Anda di halaman 1dari 24

1) Definisi Pengayaan

a) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

b) Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. 1.1) Objektif Pengayaan

a) Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman. b) Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. c) Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari. d) Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri. e) Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan. f) Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
1

g) Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. 2) Definisi pemulihan a) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

2.1) Objektif Pendidikan Pemulihan

a) Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu. b) Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. c) Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. d) Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka. e) Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. f) Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. g) Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

3.) Contoh tokoh penggayaan dan pemulihan mengikut perspektif islam.

3.1)

ZAID BIN THABIT

Lelaki itu sungguh hebat! Seawal umur 13 tahun sudah berkobar-kobar semangatnya untuk menyertai jihad fi sabilillah bersama para sahabat di medan Badar, sedang pedangnya sendiri lebih panjang dari ketinggiannya. Walau disuruh pulang oleh Rasulullah, semangatnya tetap utuh mesti berjihad demi menegakkan Islam! Lalu dikoreksi kemampuan diri. Maka, keistimewaannya ditemui. Berjihadlah beliau dengan menuntut ilmu. Bersungguh-sungguh. Hingga 17 surah dihafaz dengan sempurna. Apabila Rasulullah diberitakan tentang usaha beliau itu, baginda sangat gembira. Penterjemah Rasul Tentunya Rasulullah SAW tidak senang apabila berada di kalangan orang-orang Yahudi yang bersembang sesama sendiri dalam bahasa Ibrani supaya isi-isi perbincangan tidak dapat baginda fahami. Oleh itu, Zaid dipilih untuk mempelajari Bahasa Ibrani. 15 hari berlalu, bahasa itu berjaya beliau kuasai. Bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Ibrani seperti bahasa sendiri. Beliau mula menulis surat dari Rasulullah kepada kaum Yahudi serta membaca surat yang ditulis oleh mereka untuk baginda. Kemudian Zaid ditugaskan pula untuk mempelajari bahasa Suryani untuk memudahkan proses penyebaran Islam ke negara-negara bukan Arab. Maka, sekali lagi beliau menulis surat dari Rasulullah untuk raja-raja negara luar, menyeru mereka mentauhidkan Allah. Alangkah besarnya sumbangan mujahid ini kepada agamanya. Penulis Wahyu Lelaki paling muda yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah untuk menulis wahyu ialah Zaid bin Thabit. Sedangkan waktu itu, pemuda-pemuda sebaya dengannya bersuka-suka di jalanan. Namun beliau memilih untuk dekat dengan Allah dan utusan-Nya. Pengumpul Al-Quran Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran tidak ditulis dan dikumpul sebagai satu mushaf yang lengkap. Yang ada hanya tulisan-tulisan di atas pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit haiwan dan tulang-tulang. Untuk memelihara Al-Quran dari hilang akibat syahidnya ramai huffaz dan qurra
3

dalam peperangan, Khalifah Abu Bakar mengarahkan proses pengumpulan Al-Quran dimulakan seperti yang dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Sekali lagi, Zaid bin Thabit telah diberi tugas penting yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Bukan mudah untuk mensabitkan sesuatu ayat Al-Quran. Betapa banyaknya pahala yang ditambah kepada timbangan amal soleh Zaid setiap kali umat Muhammad membaca mashaf Al-Quran. Generasi yang dididik oleh Rasulullah SAW benar-benar mantap. Mereka memilih untuk menjadi mulia, maka kemuliaanlah yang mereka terima. Namun, pasti didahului dengan keazaman, pengorbanan dan kerja keras yang sudah tentu bukan mudah. Bangkitlah pemudapemudi! Pilihlah untuk menjadi mulia. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana. 3.2) Ibnu abbas

`Abdullah bin `Abbas bin `Abdul Muththalib bin Hasyim lahir di Makkah tiga tahun sebelum hijrah. Ayahnya adalah `Abbas, paman Rasulullah, sedangkan ibunya bernama Lubabah binti Harits yang dijuluki Ummu Fadhl yaitu saudara dari Maimunah, istri Rasulullah. Beliau dikenal dengan nama Ibnu `Abbas. Selain itu, beliau juga disebut dengan panggilan Abul `Abbas. Dari beliau inilah berasal silsilah khalifah Dinasti `Abbasiyah. Ibnu `Abbas adalah salah satu dari empat orang pemuda bernama `Abdullah yang mereka semua diberi titel Al-`Abadillah. Tiga rekan yang lain ialah Abdullah bin `Umar (Ibnu `Umar), `Abdullah bin Zubair (Ibnu Zubair), dan `Abdullah bin Amr. Mereka termasuk diantara tiga puluh orang yang menghafal dan menguasai Al-Quran pada saat penaklukkan Kota Makkah. Al-`Abadillah juga merupakan bagian dari lingkar `ulama yang dipercaya oleh kaum muslimin untuk memberi fatwa pada waktu itu.

Beliau senantiasa mengiringi Nabi. Beliau menyiapkan air untuk wudhu` Nabi. Ketika shalat, beliau berjama`ah bersama Nabi. Apabila Nabi melakukan perjalanan, beliau turut pergi bersama Nabi. Beliau juga kerap menhadiri majelis-majelis Nabi. Akibat interaksi yang sedemikian itulah, beliau banyak mengingat dan mengambil pelajaran dari setiap perkataan dan perbuatan Nabi. Dalam pada itu, Nabi pun mengajari dan mendo`akan beliau.

Pernah satu hari Rasul memanggil `Abdullah bin `Abbas yang sedang merangkak-rangkak di atas tanah, menepuk-nepuk bahunya dan mendoakannya, Ya Allah, jadikanlah Ia seorang yang mendapat pemahaman mendalam mengenai agama Islam dan berilah kefahaman kepadanya di dalam ilmu tafsir. Ibnu `Abbas juga bercerita, Suatu ketika Nabi hendak ber-wudhu, maka aku bersegera menyediakan air untuknya. Beliau gembira dengan apa yang telah aku lakukan itu. Sewaktu hendak memulai shalat, beliau memberi isyarat supaya aku bendiri di sebelahnya. Namun, aku berdiri di belakang beliau. Setelah selesai shalat, beliau menoleh ke arahku lalu berkata, Hai `Abdullah, apa yang menghalangi engkau dari berada di sebelahku? Aku berkata, Ya Rasulullah, engkau terlalu mulia dan terlalu agung pada pandangan mataku ini untuk aku berdiri bersebelahan denganmu. Kemudian Nabi mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa, Ya Allah, karuniakanlah ia hikmah dan kebijaksanaan dan berikanlah perkembangan ilmu daripadanya. Usia Ibnu `Abbas baru menginjak 15 atau 16 tahun ketika Nabi wafat. Setelah itu, pengejarannya terhadap ilmu tidaklah usai. Beliau berusaha menemui sahabat-sahabat yang telah lama mengenal Nabi demi mempelajari apa-apa yang telah Nabi ajarkan kepada mereka semua. Tentang hal ini, Ibnu `Abbas bercerita bagaimana beliau gigih mencari hadits yang belum diketahuinya kepada seorang sahabat penghafal hadits: Aku pergi menemuinya sewaktu dia tidur siang dan membentangkan jubahku di pintu rumahnya. Angin meniupkan debu ke atas mukaku sewaktu aku menunggunya bangun dan tidurnya. Sekiranya aku ingin, aku bisa saja mendapatkan izinnya untuk masuk dan tentu dia akan mengizinkannya. Tetapi aku lebih suka menunggunya supaya dia bangun dalam keadaan segar kembali. Setelah ia keluar dan mendapati diriku dalam keadaan itu, dia pun berkata. Hai sepupu Rasulullah! Ada apa dengan engkau ini? Kalau engkau mengirimkan seseorang kemari, tentulah aku akan datang menemuimu. Aku berkata, Akulah yang sepatutnya datang menemui engkau, karena ilmu itu dicari, bukan datang sendiri. Aku pun bertanya kepadanya mengenai hadits yang diketahuinya itu dan mendapatkan riwayat darinya. Dengan kesungguhannya mencari ilmu, baik di masa hidup Nabi maupun setelah Nabi wafat, Ibnu `Abbas memperolah kebijaksanaan yang melebihi usianya. Karena kedalaman pengetahuan
5

dan kedewasaannya, `Umar bin Khaththab menyebutnya pemuda yang tua (matang). Khalifah `Umar sering melibatkannya ke dalam pemecahan permasalahan-permasalahan penting negara, malah kerap mengedepankan pendapat Ibnu `Abbas ketimbang pendapat sahabat-sahabat senior lain. Argumennya yang cerdik dan cerdas, bijak, logis, lembut, serta mengarah pada perdamaian membuatnya andal dalam menyelesaikan perselisihan dan perdebatan. Beliau menggunakan debat hanya untuk mendapatkan dan mengetahui kebenaran, bukan untuk pamer kepintaran atau menjatuhkan lawan debat. Hatinya bersih dan jiwanya suci, bebas dari dendam, serta selalu mengharapkan kebaikan bagi setiap orang, baik yang dikenal maupun tidak. `Umar juga pernah berkata, Sebaik-baik tafsir Al-Quran ialah dari Ibnu `Abbas. Apabila umurku masih lanjut, aku akan selalu bergaul dengan `Abdullah bin `Abbas. Sa`ad bin Abi Waqqas menerangkan, Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih cepat dalam memahami sesuatu, yang lebih berilmu dan lebih bijaksana daripada Ibnu `Abbas. Ibnu `Abbas tidak hanya dikenal karena pemikiran yang tajam dan ingatan yang kuat, tapi juga dikenal murah hati. Teman-temannya berujar, Kami tidak pernah melihat sebuah rumah penuh dengan makanannya, minumannya, dan ilmunya yang melebihi rumah Ibnu `Abbas. `Ubaidullah bin `Abdullah bin Utbah berkata, Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti tentang hadits Nabi serta keputusan-keputusan yang dibuat Abu Bakar, `Umar, dan `Utsman, daripada Ibnu `Abbas. Perawakan Ibnu `Abbas tinggi tapi tidak kurus, sikapnya tenang dan wajahnya berseri, kulitnya putih kekuningan dengan janggut diwarnai. Sifatnya terpuji, memiliki budi pekerti yang mulia, rendah hati, simpatik-empatik penuh kecintaan, ramah dan akrab, namun tegas dan tidak suka melakukan perbuatan sia-sia. Masruq berkata mengenainya, Apabila engkau melihat `Abdullah bin `Abbas maka engkau akan mengatakan bahwa ia seorang manusia yang tampan. Apabila engkau berkata dengannya, niscaya engkau akan mengatakan bahwa ia adalah seorang yang paling fasih lidahnya. Jikalau engkau membicarakan ilmu dengannya, maka engkau akan mengatakan bahwa ia adalah lautan ilmu. Saat ditanya, Bagaimana Anda mendapatkan ilmu ini? Ibnu `Abbas menjawab, Dengan lisan yang gemar bertanya dan akal yang suka berpikir. Terkenal sebagai `ulama umat ini, Ibnu `Abbas membuka rumahnya sebagai majelis ilmu yang setiap hari penuh oleh orang-orang yang ingin menimba ilmu padanya. Hari-hari dijatah untuk membahas Al-Quran, fiqh, halal-haram, hukum waris, ilmu bahasa, syair, sejarah, dan lain-lain. Di sisi lain, Ibnu `Abbas adalah orang
6

yang istiqomah dan rajin bertaubat. Beliau sering berpuasa dan menghidupkan malam dengan ibadah, serta mudah menangis ketika menghayati ayat-ayat Al-Quran. Sebagaimana lazimnya kala itu, pejabat pemerintahan adalah orang-orang `alim. Ibnu `Abbas pun pernah menduduki posisi gubernur di Bashrah pada masa kekhalifahan `Ali. Penduduknya bertutur tentang sepak terjang beliau, Ia mengambil tiga perkara dan meninggalkan tiga perkara. Apabila ia berbicara, ia mengambil hati pendengarnya; Apabila ia mendengarkan orang, ia mengambil telinganya (memperhatikan orang tersebut); Apabila ia memutuskan, ia mengambil yang termudah. Sebaliknya, ia menjauhi sifat mencari muka, menjauhi orang berbudi buruk, dan menjauhi setiap perbuatan dosa. `Abdullah bin Abbas meriwayatkan sekitar 1.660 hadits. Dia sahabat kelima yang paling banyak meriwayatkan hadist sesudah `Aisyah. Beliau juga aktif menyambut jihad di Perang Hunain, Tha`if, Fathu Makkah dan Haji Wada`. Selepas masa Rasul, Ia juga menyaksikan penaklukkan afrika bersama Ibnu Abu As-Sarah, Perang Jamal dan Perang Shiffin bersama `Ali bin Abi Thalib. Pada akhir masa hidupnya, Ibnu `Abbas mengalami kebutaan. Beliau menetap di Tha`if hingga wafat pada tahun 68H di usia 71 tahun. Demikianlah, Ibnu `Abbas memiliki kekayaan besar berupa ilmu pengetahuan serta akhlaq `ulama. Contoh tafsiran ibnu abbas : : " : : " Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: Aku pernah berada di rumah Maimunah binti Al-Haarits. Maka aku ambilkan untuk Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam (air) untuk bersuci (thoharah). Beliau pun bertanya: Siapakah yang mengambilkan (air) ini?. Maimunah menjawab: Abdullah. Beliau bersabda: Ya Allah, faqihkanlah ia dalam agama dan ajarkanlah ilmu tawil (tafsir) kepadanya. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 15/531, no. 7055. Ath-Thabrani, 10/263, no. 10614. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Ibnu Saad, Ibnu Abi Ashim) Juga diriwayatkan oleh al-Bukhari secara marfu dengan lafaz:

Ya Allah, ajarkanlah beliau al-Kitaab (al-Quran). (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/134, no. 73) Dalam lafaz yang lain: Ya Allah, ajarkanlah ia al-Hikmah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 12/100, no. 3473) Melalui jalan Amr bin Dinar, dari Kuraib, dari Ibnu Abbas, beliau berkata: Aku mendatangi Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, dan beliau berdoa kepada Allah untukku agar menambahkan kepadaku ilmu dan kefahaman (dalam agama). (Hadis Riwayat Ahmad, 1/330, no. 3061. Tahqiq Syaikh Syuaib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas Syarat alBukhari dan Muslim) al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Terjemahan: Doa ini merupakan satu bentuk jaminan dari Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, di mana beliau mengetahui keadaan Ibnu Abbas atas keilmuannya di dalam bidang tafsir dan kefaqihannya (kefahamannya) di dalam agama radliyallahu taala anhu. (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/170) al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di ketika menyebutkan nama-nama sebagai rujukan di dalam penafsiran al-Quran: " : " Terjemahan: Di antara mereka adalah: al-habrul-bahr Abdullah bin Abbas, anak pak cik Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, turjumaanul-quran, dan orang yang memiliki barakah doa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, di ketika beliau bersabda: Ya Allah, faqihkanlah ia dalam agama, dan ajarkanlah ia ilmu tawil (tafsir). (Ibnu Katsir, Tafsir alQuran al-Adzim, 1/8) Ibnu Masud radliyallaahu anhu berkata:
8

. : Sekiranya Ibnu Abbas sampai kepada umur/masa kita, nescaya tidak ada seorang pun di antara kami yang dapat menandingi (ilmu)-nya. Sebaik-baik penafsir al-Quran adalah Ibnu Abbas radhiyallahu anhu. (Diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Mustadrak, 3/618, no. 6289. Taliq adzDzahabi: Sahih di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim) Al-Imam Mujahid bin Jabar Al-Makkiy rahimahullah berkata: Ibnu Abbas dinamakan al-Bahr (samudera) kerana banyaknya ilmu yang beliau miliki. (Rujuk al-Itqan fii Ulumul Quran, 2/494, no. 6376) 3.3) Abu hurairah

Kelahiran dan riwayat hidup beliau:

- Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy. - Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan. - Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau. - Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.

Pengislaman beliau:

- Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah. - Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!". - Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa
9

kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan: Abu Hurairah.

Beliau diberi penghormatan menjadi pembantu Nabi:

- Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda. - Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau. - Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin). Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati. - Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.

Kesukaan beliau terhadap ilmu:

- Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka: "Kamu
10

duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s.a.w." - Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak. Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau, kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan beliau sedikitpun tidak berubah.

Kewarakan dan ketakwaan beliau:

- Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.

- Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan
11

menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin __._,_.___ "Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

4) PENDIDIKAN PEMULIHAN

4.1)

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian: Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan. Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa.

4.2)

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN

1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka 2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu.

4.3)

CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN

1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar 2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar 3. Lebih mudah berputus asa 4. Lebih mudah mengganggu persekitaran 5. Lebih mudah ragu-ragu
12

6. Cepat lupa 7. Kurang cerdas dalam pemikiran 8. Belajar secara lambat 9. Mundur 10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi 11. Kekurangan sosial 12. Kerencatan akal

4.4)

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN i) Faktor psikologi

A. Kecerdasan mental B. Emosi yang tidak stabil

ii)

Faktor biologi/kesihatan A) Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah neurologi, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.

iii)

Faktor persekitaran

A. Terdiri daripada bahasa B. Terdiri daripada amalan sekolah

iv)

Faktor emosi dan sosial

4.5)

CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

i) Pemerhatian
13

ii) Melihat pada rekod prestasi iii) Profil peribadi iv) Ujian kertas dan pensel v) Latihan harian

4.6)

PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN

1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan 2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan 3. Menentukan strategi p&p 4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan 5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan 6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

4.7)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.

Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.

4.8)

PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN i) Aspek pendengaran

Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan

14

ii)

Aspek penglihatan

BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.

iii)

Aspek psikomotor

Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

4.9)

PENDIDIKAN PENGGAYAAN i) KONSEP PENGGAYAAN

Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada muridmurid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

4.10) OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN Objektif penggayaan untuk murid adalah: i) Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa

15

ii) Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. iii) Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka iv) Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar v) Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi

4.11) CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN i) Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi ii) Menulis (tulisan) iii) Mengira (kiraan) : ayat yang lebih panjang : kiraan yang lebih mencabar

5) FAKTOR-FAKTOR KESUKARAN BELAJAR i) Perlaksanaan strategi pengajaran yang tidak betul -Setiap guru mestilah mempunyai cara atau strategi bagaimana untuk melaksanakan sesuatu p&p dengan baik. Jika seseorang guru itu tidak mempunyai strategi atau persediaan mengajar boleh menyebabkan pelajar mengalami gangguan atau kesukaran belajar kerana tidak memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru mereka. Guru mesti mempunyai strategi pengajaran yang betul untuk menghasilkan p&p yang berkesan. ii) Gangguan kesihatan umum -Masalah mental a) Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. b) Masalah mental menyebabkan kesukaran belajar.

iii )

Masalah penglihatan a) Mata adalah anugerah Allah yang paling berharga. b) Antara faktor lain yang menyebabkan kesukaran belajar adalah masalah penglihatan.

16

c) Untuk mengetahui,memahami,dan menafsir merupakan fungsi otak,pengalaman serta mata kita. Jadi masalah penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang pelajar didalam pembelajaran.

iv) Masalah pendengaran a) Pelajar yang mengalami masalah pendengaran menyebabkan mereka susah untuk menerima sesuatu pelajaran.

v) Masalah pertuturan A) Gagap: pertuturan yang tidak lancar disebabkan teragak-agak dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan. B) Masalah suara: penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai ,suara serak,sengau atau garau. C) Pelat: dipengaruhi oleh slang kenegerian contohnya seperti Sarawak,Kelantan,kedah,Terengganu.

5.1)

Kerosakan otak yang ringan A) Kemahiran bertutur lambat dan sukar memahami dan sukar memahami arahan. B) Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor. C) Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman. D) Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan. E) Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks.

5.2)

Kurang zat makanan a) Letih dan tidak bermaya untuk belajar. b) Pelajar hendaklah mengamalkan makanan seimbang untuk sihat dan dapat cergas untuk belajar dan memahami sesuatu pelajaran.

5.3)

Kurang motivasi

17

a) Sesetengah pelajar memerlukan galakan dan motivasi untuk belajar. b) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan memotivasikan anak mereka supaya pergi ke sekolah,belajar dengan bersungguh-sungguh.

5.4)

Faktor baka

6. A) Sesetengah pelajar mengalami kesukaran untuk belajar disebabkan oleh factor kemiskinan. Pelajar begini terpaksa membahagikan masa diantara pelajaran dan bekerja untuk membantu keluarga. B) penceraian ibu bapa menyebabkan merasa murung dan tidak berminat untuk belajar. Pelajar merasakan tiada komunikasi diantara ibu bapa jika berlaku penceraian.

6) 6.1)

JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN Masalah membaca a) Masalah membaca boleh diketegorikan kepada dua iaitu masalah mengenal huru(decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension). b) Masalah membaca adalah masalah yang sering berlaku dikalangan pelajar. c) Masalah membaca ini terjadi mungkin kerana kurang tumpuan atau member perhatian dalam bacaan. d) Tidak aktif membaca atau jarang membaca. e) Tidak memahami makna sesuatu perkataan. f) Ada sesetengah pelajar yang boleh membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca. g) Masalah membaca ini boleh diselesaikan dengan memberi banyak bahan bacaan dan latihan-latihan yang melibatkan bacaan. h) Tanamkan minat membaca,ibu bapa mestilah memberi galakan dan motivasi.

18

6.2)

Masalah menulis a) Masalah pelajar dalam menulis adalah pelajar tidak dapat membezakan antara huruf besar dan kecil semasa menyalin atau menulis ayat atau perkataan. b) Huruf besar dan huruf kecil bercampur. c) Tertinggal huruf,tertinggal perkataan. d) Menulis terbalik sama ada huruf,perkataan atau ayat. e) Tidak ada jarak antara satu-satu perkataan.

6.3)

Masalah aritmetik a) Aritmetik adalah sains tentang nombor yang melibatkan proses tambah,tolak,darab,bahagi atau lebih dikenali sebagai matematik. b) Masalah aritmetik dikalangan pelajar disebabkan oleh pelajar mudah lupa,tidak faham konsep atau symbol,tidak tahu menyelesaikan soalan yang berbentuk ayat matematik. c) Tidak tahu prosedur menyelesaikan soalan matematik. d) Ada juga dikalangan pelajar yang mempunyai masalah aritmetik disebabkan oleh kerisauan,disleksia,atau fobia untuk belajar matematik(mathophobia)

7) STRATEGI PEMULIHAN

7.1) Kumpulan a) Berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti pengayaan. b) Kumpulan juga boleh dibahagikan juga mengikut kumpulan iaitu cerdas,sederhana atau lemah.

7.2)

Individu

Apabila sekumpulan kecil murid mengalami masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu. Manakala murid yang lain menjalani pengukuhan
19

8) STRATEGI PENGAYAAN

8.1)

Kumpulan mengikut kebolehan A) Kelas dibahagikan kepada 3 kumpulan : cerdas,sederhana dan lemah. B) Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza.

8.2)

Pengayaan dan pemulihan serentak A) Semasa murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan,murid-murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan. B) Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. C) Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lemah menjalani aktiviti pemulihan.

8.3)

Kumpulan pelbagai kebolehan A) Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid yang lemah menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakn oleh murid-murid cerdas,dapat menambahkan pengalaman memimpin,memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. B) Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. C) Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kerja projek,permainan dan rekreasi dan sebagainya.

20

9) AKTIVITI PEMULIHAN

9.1)

Membaca a) Teknik Am -memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar. -pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu. -pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar. -rasa puas hati pelajar akan mempercepatkan dan memudahkan proses pembelajaran. -latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada pengalaman yang baru.

b) Teknik khusus -menambah kepantasan membaca c) pelajar yang sudah pandai membaca,menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi mudah. I) Selalu membaca -membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan adalah cara yang paling baik. Penggunaan masa yang terhad -menghadkan masa membaca akan mempercepatkan kadar bacaan.

II)

9.2)

Menulis a) mengenal dan menulis huruf jawi -Aktiviti menulis adalah aspek yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran jawi. -Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal dan menulis jawi. -Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah yang masih belum menguasai cara menulis jawi.

21

9.3)

Mengira a) Menghafaz proses pengiraan - Sesetengah pelajar menganggap kiraan mesti dihafal. Proses pengiraan tidak memerlukan pelajar menghafal nombor tetapi pelajar perlu mengetahui dan menghafal teknik atau kaedah pengiraan matematik.

b) Menyelesaikan masalah Memahami masalah (baca masalah dengan berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali). Merancang kaedah untuk selesaikan masalah. Melaksanakan kaedah. Menyemak keputusan (memastikan keputusan adalah munasabah).

10) AKTIVITI PENGAYAAN

10.1) Tugasan atau aktiviti tambahan

A) Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilainilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

i) Kerja projek A) B) C) D) E) F) Lawatan sambil belajar. Melapor peristiwa lawatan atau kerja projek. Membuat mini zoo di sekolah. Mengadakan pameran di sekolah atau bilik darjah. Mengadakan minggu bahasa contohnya seperti kuiz,teka silang kata. Membuat buku skrap seperti mengumpul setem,keratan akhbar ataupun gambar.

ii)

Pembelajaran akses kendiri


22

A) Merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta membolehkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. B) Boleh dicapai melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan kesepaduan kemahiran dan pengetahuan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

iii)

Mentor-Mentee

a) Aktiviti didalam kelas yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dimana seorang atau satu kumpulan pelajar sederhana atau lemah dibimbing oleh seorang pelajar cemerlang untuk membantu rakan mereka meningkatkan pemahaman mereka dalam pelajaran. b) Guru sebagai mentor manakala pelajar pula adalah mentee. c) Program mentor-mentee ini juga boleh diadakan di bilik guru atau selepas pengajaran dan pembelajaran tamat, dimana guru bertindak sebagai mentor. d) Program mentor-mentee ini sangat baik kerana guru dapat mengenal pasti masalah pelajar dengan lebih dekat sama ada dalam pelajaran ataupun sebaliknya. e) Program mentor-mentee ini boleh diadakan sama ada dalam kumpulan ataupun secara individu.

23

24

Anda mungkin juga menyukai