Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis

Majlis Nostalgia Menggamit Rindu


Murid-Murid Tahun 6 2022/2023

Ust. Razif Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Yang berusaha Pn. Julia binti Abu Bakar GB SK Bandar


Baharu, barisan pentadbir, guru-guru tahun 6, semua
rakan guru SK Bandar Baharu, anak-anak Tahun 6 yang
diraikan serta hadirin hadirat sekalian.
Assalaamu’alaikum w.b.t.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin dan restuNya jua kita dapat berkumpul
hening malam yang indah ini, bagi merealisasikan majlis
penuh bermakna iaitu Majlis Jamuan Perpisahan Murid-
murid Tahun 6 sesi 2022/2023.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Nostalgia


Menggamit Rindu 2022/2023.

Kami bagi pihak jawatankuasa majlis, mengalu-alukan


kedatangan para hadirin semua pada malam ini.
Majlis juga ingin merakamkan jutaan ucapan terima
kasih kepada semua guru, AKP dan murid Tahun 6 atas
kesudian hadir meluangkan masa bersama-sama dalam
memeriahkan majlis kita pada malam ini.
Nury Hadirin sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati dan merahmati perjalananan majlis


kita pada malam ini, majlis dengan penuh takzim
menjemput dan mempersilakan al-Fadhil Ustaz Azmi bin
Che Jaafar bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

********************BACAAN DOA*****************

Aamiiin3 Ya rabbal alamin. Terima kasih al Fadhil ustaz


atas bacaan doa itu tadi. Moga majlis kita dimulai
dengan rahmat, pertengahannya barakah, dan disudahi
dengan keampunan dan ukhwah yang diberkati dan
berpanjangan. In shaa Allah.

Ust. Razif Hadirin sekalian,

Seperti tradisinya, majlis Nostalgia Menggamit Rindu ini


yang sinonim dengan majlis perpisahan merupakan
majlis yang diadakan bagi meraikan murid Tahun 6 yang
berada di tahun akhir di SEBARU sekali gus
mematerikan memori terindah buat kali terakhir selama
mereka berada di alam persekolahan peringkat sekolah
rendah sebelum melangkah ke sekolah menengah sesi
hadapan. Maka, tanpa melengahkan masa majlis dengan
penuh takzim mempersilakan adik
________________________________________,
selaku ____________________________ mewakili
semua murid Tahun 6 bagi menyampaikan sepatah dua
kata buat para guru dan warga SEBARU. Dipersilakan.

**************UCAPAN WAKIL MURID*************


Terima kasih diucapkan kepada adik
____________________ atas ucapan yang sungguh
bermakna itu tadi.

Nury Sidang dewan yang dimuliakan,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Tidaklah lengkap majlis tanpa titipan ucapan dan


amanat daripada bonda GB kita yang tersayang,
umpama bertandang menziarah tanpa senyum dan
salam. Untuk itu, tanpa melengahkan masa, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Julia binti
Abu Bakar, GB SK Bandar Baharu ke pentas bagi
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

********************UCAPAN GB*****************

Sekalung penghargaan buat bonda kita, Pn. Julia atas


segala amanat dan nasihat yang dititipkan khususnya
buat anak-anak Tahun 6 yang disayangi. Semoga setiap
bait kata indah yang disampaikan oleh beliau tadi dapat
dijadikan panduan dan semangat untuk anak-anak lebih
positif dan matang dalam menghadapi alam sekolah
menengah yang lebih mencabar itu nanti. In shaa Allah.

Ust. Razif Hadirin sekalian,

Kita teruskan majlis kita pada malam ini dengan agenda


seterusnya iaitu jamuan makan. Untuk itu majlis sekali
lagi menjemput Ustaz Azmi bin Che Jaafar ke pentas
bagi memimpin bacaan doa makan.

******************DOA MAKAN******************
Terima kasih sekali lagi Ustaz Azmi. Hadirin sekalian
dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan.

Selamat menjamu selera.

*****************JAMUAN MAKAN***************

Nury Hadirin sekalian,

Tidak lengkap rasanya majlis makan malam kita ini


tanpa kita hayati persembahan istimewa daripada
murid-murid Tahun 6 yang kita sayangi. Untuk itu mari
kita sit back and relax untuk sama-sama kita hayati
persembahan pertama yang akan disampaikan oleh
……………………..

**************PERSEMBAHAN MURID*************

Persembahan 1 :
_____________________________________
Persembahan 2 :
_____________________________________
Persembahan 3 :
_____________________________________
Persembahan 4 :
_____________________________________
Persembahan 5 :
_____________________________________

***(subject to change ;p)

Ust. Razif Makan sudah, menyanyi sudah, bergambar kenangan pun


sudah.

Dengan ini, maka majlis Nostalgia Menggamit Rindu kita


pada malam ini telah sampai ke penghujungnya.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
juga buat jawatankuasa induk dan pelaksana
terutamanya guru-guru Tahun 6 yang terlibat dan
telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis indah
yang penuh memori ini.

Sebelum mengundur diri, saya Ustaz Razif (dan saya


Teacher Nury) ingin memohon kemaafan atas segala
kekhilafan sepanjang mengendalikan majlis pada malam
ini. Bagi pihak jawatankuasa majlis, kami juga ingin
memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Sebagai penutup majlis pada malam ini, terimalah


pantun terakhir daripada kami;

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Nury Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
lain masa bersua lagi.

BOTH Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum


w.b.t & selamat malam.

Anda mungkin juga menyukai