Anda di halaman 1dari 5

MINGGU MATEMATIK 2014

PANITIA MATEMATIK
SMK TUNKU SOFIAH
60 MINIT
AKTIVITI BIJAK FIKIR TAHAP 2
1. Isikan nombor 1 hingga 9 ke dalam petak dibawah dengan syarat jumlah nombor bagi
setiap baris menegak, melintang atau menyerong adalah 15.

2. Isikan 6 tanda X ke dalam ruang di atas dengan syarat tiada 3 tanda X yang sebaris
secara melintang, menegak atau menyerong dihasilkan.

3. Kira berapakah jumlah segi tiga yang terdapat di dalam gambar rajah di bawah.

4. Susun semula huruf-huruf di bawah supaya membentuk perkataan dan ayat tertentu.
IDGHNU AATPD AEEBMMZNKA EUULHSP IURB ISEJN UBA
_____________________________________________________________________
5. Terdapat empat nombor . Nombor pertama adalah satu per tiga daripada nombor kedua.
Nombor ketiga adalah jumlah nombor pertama dan kedua. Nombor keempat adalah tiga
kali nombor kedua. Apakah nombor itu ?
___ ___ ___ ___
6. Seekor katak terjatuh ke dalam perigi buta sedalam 20 meter. Setiap hari, ia hanya
mampu melompat setinggi 5 meter dan berehat pada ketinggian itu. Apabila malam, ia

tertidur dan terjatuh 4 meter ke bawah. Pada hari ke berapakah katak itu mampu keluar
dari perigi berkenaan?
______________________________________________________________________
________
7. Berapa kali anda dapat tolak 5 daripada 25 ?
______________________________________________________________________
________
8. Yang manakah lebih berat satu kilogram besi atau satu kilogram kapas ?
______________________________________________________________________
________
9. Di suatu kaunter pejabat pos, beberapa lelaki sedang beratur. Di hadapan seorang
lelaki, berdiri dua orang lelaki. Di belakang seorang lelaki, berdiri dua orang lelaki.
Seorang lelaki berdiri di tengah-tengah. Berapa orang lelaki yang beratur sebenarnya ?
______________________________________________________________________
________
10. Siti mengira hari dalam satu bulan pada kalendar dan dia mengira hingga 28 hari bulan.
Apakah bulan yang mungkin dikira oleh Siti ?
______________________________________________________________________
________
11. Dalam perjalanan ke Bandar, Kamal berselisih dengan sebuah bas. Di dalam bas itu
terdapat seorang pemandu bas lelaki dan 40 penumpang. Di antara penumpang itu
adalah 5 pasangan suami isteri. Setiap pasangan suami isteri itu memiliki 3 anak.
Daripada 3 anak itu, 2 adalah perempuan. Berapa orangkah lelaki yang menuju ke
Bandar ?
______________________________________________________________________
________
12. Terdapat 4 orang gadis yang ingin membeli belah di Pasar Raya Jumbo, Taman
Universiti. Mereka terdiri daripada Siti, Nurul, Intan dan Sarafina. Seorang daripada
mereka sudah membeli tudung manakala seorang lagi membeli jam tangan. Seorang
daripada mereka sudah membeli kasut manakala seorang lagi membeli beg tangan.
Pasar Raya ini mempunyai 4 tingkat. Pada setiap tingkat hanya menjual satu jenis
sahaja barang daripada keempat-empat jenis barang yang disebutkan tadi.
Siti pergi ke tingkat satu.
Tudung hanya dijual di tingkat empat.
Intan pergi ke tingkat dua.
Nurul membeli jam tangan.
Siti tidak membeli beg tangan.
Fikirkan apakah yang telah dibeli oleh setiap individu ?
Siti membeli ____________________ Intan membeli _____________________
Nurul membeli ___________________ Sarafina membeli ______________________

13. Seorang penjaja buah limau kehilangan kesemua buah limau yang dimilikinya. Apabila
ditanya mengenai bilangan buah limau yang dicuri, penjaja itu menjawab :
Kalau dikumpulkan dalam gandaan 2, baki yang tinggal 1.
Kalau dikumpulkan dalam gandaan 3, baki yang tinggal 2.
Kalau dikumpulkan dalam gandaan 4, baki yang tinggal 3.
Kalau dikumpulkan dalam gandaan 5, baki yang tinggal 4.
Kalau dikumpulkan dalam gandaan 6, baki yang tinggal 5.
Kalau dikumpulkan dalam gandaan 7, tiada baki.
Berapakah bilangan buah yang dicuri? ________________________
14. Seorang pemuda merayakan hari terima gaji pertamanya dengan membawa ahli
keluarganya makan malam di sebuah restoran. Semasa menjamu selera, pemuda itu
melihat setiap muka ahli keluarganya itu. Ia mendapati yang hadir adalah:
i.
Seorang datuk
ii.
Seorang nenek
iii.
Dua orang bapa
iv.
Dua orang ibu
v.
Empat orang anak
vi.
Tiga orang cucu
Sebagai seorang yang baru bekerja, pemuda ini belum mempunyai banyak wang dan
terpaksa berbelanja dengan cermat. Ia hanya mempunyai jumlah wang yang cukup bagi
membayar belanja makan malam itu. Pemuda itu sudah dimaklumkan oleh tuan punya
restoran itu bahawa makan malam itu berharga RM 20.00 seorang. Berapakah jumlah
wang yang perlu dibayar bagi jamuan itu ?
RM ________________________
15. Joseph mempunyai keinginan membeli satu set jersi pasukan Manchester United yang
Original berharga RM 97.00 sahaja. Joseph kesempitan wang dan meminjam wang
daripada 2 rakan baiknya. Kedua-duanya memberikan RM 50.00 kepada Joseph Jadi
Joseph memiliki wang sejumlah RM 100.00. Joseph membayar RM 100.00 kepada
jurujual itu dan menerima baki RM 3.00. Joseph membayar bailk hutang kepada
rakannya sebanyak RM 1.00 setiap seorang. Oleh itu, baki yang tinggal pada Joseph
ialah RM 1.00. Hutang yang tinggal pada setiap seorang ialah RM 49.00. Oleh itu,
jumlah keseluruhan ialah RM 98.00. Joseph mempunyai RM 1.00. Jadi jumlahnya RM
99.00. Ke manakah hilangnya RM 1.00 lagi bagi mencukupkan RM 100.00 ?
Berikan penerangan anda berdasarkan soalan di atas ?
______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________

16. Dalam sebuah kampong terdapat seorang penternak itik yang bernama Hassan. Hassan
mempunyai 2 reban itik yang berjumlah 1,111 ekor itik, di mana 505 ekor adalah itik
jantan dan 606 ekor lagi adalah itik betina. Hassan mempunyai seorang isteri bernama
Atikah yang selalu membantunya dalam menguruskan itik-itiknya itu. Dalam beribu-ribu
itik peliharaannya itu, terdapat seekor itik kesayangan mereka. itik itu ditempatkan dalam
satu reban khas. Pada suatu pagi, itik kesayangan mereka itu didapati hilang. Mereka
berdua berfikir bagaimana hendak mencari itik itu. Adakah itik itu hilang ataupun sudah
bercampur dengan ribuan itik-itik peliharaan mereka itu.
Bolehkan anda semua mencari berapakah bilangan sebutan itik yang terdapat dalam
cerita tadi ?
____________________________________________________________________________
__
17. Dalam keadaan apakah 11 + 2 = 1 ?
______________________________________________________________________
________
18. Anda menyertai satu perlumbaan kereta. Anda mengejar dan memotong kereta yang
kedua. Sekarang anda di tempat yang ke berapa ?
______________________________________________________________________
________
19.

8 8 8 8 8 8 8 8
Anda diberi lapan angka 8 dan operasi tambah (+), kemudian anda perlu menggunakan
angka dan operasi yang diberi, supaya hasil tambah angka itu adalah 1000. Anda boleh
menggunakan angka dan operasi tambah (+) berulang kali.
___________________________________________________ = 1000

20. Seorang peniaga melakukan jual-beli seperti berikut:


Dia beli barang berharga RM 700.
Dia menjual barang tersebut RM 800.
Dia membeli semula barang tersebut RM 900.
Dia menjual barang tersebut RM 1000.
Berapakah keuntungan dia dapat ?
______________________________________________________________________
________

NAMA
:
________________________________________________________________
KELAS
:
________________________________________________________________

2
0

Anda mungkin juga menyukai