Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN GITA,

JALAN SEMARAK, PETRA JAYA,


93050 KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
PROGRAM INTERVENSI SEGAK DAN BMI 5-9T
(SENAMAN PAGI DAN JOM MINUM)
SK GITA
TAHUN 2022

PANITIA PJK
SK GITA 2022
PROGRAM INTERVENSI SEGAK (SENAMAN PAGI DAN JOM MINUM)

1.0 LATAR BELAKANG

KPM telah mewujudkan ujian standard bagi menentukan tahap kecergasan murid sekolah
iaitu Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid tahap dua dan Program
BMI 5-9T untuk murid prasekolah serta murid tahap satu. Berdasarkan rekod penilaian
kecergasan ini, kita dapat mengenal pasti murid yang mempunyai kecergasan yang baik dan
murid yang mempunyai kecergasan yang kurang memberansangkan. Selain itu, kita juga dapat
mengenal pasti murid yang mempunyai masalah berat badan.

Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK Gita ingin merangka satu
program yang dikenali sebagai Program Intervensi SEGAK dan BMI 5-9T (Senaman Pagi dan
Jom Minum) khusus bagi murid obesiti yang dikenal pasti melalui dua program ini tadi. Melalui
program intervensi ini, murid-murid diharap akan akan mampu mengubah gaya hidupnya bagi
membantu murid ini mengubah tahap BMI ke arah yang lebih baik.

Program intervensi ini akan diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu. Dalam
program ini, setiap murid obesiti yang telah dikenal pasti akan bersenam bersama guru selama 30
minit. Dalam sesi itu, murid juga akan diberikan beberapa tips kesihatan bagi memberi
pengetahuan kepada murid. Sesi ini akan diakhiri dengan sesi minum air bagi menggalakkan
murid ini mengamalkan minum air putih setiap hari.

2.0 RASIONAL

Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan memiliki komposisi badan yang ideal
untuk kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengetahui status BMI diri sendiri.

3.2 Mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.

3.3 Melakukan aktiviti fizikal secara tekal untuk mencapai tahap kecergasan fizikal.

3.4 Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
4.0 TARIKH & TEMPAT

4.1 Tarikh : 15/9/2022 sehingga 1/11/2022

4.2 Hari : Rabu

4.3 Tempat : Padang atau Dewan Sekolah

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Murid : 113 orang murid.

6.0  STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Penubuhan jawatankuasa pelaksana Program Intervensi SEGAK dan BMI 5-9T
(Senaman Pagi dan Jom Minum).

6.2 Mengadakan mesyuarat bagi jawatankuasa pelaksana yang terlibat.

6.3 Menyediakan kos, sumber manusia dan peralatan yang diperlukan.

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En Jamain bin Sarapa (guru besar)

Pengerusi 1 : Puan Dayang Aliza (PK Pentadbiran)

Pengerusi 2 : En Ahmad Fadzairi (PKKK)

Penyelaras : Abang Muhammad Fathur Rahman bin Abang Madehi


(KP PJPK)

Setiausaha : En Ishak Waini

Bendahari : En Ruzaman

AJK Kerja : Encik Jaku (Ketua Fasilitator & Penyediaan Tapak)

En Azli (Ketua Penyediaan Fail Kelas dan Kutipan Data)

En Fatimah (Ketua Dokumentasi)

Pn Rokiah (Pen. Penyediaan Peralatan)


8.0 PERBELANJAAN

Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengelolakan program BMI 5-9T (Senaman Pagi)
adalah PCG PJPK.

Bil Perkara Kuantiti/Kos (RM) Jumlah (RM)

1 Air minuman botol RM12 Sekotak x 30 360

Jumlah Besar 360

9.0 JADUAL LATIHAN

Program senaman pagi ini akan diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu. Program ini
diadakan sebelum sesi PdPc dilaksanakan pada waktu pagi.

Masa Aktiviti
Rabu Setiap Minggu 6.40 pagi: Murid berkumpul di padang atau di dewan dan diberi tips
kesihatan oleh guru.
6.40 pagi: Sesi senaman dimulakan dan diakhiri dengan minum air putih.
7.10 pagi: Murid bersurai dan masuk ke kelas masing-masing.

10.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

BIL RISIKO PLAN PENYELESAIAN

1 Masalah Kesihatan murid (walaupun dengan Menunggu murid sihat dan bersedia untuk
izin ibubapa) melakukan aktiviti.

2 Isu tingkah laku murid seperti lambat datang Makluman akan diberikan kepada setiap ibu bapa
ke sekolah. murid yang terlibat dalam program ini.

3 Kekangan guru untuk menjadi fasi dalam Penggiliran secara berpasangan mengikut jadual.
setiap sesi senaman.

4 Kekangan disebabkan cuaca mengakibatkan Aktiviti akan dilaksanakan di dewan sekolah,


padang tidak boleh digunakan. koridor atau tempat-tempat lain yang bersesuaian.

5 Kekangan melaksanakan program pada hari Penangguhan akan dibuat pada hari berikutnya iaitu
rabu jika berlaku masalah yang tidak dapat hari Khamis.
dielakkan.
11.0 Pengurusan Penilaian Program

Maklum balas dari semua guru yang terlibat menggunakan google form.

10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, saya berharap agar kertas cadangan Program Intervensi SEGAK dan BMI 5-9T
(Senaman Pagi dan Jom Minum) mendapat pengesahan dan kelulusan daripada pihak tuan. Hal
ini kerana, program ini dapat membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam ujian
SEGAK dan BMI 5-9T dengan lebih berkesan pada sesi yang kedua nanti.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________________ ____________________

(ABANG MUHAMMAD FATHUR (PUAN DAYANG ALIZA)


RAHMAN BIN ABANG MADEHI)
Penyelaras Program SEGAK dan Penolong Kanan Pentadbiran,
BMI 5-9T,
SK Gita.
SK Gita.

Diluluskan oleh,

_________________________

(ENCIK JAMAIN BIN SARAPA)

Guru Besar,

SK Gita.
JADUAL FASILITATOR SENAMAN PAGI UNTUK MURID OBESITI MENGIKUT
PROGRAM INTERVENSI SEGAK DAN BMI5-9T

TARIKH NAMA GURU


21/9/2022 ABANG MUHAMMAD FATHUR RAHMAN
JAKU
28/9/2022 NAZWAN
ERIKA
5/10/2022 RUZAMAN
ISHAK
12/10/2022 ROKIAH
FADZAIRY
19/10/2022 FATIMAH ERIKA
16/10/2022 FATHUR NAZWAN
24/10/2022 RUZAMAN ISHAK

Anda mungkin juga menyukai