Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

Terima kasih diucapkan kepada puan pengerusi majlis.

Yang berusaha,

Puan Roswati binti Yusof


Guru Besar SK Sendayan

Tuan Mejar Mohamed Adnan Fareed bin Mohd Akbar,


Yang Di Pertua PIBG SK Sendayan

Yang dihormati,

Pn Norfaizah bt Abu,Penolong Kanan Pentadbiran

En Romaizi bin Talib,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Mohd Ezzuan bin Abd Mutalip,Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru-Guru yang dikasihi,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sendayan

Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi ucapan


terima kasih kepada puan pengerusi majlis kerana memberi saya ruang dan
peluang untuk menyampaikan ucapan selaku Ketua Pelajar SK Sendayan dalam
majlis Apresiasi dan Jamuan Akhir Tahun ini. Saya mewakili murid-murid Tahun
6 SK Sendayan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada barisan guru-guru SK Sendayan kerana sudi menyediakan majlis
seindah ini buat kami murid-murid Tahun 6 sesi 2023/2024.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya majlis pada petang ini kelak akan menjadi suatu memori indah
buat kami. Memori ini akan disimpan baik-baik dalam lipatan sejarah hidup
kami.Inilah detik paling berwarna-warni dengan guru-guru yang berwajah
berseri-seri. Oleh itu, saya mewakili semua murid mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami di pra
sekolah sehinggalah ke Tahun terakhir kami di SK Sendayan.Tidak terbalas
segala ilmu dan pengalaman yang diberikan kepada kami.
Wahai guru kami,
Jasamu semerbak kasturi,
Seluas lautan tak bertepi,
Kasih sayangmu begitu agung,
Yang meniti setiap suka dan duka,
Tidak dapat ku balas.

Seterusnya buat rakan-rakan seperjuangan sekalian,tahniah dan Syabas saya


ucapan kerana kita telah sama-sama melalui 6 tahun bersama menimba ilmu
dan pengalaman yang tidak akan kita lupakan. Kini kita bakal melangkah ke
alam sekolah menengah yang akan lebih mencabar. Walaupun dimana kalian
berada nanti,ingatlah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Akhir kata, selaku wakil daripada murid-murid Tahun 6 sesi 2023/2024


mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk memohon maaf kepada semua
guru, khususnya kepada guru-guru Tahun 6 , Puan Guru Besar,barisan
pentadbir serta guru-guru yang amat kami kasihi sekiranya sepanjang kami
berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang tidak
disenangi sepanjang bergelar murid di SK Sendayan.Harapan kami agar guru-
guru sekalian berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. sentiasa.

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun daripada saya;

Hendak berburu ke luar kota,


Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Kalau ada lengguni pahit,


Mari ditaruh dalam celepa,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati kami tak lupa.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai