Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
cara dan pendekatan untuk kekal sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti
fizikal yang berterusan yang diusahakan oleh pihak sekolah kepada golongan
yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat
yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan
dan kecergasan diri.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan


dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan
seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.
Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 PROGRAM ‘JOM FIT SKTB’

Program ‘Jom Fit SKTB’ boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih
sejahtera. Amalan Jom Fit ini menjurus kepada aktiviti kecergasan seperti senaman
berkala, senamrobik, aktiviti sukan, Ujian SEGAK dan BMI murid.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kecergasan


kepada murid-murid. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan kecergasan dari seawal usia
di bangku sekolah .

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Fit SKTB ini merupakan satu program kecergasan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para
pelajar mengenai kepentingan kecergasan diri melalui program senamrobik
bulanan, sukan, tayangan video senaman, Ujian SEGAK dan mengukur BMI
murid.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kecergasan yang memuaskan

1
dari segi fizikal, mental dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Badan yang cergas akan melahirkan minda yang cerdas untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Menarik minat murid untuk menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan di sekolah.

• Melatih murid cara melakukan senaman dan senamrobik dengan betul dan
berkesan untuk kesihatan diri (Fit for Life).

• Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan diri murid (Ujian


SEGAK).

• Memastikan murid dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah.

2.0 CARTA ORGANISASI – PROGRAM JOM FIT SKTB

Penasihat
Pn. Norliza Binti Mohd Yusof
Guru Besar

Pengerusi
Pn. Hjh Che Normah Binti Bakar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Setiausaha
En. Saiidi Bin Ismail
Ketua Panitia PJPK

Penyelaras Program
En. Khairul Hafidz B. Mohd Asri
Guru PJPK

Ajk
En. Shaiful Anuar B. Zainol (Ajk Siaraya)
En. Saiidi B. Ismail (Ajk Senamrobik)
En. Khairul Hafidz B. Mohd Asri (Ajk Dokumentasi)
En. Mohamad Shafiq B. Esham (Ajk Kawalan Murid)
En. Mahadzir B. Mahadi (Ajk Acara/Aktiviti)
En. Hailmi B. Othman (Ajk Ujian SEGAK)
2
3.0 AKTIVITI PROGRAM
Program ini akan dijalankan selama sehari setiap bulan iaitu pada hari Rabu
setiap minggu keempat dari bulan Februari hingga Ogos 2018 (7 kali).

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup


Sihat SKTB 2018:

Bi Masa Tempat
Aktiviti yang Dirancang
l
23 Februari 2018 Dataran Perhimpunan
1 PELANCARAN ‘JOM FIT SKTB’

SENAMROBIK BULANAN ‘FIT Minggu ke-4 bulan Dataran Perhimpunan


2 Februari – Ogos
SKTB’
UJIAN KECERGASAN SEGAK 1 - Bulan Mac dan Julai Dewan Terbuka
3
2

3.1 TENTATIF PROGRAM

Hari Masa Acara Sasaran Lokasi


Pelancaran Program
Jumaat 7.30 – Dataran
‘Jom Fit SKTB’ (Guru Semua Murid
23/2/2018 8.00 pagi Perhimpunan
Besar)
8.00 – Senamrobik ‘Fit SKTB’ Dataran
Semua Murid
8.15 pagi (5 Usaha) Perhimpunan

Setiap Rabu 7.30 – Senamrobik Bulanan ‘Fit Dataran


Semua Murid
minggu ke-4 7.45 pagi SKTB’ (5 Usaha) Perhimpunan

4.0 JUMLAH PERBELANJAAN

Bil PERBELANJAAN JUMLAH


1. Banner Program RM 50.00
Alat Ujian SEGAK (bangku & alat 300.0
2. RM
melunjur) 0
350.0
JUMLAH BESAR RM
0

5.0 SUMBER KEWANGAN


Bil
SUMBER KEWANGAN JUMLAH
.
3
1. Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan RM 350.00

JUMLAH RM 350.00
6.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Jom Fit SKTB ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua
pihak demi kesedaran untuk meningkatkan kecergasan diri. Semoga usaha murni
ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya
kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........…
(EN. SAIIDI BIN ISMAIL)
KETUA PANITIA PJPK
SK TELOK BAHANG

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(PN. HJH CHE NORMAH)
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
SK TELOK BAHANG

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(PN. NORLIZA BINTI MOHD YUSOFF)
GURU BESAR
SK TELOK BAHANG

Anda mungkin juga menyukai