Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Wakil Pelajar Sempena Hari Guru 2015

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Yang berusaha, Guru Besar SK Batu Tellingai Encik Ahmad Zaini bin Abdul
Rani
Yang Dihormati, Penolong Kanan 1, Puan Amlah binti Daud, Penolong Kanan
HEM, Puan Mastura binti Ali, Penolong Kanan KoKurikulum, Encik Matahil
bin Mungkil, barisan guru-guru SKBT yang diraikan, serta rakan-rakan
sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat kita berkumpul pada hari ini dengan meraikan insan yang amat kita
sanjungi dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2015 dengan temanya Membina
Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Hadirin sekalian,
Kerjaya seorang guru tidak memungkinkan gelaran hartawan apatah lagi
menjadikan jutawan, namun dari segi agama, menjadi guru amat tinggi
darjatnya di sisi Allah S.W.T. Nabi Muhammad pernah bersabda yang
bermaksud apabila matinya seseorang anak Adam itu, akan terputuslah ia
dari dunia melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan doa daripada anak-anak yang soleh.
Kepada semua guru, usahlah bersedih seandainya prestasi kami tidak
seberapa dan tingkah laku kami menyesakkan dada. Sesungguhnya niat
yang ikhlas untuk mendidik kami menjadi manusia berguna mendapat
ganjaran yang hebat di sisi-Nya.
Kami sebagai anak-anak muridmu amat menghargai jasa-jasamu. Terima
kasih kerana memarahi kami ketika kami leka di ulit mimpi. Terima kasih
menunjukkan kami jalan ketika kami hilang arah tujuan. Terima kasih
kerana menjadi penyelamat ketika kami tidak lagi punya semangat. Terima
kasih kerana menjadi rakan ketika kami sangat memerlukan. Terima kasih

kerana masih melemparkan senyuman ketika kami diamuk kehampaan.


Terima kasih untuk segala-galanya. Jauh di sudut hati kami amat
mengharapkan agar para guru terus mencurahkan ilmu kerana piala hati
kami masih kosong dan minda sentiasa meminta untuk dipenuhi dengan ilmu
daripadamu para guru.
Kami sebagai generasi muda, berjanji akan meneruskan legasi kemakmuran
dan keharmonian Negara ini.
Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu
Cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik,dalam lagi jasamu
Cikgu,
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu
Cikgu,
Terima Kasih Cikgu
Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat
Hari Guru. Kami mendoakan semoga cikgu-cikgu sekalian panjang umur,
murah rezeki, sihat dan dapat meneruskan bakti dengan telus dan ikhlas
demi melahirkan insan-insan yang berguna. Saya selaku wakil pelajar ingin
memohon maaf kerana sambutan hari guru pada kali ini tidak semeriah
mana, namun begitu kepada kami, kecil atau besar sesuatu majlis itu
bukanlah kayu pengukur kepada penghargaan seseorang murid kepada
gurunya. Sesungguhnya insan yang bergelar guru ialah insan yang paling
mulia di sisi-Nya
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai