Anda di halaman 1dari 2

SEMUA GURU DAN PENTADBIR DI JEMPUT MENGAMBIL TEMPAT DUDUK.

SEMUA MURID DIMINTA UNTUK BERDIRI DENGAN SENYAP. PERHATIAN


KEPADA SEMUA MURID, PERHIMPUNAN AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
SILA BERSEDIA DAN SENYAP.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera


Yang Berusaha Puan Norhayati Binti Mohamad,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil,

Yang Dihormati Puan Hajah Rasidah Binti Haji Mohamad,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati En Alias Bin Din,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati En.Mohd Roshaydi Bin Ahmad,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, barisan pengawas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kerana dengan izinNya, dapat kita bersama-sama berkumpul


pada pagi ini dalam majlis perhimpunan sekolah. Semoga majlis perhimpunan
mingguan ini mendapat rahmat daripada Allah Taala.

Sebagai pembuka tirai perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan


___________________________ Pengawas bertugas pada minggu ini untuk
bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Aamiin....Aamiin....Ya Rabbal Alaamiin. Terima kasih diucapkan atas bacaan


doa sebentar tadi.
Seterusnya nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu
Sekolah.

(NYANYIAN LAGU NEGARAKU, NEGERI PULAU PINANG DAN LAGU SEKOLAH)


Seterusnya, majlis mempersilakan pengawas bertugas minggu ini
__________________________ untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.
(BACAAN IKRAR)
Terima kasih diucapkan.

Bagi meneruskan lagi perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan guru
bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu ______________________ untuk
menyampaikan taklimat dan pesanan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya
mempersilakan :
Puan Norhayati Binti Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil
untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan. Semoga segala amanat dan nasihat yang disampaikan
oleh guru besar menjadi pedoman buat kita.

Selesailah sudah perhimpunan kita ini. Selaku pengacara majlis perhimpunan


mingguan pada hari ini saya memohon maaf atas segala salah dan silap
sepanjang mempengerusikan majlis ini.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai