Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih kepada saudari pengacara majlis. Assalamualaikum wbt.

Yg berusaha guru
besar SK Kemumin encik mohd Azhar Bin Abu Bakar. Yg berusaha penolong kanan
pentadbiran SK Kemumin, Puan shamsiah binti mohd razali. Yg berusaha penolong kanan
hal ehwal murid SK Kemumin, puan robiah binti hassan. Yg berusaha penolong kanan ko
kokurikulum SK Kemumin, encik zainal bin mohamad. Yang berusaha, guru cemerlang
sains, merangkap ketua guru penasihat pengawas SK Kemumin, encik mohd freezaillah
arkmey bin md din. Barisan guru penasihat badan pengawas SK kemumin dan seterusnya
rakan rakan pengawas yg dikasihi sekalian. Turut mengalukan kedatangan ust. Mohd Razizi
bin Arifin ke majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya Alyaa Alisha selaku ketua pengawas, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru kerana mengadakan jamuan akhir tahun pengawas sekolah bagi tahun ini dan
jamuan terakhir bgi kami pengawas tahun 6.

Sepanjang beberapa tahun kami memegang jawatan sebagai pengawas sekolah ini, banyak
pengetahuan yang kami peroleh. Di samping itu, kami juga dapat menjalankan tugas
sebagai pengawas sekolah dengan jayanya berkat bimbingan para guru dan kerjasama
daripada semua murid Sekolah Kebangsaan Kemumin. Selain itu, byk kenangan manis yg
tercipta.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili semua pengawas tahun 6 juga berjanji akan menjadikan pengalaman
sepanjang kami menjalankan tugas di sekolah ini sebagai bekalan dan pemangkin untuk
menjadi pengawas yang lebih cemerlang dan berdedikasi sekiranya diberi peluang
memegang jawatan sebagai pengawas di sekolah menengah nanti.

Namun begitu, walaupun kami telah cuba sedaya upaya menjalankan tugas sebagai
pegawas,tetapi sebagai insan biasa, kami tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan
kesilapan. Oleh itu. Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua guru
atas kekhilafan kami ini. Kami berharap guru² dpt maafkan segala kesilapan kami sama ada
sengaja atau sebaliknya. Kami doakan semoga Allah membalas segala kebaikan mu dan
doakan kejayaan buat kami. Halalkan semuanya wahai guru²ku yg tersayang.

Kepada pengawas tahun 2 hingga 5, teruskan tugas mu sebagai guru kecil di SKK. Jalani
tugas mu dgn ikhlas dan demi bangga kan guru² yg tk pernah lelah mendidikmu
terutamanya guru² penasihat pengawas. Saya doakan semoga kalian dapat berbakti dgn
cemerlang dan peroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak semua pengawas tahun 6
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung mengadakan jamuan akhir tahun ini. Sekali lagi juga kami ingin
memohon maaf atas segala kekhilafan kami dan terima kasih buat segalanya. Sebelum
saya mengundur diri, terimalah beberapa rangkap pantun..
Pengawas sekolah itulah kami,
Menjalankan tugas penuh dedikasi;
Jutaan terima kasih daripada kami,
Dengan jamuan perpisahan ini.

Waktu malam pelita dinyala,


Pelita diletak di atas para;
Guru ibarat lilin menyala,
Jasa kalian takkan kami lupa

Raut wajah penuh ketenangan,


Tidak terkalam kasih dijunjung
Jasamu tetap dikenang
Budimu tetap disanjung

Patah dahan bunga kemboja


Pucuk paku subur di titi
Budi cikgu kami tk lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Salam kemaafan kami hulurkan, ilmu diberi harap halalkan, doakan kami berjaya di dunia
dan di akhirat. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai