Anda di halaman 1dari 47

SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR MALAYSIA

BAGI KERJA KERJA GEOTEKNIK

KERJA
TANAH
Kerja Jalan – Seksyen 2 (JKR/SPJ/2020-S2)
Kerja Bangunan – Seksyen B

Ir. ZULKIFLI BIN ISMAIL


Jurutera Awam Penguasa J52
Bahagian Rekabentuk Geoteknik 1
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
PEMBENTANGAN
KANDUNGAN
01
PENGENALAN
Liputan skop kerja dalam Spesfikasi Piawai JKR Kerja Tanah bagi
projek jalan dan projek bangunan.

02
SEKILAS PANDANG BERKAITAN
MASALAH DALAM KERJA TANAH
Masalah-masalah yang biasa ditemui akibat ketidakpatuhan
spesifikasi kerja tanah.

03 PEMBERSIHAN TAPAK
Kerja pembersihan, penggerusan dan pengupasan tanah atas.

04 KERJA PENGOREKAN / PENGGALIAN


Kategori kerja pengorekan/penggalian, aspek keselamatan dalam
kerja penggalian, penggalian batu.
PEMBENTANGAN
KANDUNGAN
05
PENGGALIAN JISIM TANAH KERAS
DAN JISIM BATU
Definisi jisim tanah keras dan jisim batu, kaedah untuk menentukan
penggalian jisim tanah keras dan jisim batu

06 KERJA PENAMBAKAN
Bahan sesuai dan bahan tidak sesuai, pemadatan tanah, penambakan
dalam lapisan subgred, kawalan kualiti dalam kerja penambakan.

07
KAWALAN HAKISAN
Kaedah kawalan hakisan ke atas kerja tanah yang dilakukan

08
RUMUSAN
Kesimpulan daripada pembentangan berkaitan kerja tanah.
01 PENGENALAN
SPESIFIKASI PIAWAI JKR
TERKINI UNTUK KERJA
TANAH
SPESIFIKASI INI MELIPUTI…
❑ pembersihan dan pengalihan semua halangan dalam
had kerja tanah;
❑ penggalian semua kawasan yang dipotong, termasuk
penggalian di bawah permukaan subgred akhir;
❑ penggalian kawasan bahan tambakan (borrow areas),
tanggaan (benches) dan kemudahan saliran
permukaan;
❑ pengangkutan bahan yang digali untuk ditambak atau
dibuang;
❑ pembinaan tambakan dan subgred;
❑ membentuk, menggunting, menanam rumput dan
menyelenggara Kerja

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.1


SPKB: Sek. B – Klausa 1.0
SEKILAS
PANDANG
02 BERKAITAN
MASALAH DALAM
KERJA TANAH
DALAM KERJA TANAH
SEKILAS PANDANG MASALAH
Jalan Beralun

Perbezaan enapan
di antara kawasan
tambakan dan
kawasan potong
DALAM KERJA TANAH
SEKILAS PANDANG MASALAH
Batang pokok dalam
tambakan

Bongkah batu
dalam bahan
tambakan jalan
DALAM KERJA TANAH
SEKILAS PANDANG MASALAH
Bongkah batu dalam
tambakan platform
bangunan – kerja
cerucuk tertangguh

Pemadatan tidak
sempurna di
hujung tambakan
SEKILAS PANDANG MASALAH
DALAM KERJA TANAH
Hakisan

Gully
SEKILAS PANDANG MASALAH
DALAM KERJA TANAH
Kegagalan Cerun

Hakisan Alur
Keretakan Bangunan Sekolah:

DALAM KERJA TANAH


SEKILAS PANDANG MASALAH
▪ Bangunan dibina tahun 2000 dan dibuka
tahun 2003.
▪ Projek di bawah PMC.
▪ Tambakan sehingga 15.0m tebal.
▪ Menggunakan asas cerucuk sehingga kedalam
17.8m (berdasarkan keputusan ujian parralel
seismic).
▪ Mendapan tidak sekata antara 55 – 65mm
menyebabkan keretakan kepada apron,
longkang, tiang dan dinding.
▪ Berdasarkan keputusan borehole, didapati
material yang longgar pada kedalaman antara
6.0 -12.0m disebabkan pemadatan tidak
sempurna.
▪ Menyebabkan berlaku mendapan tanah dan
kesan down drag kepada cerucuk.
03 PEMBERSIHAN TAPAK
TAPAK
PEMBERSIHAN
PEMBERSIHAN PENGUPASAN
PENGGERUSAN TANAH ATAS
TAPAK (GRUBBING)
(STRIPPING TOP SOIL)
Aktiviti terlibat adalah Aktiviti membuang dan
memotong, menurun, mengeluarkan tumbuhan, Aktiviti membuang tanah
menanggal atau membuang tunggul, akar, struktur di bawah permukaan kepada purata
semua benda di atas permukaan dan lain-lain ketebalan 100mm dari
permukaan tanah kecuali yang halangan sehingga kedalaman permukaan tanah sama ada
telah ditetapkan di dalam sekurang-kurangnya 500mm untuk digunakan semula
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.3
kontrak untuk dikekalkan dari permukaan tanah atau dibuang keluar.
SPKB: Sek. B – Klausa 3.0
HAD KAWASAN KERJA

▪ Had kawasan Kerja adalah seperti yang ditetapkan


dan/atau ditunjukkan pada Lukisan (sempadan
kawasan pembinaan).
▪ Kerja di kawasan lain (luar rizab) hanya dilakukan
apabila difikirkan perlu seperti yang ditunjukkan
pada Lukisan dan seperti yang dikehendaki oleh
P.P. – contoh: saliran.
▪ Kerja ini juga hendaklah termasuk perobohan dan
pelupusan struktur di kawasan tersebut, kecuali
jika diperuntukkan sebaliknya dalam Kontrak,
seperti yang dinyatakan dan seperti yang
dikehendaki oleh P.P.

SPKJ: S2 - Klausa 2.3.1.1


SPKB: Sek. B – Klausa 3.0
TANAH ATAS
▪ Disimpan stok untuk Kerja hendaklah cukup subur

PEMBERSIHAN
KERJA
untuk menggalakkan dan menyokong pertumbuhan
tumbuh-tumbuhan, dan hendaklah diambil dari
kawasan-kawasan di mana pembersihan, penggerusan
dan pengupasan tanah atas dilakukan.
▪ Diasingkan daripada bahan yang tidak diperlukan dan
disimpan stok sama ada di dalam atau di luar rizab
dengan perbelanjaan Kontraktor sendiri mengikut
undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
▪ Jika tidak digunakan dalam Kerja, hendaklah diasingkan
daripada bahan yang tidak diperlukan dan dihamparkan
di dalam rizab atau kawasan bahan tambakan, atau
sebaliknya dilupuskan.

KAYU BALAK
▪ Kayu balak adalah hak milik Kerajaan.
▪ Kontraktor mempunyai hak untuk menggunakan kayu
balak yang tidak boleh dijual (atau kayu balak yang
boleh dijual dengan kebenaran diberikan secara
bertulis oleh agensi atau pihak berkuasa Kerajaan yang
berkenaan) untuk tujuannya sendiri berkaitan dengan
Kontrak dengan syarat dia hendaklah mematuhi
keperluan dan kelulusan P.P.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.3.1.4 & 2.3.1.5


SPKB: Sek. B – Klausa 3.3 & 4.0
PENGOREKAN /
04 PENGGALIAN
Kategori Pengorekan / Penggalian

PENGGALIAN
KERJA PENGOREKAN /
Penggalian Biasa Jisim Tanah Keras
Penggalian dalam mana-mana (Hard Mass)
bahan yang tidak termasuk jisim Sedimen separa bersimen, jisim
tanah keras atau jisim batu batu terluluhawa dan jisim batu
yang sangat retak di mana kerja
penggalian bergantung kepada
jentera, peralatan dan kadar
pengeluaran tertentu.

Tanah Tidak Sesuai /


Jisim Batu
Tanah Lembut (Rock Mass)
Kedalaman penggalian seperti Batuan segar hingga terluluhawa
yang ditunjukkan dalam Lukisan sederhana yang terdapat di
atau ditentukan oleh lubang tebing atau jisim di mana kerja
percubaan (trial pit) atau ujian penggalian bergantung kepada
Proba JKR/Mackintosh. jentera, peralatan dan kadar
pengeluaran tertentu.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.1 & 2.4.3.5


SPKB: Sek. B – Klausa 7.2 & 7.6
PENGGALIAN
KERJA PENGOREKAN /
• Kerja pengorekan/penggalian hendaklah mematuhi Garis Panduan
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Industri Pembinaan (Kerja Pengorekan)
2017 dan BS 5975 - Code Of Practice For Temporary Works Procedures And
The Permissible Stress Design Of Falsework.

• Kontraktor hendaklah memastikan sisi penggalian sentiasa dalam keadaan


selamat dan stabil.

• Cerun dalam pemotongan hendaklah dikorek secara mekanikal untuk


mendapatkan permukaan yang kemas dan sekata dan hendaklah mempunyai
kecerunan yang tidak lebih curam daripada yang ditunjukkan dalam Lukisan.

• Lubang percubaan (trial pit) hendaklah dijalankan sebelum memulakan kerja


penggalian di sesuatu kawasan untuk mengesahkan aras air dan kedalaman
penggalian.

• Tiada bahan yang digali boleh dialihkan dari tapak kecuali atas arahan atau
dengan kelulusan P.P.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.3


SPKB: Sek. B – Klausa 7.8
▪ Penggalian batu hendaklah dijalankan dengan kaedah yang sesuai dengan

BATU
PENGGALIAN
keperluan tapak dan hendaklah mematuhi sepenuhnya sebarang perintah,
keperluan atau arahan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
atau mana-mana pihak berkuasa lain yang kompeten untuk berbuat
demikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
▪ Setakat mana praktikal, semua bahan daripada penggalian batu hendaklah
digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. Batu yang digali hendaklah
digunakan dalam pembinaan tambakan dan bahan isian dalam salah satu
daripada dua (2) cara berikut:
a. Batuan yang digali hendaklah dipecahkan kepada saiz zarah maksimum
300 mm dan digunakan sebagai timbunan batu;
b. Batuan yang dikorek hendaklah dipecahkan kepada saiz zarah
maksimum 150 mm, diadun dengan bahan isian tanah yang sesuai
dalam nisbah 1 batu : 1 tanah, dan digunakan sebagai isian seperti
tanah biasa.
▪ Penyimpanan dan pengendalian bahan letupan hendaklah mematuhi semua
keperluan pihak berkuasa. Hanya orang yang berpengalaman dan
berkelayakan yang boleh mengendalikan bahan letupan bagi tujuan kerja-
kerja tersebut.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.3.9


SPKB: Sek. B – Klausa 7.10
BOULDERS
Boulders atau kepingan-kepingan tertanggal
hendaklah hanya dianggap sebagai batu jika ia
secara individu melebihi 0.5 m3. Bagi boulders atau
kepingan-kepingan terpisah yang berukuran kurang
daripada 0.5 m3, ia hendaklah dianggap sebagai
penggalian biasa. SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.1
SPKB: Sek. B – Klausa 7.2.6.2
PENGGALIAN JISIM
05 TANAH KERAS DAN
JISIM BATU
VERSI 2013
SPESIFIKASI PIAWAI JKR
BAHAN KERAS:
• Bahan keras adalah bahan yang boleh digali menggunakan jengkaut dengan berat
minimum 44 tan dan kuasa kuda bersih 321 BHP dengan kadar pengeluaran tidak
melebihi 50 m3 / jam. Unit jengkaut hendaklah dalam keadaan baik dan
dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman.
• Penggalian percubaan hendaklah dijalankan menggunakan peralatan di atas untuk
menentukan bahan keras.

BATU:
Batu bermaksud bahan yang terdapat dalam tebing atau jisim yang boleh digali
menggunakan peralatan berikut dengan kadar pengeluaran tidak melebihi 20 m3 / jam:
a) Traktor Jenis Trek (Dozer): Peralatan dengan berat minimum 37 tan dan kuasa kuda
bersih 305 BHP atau lebih (D8R atau setara). Unit traktor hendaklah dalam keadaan
baik dan dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman yang mahir dalam
penggunaan peralatan merobek.
b) Unit Merobek: Alatan merobek yang dipasang pada traktor hendaklah mempunyai
daya penembusan minimum 120 kN. Alatan merobek tunggal hendaklah berfungsi
dengan baik dengan mata pemotong yang tajam.

SPKJ (2013): Sek. 2 - Klausa 2.2.1


JKR VERSI 2020
SPESIFIKASI PIAWAI

“Mesin excavator (Siri 400) dengan berat minimum 41.4 tan


berkuasa kuda bersih 321 BHP dengan kadar pengeluaran
tidak melebihi 50 m3 / jam.”
- JISIM TANAH KERAS

“Traktor jenis trek (Dozer D8) dengan berat minimum 37 tan


berkuasa kuda bersih 303 BHP atau lebih dan dipasang dengan
sebatang peralatan merobek dengan kadar pengeluaran kurang
daripada 20 m3/jam. Peralatan merobek hendaklah dalam
keadaan berfungsi dengan baik. Mata pemotong yang dipasang
pada traktor hendaklah tajam dengan daya penembusan
minimum 120 kN.“
- JISIM BATU

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.1


SPKB: Sek. B – Klausa 7.2.5 & 7.2.6
KAEDAH PENENTUAN

KAEDAH KAEDAH TAK


LANGSUNG LANGSUNG
Penggalian
Percubaaan Ujian Beban Titik

▪ Kaedah seperti yang dinyatakan dalam ▪ Ujian beban titik hendaklah dijalankan ke
definisi. atas bahan yang digali dengan menggunakan
▪ Sekiranya Kontraktor tidak dapat alat penguji beban titik mudah alih.
menyediakan jentera yang dinyatakan, ▪ Sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel
Kontraktor boleh mencadangkan mesin batuan daripada bahan yang dikorek yang
lain yang boleh digunakan di tapak. terhasil daripada penggalian percubaan
▪ Kadar pengeluaran setara mesin boleh hendaklah diuji, dan tafsiran keputusan
dikira dengan merujuk kepada jadual. ditunjukkan dalam jadual.
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.2
SPKB: Sek. B – Klausa 7.2.7
JADUAL KADAR PENGELUARAN SETARA & RUJUKAN UJIAN BEBAN TITIK

SPKJ: Sek. 2 – Lampiran A & Klausa 2.4.2


SPKB: Sek. B – Jadual B1, B2 & B3
KERJA
06 PENAMBAKAN
TAMBAKAN
BAHAN
▪ Merupakan bahan yang terpilih,
ditempatkan dan dipadatkan
mengikut spesifikasi tertentu bagi
memastikan tambakan mempunyai
tingkahlaku sebagaimana yang
direkabentuk.

▪ Bahan yang digunakan hendaklah


dikelaskan secara berhati-hati
mengikut kegunaanya seperti jenis
tanah, sifat-sifat fizikal dan kimia
dan kesesuaian penggunaannya
mengikut keadaan.

▪ Bahan yang digunakan untuk


tambakan hendaklah dipastikan
bahan yang sesuai.
Tanah Lembut
• Lapisan tanah yang memberikan nilai
hentaman < 40 hentaman per 300mm
dalam ujian proba JKR / Mackintosh .
TANAH TIDAK SESUAI

• Lapisan tanah berjelekit yang menunjukkan


nilai SPT-N < 4 dalam ujian lubang gerek.
& TANAH LEMBUT

Tanah Tidak Sesuai


• Kelodak, gambut, kayu balak, tunggul, akar, rumput dan
bahan sayuran lain, bahan mudah rosak atau toksik, buburan
atau lumpur;
• Tanah liat organik dan kelodak organik;
• Tanah liat yang mempunyai LL > 80% dan/atau PI > 55%;
• Sebarang bahan yang terdedah kepada pembakaran spontan;
• Sebarang bahan hilang yang berat lebih daripada 2.5% dalam
ujian pembakaran;
• Sebarang bahan yang berubah isipadu lebih besar daripada
3% dalam ujian Nisbah Galas California (CBR) di bawah
keadaan 4 hari rendaman (untuk 300 mm sub-gred teratas
sahaja). SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.1
SPKB: Sek. B – Klausa 7.2.3
UNTUK TAMBAKAN
BAHAN SESUAI
▪ Semua bahan selain daripada bahan tidak sesuai adalah bahan sesuai.
▪ Tanah lembut atau tanah yang tidak stabil disebabkan oleh terlalu basah
atau terlalu kering tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahan tidak sesuai.
▪ Bahan tambakan hendaklah bebas dari akar kayu, rumput atau tumbuhan.
▪ Saiz tanah hendaklah kurang daripada 150mm.
▪ Pasir tidak boleh digunakan sebagai bahan tambakan di bahagian tepi luar
cerun (outer edges).
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.1 & 2.4.4.1
SPKB: Sek. B – Klausa 7.2.4 & 8.1.2
KERJA PENAMBAKAN TANAH
TANGGAAN (BENCHING)
Jika tambakan perlu dibuat pada
tambakan/cerun sedia ada, tanggaan
(benching) hendaklah disediakan. Lebar
dan tinggi tanggaan bergantung kepada
kesesuaian mesin/peralatan yang
digunakan oleh Kontraktor.

PENAMBAKAN DI TEPI
CERUN
Tambakan dan pemadatan di tepi cerun
perlu dilebihkan sekurang-kurangnya
600mm dan dipotong semula kepada
kecerunan yang dikehendaki.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.4.3 & 2.4.4.4


SPKB: Sek. B – Klausa 8.3.3 & 8.4.1.2
TANAH
PEMADATAN
▪ Satu proses penekanan tanah
untuk mengeluarkan udara dari
liang tanah.
▪ Tujuan:

a) Untuk meningkat kekuatan


tanah dan keupayaan galas
b) Untuk meningkatkan
kekukuhan (stiffness) tanah
bagi mengurangkan enapan
c) Untuk mengurangkan
lompang dan kebolehtelapan
tanah.
▪ Pemadatan bergantung kepada
kekerapan bebanan melalui
sesuatu titik (bilangan laluan) –
Pemadatan percubaan
▪ Saiz minimum kawasan: 8m x 15m

PEMADATAN PERCUBAAN
▪ Untuk menganggarkan ketebalan lapisan yang perlu dipadatkan dan
bilangan laluan yang diperlukan.
▪ Bilangan laluan bergantung kepada:
a) Jenis tanah
b) Ketebalan lapisan
c) Jenis mesin yang digunakan

▪ Ketebalan maksimum lapisan sebelum dipadatkan dikawal tidak


melebihi 400mm tebal, kecuali Kontraktor dapat membuktikan
keputusan daripada pemadatan percubaan menunjukkan keperluan
spesifikasi dapat dipatuhi walaupun menggunakan ketebalan yang lebih
dan perlu mendapat kelulusan P.P.
▪ Bilangan laluan yang praktikal adalah antara 6 hingga 10 laluan.
▪ Pemadatan percubaan tambahan diperlukan jika:
a) Jenis loji/ mesin lain digunakan
b) Terdapat perubahan ketara pada material : sumber tanah, jenis dan
lain-lain.

▪ Boleh dikecualikan jika isipadu kerja tambakan kurang daripada 100 m3.
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.4.4
SPKB: Sek. B – Klausa 8.4.2
LAPISAN 300mm SUBGRED

▪ Di kawasan potong yang TIDAK


mencapai nilai minimum CBR:
a) Distabilkan seperti yang dinyatakan
dalam Seksyen 18: Penstabilan
Tanah apabila ia sesuai untuk
distabilkan dan bahan yang
distabilkan hendaklah dipadatkan
seperti yang dinyatakan di atas;
atau
b) Dikeluarkan dan digantikan dengan
bahan yang sesuai apabila ia tidak
TERATAS

sesuai untuk distabilkan dan bahan


gantian hendaklah dipadatkan
seperti yang dinyatakan di atas.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.7


KERJA TAMBAKAN
KAWALAN KUALITI
Keseluruhan tambakan di bawah 300 mm lapisan teratas sub-gred hendaklah
dipadatkan secara berlapis (dengan tebal maksimum lapisan adalah 300mm
selepas dipadatkan) sehingga tiada kelihatan bekas tayar (track line).
Pemadatan hendaklah tidak kurang 90% (tanah jelekit) dan 95% (tanah tak
berjelekit) daripada Ketumpatan Kering Maksimum yang diperolehi daripada
ujian pemadatan (4.5 kg Kaedah Rammer).

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.4.4 (c)


SPKB: Sek. B – Klausa 8.4.3
KERJA TAMBAKAN
KAWALAN KUALITI
Ujian Ketumpatan Di Tapak (Field Density Test) perlu dibuat ke atas setiap lapisan
tanah yang telah dipadatkan menggunakan Kaedah Penggantian Pasir atau ujian-ujian
lain yang mana ketepatannya adalah hampir sama seperti yang diluluskan oleh P.P.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.4.4 (d)


SPKB: Sek. B – Klausa 8.4.4
BAGI TAMBAKAN TANAH
KEKERAPAN UJIAN KAWALAN
▪ Bagi setiap 1500 m3 bahan tambakan atau terdapat perubahan ke atas
bahan atau sumber tanah, satu siri ujian-ujian berikut perlu dijalankan:
i. Ujian Had Atterberg
ii. Kandungan Lembapan
iii. Analisis Penggredan Tanah
iv. Ujian Pemadatan (Kaedah Rammer 4.5 kg)
v. Ujian Kandungan Organik
vi. Ujian CBR (4 hari Rendaman) bagi bahan yang digunakan sebagai
sub-base dan top 300mm sub-grade.
▪ Bagi bahan tambakan yang telah dipadatkan, satu ujian ketumpatan di
tapak hendaklah dilaksanakan bagi setiap keluasan 500 m2 pada setiap SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.4.5
lapisan. SPKB: Sek. B – Klausa 8.5.2
KERJA TAMBAKAN
KAWALAN KUALITI
Sekiranya kaedah lain dicadangkan
digunakan kerana faktor masa dan
ekonomi, penentukuran kaedah ujian
tersebut hendaklah dibuat dengan ujian
induk pada sela setiap 100 ujian dengan
kelulusan P.P. Sekiranya varian perbezaan
lebih ± 5%, kaedah tersebut hendaklah
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.4.5
ditolak. SPKB: Sek. B – Klausa 8.5.5
“Kesempurnaan tidak dapat
dicapai. Tetapi jika kita mengejar
kesempurnaan, kita boleh
mencapai kecemerlangan.”
—Vince Lombardi
KAWALAN
07 HAKISAN
KAEDAH KAWALAN HAKISAN
RUMPUT Kawasan bercerun kecuali jika dinyatakan
RAPAT sebaliknya di dalam lukisan

RUMPUT Hanya dibenarkan untuk kawasan yang


TOMPOK rata.

PEMBENIHAN Perlu dibuat dalam tempoh 7 hari selepas


HIDRO cerun dipotong atau ditambak.

RUJUKAN SILANG:
• Projek Jalan - SPKJ Seksyen 16: Penstabilan Cerun SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.8
SPKB: Sek. B – Klausa 9.0
• Projek Bangunan – SPKB Sek. R : Kerja Landskap & Penanaman Rumput dan Sek. W : Pembenihan Hidro
Penanaman rumput hendaklah dilakukan serta-merta selepas
permukaan cerun terdedah melebihi 100 meter persegi atau
sendengan cerun dalam satu tanggaan, seminggu selepas
pemotongan/pengisian di semua cerun tanah dan kawasan lain
PENANAMAN RUMPUT

seperti yang ditunjukkan pada Lukisan atau diarahkan oleh P.P.

• Rumput hendaklah dihantar ke Tapak dalam tempoh 36 jam selepas


dikeluarkan dari tapak semaian dan apabila disimpan di Tapak,
rumput hendaklah disusun hingga ketinggian maksimum 1.0 m.
• Rumput hendaklah disimpan lembap dan di bawah naungan dan
hendaklah ditanam dalam tempoh masa 24 jam selepas diangkat.
• Sekiranya penanaman rumput diperlukan untuk perlindungan kerja
tanah, ia hendaklah ditanam serta-merta selepas memotong atau
mengisi.
• Rumput hendaklah diperolehi dalam sod (permukaan tanah dengan
rumput tumbuh di atasnya) yang tidak pecah dengan jumlah tanah
atas yang banyak dan hendaklah bersaiz lebih kurang 300 x 300 mm
dan tanah atas setebal 50 mm.
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.8.2
SPKB: Seksyen R
SEMENTARA
PERLINDUNGAN CERUN
Jika kontraktor tidak dapat menanam rumput atau melakukan pembenihan hidro (hydroseeding) dalam
tempoh satu minggu selepas pemotongan cerun atau kerja tambakan, lapisan tarpaulin / artificial cover perlu
dipasang sebagai langkah perlindungan cerun sementara.

SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.8.5


SPKB: Sek. B – Klausa 9.5.1
08 RUMUSAN
RUMUSAN
▪ Kerja tanah merupakan elemen penting dalam kejuruteraan awam seperti pembinaan
jalan, platform bangunan, lapangan terbang dan lain-lain lagi.
▪ Kerja tanah merupakan penyediaan aras pembentukan seperti yang dikehendaki oleh
lukisan melibatkan kerja pembersihan tapak, penggalian/pengorekan tanah, penambakan
tanah, pemadatan tanah dan kawalan hakisan permukaan cerun.
▪ Dalam kerja penambakan, banyak masalah timbul disebabkan oleh pemadatan seperti
enapan bangunan dan jalan, kerosakan kepada bangunan dan kegagalan tambakan
▪ Dalam kerja pengalian/pengorekan, banyak masalah seperti kegagalan cerun disebabkan
oleh tiada kawalan terhadap perlindungan permukaan cerun.
▪ Pengetahuan yang mendalam tentang sifat dan keadaan tanah di kawasan pembinaan
merupakan salah satu elemen yang kritikal.
▪ Pemahaman kepada keperluan Spesifikasi Piawai JKR : Kerja Tanah adalah penting dalam
pengurusan kontrak dan kawalan kualiti di peringkat pembinaan.
▪ Kerjasama dalam kalangan jurutera geoteknik, P.P. dan Kontraktor adalah penting untuk
mengatasi cabaran berkaitan tanah dan memastikan pembinaan yang selamat, berkesan
dan bertahan lama.
Terima Kasih…

Anda mungkin juga menyukai