Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS  

PERSARAAN PN SITI ZALEHA BINTI YUSOFF

TARIKH : 6 APRIL 2022

HARI     : KHAMIS

MASA    : 11 .15 PAGI

SALUTASI/PENGENALAN MAJLIS

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WBT.
DAN SALAM SEJAHTERA

Yang Berusaha
Encik Yusoff bin Ishak
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Putera

Yang Dihormati
Puan Sharizat
Encik Jasli bin Yom
Puan Rafidah binti Karim

Yang dirai

_______________________________________

Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

PENGENALAN MAJLIS

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kita semua dipertemukan lagi pada pagi
yang berbahagia ini, bagi meraikan

Majlis Persaraan ________________________________________.

BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Hadirin warga dewan sekalian,


Bagi memberkati majilis kita pada pagi ini, marilah kita mengaminkan doa yang akan dipimpin
oleh Ustaz Abdul Rahman bin Ramli untuk memimpin bacaan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Rahman bin Ramli atas bacaan o aitu tadi.
GIMIK PERSEMBAHAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bak kata perpatah ,tak kenal maka tak cinta.tidak lengkap rasanya majlis ,tanpa mengenal
empunya diri insan yang diraikan pada pagi yang damai ini
Disini saya membacakan sedikit biodata yang di
raikan__________________________________________________.

Dilahirkan pada 9 April 1962 di Tapah,Perak .Mendapat Pendidikan awal Sekolah Kebangsaan
Bidor, seterusnya menyambung pengajian ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah
Syed Abdul Ghani, Sungkai.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa Kelantan.

Mendirikan rumah tangga pada tanggal ____________________ dengan pasangannya


___________________________ . Pasangan bahagia ini dikurniakan 3 cahaya mata.

Memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik pada ____________________


di Sk Sungai Batu Pantai Remis,Perak. Pada 1 Januari 1987 telah berpindah ke Sek Tunku Putera
sehinggalah sekarang.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Cikgu Zaleha.

Itulah sebentar tadi kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan_______________________________. Mudah-mudahan ianya dapat menggamit
kenangan-kenangan manis kita selama berkhidmat bersama-sama dengan Kak Leha.

UCAPAN WAKIL MURID

Hadirin sekalian
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ________________________________
Wakil murid Sekolah Kebangsaan Tunku Putera untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hornatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________________


atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Yusoff bin Ishak untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Encik Yusoff bin Ishak atas ucapan itu tadi.

UCAPAN YANG DIRAI

Hadirin sekalian,

Menjunjung adat, “yang datang disambut, yang pergi diiring”

Jangan tertawan alpa duniawi,


        Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan puteri dirai,
      Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu
_____________________________ untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian yang diraikan menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

PEMBERIAN HADIAH
Jangan tertaw
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Zaleha binti Mohd Yusoff.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas


#
#
#
#
#
#
#
#

Demikianlah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan Puan Zaleha binti Mphd Yusoff.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di Pelabuhan, Umpama berkayuh telah
sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambanganT
erima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

 Majlis sudah sampai ke penghujungnya,saya selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.


Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi WaBarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai