Anda di halaman 1dari 33

HBIS1203

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I


710318115040001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2014

HBIS4203 V2
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN III

NO. MATRIKULASI

710318115040001

NO. KAD PENGENALAN

710318115040

NO. TELEFON

017-9587065

E-MEL

sssaid4846@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PPW KELANTAN

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

KANDUNGAN
1.0
2.0

MUKASURAT

PENDAHULUAN
MAKLUMAT INSTITUSI
2.1

3
4

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN


WAL QIRAAT PULAI CHONDONG

2.2

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL


ARIFIN TUMPAT

3.0

4.0

DUA KAEDAH ATAU TEKNIK HAFAZAN


AL-QURAN

3.1

Kaedah Latih Tubi

3.2

Kaedah Talaqqi Mushafahah

10

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK


YANG DIGUNAKAN

5.0

12

CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN


DALAM BILIK DARJAH

14

5.1

Aplikasi Kaedah Latih Tubi dalam pengajaran

5.1.1

Aplikasi kaedah latih tubi bagi

14

hasil pembelajaran aras satu


5.1.2

Aplikasi kaedah latih tubi bagi


hasil pembelajaran aras dua

5.1.3

Aplikasi kaedah latih tubi bagi


hasil pembelajaran aras tiga

5.2

Aplikasi Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam


Pengajaran
5.2.1

15

Aplikasi kaedah talaqqi musyafahah


bagi hasil pembelajaran aras satu

5.2.2

Aplikasi kaedah talaqqi musyafahah


bagi hasil pembelajaran aras dua

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

5.2.3

Aplikasi kaedah talaqqi musyafahah


bagi hasil pembelajaran aras tiga

6.0

KESIMPULAN

17

RUJUKAN

19

LAMPIRAN

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

1.0

PENDAHULUAN

Al Quran merupakan kalamullah serta sebuah kitab yang diturunkan khusus kepada nabi
Muhammad SAW secara mutawatir melalui malaikat Jibril a.s. dan wajib dijaga dan
dipelihara dari segi bentuk penulisan serta bacaannya dan menjadi ibadat bagi sesiapa
yang membacanya .Ia merupakan satu mukjizat teragung di alam ini.Sebaik-baik manusia
adalah mereka yang mempelajarinya dan mengajarnya,lebih-lebih lagi mereka yang
menghafalnya.Pendidikan al-Quran pula merupakan suatu cabang ilmu yang menjadi
semakin penting kepada umat Islam sekarang ini. Ia merangkumi ilmu pendidikan dan
juga qiraat, kaedah- kaedah hafazan, terjemahan dan pentafsiran, pengkajian hukunhukum dan sebagainya.
Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita mengalami era pembangunan yang amat
pesat sekali. Pembangunan ini juga seiring dengan pertumbuhan dan kemunculan sekolah
dan pusat-pusat pengajian tinggi, termasuklah aliran agama. Ekoran daripada fenomena
ini, kita lihat sekolah-sekolah agama dan pusat pengajian al-Quran semakin banyak
dibina, sama ada oleh pihak kerajaan mahu pun swasta. Pada mulanya pengajian alQuran hanyalah diusahakan oleh pihak persendirian seperti di pondok dan di masjidmasjid sahaja. Pengisiannya pula pada ketika itu hanyalah pengajian al-Quran yang
ditekankan kepada bacaanya sahaja tanpa melibatkan hafazan dan ilmu-ilmu yang lain.
Sekarang kita telah dapat melihat sumbangan dan penglibatan kerajaan dengan memberi
perhatian yang tinggi pada bidang pengajian al-Quran dengan penubuhan maahadmaahad tahfiz hingga hampir di seluruh negara. Walaupun pada peringkat awal, pusat
Tahfiz al-Quran di Malaysia hanyalah satu sahaja iaitu Pusat Islam yang ditubuhkan di
Masjid Negara, Kuala Lumpur. Namun hasil keperihatinan yang tinggi daripada pihak
kerajaan, semakin banyak penubuhan pusat-pusat tahfiz al-Quran dan semakin ramai
lahirnya kumpulan huffaz al-Quran dan mengetahui ilmu Qiraat.Sekarang ini kita dapat
menyaksikan kemampuan Imam solat terawih membaca al-Quran sehingga beberapa
juzuk. Ini berlaku hampir di semua masjid di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Sehubungan dengan itu, dalam memenuhi kerja kursus Tilawah al-Quran bagi semester
ini saya ditugaskan untuk memilih dua buah institusi tahfiz al-Quran dan menjalankan
analisis tentang kaedah yang diguna pakai dalam kedua-dua institusi tersebut dan
seterusnya membuat perbandingan tentang kekuatan dan keberkesanan kaedah-kaedah
tersebut. Kajian dan penyelidikan ini adalah berfokuskan kepada keberkesanan kaedah
yang diamalkan untuk menghafaz al-Quran. Data dan maklumat yang diperolehi adalah
diambil secara terus daripada kedua-dua institusi tersebut.Hasil daripada kajian ini di
diharap dapat melahirkan satu teknik ataupun kaedah yang boleh diaplikasikan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sememangnya menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk memelihara kesucian
Kalamullah dari sebarang bentuk penyelewengan yang berlaku di akhir zaman ini. Salah
satu usaha yang dijalankan sejak dari zaman Rasulullah lagi dalam memastikan keaslian
al-Quran sentiasa terpelihara ialah melalui cara menghafaznya.Oleh itu, jika kita lihat
kini usaha tersebut giat dijalankan di seluruh dunia termasuklah di negara kita.Buktinya
dengan wujudnya institusi-institusi tahfiz al-Quran di seluruh negara dengan pendekatan
dan kaedah yang pelbagai. Walaupun terdapat pelbagai kaedah yang digunakan,
sebenarnya matlamatnya adalah sama iaitu memelihara kesucian 30 juzuk al-Quran.
Kewujudan institusi tahfiz al-Quran di seluruh negara ini bukan sahaja berperanan
melahirkan golongan penghafaz al-Quran semata-mata, namun kewujudannya dilihat
sebagai pemangkin ke arah melahirkan golongan professional yang pegangan hidupnya
adalah berlandaskan al-Quran.
2.0

MAKLUMAT INSTITUSI

Dalam melaksanakan tugasan ini saya telah memilih dua buah institusi tahfiz al-Quran
yang ada di negeri Kelantan sebagai pusat kajian.Di bawah ini akan dijelaskan secara
ringkas latar belakang institusi tahfiz yang dipilih.Kedua-dua institusi ini sentiasa
berusaha

melahirkan

generasi

yang

mampu

menghafal

Al-Quran

serta

mengaplikasikannya ke dalam masyarakat secara khusus dan ummah secara umumnya.

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Berbagai usaha dibuat dari masa ke semasa oleh kedua-dua institusi tahfiz ini dalam
mempastikan sukatan hafazan seimbang dengan pembelajaran akademik yang lain.
2.1

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT PULAI CHONDONG

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong (MTAQ) ini merupakan sebuah
sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Ia adalah Maahad Tahfiz yang
terkenal khususnya di negeri Kelantan dan juga di negeri-negeri yang lain di Malaysia. Ia
merangkumi tiga kurikulum pendidikan, iaitu kurikulum tahfiz al-Quran dan al-Qiraat,
kurikulum agama YIK, dan kurikulum akademik. MTAQ mula ditubuhkan pada tahun
1992 dan menjadi antara pusat tahfiz terunggul di Kelantan. MTAQ berperanan
melahirkan generasi huffaz yang dapat merealisasikan isi kandungan al-Quran dalam
masyarakat dan berketerampilan dalam semua bidang.
Maahad Tahfiz Al-Quran dan Wal Qiraat (MTAQ) ini wujud hasil daripada cadangan
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat setelah
memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan pada tahun 1990. Pada masa itu,
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berada di bawah pentadbiran Haji Abdul Samad
Mahmood selaku Pengarah dan beliau telah menjunjung tinggi cadangan ini dan
mengambil inisiatif untuk mengendalikan pengurusan MTAQ.
Ketika awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dipilih sebagai generasi sulung
MTAQ dan mereka ditempatkan di bangunan Lembaga Peperiksaan YIK, Nilam Puri
kerana kompleks MTAQ masih lagi dalam pembinaan. Dua orang guru telah dilantik iaitu
Ustaz Haji Mohd. Mansor bin Haji Daud selaku pengetua dan Ustaz Nazaruddin bin
Jalaluddin sebagai tenaga pengajar dengan dibantu beberapa orang pegawai YIK.
Pada 16 Mei 1993, mereka kemudiannya beralih ke tempat baru iaitu kompleks MTAQ di
Pulai Chondong, yang terletak di Daerah Machang yang mana pada ketika itu sudah siap
binaan asasnya, dengan sebuah bangunan di atas tanah seluas empat ekar. Walaupun para
pelajar terpaksa menghadapi segala kekurangan dari segi prasarana dan kemudahan,
6

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

namun mereka berjaya mengikuti segala proses pembelajaran seperti mana yang
diharapkan oleh kerajaan.
Pada bulan Ramadhan tahun 1992, MTAQ telah menjalankan program imam tarawih buat
kali pertamanya dan sebilangan pelajar dipilih untuk bertugas di beberapa jajahan di
sekitar negeri Kelantan untuk berkhidmat terhadap masyarakat setempat. Program yang
dijalankan ini mendapat sambutan hangat daripada seluruh penduduk negeri Kelantan dan
secara tidak langsung memperkenalkan MTAQ kepada masyarakat luar Kelantan.
Kejayaan pertama yang dicapai oleh MTAQ ialah Anugerah Sekolah terbaik SPM dan
Anugerah Sekolah Terbaik STU bagi peringkat Yayasan Islam Kelantan pada tahun 1997.
Kejayaan yang diraih sekali gus membuktikan bahawa menghafaz al-Quran tidak
mengalang kecemerlangan di dunia.Malah mereka telah mencapai kejayaan seratus
peratus setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
Selain daripada prestasi akademik yang boleh dibanggakan, kemudahan dan prasarana
MTAQ juga telah ditingkatkan dari masa ke semasa. Pada tahun 1998, beberapa binaan
baharu ditambah untuk pentadbiran, perpustakaan, masjid, dewan makan, dan dua unit
rumah warden. Kakitangan pengurusan MTAQ juga bertambah menjadi seramai 21
orang, termasuk empat orang kakitangan sokongan.Pada tahun 2001, bilangan kemasukan
pelajar telah ditambah kepada dua kelas, iaitu seramai 52 orang. Pada tahun itu juga,
empat ekar lagi tanah dibeli untuk meluaskan kawasan MTAQ.
Pada 18 Ogos 2003, mesyuarat Jawatankuasa MTAQ telah bersetuju menukar namanya
kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Pada akhir tahun 2003, sebuah bangunan
lagi berjaya dibina dan mula beroperasi pada awal tahun 2004. Bangunan tiga tingkat ini
menjadi bangunan pembelajaran utama yang terdiri daripada sembilan buah kelas, sebuah
makmal sains, dan sebuah makmal ICT.

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Pada tanggal 22 Oktober 2007, salah sebuah cawangan pusat tahfiz di Pasir Puteh telah
mengalami bencana kebakaran dan sebahagian daripada pelajarnya telah dipindahkan ke
satu lagi cawangan pusat tahfiz di Banggol Cicha, Pasir Mas dan seramai 53 orang
ditempatkan di MTAQ sekali gus menambahkan lagi bilangan pelajarnya. Pada hari ini,
MTAQ berdiri gah di mata masyarakat sebagai sebuah pusat tahfiz yang berprestij dan
berperanan melahirkan generasi huffaz yang bakal menjadi pemimpin masyarakat pada
masa akan datang.
2.2

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN TUMPAT (MIST).

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat (MTST) juga adalah salah sebuah sekolah
kawalan di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Penubuhannya telah diluluskan
di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 Hijrah
bersamaan 5 November 2003. Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin ini telah beroperasi
semenjak tahun 2004 dengan menumpang sementara di Maahad Muhammadi Lelaki
kemudian berpindah ke tapak sekarang yang merupakan bekas tapak SMU (A) Bustanul
Arifin, Berangan.

Ustaz Hj Suhaimi bin Sulaiman adalah Mudir yang bertanggungjawab menerajui MTS
Tumpat bermula Januari 2007. MTST ini merupakan maahad aliran tahfiz yang kedua
selepas Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Tetapi hala
tuju dan konsepnya adalah berbeza dengan MTAQ Pulai Chondong kerana Maahad
Tahfiz Sains ini memberikan penekanan kepada pengajian Tahfiz Al-Quran dan juga
sains. MTST menawarkan pembelajaran Tahfiz, Bahasa Arab, Agama & Sains secara
bersepadu dan dikhususkan untuk pelajar lelaki sahaja.
Matlamat penubuhan MTST ini adalah untuk merialisasikan matlamat pendidikan
Yayasan Islam Kelantan dan selaras dengan matlamat serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
8

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Beriman kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.


Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.
Memiliki keperibadian yang seimbang dan sepadu.

Seramai 12 orang guru al-Quran yang bertugas sebagai pemudah cara ataupun pendidik
di MTST dan diketuai oleh guru kanan al-Quran iaitu Ustaz Silmi bin Omar serta
setiausahanya Ustaz Abdul Hadi bin Haimi. Subjek al-Quran juga menjadi ukuran utama
kepada pelajar untuk membolehkan mereka naik ke tingkatan dua. Kenaikan pelajar ke
tingkatan dua akan diambil kira berdasarkan markah peperiksaan al-Quran penggal satu
dan dua, serta kadar sukatan hafalan mereka sama ada banyak atau sedikit.
Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti yang dijalankan oleh panitia al-Quran ialah
mewajibkan pelajar membaca al-Quran secara beramai-ramai sebanyak setengah juzuk
setiap petang. Seorang guru akan dipilih secara khusus untuk mengemudi majlis bacaan
secara beramai-ramai ini.Sehingga kini, seramai lapan orang pelajar telah dipilih untuk
menjadi imam solat terawih di beberapa buah surau di sekitar Tumpat. Kebiasaannya
mereka dihantar secara berpasangan untuk satu surau . Manakala di surau MTS sendiri
pula, jadual imam terawih dibuat secara bergilir-gilir. Pelajar akan dilatih menjadi imam
solat sunat bersama rakan-rakan.
Pihak pengurusan MTST telah menetapkan sukatan hafalan bagi pelajar tingkatan satu
adalah sebanyak empat surah pilihan diikuti enam juzuk. Begitu juga pada tahun
berikutnya, pelajar perlu menghafal sebanyak enam juzuk setiap tahun. Setakat ini
seramai 182 orang pelajar yang telah berada di tingkatan satu. Sehingga kini pelajar yang
telah tamat menghafal mengikut sukatan tahun pertama seramai 35 orang. Sebahagian
yang lain berada di tahap sederhana dan 33 orang berada ditahap lemah.

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

3.0

DUA KAEDAH ATAU TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN.

Daripada analisis yang telah dilakukan di dua buah institusi di atas iaitu Maahad Tahfiz
Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong (MTAQ) dan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin
Tumpat (MTST) , akan dibincangkan dibawah ini secara terperinci kekuatan dan
kelemahan kaedah-kaedah yang diamalkan itu dan sejauh manakah keberkesanan kaedahkaedah tersebut untuk pelajar-pelajar hafazan.Sebenarnya ada banyak kaedah yang
dipraktikkan di kedua-dua institusi tersebut seperti kaedah tasmik, kaedah halaqah ,
kaedah murajaah dan juga kaedah soal-jawab. Tetapi dua kaedah sahaja yang akan
dibincangkan disini iaitu Kaedah Latih Tubi dan Kaedah Talaqqi Musyafahah.
3.1

Kaedah Latih Tubi.

Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta , kalimah atau ayat yang
dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan ialah supaya pelajar mencapai tahap penguasaan
bacaan dan hafazan di samping mengekalkan hafazan tadi dalam ingatan mereka. Melalui
kaedah ini pelajar akan dilatih menyebut kalimah atau ayat dengan betul , fasih dan
seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian
kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah
ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah
telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :Rasulullah SAW suka mengulang-ulang
suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.
Melalui kaedah ini, pelajar dikedua-dua institusi tahfiz ini dapat menguasai kemahiran
bacaan dan mengingat serta menghafaz ayat al- Quran yang telah dipelajari. Pengajaran
dan pembelajaran guru lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan
dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan
sebanyak tiga kali. Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang
bermaksud: Rasulullah SAW mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu
ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah SAW diulang sebanyak
tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.

10

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Sebagai rumusannya, kaedah latih tubi sangat berkesan untuk pengajaran hafazan alQuran bagi pelajar di kedua-dua institusi tahfiz ini.Ini boleh dilihat berdasarkan prestasi
cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar tingkatan satu hingga tiga di MTST . Dan
kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak
menguasai ayat-ayat bacaan dan juga ayat hafazan. Selain daripada itu kaedah latih tubi
ini juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan
menghafaz ayat-ayat yang diajar oleh guru.
3.2

Kaedah Talaqqi Mushafahah.

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat
suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan
oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya
Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan
Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan
dihafalkan.
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau
berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran , guru berhadapan dengan pelajar sama
ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut kumpulan
atau secara kelas.Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang
mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan
pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah
talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan
mengadakan kelas pemulihan.
Musyafahah pada bahasa ialah gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang
diambil dari pergerakan dua bibir. Manakala dari segi istilah bermaksud guru menyebut
huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan
bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al
11

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar
supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada
gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran
dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.
Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan
bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru
sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat alQuran. Dengan kaedah ini juga, pelajar akan menyebut huruf mengikut makhraj yang
betul serta bacaan mengikut tajwid da seterusnya membaca seperti guru membaca di
samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar.Kaedah ini lebih berkesan lagi
jika sekiranya diajar didalam kelompok kecil.
Disamping mempunyai beberapa kelebihan, kaedah ini juga mempunyai kekurangannya.
Antaranya ialah murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir
jika di bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai.Jadi sewajarnyalah guru perlu
memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca dan segera
membetulkan jika berlaku kesalahan.Peruntukan masa yang singkat juga ketika murid
membaca dihadapan guru,ini menimbulkan masalah kepada murid-murid yang kurang
menguasai bacaan dan sebutan huruf hijaiyah.
Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa mencari cara bagaimana untuk mengatasi
setiap kelemahan yang timbul dan memperkemaskan lagi kaedah yang telah
diamalkan.Sebagai cadangan seseorang guru boleh mencuba langkah-langkah berikut:
a)

Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat
menguasai huruf hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah.
Ketika murid barada dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas
mambantu murid yang lemah.

b)

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menayangkan


carta huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil menyebut dan

12

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu murid-murid untuk
mengikuti kembali huruf tersebut.
c)

Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi,
contohnya: dan disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan bibir
guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.

4.0

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN.

Kaedah menghafaz al- Quran di kedua-dua Maahad Tahfiz ini ini kebiasaannya
dimulakan dari hadapan iaitu bermula juzuk pertama surah al-Baqarah hinggalah
seterusnya ke belakang sampai ke juzuk yang ke-30. Tetapi cara ini bukanlah menjadi
satu kemestian bagi para pelajar. Ini kerana terdapat juga cara atau kaedah menghafaz alQuran bermula dengan menghafaz juzuk yang ke-30 terlebih dahulu. Setelah juzuk yang
ke-30 selesai dihafaz oleh para pelajar, maka mereka akan kembali semula menghafaz
juzuk yang pertama, kedua dan seterusnya.
Kaedah ini dilaksanakan bagi memudahkan para pelajar menghafaz al-Quran dengan
mula menghafaz dari surah yang pendek-pendek terlebih dahulu dan setelah itu barulah
diikuti dengan surah-surah yang panjang. Dari segi kesan psikologinya, cara ini penting
untuk memupuk minat suka menghafaz al-Quran.Jika para pelajar didedahkan terus
dengan surah yang panjang seperti surah al-Baqarah di juzuk yang pertama, mereka akan
berasa terbeban dan tidak seronok untuk menghafaz.
Setiap pelajar akan diberikan bilangan ayat hafazan baru yang berlainan. Ini bergantung
kepada kemampuan pelajar itu sendiri. Terdapat pelajar yang mampu menghafaz dua
hingga tiga muka surat sehari. Tetapi kebiasaannya para pelajar menghafaz hafazan baru
mereka sebanyak satu muka surat sehari sehinggalah mereka khatam menghafaz 30 juzuk
al-Quran .Tambahan pula, menghafaz bermula dengan juzuk yang ke-30 ini memudahkan
para pelajar untuk menghafaz dengan senang dan mudah kerana mereka sudah sentiasa
mendengar dan mengamalkannya dalam solat fardhu lima waktu. Selain itu juga, surahsurah dalam juzuk yang ke-30 ini tidaklah terlalu panjang dan ayat-ayatnya pun mudah
13

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

untuk dihafaz. Ini secara tidak langsung akan melahirkan perasaan gembira untuk
menghafaz. Di samping itu juga, kaedah atau cara ini dilakukan bagi disesuaikan dengan
umur pelajar di MTST dan MTAQ ini yang rata-ratanya berumur sekitar 13, 14 dan 15
tahun yang mana usia di peringkat ini perlu diperkenalkan dengan hafazan al-Quran
secara perlahan-lahan atau berperingkat-peringkat. Pelajar tidak boleh terus dibebankan
dengan cara hafazan yang banyak dan panjang bagi mengelakkan perasaan jemu dan
bosan untuk menghafaz.

Para pelajar di kedua-dua pusat tahfiz ini diwajibkan melancarkan terlebih dahulu ayatayat yang ingin dihafaz secara bersendirian. Kemudian mereka dikehendaki
memperdengarkan

hafazan

mereka

sesama

mereka

(iaitu

seorang

pelajar

memperdengarkan bacaannya kepada seorang rakannya yang lain). Ia adalah bertujuan


untuk mengetahui sama ada bacaan mereka betul atau salah. Ini dikenali dengan istilah
semak bacaan atau tasmik.
Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh para pelajar ialah kesalahan pada baris
bacaan, salah huruf atau tertinggal sesuatu ayat. Setelah itu barulah pelajar akan
memperdengarkan bacaan mereka kepada gurunya. Jika didapati pelajar tersebut masih
lupa atau tidak lancar bacaannya, maka guru akan memberi peluang kepada pelajar
tersebut untuk kembali melancarkan bacaannya terlebih dahulu. Selepas itu pelajar
tersebut dikehendaki menyemak bacaannya di hadapan guru untuk kali yang kedua. Para
pelajar sekali-kali tidak dibenarkan untuk menyemak bacaannya di hadapan guru jika
tidak menyemak bacaannya terlebih dahulu dengan rakan-rakannya. Ini untuk
mengelakkan para pelajar melakukan banyak kesilapan semasa menyemak bacaannya di
hadapan guru.
Berdasarkan perbincangan tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran alQuran di kedua-dua pusat tahfiz ini, jelaslah memperlihatkan usaha yang bersungguhsungguh dan berterusan dilakukan oleh mereka yang terlibat untuk memastikan
keberkesanan daan kejayaan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
14

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

Sesungguhnya contoh yang telah ditunjukkan pada zaman Rasulullah SAW dan para
sahabat sepatutnyalah diaplikasikan oleh kita sebagai guru dalam usaha untuk
menentukan keberkesanan dalam menghafaz al-Quran.Tegasnya, teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dimulai dengan cara para guru memperdengarkan
bacaan surah-surah pendek dan murid mengulanginya beberapa kali bersama guru
sehingga terlekat dalam ingatan. Proses ulangan, hafalan dan ingatan ini sangat sesuai
lebih-lebih lagi pada peringkat kanak-kanak kerana ia dapat menanam benih ketakwaan
dan keikhlasan pada diri mereka.

5.0

CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH.

5.1

Aplikasi Kaedah Latih Tubi dalam pengajaran.

5.1.1

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu.

1.Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang akan dipelajari.
Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru
dengan teliti kemudian murid akan mengikut bacaan guru.
2.Guru meminta agar pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan.
Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al-Quran oleh qari yang
terkenal dari cakera padat.
3.Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru
memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar.
4.Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi
hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.
5.1.2

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua.

15

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

1.Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru menyoal pelajar
tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca melalui LCD. Guru
menerangkan hukum tajwid yang masih belum dipelajari kepada murid dan menerangkan
cara bacaan bagi hukum tersebut.
2.Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul. Pelajar
diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang sebanyak tiga kali.
3.Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu memastikan pelajar
dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
5.1.3

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga.

1.Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara
kumpulan mengikut tahap pelajar.
2.Pelajar dalam kumpulan latih tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkatperingkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan betul dan fasih.
3.Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan
meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
4.Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan
guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan
bertajwid.
5.2

Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.

5.2.1

Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi mencapai hasil pembelajaran


aras satu .

1.Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat
memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.

16

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

2.Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad
manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan
meminta pelajar mengikut bacaan guru.
3.Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa
pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar
untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh
menguasai bacaan.
4.Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka
membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca, pelajar
diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan
bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.
Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan
kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru
juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan
semua pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.
5.2.2

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua.

Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, iaitu pelajar mampu menghafaz ayat dengan
betul dan fasih.Maka seseorang guru boleh juga menggunakan kaedah talaqqi
musyafahah ini dengan berpandukan kepada beberapa langkah sepeti di bawah semasa
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.Antaranya ialah:1.Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru membaca
ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di samping pelajar
melihat ayat yang tertera di LCD.

17

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

2.Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari
segi sebutan atau makhraj dan tajwid.
3.Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca
ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.
4.Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.
5.Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas atau di
hadapan guru.
5.2.3

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga.

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajar
mampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.
1.Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD.
Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut bacaan
secara perlahan.
2. Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai
ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan
individu.
3.Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid,
memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.
6.0

KESIMPULAN.

Sebagai kesimpulannya daripada analisis yang telah dijalankan, semua kaedah yang
diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya adalah baik
dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran. Keberkesanan kaedah
18

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya dengan tahap


pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak
dicapai.Disiplin dan motivasi yang tinggi di kalangan pelajar dan tenaga pengajar adalah
menjadi tunjang bagi setiap kejayaan.
Keberkesanan hafazan juga adalah bermula dengan bacaan guru, kerana bacaan guru
merupakan bacaan contoh. Dengan demikian guru mesti membaca dengan baik, betul dan
fasih sebutan huruf dan kalimahnya, kerana ia akan diikut dan ditiru oleh pelajar. Jika
baik dan betul bacaan guru, maka akan baiklah bacaan pelajar. Demikianlah sebaliknya.
Selepas bacaan, guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan pembetulan jika ada,
maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan pegajaran ayat.
Daripada kajian dan analisis ringkas ini juga diharapkan akan dapat memberi sumbangan idea
kepada para pendidik untuk mencari suatu kaedah hafazan yang berkesan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Setiap kaedah yang digunakan untuk proses
menghafaz semuanya memerlukan kepada banyak pengorbanan dari semua pihak kerana
untuk memperolehi sesuatu yang baik sudah tentulah memerlukan banyak pengorbanan.
Hal ini adalah penting bagi guru al-Quran dan juga para penghafaz al-Quran, kerana
merekalah yang bakal menegakkan dan memelihara kesucian kalamullah dari sebarang
bentuk penyelewengan.
Akhir kalam, Semoga usaha para pendokong perjuangan kearah peningkatan institusi
tahfiz al-Quran dan juga pejuangan kea rah meninggikan martabat para huffaz dan syiar
islam ini akan mendapat ganjaran, rahmat dan barakah dari Allah SWT serta mendapat
keampunan daripadaNya . Dengan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini maka kita
akan semakin hampir dengan syafaatnya pada hari tiada syafaat pembelaan melainkan
daripadanya.
Wallahualam .

19

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri.( 2006). Modul pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran:
pendekatan masa kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.Kuala Lumpur.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2007), Buku Panduan Pelaksanaan
Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum, Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
M. Raya Fahreza .(2008), 6 Langkah Mudah Lancar Membaca Al-Qur'an :
Mutiara Media, Yogyakarta
Noor Liza Mohammad Said, Zamro Muda.(2012), Pengajian Asuhan Tilawah AlQuran 1,Meteor Doc. Sdn. Bhd: Selangor.
Sa`dulloh, SQ, Sag.(t.t). 9 Cara Praktis Menghafal Al-Qur`an: Gema Insani, Jakarta.
http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran-al-quransiri-1/
http://yaqeenahmad.wordpress.com/2008/10/08/kaedah-pengajaran-al-quran-masa-kini/

20

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

21

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

LAMPIRAN 1

22

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

23

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

24

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

25

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

LAMPIRAN 2

26

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

27

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

28

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

29

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

LAMPIRAN 3

PINTU MASUK
MAAHAD TAHFIZ
ALOQURAN WAL QIRAAT
(MTAQ) PULAI
CHONDONG

BANGUNAN MAAHAD
TAHFIZ ALOQURAN WAL
QIRAAT (MTAQ) PULAI
CHONDONG

BANGUNAN MAAHAD
TAHFIZ SAINS BUSTANUL
ARIFIN TUMPAT (MTST)

30

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

AKTIVITI HAFAZAN
MENGGUNAKAN
KAEDAH LATIH TUBI
DAN TALAQQI
MUSHAFAHAH

31

HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN I
710318115040001

HUFFAZ YANG BERJAYA

32

Anda mungkin juga menyukai