Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEMESTER / TAHUN : JAN 2020

KOD KURSUS : ADSH1203

TAJUK KURSUS : SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : 751007015262001


NO. KAD PENGNEALAN : 751007015262
NO. TELEFON : 0137330827
E-MEL : masainmardhiah@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT
2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................3

2.0 KONSEP MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM

2.1 KEPERLUAN BELAJAR DARIPADA ORANG BUKAN ISLAM….......................4

3.0 SUMBER ILMU SELAIN DARIPADA SUMBER RUJUKAN ISLAM……….……......7

3.1 Guru……………………………………………………………………………….….7
3.2 Seluruh isi alam……………………………………………………………………….8

4.0 KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM PROFESION PERGURUAN…10

4.1 Sebagai sumber rujukan……………………….........................................................10


4.2 Martabat tinggi dan dipandang mulia ………...........................................................11
4.3 Melahirkan generasi cemerlang…………………………………………………….11

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH).........................................................12

6.0 RUJUKAN.......................................................................................................................
3

1.0 PENGENALAN

Islam amat menghargai ilmu. Lahirnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW telah menjadi gesaan bagi umat Islam menuntut ilmu, menyebar serta menghayati
ajaran yang dibawa oleh baginda. llmu pengetahuan bukan sahaja merupakan jambatan
kejayaan diri, bahkan juga kepada masyarakat, bangsa dan negara. Benarlah ungkapan,
”tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”.

Ilmu yang baik akan membentuk jati diri seseorang Muslim bagi mencapai kebahagiaan di
dunia dan di akhirat. Menurut kajian Asmawati Suhid, Abd. Muhsin Ahmad, Syaza Mohd
Sabri dan Azreen Effendy Mohamad (2015) pendidikan yang sempurna perlu diberikan
kepada anak-anak kerana mereka adalah merupakan generasi pelapis yang bakal mewarisi
amanah dan tanggungjawab sebagai hamba di muka bumi ini.

Objektif tugasan ini adalah untuk membincangkan konsep menuntut ilmu dalam Islam yang
membawa kepada kecemerlangan tamadun Islam. Konsep menuntut ilmu yang disarankan
dalam Islam adalah secara menyeluruh iaitu meliputi semua aspek kehidupan sama ada akal,
jasmani, dan jiwa. Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, seseorang akan ketinggalan dan
mengalami kesempitan hidup untuk berdaya saing dalam arus pendidikan global.

Ini jelas daripada firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

”Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan
beberapa darjat”.

Berdasarkan firman di atas, Allah SWT memberikan ganjaran kemuliaan di dunia dan
akhirat bagi mereka yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman dan juga orang
yang alim daripada orang yang bukan alim.

Kelebihan menuntut ilmu juga diceritakan dalam hadis iaitu daripada Abu Hurairah RA
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka
Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
4

2.0 KONSEP MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM

Ilmu adalah suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui cara
pembelajaran atau pengalaman. Menurut kajian Akmaliza Abdullah, Kamarul Azmi Jasmin,
Yahaya Jusoh (2022), yang dipetik daripada al-Attas (2007), ilmu merupakan suatu sistem
yang menghasilkan kebenaran dan salah satu daripada usaha manusia untuk memperadabkan
dirinya (memajukan tingkat kehidupan manusia daripada aspek jasmani dan rohani.

Menuntut ilmu merupakan tuntutan serta kewajipan setiap insan kerana ilmu menjadi kayu
pengukur bagi bagi menentukan sesuatu perkara itu baik atau sebaliknya di dalam kehidupan
kita. Telah berulang kali disebut di dalam al-quran tentang kelebihan ilmu. Hal ini
menunjukkan bahawa ilmu sangat penting kepada manusia, khasnya untuk menjana akal dan
individu ke arah kesempurnaan serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Islam amat menuntut umatnya untuk mencari dan mempelajari ilmu, sama ada ilmu fardhu
ain, mahupun fardu kifayah kerana ilmu merupakan asas yang utama kepada seseorang
dalam menjalani kehidupan atau melaksanakan apa yang diperintah.

Menurut kajian Saharia Hj.Ismail (2015), perkara utama dalam sesebuah pendidikan ialah
perubahan dan tranformasi diri individu dari satu tahap ke satu tahap. Adalah mustahil bagi
seseorang dapat melaksanakan apa yang diperintahkan dengan sempurna tanpa ilmu yang
mencukupi. Oleh yang demikian, ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah serta
bertaqwa dengan hakikat yang sebenarnya.
Antara kepentingan memiliki ilmu pengetahuan adalah menjamin nilai tambah dalam diri
semua anggota masyarakat. Bahkan ia mampu membentuk pemikiran yang sihat bagi setiap
anggota masyarakat dalam membina masa depan cemerlang dengan syarat mereka perlu
bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu yang dipelajari.

Gesaan terhadap kewajipan pencarian ilmu dijelaskan dalam firman Allah SWT, ayat 1-5
surah al-Alaq yang bermaksud:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang
Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Penggunaan kalimah iqra’ di dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW menjelaskan bahawa Islam meletakkan kepentingan ilmu dalam kehidupan
5

manusia. Umat Islam digesa untuk mencari ilmu agar dapat mengisi tempat yang sepatutnya
sebagai pemimpin dan khalifah Allah di muka bumi ini. Terdapat lebih kurang 800 rujukan
yang berkaitan dengan ilmu di dalam al-Quran menunjukkan bahawa ilmu sangat diutamakan
oleh umat Islam (Sulaiman Nordin, 2008). Oleh yang demikian, berdirinya agama Islam ini
adalah atas dasar ilmu pengetahuan.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Fathir ayat 28 yang bermaksud :
“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-
binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh
bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah
orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun”.

Dalam konteks lain, Islam menyanjung tinggi orang yang alim dan berilmu bahkan juga
mengangkat ke darjat yang tinggi dan mulia.

Ilmu perlu dinilai sebagai sesuatu yang mahal. Oleh yang demikian, ilmu dianggap sebagai
permata yang berharga berbanding perkara-perkara lain. Ilmu juga dapat membentuk
kebaikan sesama manusia serta menjaga hubungan di antara makhluk dengan penciptanya.
Islam meletakkan pencarian ilmu itu perlu berlandaskan al-Quran dan hadis yang merupakan
panduan umat Islam yang perlu difahami dengan erti kata sebenar dan ia juga menjadi teras
utama ilmu pengetahuan. Disamping itu juga, konsep tabayyun perlu diamalkan terhadap
sesuatu berita yang diterima dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak pakar bagi
mengelakkan berlakunya fitnah.

2.1 KEPERLUAN BELAJAR DARIPADA ORANG BUKAN ISLAM

Menyedari hakikat bahawa ilmu pengetahuan merupakan sumber segalanya bagi menerangi
kehidupan seterusnya menjadi petunjuk untuk mencapai kebahagiaan, kita perlu mencari ilmu
dengan cara belajar daripada orang Islam sendiri mahupun orang bukan Islam. Peradaban
dalam menuntut ilmu perlu dititikberatkan demi mendapat keberkatannya hingga penuntut
bukan saja menguasai dan mendalami sesuatu bidang yang dipelajari. Islam mengutamakan
kepentingan mempelajari ilmu yang dapat membantu manusia mencapai kebahagiaan hidup
yang baik di dunia bahkan juga keuntungan di akhirat. Melalui ilmu pengetahuan, seseorang
mampu memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada dirinya bahkan juga anggota
6

masyarakat sekeliling pasti mendapat percikan manfaat dari ilmu yang dimiliki seseorang.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud:
“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab
neraka”.
Menyedari hakikat ini, jelaslah bahawa ilmu yang berteraskan agama merupakan satu
kepentingan serta keperluan bagi setiap umat Islam kerana ia memberi manfaat dalam
kehidupan duniawi malah juga meliputi ukhrawi.

Hadis daripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh
itu dengan tafaqquh (memahaminya).”
Riwayat al-Tabarani

Ini jelas menunjukkan bahawa perintah untuk menuntut ilmu adalah dengan cara berguru dan
melalui pembelajaran. Sebagai umat Islam yang mendokong kepada kehidupan yang lebih
maju dan bertamadun, Islam tidak melarang umatnya untuk mengambil manfaat daripada
mana-mana pihak dalam menuntut ilmu walaupun ianya berasal daripada golongan bukan
Islam. Ilmu Mantiq atau Falsafah dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya harus
dipelajari daripada orang bukan Islam dengan syarat ianya tidak merosakkan aqidah serta
dapat mendatangkan faedah kepada umat Islam keseluruhannya. Tuntutan tersebut
kadangkala boleh bertukar kepada fardhu kifayah bagi seseorang demi membela agama Islam
apabila tiada orang lain selain dia sahaja yang menceburi pengajian itu.

Bagi merealisasikan tujuan perutusan Nabi Muhammad SAW, Islam membenarkan umatnya
menetap di negara bukan Islam untuk menuntut ilmu dengan mempelajari serta menguasai
bahasa dan budaya mereka bagi mencapai matlamat sebenar dakwah. Walaupun demikian,
perlu diingat bahawa keharusan mempelajari ilmu daripada orang bukan Islam boleh menjadi
haram jika ianya menyebabkan umat Islam leka dengan khayalan disamping pelbagai teori
yang mendatangkan kesan kepada diri, bangsa dan agama.
7

3.0 SUMBER ILMU SELAIN DARIPADA SUMBER RUJUKAN ISLAM

Sebagaimana yang kita sedia maklum, al-Quran dan hadis merupakan panduan dan sumber
rujukan umat Islam. Namun begitu, setiap ilmu yang kita perolehi pasti mempunyai bahan
rujukannya yang tersendiri. Selain daripada sumber rujukan Islam terdapat juga sumber lain
yang boleh dijadikan bahan rujukan antaranya:

3.1 Guru
Adalah mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tiada manusia yang dilahirkan ke
dunia terus cerdik dan memahami aturan hidup dunia tanpa berguru ataupun dengan sesuatu
sumber rujukan. Pandainya seseorang itu kerana ia diajar, dibimbing dan dikembangkan ilmu
yang diperolehinya. Sebagai contoh, Rasulullah SAW adalah manusia istimewa yang dipilih
oleh Allah SWT untuk berguru dengan malaikat Jibrail a.s. di Gua Hira. Malaikat Jibrail
bertindak sebagai guru, mengajar dan membimbing Nabi Muhammad SAW membaca. Oleh
yang demikian, kehadiran guru sebagai pembimbing dan sumber rujukan dalam pembelajaran
adalah sangat penting agar penuntut ilmu tidak terjebak ke dalam keraguan dan kebimbangan.

Allah SWT berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13 yang bermaksud:


”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan telah Kami ciptakan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu
berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang paling
bertaqwa diantara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya”.

Berdasarkan firman tersebut, kita harus sedar bahawa manusia tidak boleh menjadi pandai
dan mengetahui dalam segala hal tanpa bantuan makhluk lain. Allah SWT menciptakan
makhluk untuk saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini, kita boleh
menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud di dunia ini merupakan sumber
pengetahuan atau rujukan untuk kita mengenali sesuatu.

Dari Ibnu Abbas ra., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Barangsiapa yang berkata mengenai Al-Qur’an tanpa ilmu maka ia menyediakan


tempatnya sendiri di dalam neraka.”.
(Riwayat At-Tirmidzi)
8

Melalui hadis di atas, jelaslah bahawa dalam pencarian ilmu perlu melalui pembelajaran dan
berguru. Sebagai contoh jika kita ingin mempelajari hadis, perlulah berguru. Kita tidak boleh
sesuka hati merujuk sesuatu hadis tanpa mengetahui kesahihan atau kedudukannya kerana
dikhuatiri statusnya daif atau palsu. Terdapat teks hadis yang tidak boleh ditafsir atau
difahami secara langsung, bukan seperti yang difahami oleh orang awam yang memerlukan
penjelasan dan huraian secara terperinci. Berguru dengan guru yang baik dan alim ilmunya
merupakan salah satu cara untuk mendapat keberkatan ilmu. Oleh itu, dalam konteks
pengajaran, pemilihan guru adalah penting supaya ilmu yang diterima tidak tergelincir dari
kebenaran yang sebenarnya terutama ilmu yang berkaitan agama.

Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul yang lain, mereka juga mempunyai guru
atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah.
Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi
tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang
perguruan dan ilmu.

Kesimpulannya seseorang perlu belajar jika ingin menjadi cerdik, pintar atau bijaksana. Dia
perlu mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu kepada perkembangan
ilmunya. Tanpa seseorang yang bertindak sebagai guru, dia pasti tidak akan mendapat apa
yang diimpikan.

3.2 Seluruh isi alam


Bila disebut guru, akan terlintas dalam fikiran kita tentang manusia. Pada umumnya manusia
adalah sebaik-baik kejadian yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang sempurna.
Sesuai dengan fitrah manusia sebagai makhluk yang istimewa, dalam hal ini sudah
sewajarnya manusia menjadi guru kepada makhluk lain. Haiwan contohnya memerlukan
tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik. Tumbuh-tumbuhan pula memerlukan
bantuan serta penjagaan dari manusia untuk hidup dengan subur dan selamat.

Namun begitu, sumber rujukan bukan terbatas kepada manusia sahaja. Manusia sendiri
memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada makhluk lain sebagai sumber untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Seluruh isi alam ini adalah sumber ilmu kepada manusia.
Manusia boleh mempelajari ilmu tertentu dari gerak geri dan tabii haiwan juga desir angin
9

dan deruan ombak di pantai. Manusia juga dapat mengetahui rahsia mengenai sesuatu
kejadian Allah SWT melalui pengamatan terhadap isi alam ini. Misalnya dalam kisah
pembunuhan Habil yang dibunuh oleh saudara kembarnya, Qabil. Setelah menyedari
kesilapannya, Qabil berfikir apa yang perlu dilakukan terhadap mayat adiknya itu. Sedang dia
berfikir, dia terpandang dua ekor burung gagak hitam bertarung dan salah satunya darinya
mati. Burung gagak hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung yang mati itu.
Lantaran peristiwa itu, Qabil meniru cara tersebut lantas menggali tanah dengan kedalaman
yang sesuai bagi menyembunyikan mayat adiknya.

Firman Allah SWT dalam surah Ali ’Imran ayat 190 yang bermaksud:
”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.

Daripada ayat tersebut, dapatlah dinyatakankan bahawa kejadian isi alam boleh menjadi
sumber rujukan dan pencetus ilham kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itu
secara yakin dan nyata. Tanpa bantuan alam dan makhluk lain, sudah pasti manusia tidak
dapat mengetahui hakikat sebenar tentang dirinya sendiri dan isi alam ini. Manusia dapat
menguasai ilmu silat harimau dengan cara meneliti gerak geri serta tabii haiwan tersebut.
Begitu juga untuk kita menguasai ilmu berenang. Kita tidak tahu cara-cara berenang yang
baik tanpa mengamati pergerakan ikan. Dengan melihat, meniru, memerhati pergerakan ikan
maka dapatlah kita pandai berenang seperti ikan.
10

4.0 KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM PROFESION PERGURUAN

Guru merupakan agen yang mencelikkan minda masyarakat. Sejarah telah membuktikan
bahawa kemajuan sesuatu bangsa adalah berkait rapat dengan kemajuan ilmu yang ada pada
bangsa tersebut. Ilmu akan menentukan sesuatu bangsa itu dapat mencapai tahap kemuliaan,
kebahagiaan dan kekuasaan. Antara kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan ialah:

4.1 Sebagai sumber rujukan


Cabaran arus pembangunan masa kini seakan mendesak peningkatan kualiti termasuk bidang
pendidikan bagi usaha menjamin kualiti perkhidmatan profesion keguruan. Oleh itu, guru
menjadi harapan negara untuk memainkan peranan mendidik anak bangsa dalam melahirkan
modal insan yang berguna. Guru perlu mempunyai ciri-ciri unggul seperti kreatif dan
berketrampilan yang menjadi aspirasi masyarakat dan negara. Menurut kajian Mohamad
Sahari Nordin (2009) menyatakan bahawa dengan adanya ilmu pengetahuan yang tinggi
dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sehingga pelajar menguasai
pelbagai pemikiran aras tinggi, kemahiran praktikal yang kompleks, dan keupayaan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 43 yang bermaksud:


”Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia dan tiada yang
memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu”.

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, dapat disimpulkan bahawa konsep menuntut ilmu
dari buaian hingga ke liang lahad perlu dipraktikkan dalam melaksanakan tugas sebagai
pendidik. Dalam melaksanakan proses pengajaran yang berkesan di sekolah, persediaan yang
lengkap amat diperlukan termasuklah kepelbagaian ilmu pengetahuan. Menurut kajian
Asmawati Suhid, Abd. Muhsin Ahmad, Syaza Mohd Sabri dan Azreen Effendy Mohamad
(2015) peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru
kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai
fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong. Sebagai contoh, guru perlu
bertindak untuk menguasai teknologi yang sentiasa mengalami perubahan di samping
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta mutu pengajaran bagi menangani perubahan dalam
inovasi. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada
11

pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang
guru.

4.2 Martabat tinggi dan dipandang mulia


Gelaran atau panggilan sebagai guru seharusnya memiliki pelbagai ilmu pengetahuan secara
mendalam terutama dalam mata pelajaran yang diajar. Ini bertujuan untuk meyakinkan
pelajar tentang keilmuan yang dimiliki oleh guru berkenaan. Para pelajar dan anggota
masyarakat sentiasa menilai pelbagai aspek yang dimiliki oleh guru terutama dari segi
ketokohan, keperibadian dan kewibawaan. Contohnya seorang guru Pendidikan Islam, selain
memiliki ilmu pengetahuan secara mendalam dan pendidikan yang sempurna, guru berkenaan
hendaklah berpegang teguh dan sentiasa beramal dengan ilmu yang dimilikinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


”Barangsiapa yang oleh Allah dikehendaki memperoleh kebaikan (serta menjadi orang
baik), maka Allah memberikan kepandaian kepadanya dalam agama”.
Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi

Hadis di atas memberi pengajaran bahawa ilmu pengetahuan merupakan asas kepada
kebaikan dan kejayaan bagi melahirkan generasi berilmu seterusnya membina masyarakat
yang baik.
4.3 Melahirkan generasi cemerlang
Walau apa jua bidang yang diceburi pasti menjanjikan ganjaran atau nilai tambah kepada
individu itu sendiri termasuklah juga profesion perguruan. Imej, prestasi dan kualiti
perkhidmatan guru cemerlang bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang, seterusnya
akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Al Ghazali (2003)
menyatakan bahawa belajarlah ilmu dengan niat kerana Allah adalah kebaikan dan menuntut
ilmu adalah ibadah, kajiannya adalah seperti tasbih, penyelidikannya seperti jihad,
pengajarannya adalah sedekah dan pemberiannya kepada ahliyah adalah pendekatan diri
kepada Allah. Ilmu adalah penghibur di kala kesepian, teman di waktu menyendiri dan
petunjuk di kala senang dan susah. Ia adalah pembantu dan teman yang baik dan penerang
jalan ke syurga.
12

5.0 Kesimpulan:
Daripada penjelasan di atas, dapat dibuktikan bahawa ilmu sangat penting dan bernilai dalam
kehidupan kita. Keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi sangat diperlukan dalam pada kita
sibuk berkerjaya dan berkedudukan agar tidak mencacatkan akhlak dan rohani. Benteng dan
jati diri dapat dikukuhkan melalui penguasaan ilmu agama bagi mengelak perkara-perkara
yang bertentangan dengan hukum agama.

Rancangan Pengajaran Harian


Pendidikan Islam Tingkatan 1
Kelas 1 Adil
Tarikh/Hari 16 Jamadil Akhir 1441/10 Februari 2020/Isnin
Ma (09.00-09.30) 30 minit
Bilangan murid 25 orang (Lelaki: 13, Perempuan:12)
Tajuk Kecemerlangan Pendidikan IslamDi Zaman Sahabat
Pengetahuan Sedia ada Murid-murid mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan
Standard Kandungan 3.2 Memahami pentingnya ilmu pengetahuan
Standard Pembelajaran 3.2.1 Menyatakan perkembangan Pendidikan Islam di Tanah Arab
3.2.2 Menyatakan jenis-jenis kuttab di zaman sahabat
3.2.3 Menerangkan cara pembelajaran kanak-kanak di zaman dahulu

Objektif Pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Menyatakan perkembangan pendidikan Islam di zaman sahabat dengan
jelas selepas mendapat penerangan daripada guru di dalam kelas.
2. Mengklasifikasikan empat jenis kuttab dengan betul selepas membuat
aktiviti berkumpulan.
3. Menyatakan cara pembelajaran kanak-kanak di zaman sahabat selepas
aktiviti perbincangan

Kemahiran Berfikir Menjana idea dan membuat pertimbangan yang wajar


Gabung jalin Kemahiran bertutur
Penyerapan Matematik: Bilangan jenis kuttab
Penerapan Nilai Bekerjasama, hormat-menghormati, yakin
E.M.K 1. Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk
menghasilkan kerja berkumpulan
2. Kreativiti: Mencari maklumat tambahan mengenai sejarah
perkembangan Pendidikan Islam di zaman sahabat.
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi: LO
Penilaian P&P 1. Lisan: Soal jawab, perbincangan
2. Bertulisan: Lembaran Kerja
13

Bahan Bantu Belajar 1. Kad Imbasan 3. Video


2. “Learning Object” (LO)

Langkah Isi kandungan Aktiviti Catatan


Mukadimah - Kelas dimulakan dengan bacaan 1. Murid membaca Nilai:
(3 minit) doa oleh murid. doa sebelum belajar. - Kerjasama
- Guru bertanya khabar. 2. Murid-murid lain - Adab berdoa
- Guru meminta murid untuk diminta mengikut
memastikan kelas dalam keadaan bacaan doa bersama-
baik dan kondusif. sama/mengaminkan
bacaan doa.
Set Induksi Gambar ditunjukkan melalui 1. Murid Kaedah:
(5 Minit) tayangan LO ditunjukkan  Soal jawab
gambar yang Bahan bantu belajar:
berkaitan  Gambar
dengan
pelajaran.
2. Murid bersoal
jawab tentang
gambar yang
ditunjukkan
Soalan:
 Apakah yang mereka
lakukan.
 Apakah kaedah
pembelajaran yang
digunakan.

Langkah 1 Kaedah pembelajaran 1. Murid E.M.K:


(10 Minit) mendengar  Teknologi
penerangan guru maklumat dan
tentang sejarah komunikasi
perkembangan Kaedah:
sistem kuttab  Penerangan / soal
melalui LO. jawab
2. Murid
menyenaraikan
14

jenis-jenis
kuttab.
3. Beberapa orang
murid dipilih secara
rawak untuk
menerangkan setiap
jenis kuttab.
Langkah 2  Guru meminta murid duduk 1. Murid duduk BBM:
(10 minit) dalam kumpulan. dalam kumpulan.  Laptop
 Guru memberikan tugasan 2. Murid berbincang  LCD
kumpulan. berkenaan tugasan  Marker pen
yang diberi.  Kertas tugasan
Nilai:
 Komunikasi
 Perbincangan

Rumusan  Guru merumuskan 1. Murid


(2 minit) pembelajaran hari ini. mengambil
perhatian terhadap
rumusan topik hari
ini.

3010 patah perkataan

8.0 RUJUKAN
Sulaiman Noordin (2008). Sejarah Pemikiran 1. Bangi : Pusat Pengajian Umum UKM
http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/2087
http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid2bil2/3--SUHAILA-SHARIL.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/53933/1/MohdMusnizamJaafar
%40Mustapha2012_KonsepberilmudikalanganguruPI.pdf
http://journal.pbmitt.org.my/wp-content/uploads/2019/01/3-Etika-dan-
Tanggungjawab..Daud-Awang-..-UPM.pdf
15

http://irep.iium.edu.my/4774/2/Meninggikan_profesionalisme_pendidik_menerusi_peningkat
an_kempetensi_pengajaran.pdf sahari nordin
https://dalamislam.com/landasan-agama/al-quran/ayat-ayat-al-quran-tentang-ilmu
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-109-
kelebihan-menuntut-ilmu
Al-Ghazali. 2003. Ringkasan Ihya Ulumuddin. Terj. Zaid Husein Al Hamid. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man

Anda mungkin juga menyukai