Anda di halaman 1dari 24

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hambahambanya, Maha suci Allah, Dia-lah yang menciptakan bintang-bintang di
langit, dan dijadikan padanya penerang dan Bulan yang bercahaya. Aku
bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah
hamba-Nya dan Rasul-Nya, yang diutus dengan kebenaran, sebagai
pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, mengajak pada kebenaran
dengan izin-Nya, dan cahaya penerang bagi umatnya. Ya Allah, curahkan
sholawat dan salam bagi nya dan keluarganya, yaitu doa dan keselamatan
yang berlimpah.
Pertamanya,kami ingin menyampaikan sedikit sebanyak pengetahuan kami
dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi tajukPELAKSANAAN HUKUMAN
HUDUD MENURUT ISLAM SERTA KESANNYA KEPADA NEGARA dalam
masa yang ditetapkan.
Seterusnya,kami ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami,Ustaz Faqru Khairi kerana telah banyak membantu kami memberi tunjuk
ajar serta dorongan dan bimbingan kepada kami sewaktu menyiapkan kerja
kursus kami.Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
kami yang berdedikasi serta menolong kami dalam menyelesaikan masalah
yang kami hadapi.
Akhir kata,kami berharap ilmu yang kami perolehi dalam menyiapkan kerja
kursus kami dapat kami gunakan dalam kehidupan seharian.kami juga
berharap dapat mencurahkan ilmu kami yang sedikit ini kepada pelajar2 yang
lain dalam menyebarkan agama Allah.

PENDAHULUAN
Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan
hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang
dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang
agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi
syariat.
Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah
untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap
yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti
yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi
jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan
bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.
Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar
jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir
(discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang
kondusif untuk perlaksanaannya.
Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan
tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma
mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan
kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam
negara.

PENGENALAN
Hudud sering diperkatakan sejak sekian lama dan pada sekarang ini kerajaan
Kelantan ingin melaksanakan hukuman hudud,namun terdapat masalah- masalah
yang sering ditimbulkan sekiranya hukum hudud ingin dilaksanakan.Namun,di
negara Brunei sudah melaksanakan hukum hudud walaupun pelbagai masalah yang
menimpa mereka.

Apabila bercakap tentang hudud,pasti setiap orang akan memikirkan tentang


kejamnya hukuman hudud yang dijalankan ke atas pesalah yang melakukan
kesalahan.contohnya seperti mencuri,pasti setiap orang akan memikirkan pencuri
akan dipotong tangan tanpa dapat membuktikan kesasihannya.Tetapi hukuman
hudud yang dijalankan menurut islam adalah berbeza serta perlu melalui proses
yang panjang sebelum dapat membuktikan bahawa pencuri itu layak untuk
menerima hukuman yang setimpal.Masyarakat pada zaman sekarang juga
mengangap bahawa hukuman hudud ini meyeksakan dan membuat seseorang itu
menderita.Namun pada hakikatnya,hukuman hudud dilakukan untuk menginsafkan
diri seseorang individu yang melakukan kesalahan serta memberi pengajaran
kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan sekiranya ingin melaksanakan


hukuman hudud adalah bagaimana ingin melaksanakan hukuman hudud di sesuatu
tempat?adakah hukum hudud memberi keamanan kepada masyarakat dan negara
dan adakah Malaysia boleh menggunakan hukum hudud sebagai undang-undang
perundangan negara?sebelum kami menjawab setiap persoalan yang
dikemukakan,eloklah kita memahami dahulu pelaksanaan hukuman hudud untuk
memberi makna sebenar kepada masyarakat sekeliling.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Masyarakat islam serta bukan islam dapat mengetahui tentang maksud hudud
serta cara2 melaksanakan hukuman hudud.
2.Seterusnya,masyarakat islam dan bukan islam mengetahui bahawa hukuman
hudud bukanlah kejam seperti yang mereka ffikirkan.
3.Ketiga,kajian ini dilakukan untuk menyedarkan masyarakat tentang kebaikan
pelaksanaan hudud dalam negara.
4.Pelaksanaan hukuman hudud dalam negara menjadikan ekonomi negara menjadi
lebih stabil.
5.Akhir sekali,hukuman hudud menjadikan sifat2 negatif dan keburukan dalam
negara dapat dijauhi oleh masyarakat islam dan bukan islam dalam menjadikan
negara aman dan harmoni.

KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah telah dijalankan dalam menyiapkan kerja kursus pada kali
ini.Pelbagai kaedah digunakan dalam menyelesaikan setiap masalah yang kami
hadapi agar maklumat yang kami perolehi tepat dan padat.Kaedah yang kami
gunakan adalah perbincangan dalam kumpulan,lawatan ke perpustakaan dan muat
turun daripada internet.

PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN


Berdasarkan tajuk kajian yang telah kami lakukan,perbincangan dalam kumpulan
amatlah penting.ini kerana,setiap maklumat yang telah kami perolehi daripada
sumber yang berkaitan hendaklah asli serta tepat agar memudahkan pembaca
membaca kajian serta memudahkan pembaca memahami kajian yang telah kami
lakukan.

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN
Kami juga sering melakukan lawatan ke perpustakaan dalam menyiapakn kajian
yang telah kami lakukan.Perpustakaan mempunyai pelbagai sumber yang boleh
dipercayai serta fakta yang tepat seperti surat khabar, buku-buku ilmiah dan
sebagainya.

MUAT TURUN DARIPADA INTERNET


Kami juga turut menggunakan internet sebagai salah satu daripada kaedah
kajian.Penggunaan internet juga banyak membantu kami mencari maklumat.

DEFINISI HUDUD
Pengertian Hudud;
Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegh.
Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh
nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T.
Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Maksudnya;

(229) )) ) )
) ) ) ) ) )
) )
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya,
dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang
yang zalim Surah al-Baqarah.

ISTILAH )
Dalam hukum Islam iaitu syariah, jenayah hukum mengundang segolongan hukuman
yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut
kepercayaan Muslim, antaranya sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak
umum, pemotongan tangan atau hukuman bunuh di khalayak umum. ] Akan tetapi
hukuman rejam dan bunuh di khalayak umum agak jarang berlaku pada zaman
sekarang di kebanyakan negara Islam. Kini ia terdapat di negara-negara Islam yang
menurut tafsiran syariah yang paling ketat seperti Arab Saudi dan Iran.
Hukum syariah mengenali jenayah-jenayah lain yang tidak tergolong dalam hudud.
Antaranya ialah qisas yang dikira sebagai pertikaian peribadi antara dua pihak yang
membenarkan tindakan balas sebagai hukuman, dan takzir yang mana hukuman
terpulang kepada budi bicara hakim syariah.;
Berasal daripada kata jamak, mufradnya Haddun: menurut bahasa ia bererti
batas atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan Haddad. Dan hukum ini dinamakan
Hudud atas uqubah-uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat
maksiat mengulangi perbuatan maksiat yang kerananya dikenakan had. Dan pada
asalnya perkataan had ialah sesuatu yang memisahkan antara dua perkara dan
digunakan atas sesuatu yang membezakan sesuatu yang lain.

KESALAHAN-KESALAHAN DAN
PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD
Jenis-jenis )jenayah )hudud )dan )hukumannya
1) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali.
Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
2) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman :sebat 80 kali
3) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman :sebat 40 kali
4) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
5) Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman.
Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak
sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan
dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan
seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
6) Riddah (murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua
jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud
tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @
wang.

B. )HUKUM )QISAS

1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas
A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan
hak individu.

2. Jenis jenayah qisas;


Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan
sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata,
hidung dan telinga.
3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman
yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka
dia mesti dihukum bunuh.
Maksudnya;
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan
telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah
dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka
menjadilah ia penebus dosa baginya
(Surah al-Maidah ayat 45)

Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai
ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama'
berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya
pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu
d) kambing

= 200 ekor
= 2000 ekor

e) Persalinan = 200 persalinan lengkap


a. Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri
drp ;
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat.
Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh
dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun
yang terdiri drp ;
a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)
# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak
Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.

* Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki


* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka

# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.


# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat
@ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut.
(tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang
disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya
sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka
diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap
satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan
mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri.
Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan
tulang)

C. )HUKUM )TAZIR
1. Pengertian tazir.

(a) Dan segi bahasa tazir bererti menolak atau menghalang.


(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat
kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak
ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman
yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
2.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni tazir;

(a)
Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk
dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b)
Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan
sebagainya.
(c)
Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3. Hukuman bagi kesalahan tazir.
(a) Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak
mengulangi lagi pada masa akan datang.
(b) Teguran;
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapanucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan
kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
(c) Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di
atas sebab takut dikenakan hukuman.

(d) Pemulauan;
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit
sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat
bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
(e) Perisytiharan umum;

Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah.


Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

(f) Denda dan merampas harta;


Iaitu hukuman ta zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas
harta yang dimiliki oieh penjenayah.
(g) Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut
pertimbangan realiti smasa.
(h) Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang
tertentu mengikut reaiiti semasa.
(i) Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan tazir dibenarkan oleh syarak bagi
menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
(j) Buang daerah;
Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami
kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

TUJUAN/FAKTOR KENAPA HUKUMAN


HUDUD DILAKSANAKAN

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah
syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk
di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong
dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan
disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka
hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga
anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang
membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan
sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang
yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan
disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang
meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali
sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah
hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh
kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan
Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya
nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari
persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib
dijatuhkan hukum sebat dan rejam
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan
dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan
menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau
dibuang negeri ke atas perompak.

HASIL KAJIAN

Isu perbincangan pelaksanaan hudud dalam dunia Islam berlaku daripada dahulu
lagi termasuk di negara kita Malaysia, ianya kembali menjadi perbincangan hangat di
semua peringkat daripada tokoh politik di Dewan Rakyat hinggalah ke rakyat biasa di
warung.
Positifnya perbincangan ini kerana ia menggambarkan masyarakat Islam mengambil
berat tentang kewajipan dan perintah Allah seperti yang termaktub di dalam AlQuran.
Sebenarnya, selama 13 kurun umat Islam menjadikan syariat Islam sebagai sumber
dalam kehidupan mereka, sehinggalah penjajah masuk ke negara umat Islam
menjajah mereka.
Antara perkara awal yang dilakukan oleh penjajah ketika itu ialah mengubah
peraturan dan undang-undang Islam yang ada kepada undang-undang sekular.
Sejak itu, golongan reformis dan mujaddid ummah tidak pernah lupa untuk
mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada sistem Islam yang asal antaranya
pelaksanaan syariat Allah.
Almarhum Syeikh Mahmud Syaltut menulis sebuah buku Al-Islam Aqidah wa Syariah
untuk menjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa aqidah dan syariah adalah dua
perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Ini kerana sebahagian orang menyangka pembahagian Islam itu kepada aqidah,
ibadah, akhlak syariah dan sebagainya, sedangkan semuanya terletak di bawah
ahkam syariah.
Pada hakikatnya, sekiranya kita mengambil dan memilih syariat Islam, pasti kita
mengambil semuanya sekali, bukannya yang berkaitan dengan hukum jenayah
sahaja yang merupakan antara ayat-ayat yang terakhir diturunkan dalam surah AlMaidah dan surah An-Nur.
Prof Dr Yusof Al-Qaradawi dalam salah satu komentarnya tentang pelaksanaan
hudud menyebut Ayat yang menyentuh berkenaan dengan hudud sebanyak 10 ayat
sahaja, tetapi kenapa kita memberi penekanan kepada ayat-ayat tersebut dan
meninggalkan atau melupakan lebih 6,000 ayat yang lain?
Faktor ini mungkin berlaku kerana sebahagian kita melihat bahawa pelaksanaan
hukum hudud merupakan sejelas-jelas lambang kewujudan negara Islam dan
khilafah Islamiyah.

Umat Islam melihat pelaksanaan hukum hudud sebagai cara yang nyata
membezakan pelaksanaan undang-undang barat dengan undang undang Islam
walaupun sistem kekeluargaan Islam, sistem zakat dan kewangan Islam yang lain
sudah diamalkan.
Kenyataan di atas adalah benar, tetapi meyakini keadilan dan keindahan syariat
Allah adalah satu perkara dan bila ianya patut dilaksanakan adalah satu perkara
yang berbeza.
Dalam perundangan Islam, seorang hakim sebelum membuat keputusan untuk
menjatuhkan hukuman potong tangan kepada pencuri perlu memastikan bahawa
yang tertuduh sudah mendapatkan segala haknya sebagai rakyat daripada
pemerintah, samada dalam bentuk makan minum, tempat tinggal dan penjagaan
kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh dirinya dan keluarganya.
Maka jika berlaku jenayah, ia dilakukan oleh pencuri itu bukannya kerana faktor
kesempitan hidup.
Khalifah Saidina Umar menangguhkan hukuman hudud daripada dilaksanakan pada
tahun yang dinamakan tahun kemarau atau tahun kelaparan kerana negara ketika itu
tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dalam memastikan
rakyatnya mendapat cukup makan minum mereka.
Sesungguhnya pelaksanaan syariah Islam adalah dengan maqasid bukannya
dengan hudud, hukuman pada kesalahan hanyalah sebagai jalan dan ianya bukan
matlamat.
Dalam kita membicarakan isu hudud ini, perbincangan harus berarah kepada dua
sudut:
1.Keyakinan bahawa undang-undang ini ialah untuk menghalang jenayah dan
kejelekan dosa tersebut serta menghalang kesan buruk kepada manusia. Pasti
sekali perundangan Islam tidak bertindak zalim kepada manusia.
2.Syariat Islam meletakkan syarat-syarat tertentu untuk pelaksanaan hukum hudud
tersebut sebagaimana juga syariat meletakkan keadaan dan suasana yang
membolehkan pelaksanaan hukum tersebut ditangguh dahulu.
Sekiranya dua perkara di atas diabaikan, ianya bermaksud pelaksanaan hukum
tersebut keluar daripada maqasid syariah.

Ini dapat kita fahami daripada sabda Rasulullah yang bermaksud, "Hindarilah atau
jauhilah hukuman hudud dengan sebab ada syubhat atau kesamaran" (Hadis
Riwayat Tirmizi).
Dalam semangat yang sama, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pernah menyebut,
Kesilapan kerana aku memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapan aku
menjatuhkan hukuman.
Rasulullah sendiri sebelum melaksanakan hukum hudud bagi pencuri baginda
terlebih dulu melaksanakan Islam secara keseluruhnnya. Sebagai contoh dalam
aspek sosio ekonomi kewajipan zakat.
Firman Allah:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk (Al-Baqarah ayat 43).
Justeru, antara konsep zakat ialah diambil harta daripada orang kaya dan
dipulangkan kembali kepada orang miskin di kalangan mereka.
Dalam realiti hari ini ia boleh diterjemah dalam penegakkan keadilan sosio-ekonomi,
iaitu diberi pekerjaan kepada penganggur, dibina kehidupan secara Islam.
Dalam keadaan ini barulah dijalankan hukum dan dilaksanakan hukum hudud.
Bagaimana hendak melaksanakan hudud dalam keadaan manusia tertekan yang
tidak mempunyai pekerjaan atau hilang pekerjaan, manusia tertekan mencari
sesuap nasi untuk diri dan keluarga, orang yang sakit tidak mempunyai keupayaan
untuk membiayai perubatan mereka?
Masih wujud orang-orang miskin yang masih berteduh di bawah jambatan dan tiada
rumah untuk mereka kembali.
Menjadi satu kewajipan ditegakkan keadilan sosial dan diberikan hak kepada
mereka, maka selepas itu barulah boleh kita bicarakan soal pelaksanaan hudud,
Allah mensyariatkan hudud bertujuan untuk menahan supaya dosa dan jenayah itu
tidak berlaku dan menghapuskannya jika ianya sudah berlaku.
Pada suatu hari, tokoh tabien, Hasan Al-Basri mengajar di dalam masjid dan beliau
terdengar riuh rendah yang berlaku di luar masjid, beliau bertanya anak-anak
muridnya apa yang sudah berlaku, mereka menjawab ada pencuri di luar dan dianya
sudah berjaya ditangkap.
Pencuri secara sembunyi menangkap pencuri secara terang-terangan.

Beliau memberi kiasan dan gambaran bahawa orang berkuasa mencuri duit secara
sembunyi tidak ditangkap tetapi orang miskin dan rakyat biasa sahaja yang
ditangkap dan dihukum.
Dr Tawfiq As-Syawi, pakar perundangan Islam dan penggerak Ikhwan Islam bersama
Hassan Al-Banna berpendapat pelaksanaan hukum hudud dan hukum jenayah
syariah jika dibuat sebelum diselesaikan terlebih dahulu sistem ekonomi dan
keadilan sosial, akan memberi senjata baru kepada pemerintah untuk menzalimi
rakyatnya.
Justeru, kita tidak mahu segera melaksanakan hudud kerana gesaan atau tekanan
orang lain atau untuk menggambarkan kita lebih ke depan dalam perjuangan Islam,
tetapi bersandarkan kepada maslahah dan tuntutan agama.
Mesti ada perancangan rapi daripada pelbagai sudut dan ada jaminan keadilan
bahawa semua orang sama di hadapan undang-undang tanpa memilih pangkat,
status dan kedudukan serta dilaksanakan pengajaran dan pendidikan Islam yang
menyeluruh dalam masyarakat.

HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD


Tujuan perundangan Islam dilaksanakan di negara ini adalah untuk merealisasikan
objektif-objektif murni yang merupakan kebaikan-kebaikan yang disediakan oleh
Allah Subhanahu Wata'ala bagi kebahagiaan hamba-Nya di dunia dan akhirat.

Hukum-hakam Islam terikat pada objektif pensyariatnya, yang mana Allah


Subhanahu Wata'ala telah menetapkan semua hokum berdasarkan hikmah-hikmah
yang tertentu, bagi menzahirkan kebaikan dan kebahagiaan kepada umat manusia
dan menjauhkan mereka dari mudarat dan keburukan, bukan sekadar di dunia,
malah berlangsung sampai ke akhirat.
Untuk tujuan itu, jenayah syar'iah perlu disyariatkan iaitu jenayah perbuatan atau
perlakuan yang melanggar perintah, larangan dan tegahan Allah Subhanahu
Wata'ala dan Rasul-Nya. Perintah, larangan dan tegahan ini berunsur maksiat dan
datang bersama hukuman-hukuman tertentu yang telah ditetapkan di dalam AlQur'an dan As-Sunnah, serta ijma' ulama'.
Dengan adanya kesalahan jenayah tersebut disyariatkan, ia dapat menjadi panduan
bagi memastikan manusia akan melakukan dan patuh melaksanakan segala suruhan
Allah Subhanahu Wata'ala dan meninggalkan segala larangan-Nya itu, serta
manusia dapat mengelakkan diri daripada melakukan segala larangan dan tegahan
yang telah ditetapkan itu.
Pelaksanaan

Perintah

Hukuman

Jenayah

Syar'iah

2013

diyakini

mampu

membendung jenayah daripada terus berleluasa di negara ini seperti yang terbukti di
negara-negara yang lebih awal mengamalkan undang-undang jenayah syar'iah
seperti kerajaan Arab Saudi, Iran, Pakistan dan sebagainya.
Hidup

tanpa

jenayah

membuatkan

manusia

dan

masyarakat

mencapai

kesempurnaan hidup dan kebahagiaan di alam dunia dan di alam akhirat.


Sebaliknya, penjenayah-penjenayah akan menghadapi pengadilan dan hukumanhukuman yang telah ditetapkan oleh pensyariat yang tersirat hikmah-hikmah tertentu
bagi mengelakkan terjadi dan berlakunya jenayah secara berleluasa.
Keadilan sejati yang wujud bersama hukum-hakam syar'iah akan lebih menyedarkan
masyarakat betapa adilnya Allah Subhanahu Wata'ala dalam mensyariatkan
hukuman-hukuman,

tatacara

keterangan,

pensabitan

kesalahan hudud dan qisas yang memerlukan keterangan dan pembuktian tanpa
keraguan. Ini dapat memberi kesedaran yang amat berkesan kepada masyarakat
amnya dan penjenayah-penjenayah khasnya.

Saranan dan cadangan yang diberikan dalam undang-undang Islam perlu


dilaksanakan sepenuhnya di negara ini bagi memelihara kesejahteraan ummah dan
kemakmuran negara.
Selain itu, ia juga dapat melindungi masyarakat kita daripada bahaya jenayah dan
mencegah

sebelum

ia

berlaku,

memperbaiki

syakhsiah

penjenayah

danmemperbetulkan penyelewengan, di samping membersihkan dosa penjenayah


serta mendidik dan menyelamatkannya daripada akhirat.

KESIMPULAN
Menurut prinsip keimanan dan aqidah Islamiah, setiap Muslim dan Muslimah wajib
mempertahan dan membela agamanya dan konsep membela agama tidak hanya
terbatas dalam erti kata mengamal dan mempertahankan peraturan-peraturan
ibadat, eraturan nikah cerai dan eaturan muamalah sahaja, mallah merangkumi
usahas mempertahankankan konsep-koinsep pemerintahan, pentadbiran dan

kehakiman yang telah digariskan oleh Allah melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah
dan di antaranya ialah hukum Hudud yang dipertikaikan.

Dalam hal ini, mana-mana Muslim dan Muslimah yang tidak sanggup
mempertahankan kesucian hukum Hudud ataumerasa keberatan untuk
menganggapkan hukum Hudud sebagai hukum-hukum Allah yang wajib dipatuhi
atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum Hudud atau mempersendasendakan hukum Hudud atau mensifatkan hukum Hududsebagai undang-undang
berbarik, kejam dan tidak berperikemanusiaan,maka bererti ia tidak sanggup
menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang al-Quran dan sunnah
Rasulullah secara langsung tergolong dalam kumpulan manusia yang menentang
Allah dan Rasul-Nya.

Semua pihak yang ikhlas, sedar bahawa pelaksanaan hukum Hudud yang
diperkatakan itu masih dalam peringkat merancang dan memulakan persiapan. Tiada
siapa sanggup mendakwa bahawa hukum Hudud boleh dilaksanakan sekarang ini
juga dengan menggunakan kitab-kitab Feqah yang ditulis di abad-abad yang lampau
tanpa memerlukan penapisan dan semakan yang rapi atau tanpa memerlukan
usaha-usaha kemaskini atau tanpa memerlukan perubahan-perubahan yang wajar
dalam struktur kehakiman dan pentadbiran undang-undang negara.

Pendeknya persiapan itu satu perkara dan kesahihan hukum Hudud sebagai
undang-undang dari syariat Allah yang wajib didaulatkan oleh umat Muslimin yang
mempunyai kuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang adalah satu
perkara yang lain, yang tidak boleh dikelirukan dengan isu persiapan yang turut juga
menjadi kewajipan.

Apa yang penting wujud di peringkat sekarang ialah keinsafan dan keazaman untuk
menegakkan hukum Hudud. Apabila keinsafan dan keazaman yang ikhlas wujud,
maka pelaksanaan hukum Hudud lambat laun akan muncul di alam realiti. Dalam
perjuangan di peringkat persiapan, setiap Muslm dan Muslimat berkewajipan
memberi sumbangan dan sokongan tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari
membuat komen-komen negatif atau memalu gendang-gendang sumbang yang
membayangkan semacam keraguan.

Hukum Hudud merupakan sebahagian dari qanun jenayah Islam dan qanun jenayah
Islam merupakan sebahagian dari syariat Allah yang wajib dijunjung, diamal dan
dipertahankan oleh setiap Muslim dan Muslimat.

Pelaksanaan qanun jenayah Islam di zaman Rasulullah S.A.W. telah dilakukan di


zaman Madinah, di mana Islam berjaya menegakkan negara Islam yang berdaulat,
yang mempunyai kuasa menegakkan undang-undang dan peraturan-peraturan. Oleh
sebab itulah setiap masyarakat Islam di mana-mana negeri dalam mana-mana
generasi dan zaman sekali pun wajib mendaulatkan qanun jenayah Islam apabila
mereka berkuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang negeri,
kerana pelaksanaan qanun jenayah Islam merupakan perkembangan kemuncak bagi
dakwah Islam di samping merupakan keperluan asasi bagi mengawal kesejahteraan
umat.

Keutuhan sebuah negara Islam adalah dibentengkan oleh dua kekuataan, iaitu
kekuataan keimanan dan taqwa yang tertanam dalam hati rakyat jelatanya, dan
kekuatan undang-undang yang menjadi teras kekuatan lahir negara itu.

Taqwa dan undang-undang merupakan dua kekuatan kembar negara Islam yang
tidak boleh dipisahkan. Sebarang usaha untuk memisahkan dua kekuatan itu akan
memusnahkan identiti negara Isalam.

Masyarakat Amerika yang membangga-banggakan dirinya sebagai negara terkuat


dan mempunyai tamadun yang paling tinggi dan sebagai satu-satunya negara yang
layakmenjadi polis dan hakim dunia dapat dijadikan contoh yang amat jelas
bagaimana ketamadunan negara itu sedang dicemari keruntuhan akhlak dan
perlakuan jenayah yang berleluasa hingga ketamadunannya tidak lagi menerminkan
konsep tamadun dalam erti katanya yang murni dan sebenar.
Trend perundangan jenayah berat di masa kebelakangan ini menjurus ke arah
bersimpati dengan penjenayah dan meringankan hukuman terhadap mereka. Hasil
yang paling jelas dari trend ini ialah penghapusan hukuman bunuh atau Capital
Punishment, memandang ringan kepada jenayah zina dan jenayah minum arak dan
mengenakan hukuman yang menggalakkan ke atas pencuri-pencuri dan perompakperompak. Akibat trend perundangan yang lembut inilah penjenayah-penjenayah
yang keji itu berkembang begitu pesat dan subur dan mengakibatkan penderitaanpenderitaan yang amat berat kepada masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan
rancangan pembesaran penjara-penjara sama penting dengan pembesaran kolejkolej.

Sebenarnya pelaksanaan hukum Hudud dari awal hingga akhirnya adalah diikat
dengan berbagai-bagai syarat yang ketat dan boleh digugur dengan berbagai-bagai
keraguan, malah dalam kes rejam yang paling berat yang terhukum masih
mempunyai kelonggaran merlarikan diri semasa menjalani hukuman dan dalam
sesetengah kes Hudud yang lain hukuman Hudud tergugur dengan taubat sebelum
penjenayah ditangkap. Ciri-ciri hukum Hudud yang menarik ini membayangkan
bahawa matalamat hukum Hudud adalah semata-mata untuk mewujudkan kesan
pencegahan yang menjera dan memeritkan bukannya untuk membinasakan
penjenayah demi melindungi kesejahteraan masyarakat.
Dengan syarat-syarat yang ketat dan faedah-faedah keraguan [benefit of
doubts] yang luas yang diperuntukkan di dalam hukum Hudud, maka hukum Hudud
tidak boleh disifatkan sebagai undnag-undang mandatori yang mutlak seperti
Undang-undang Dadah Merbahaya yang dilaksanakan di negara ini, malah
perselisihan pendapat di antara ahli-ahli perundangan Islam dalam mentafsirkan
sesetengah peruntukan di dalam hukum Hudud telah menjadikan hukum Hudud
suatu undang-undang yang banyak memberi ruang kepada pertimbangan dan ijtihad
para hakim untuk membuat keputusan yang hemat. Ia jauh berbeza dari Undangundang Dadah Merbahaya ciptaan manusia yang tidak memberi ruang-ruang
pertimbangan perikemanusiaan yang logikal yang dapat memberi kepuasaan dan
ketenangan kepada hati nurani para hakim, terutama hakim-hakim yang beragama
Islam yang merasa bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap setiap nyawa yang
dihukum oleh mereka.
Saya percaya setiap orang yang meniliti hukum Hudud akan membuat kesimpulan
spontan bahawa hukum Hudud walaupun bersifat mandatori amat sukar
dilaksanakan melainkan ke atas penjenayah-penjenayah yang amat jahat dan benarbenar wajar dihukum atau penjenayah-penjenayah yang amat jujur dan amat tinggi
keinsafan dan taqwanya hingga sanggup mengaku salah dan meminta hukuman di
jalankan ke atasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak membuat
pengakuan seperti itu.

Di samping itu pelaksanaan hukum Hudud tidak seharusnya membimbangkan orangorang bukan Islam, kerana hukum Hudud bertujuan mewujudkan suasana aman
yang sebenar kepada semua penduduk negara tanpa mengira kaum dan bangsa.
Mereka tidak seharusnya merasa takut kepada hukum Hudud selama mereka
menaruh kebencian dan bersikap menentang perlakuan jenayah-jenayah Hudud
yang keji itu atau selama mereka tidak bercita-cita untuk melibatkan diri di dalam
jenayah-jenayah yang jahat itu atau selama mereka tidak rela kedai-kedai mereka
dicuri atau selama mereka tidak rela melihat isteri dan anak-anak gadis mereka dilari
dan dirogol dengan kejam atau selama mereka bercita-cita untuk tidur nyenyak
dalam suasana aman dan selesa tanpa mengenakan pintu-pintu rumah mereka

dengan berbagai-abagi alarms yang canggih dan tanpa memasangkan kunci-kuenci


yang bnerlapsi-lapis seolah-olah penjara-penjara kecil di tengah bandar.
Cara pelaksanaan hukuman rejam, hukuman sebat, hukuman potong tangan dan
hukuman bunuh yang dijalankan di hadapan mata satu perhimpunan ramai akan
membuat para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar merasa bahawa
mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Di sinilah letaknya faktor-faktor
keberkesanan hukum Hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang
menjerakan hingga membuat setiap orang yang bercita-cita melakukan jenayahjenayah Hudud yang keji terpaksa berfiriki sedalam-dalamnya sebelum melangkah
ke dalam jenayah.
Sikap redha dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang
diimport dari Barat atau sebagainya adalah bertentangan dengan aqidah Islamiah
yang dianuti oleh mereka. Begitu juga sikap tidak peduli atau memandang remeh
kepada undang-undang ciptaan Allah akan meletakkan mereka dalam barisan orangorang yang tidak menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang Allah, iaitu
satu barisin yang bertenggek di tepi jurang kemusnahan aqidah dan keruntuhan
iman.
Sebenarnya kepakaran teknikal dan pengalaman-pengalaman yang luas dari para
hakim-hakim dan peguam-peguam beragama Islam itu dapat memberi sumbangansumbangan teknikal yang amat bemakna dalam penyusunan qanun jenayah Islam
umumnya dan undang-undang Hudud khususnya, di zaman kebangkitan umat Islam
yang ingin kembali kepada sistem hidup Islam setelah gagal dengan undang-undang
import ciptaan manusia yang semata-mata berlandaskan kepentingan-kepentingan
lahiriyah.
Di samping itu pengalaman-pengalaman kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Sudan
juga percubaan-percubaan kerajaan Pakistan dapat dijadikan panduan-panduan
yang amat berguna dan membina dalam usaha mengemaskinikan teknikaliti
pelaksanaan undang-undang Hudud dalam dunia yang serba maju dan moden ini.
Kita yakin dengan usaha yang sedemikian rupa dari para alim ulama yang
berganding bahu dengan para hakim dan para peguam yang beragama Islam,
negara ini lambat laun akan dapat menikmati naungan undang-undang Islam yang
adil dan aman.

RUJUKAN
1. http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.php

2. https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/10/10/penerangan-hudud-tazir-danqisas/
3.

Anda mungkin juga menyukai