Anda di halaman 1dari 3

SMK SIJANGKANG JAYA

42500 TELOK PANGLIMA GARANG.



TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Nor Hayati bt Hj Bakri,
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
.2) En. Kowangid bin Taufik - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum.
Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang.
Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah
NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk
melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu
Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan
iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.
Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi.
Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.



LAPORAN GURU BERTUGAS.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan
bertugas mingguan.
Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan
ucapan mengenai program ______________________________
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________


UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM /
Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan
Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan
untuk merealisasikan kecemerlangan.

PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin
saya sampaikan ;

.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan
Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang dan guru-guru
yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan
Surah Al-Asr.




Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai