar perkara yang dilakukan mendapat keberkatan.

10
7.0 PENUTUP

Pendermaan organ merupakan hal yang sangat rumit dalam pengambilan tindakan yang
tepat, kerana banyak pendapat yang menentang dan menyokong tentang pelaksanaan
transplantasi dengan pelbagai alasan yang berbeza-beza. dari huraian pembentangan diatas, maka
dapat disimpulkan bahwa hukum pelaksanaan pendermaan organ itu bergantung pada alasan
mengapa harus melakukan hal tersebut. Jika alasannya tidak kukuh maka kegiatan pendermaan
tersebut sangat dilarang dan hukumnya haram serta melanggar undang-undang.

Justeru,jika kita diharuskan melakukan transplantasi organ selagi mana tidak


bertentangan dengan agama islam, maka seharusnya memenuhi syarat-persyarat yang tidak
merugikan pihak-pihak yang berkaitan, baik dari penderma mahupun penerima, serta harus
memenuhi kaedah atau syariah-syariah islam.Dalam setiap sudut kehidupan dan setiap suatu
perkara yang ingin dilakukan hukum dan syariah islam adalah yang pertama sebagai garis
panduan dalam menentukan setiap keputusan yang akan dilakukan.

11
8.0 RUJUKAN

1. Dolong, J., Marzuki M., & Zulmaizarna. 2002. Islam Untuk Disiplin Ilmu Kedokteran
dan Kesehatan 1. Jakarta: Departemen Agama RI.

2. Nata, Abudin (Ed). 2006. Masail Al-Fiqhiyah. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

3. Majalah “Kefahaman Islam” Jan 2006 Bil 61 Muka Surat 1,(Rasmah Mohammad,2006).
4. Pemindahan Organ Di Dalam Islam,(Office of the Mufti Strategic Unit,Majlis Ugama
Islam Singapura (Muis),Islamic Religious Council of Singapore,2007).
5. Dr.Harmy Mohd Yusoff,Syamsul Kamal,Dr. Rosediani,Wan Nor Ainon,2011.Fikah
Perubatan.PTS Publications.
6. Kutty, Sheikh Ahmad. 30 November 2008. Menyumbangkan Organ Menurut Pandangan
Islam. (PTS Publications, 03 November 2009).
7. MOH/P/PAK/224.11(PT) Pendermaan Organ Semasa Hidup .UNIT PERKHIDMATAN
TRANSPLAN .Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
8. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.2011.Pemindahan Organ Dari Perspektif
Islam.

12
9.0 LAMPIRAN

Sumber buku rujukan yang digunakan dalam menjalankan kajian ini:

1. Pemindahan Organ Di Dalam Islam,(Office of the Mufti Strategic Unit,Majlis Ugama


Islam Singapura (Muis),Islamic Religious Council of Singapore,2007).

2. Dr.Harmy Mohd Yusoff,Syamsul Kamal,Dr. Rosediani,Wan Nor Ainon,2011.Fikah


Perubatan.PTS Publications

13
3. MOH/P/PAK/224.11(PT) Pendermaan Organ Semasa Hidup .UNIT PERKHIDMATAN
TRANSPLAN .Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

4. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.2011.Pemindahan Organ Dari Perspektif Islam.

14

Anda mungkin juga menyukai