Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN

SALOR
15100 KOTA BHARU
KELANTAN

LAPORAN PROGRAM
GOSOK GIGI PERDANA
2013
LAPORAN PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA

PENGENALAN

Program ini merupakan suatu program kesihatan yang


memfokuskan kepada kesihatan pergigian murid-murid melalui
pendedahan terhadap pencegahan kerosakan gigi dan demonstrasi
kaedah menggosok gigi dengan betul yang akan disampaikan oleh
jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Wakaf Che Yeh.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid
tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan gigi bagi setiap individu.
Melalui tayangan video dan ceramah yang disampaikan, murid akan
mendapat input berguna dan membina pengetahuan baru tentang
kepentingan penjagaan kesihatan gigi.
Selain itu, program ini juga dapat membantu murid-murid untuk
membina gaya hidup yang sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi
yang betul. Murid-murid dapat mengamalkan tabiat amalan hidup sihat
dan menjaga kesihatan gigi mereka dengan baik.
Murid-murid boleh membina semangat kerjasama sesama mereka
dan saling membantu rakan-rakan untuk menggosok gigi dengan cara
yang betul sewaktu demonstrasi menggosok gigi berlangsung.
Di samping itu, program ini juga dapat memberi pengalaman yang
baru kepada guru-guru pelatih tentang cara untuk mengendalikan sesuatu
program serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih
tentang suasana di sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM

Program ini mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai:

1 Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul


kepada murid.

2 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan


penjagaan gigi dalam kehidupan seharian.

3 Membantu murid membina gaya hidup yang sihat.

4 Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.

NAMA PENGANJUR
Klinik Pergigian Wakaf Che Yeh dengan kerjasama guru – guru pelatih
IPG Kampus Kota Bharu, Unit Kesihatan dan Kelab Doktor Muda SK
Salor.

SASARAN
Semua murid SK Salor.

TARIKH, HARI dan MASA PROGRAM


Tarikh : 9 Julai 2013
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari

TEMPAT
Dewan J-Qaf SK Salor
AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA

PENGERUSI
PN MAZARA BT.
MANSOR (GB)

TIMBALAN PENGERUSI
PN.MORLIA@ SANIAH BT
YUSOF (PK HEM)

NAIB PENGERUSI (I) NAIB PENGERUSI (II)


PN HJH ANISAH BT PN SITI KHADIJAH BT
SULAIMAN (PKP) YAAKOB (PK KO)

PENYELARAS
ABDUL HALIM BIN
MAT HANIPI

SETIAUSAHA (I) SETIAUSAHA (II)


AINNATUL AMIRAH BT NOR SUHADA BT
YAAKUB KAMARUDIN

BENDAHARI
ABDUL FATAH BIN
SHAARI

URUSETIA
SEMUA GURU
PELATIH
JAWATANKUASA KERJA (I)
(KELAB DOKTOR MUDA)

PENGERUSI
PN. HJH. INUN BT
ISMAIL

NAIB PENGERUSI
PN. NIK NATRAH BT
NIK AHMAD

SETIAUSAHA
PN. CHE AZIZAN BT
CHE YUSOFF

BENDAHARI
EN. MOHD ROSNI BIN
MD.NOR

AJK MURID

NUR NADIAH
NUR FATIHAH AQILAH
TENGKU MUHAMAD
ALIF
NURUL SYAMIMI
NUR ANIE SHAHIRA
IDA ROSZALIKHA
ANIS FARISHA
WAN MUHD HAFIEZ
DANIEL
NOR ADILAH
JAWATANKUASA KERJA (II)
(UNIT KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN (3K) SK SALOR)

PENGERUSI
PN.MORLIA@ SANIAH
BT YUSOF (PK HEM)

NAIB PENGERUSI (I) NAIB PENGERUSI (II) NAIB PENGERUSI (III)


PN. HJH. INUN BT PN. NORLIZA BT
EN. AZIZI BIN ABDULLAH
ISMAIL MUSTAPHA

SETIAUSAHA (I) SETIAUSAHA (II)


NOR SUHADA BT AINNATUL AMIRAH BT
KAMARUDIN YAAKUB

PENYELARAS
ABDUL FATAH BIN
SHAARI

AHLI JAWATANKUASA
Peralatan Buku Program
Guru bertugas mingguan Mohd Amir Hafiz bin Ghani
Jurufoto Siar Raya
Abdul Halim bin Hanipi En. Mohammad Norisham
Dokumentasi Kawalan murid dan Keselamatan
Ainnatul Amirah bt Yaakub Abdul Fatah bin Shaari
Nor Suhada bt Kamarudin
TENTATIF PROGRAM
SESI 1
Tahap 1 ( Tahun 1, 2, 3 )

MASA AKTIVITI

8.45 – 9.00 Murid bergerak ke Dewan J-QAF

9.00 – 9.30 Ceramah Kesihatan Pergigian

9.15 – 9.45 Tayangan Video kesihatan Pergigian

9.45 – 10.15 Demonstrasi cara menggosok gigi

SESI 2
Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 )

MASA AKTIVITI

11.00 – 11.15 Murid bergerak ke Dewan J-QAF

11.15- 11.45 Ceramah Kesihatan Pergigian

11.45 – 12.15 Tayangan Video kesihatan Pergigian

12.15- 12.45 Demonstrasi cara menggosok gigi

LAPORAN AKTIVITI
Program gosok gigi perdana yang telah dijalankan pada 9 Julai 2013 telah
berlangsung dengan baik seperti yang telah dirancang. Aktiviti ini telah dijalankan
di Bilik J-QAF. Program ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama
yang bermula pada pukul 9 pagi iaitu murid tahun 1. 2. dan 3. Program ini
merupakan hasil kerjasama daripada Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan
Salor. Murid tahap 1 bergerak ke Bilik J-QAF dan telah dikawalselia oleh petugas
Kelab Doktor Muda.
Program pertama yang telah dijalankan ialah ceramah kesihatan pergigian
dan telah disampaikan oleh jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Wakaf
Che Yeh. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah mengenai kesihatan
pergigian yang meliputi cara penjagaan gigi yang baik, kaedah menggosok gigi
yang betul serta kerosakan-kerosakan pada gigi yang sememangnya tidak
diketahui oleh murid-murid.
Aktiviti yang kedua ialah tayangan video mengenai kesihatan pergigian.
Murid-murid telah dipertontonkan tayangan video mengenai contoh-contoh
kerosakan gigi, cara penjagaan gigi dan maklumat-maklumat mengenai
pergigian. Murid kelihatan sangat teruja dan menumpukan perhatian terhadap
video yang ditayangkan. Selepas murid melihat video, kuiz mengenai pergigian
telah dilakukan. Murid berlumba-lumba menjawab soalan yang telah diberikan
bagi mendapatkan hadiah. Hal ini menunjukkan bahawa murid mendapat input
yang jelas mengenai ceramah dan video yang telah mereka lihat. Secara tidak
langsung, ilmu yang diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan mereka
seharian.
Aktiviti yang terakhir ialah demonstrasi cara menggosok gigi. Murid telah
dibekalkan dengan berus gigi dan ubat gigi. Jururawat pergigian telah
mendemonstrasikan cara menggosok gigi dengan betul. Dengan demontrasi
yang telah diberikan diharapkan dapat membantu murid menjaga gigi dengan
baik dalam menjalani gaya hidup yang sihat.
Aktiviti-aktiviti ini telah diulangi dengan fasa 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.

Anda mungkin juga menyukai