Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha Pengetua SMK Anjung Batu,
- Tuan Hj Dom bin Dui

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah Menengah


Kebangsaan Anjung Batu,
1) Pn Hajah Samsiah binti Salim – Penolong Kanan Pentadbiran
2) En. Nazim bin Mohd Subari – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Tn. Sheikh Fauzi bin Ali – Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati barisan Guru Kanan Matapelajaran dan dikasihi lagi disayangi, para
pendidik dan rakan-rakan pelajar.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana
dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi
yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan
saudara____________________________________untuk mengetuai bacaan doa.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan
doa sebentar tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR


Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Sekolah.
Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama
dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar untuk pelajar akan diketuai oleh
_______________________________
 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang
dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk
LAPORAN GURU BERTUGAS
Seterusnya, saya mempersilakan Cikgu __________________________ untuk
memberikan laporan bertugas mingguan.
 Terima kasih kepada Cikgu __________________________ atas laporan yang
disampaikan tadi.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan __________________ untuk
________________________________________________________. Dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR


Seterusnya, saya mempersilakan _________________________ bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

 Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh
_________________________ itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat
kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa
pengumuman yang ingin saya sampaikan ;
.1) ____________________________________________________________

.2) _____________________________________________________________

.3) ____________________________________________________________

BERSURAI
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran,
Guru-guru Cemerlang dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri
perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

‫ُسْب َح اَن َك الَّلُهَّم َو ِبَح ْم ِدَك َأْش َه ُد َأْن َال ِإَلَه ِإَّال َأْن َت َأْس َتْغ ِفُر َك َو َأُت ْو ُب ِإَلْي َك‬
Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai