Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR


SK KAMPONG RINCHING
2016

MASA/AGENDA PENGUMUMAN

KATA ALU- Bismillahirahmanirrahim


ALUAN Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan
salam sejahtera.

Yang Berusaha,
Encik Razak b. Said, Guru Besar SK Kampong Rinching.

Yang Dihormati,
Puan ________________, dari SK ________________.

Yang Berusaha,
Pn. Latifah bt. Said, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
En. Joseph Lincoln a/l J. Samuel, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
Pn. Jamaliah bt. Abd. Hamid, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,

Seterusnya, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah


rahmatNya, dapat kita berkumpul di sini pada pagi yang
indah ini bagi mengadakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR
Kertas Matematik bagi tahun 2016.

BACAAN DOA Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan ___________________,
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada ______________________ atas bacaan doa tadi.
UCAPAN GB/PK Para Hadirin Sekalian,
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Razak b.
Said, Guru Besar SK Kg. Rinching untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Bengkel Teknik
Menjawab UPSR bagi sesi 2015. Majlis dengan penuh
hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.

( Ucapan perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan


merasmikan majlis pada pagi ini.

Bagi meneruskan agenda kita pada pagi ini, saya


menyerahkan majlis kepada Puan __________________
dari SK ______________ yang merupakan_____________.
Beliau akan meneruskan sesi pertama Bengkel Teknik
Menjawab UPSR bagi subjek kertas Matematik.
Dipersilakan.

SESI BENGKEL

UCAPAN Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan


TERIMA KASIH kepada Puan _______________________ atas perkongsian
ilmu sebentar tadi.

Murid-murid yang dikasihi,


Diharapkan apa-apa yang disampaikan tadi dapat
meningkatkan lagi pengetahuan dan ketrampilan anda
semua untuk menjawab UPSR kelak dengan jayanya.

PENYAMPAIAN Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis


CENDERAMATA mempersilakan Yang Berusaha _______________ untuk
menyampaikan cenderamata kepada penceramah
Puan __________________________.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan _________________


atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan jutaan terima kasih kepada _______________
atas kesudian menyampaikan cenderamata.
PENUTUP Sebelum berpisah, saya memohon kemaafan atas segala
kekurangan dan kekhilafan yang berlaku sepanjang majlis ini
berjalan.

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai