Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

BAHAS BAHASA MELAYU


ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA
PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Bahas Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau cadangan
seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang
diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua
(2) menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta dan
contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam
negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan. Pihak Pembangkang
yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi
berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan
serta menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai
diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian.

Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi
keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh
Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan
Rakyat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.
2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan spontan.
2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang
bernas dan teratur.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang menemukan


pemenang dua (2) kumpulan yang bermula pada peringkat kedua. Walau bagaimanapun,
pada peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang dibenarkan
seperti gambar rajah yang berikut:

2
JADUAL PERTANDINGAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH‐SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGER

PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
SUKU AKHIR
P1 SEPARUH AKHIR
2 PERINGKAT AKHIR
K2

D1
K1
LAWAN M1

M7
P7
D2
K2

K2

M10 M9
P10 P9 M6

P2
K2

K2 K2

M2
K2

D3 K2
K2 LAWAN
M14
K2
D4 M13
M6

M6
P6
K14 K2
K2
K13

D5 BYE
K2

P3

K2

D6
P146
K2
K3
LAWAN M3
K2
P136
K2

D7

P4

M4
K2

D8
K2
LAWAN
M12
D9 M11
P12 P11
K2 K2

K2 K2

K4

M8
K2 P8
K2

K5
P5

K2 D10
M5
LAWAN K2

D11

PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4


P15
K2
TIADA PERTANDINGAN

3
P16 PENENTUAN JOHAN DAN NAIB JOHAN
K2
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Tahap Dua
(2) iaitu Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) warganegara Malaysia sama ada
di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan.
Manakala, Sekolah Agama Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dibenarkan menyertainya tetapi penyertaan
sehingga peringkat negeri
sahaja.Penyertaanberbilangkaumamatdigalakkan.
4.2 Setiap sekolah/zon/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan
untuk pertandingan tersebut.
4.3 Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah yang sama.
4.4 Pendaftaran peserta hanya melibatkan lima (5) orang peserta iaitu tiga (3) orang
pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan.

5.0 TATACARA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pengendalian Pertandingan

5.1.1 Usul diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dua (2)
minggu sebelum pertandingan.(Sila rujuk lampiran 1)
5.1.2 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian atau secara hibrid.
5.1.3 Peserta yang bertanding akan berada di lokasi masing-masing.

5.2 Sebelum Pertandingan

5.2.1 Pasukan bertanding perlu menyediakan tiga (3) talian dalam aplikasi
telesidang yang mempunyai:

5.2.1.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang pembahas
utama.

5.2.2 Pegawai teknikal perlu memastikan lima (5) talian dalam aplikasi
telesidang disediakan yang merangkumi:

5.2.2.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang hakim yang
bertugas.
5.2.2.2 Satu (1) talian yang terdiri daripada Yang Dipertua Dewan dan
seorang penjaga masa.
5.2.2.3 Satu (1) talian yang digunakan oleh pegawai teknikal untuk
memantau perjalanan pertandingan.

4
5.2.3 Uji talian akan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula. Setiap pasukan
diminta untuk bersedia di tempat yang mempunyai capaian Internet yang baik.

5.2.4 Semasa uji talian dijalankan, semua pihak yang terlibat mestimemberikan
kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan perjalanan pertandingan dapat
berjalan dengan lancar.

5.3 Semasa Pertandingan

5.3.1 Setiap pasukan akan mendapat pautan telesidang sehari sebelum pertandingan
dijalankan.

5.3.2 Setiap pasukan haruslah bersedia untuk uji talian bersama-sama Yang Dipertua
Dewan tiga puluh minit (30 minit) sebelum pertandingan sebenar berlangsung.

5.3.3 Semua peserta perlu mengikut arahan sepenuhnya daripada Yang Dipertua
Dewan.

5.3.4 Semua peserta perlu dalam keadaan mod senyap kecuali ketika menyampaikan
hujah dan memberikan izin laluan.

5.3.5 Bilangan peserta semasa pertandingan adalah seperti yang berikut:


5.3.5.1 Lima (5) orang peserta pasukan kerajaan.
5.3.5.2 Lima (5) orang peserta pasukan pembangkang
5.3.5.3 Seorang Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa
5.3.5.4 Hakim yang dilantik

5.3.6 Sebarang bantuan daripadapihak ketiga selain daripada peserta yang bertanding
tidak dibenarkan.

5.3.7 Keputusan pertandingan akan diumumkan setelah selesai penjurian dijalankan


selepas pertandingan.

5.3.8 Para peserta dikehendaki berada di bilik pertandingan maya tiga puluh
(30) minit sebelum pertandingan bermula supaya pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan
dibatalkan penyertaannya.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Satu (1) pasukan yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima (5) orang pembahas
dari sekolah yang sama. Pertandingan dilaksanakan secara timbal balik.

6.2 Pasukan yang akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan
bertanding dengan Pasukan Pembangkang.
6.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai YAB Perdana
Menteri, manakala empat (4) orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut sebagai
YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat dan YB Menteri
Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB
Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi pembahas dalam pasukan tersebut
akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB
Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

6.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti yang
berikut:

KERAJAAN
PEMBANGKANG MASA
(PENCADANG)
1 Pertama 2 Pertama 7 minit
3 Kedua 4 Kedua 7 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 7 minit
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan
8 7 5 minit
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

6.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu (1) hujah
manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua (2)
hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah
baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah-hujah pasukan lawan.

6.6 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’.
Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan.
Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan.

6.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas kedua
daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh
pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga (3)
hakim

7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit
sebelum perbahasan bermula.

7.3 Pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri) dipilih
sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih
pasukan yang menang.
7.4 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan
borang keputusan dan menyerahkannya kepada Yang Dipertua Dewan untuk
mengumumkan keputusan perbahasan.

7.5 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik adalah berdasarkan majoriti.


Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan
pembahas terbaik.

7.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 TATACARA PERBAHASAN

8.1 Pengendalian Perbahasan

8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-
kurangnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia maya untuk menentukan
pihak kerajaan dan pembangkang sebelum pertandingan. Cabutan undi
akan dilakukan secara dalam talian antara pegawai teknikal dan pembahas
daripada kedua-dua pasukan yang akan bertanding.

8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat


akan dikuarantin di bilik persediaan maya masing-masing selama lima
belas (15) minit pada pusingan awal dan tiga puluh
(30) minit pada pusingan seterusnya.

8.1.4 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan maya. Pihak
lain seperti guru penasihat, jurulatih, ahli keluarga atau penyokong
dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
kuarantin maya.

8.1.6 Bilik persediaan maya yang digunakan oleh peserta untuk sesi kuarantin
juga menjadi bilik persidangan maya.

8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar dari
tempat duduknya dan berada di tempat yang bersesuaian.

8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan

8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan
memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas.
8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa komen dan
ulasan tentang usul perbahasan ataupun pembahas yang sedang
bertanding.

8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah bersedia
sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan pertandingan.

8.3 Peranan Penjaga Masa

8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit


diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan lima (5) minit untuk ucapan
penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas
berhujah.

8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin
laluan. Pada minit keenam loceng akan dibunyikan sekali menandakan
masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua (2) kali
pada minitketujuh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah
telah tamat.

8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa


kedua-dua pasukan diberi masa lima (5) minit sebagai masa persediaan
sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

8.3.4 Pada minit keempat masa penggulungan, penjaga masa akan


membunyikan loceng amaran dan pada minit kelima loceng dibunyikan
dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.

8.3.5 Penunjuk masa secara maya (virtual) akan dipaparkan pada skrin
komputer sebagai panduan masa pembahas untuk menyampaikan hujah
dan bidasan.

8.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan diberikan
sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa pertandingan
dijalankan.

8.4 Larangan

8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang.
8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis serta terjemahan untuk
mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
8.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 7 Minit

8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau
pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan


berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak
Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri- menteri yang
lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah
dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian pihak
Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 7 Minit

8.5.6 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian


pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang
telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak definisi tersebut.
Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut. Mereka boleh
mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka.

8.5.7 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan).

8.5.8 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian


pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam
perbahasan tersebut.

8.5.9 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi


pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh
pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak
pembangkang.
8.5.10 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu (1)
hujah dan memberi huraian/fakta berdasarkan pendirian pihak
pembangkang.

8.5.11 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan pendirian


pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan
oleh kerajaan.

Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 7 Minit

8.5.12 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak
kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang telah
diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut.
Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak
pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang
definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

8.5.13 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang.

8.5.14 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak
kerajaan.

8.5.15 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian pihak
kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 7 Minit

8.5.16 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.17 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.18 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan dua


hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usaha yang telah
dibentangkan oleh pihak pembangkang.

8.5.19 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk menegaskan pendirian


pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan
oleh kerajaan.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 7 Minit

8.5.20 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah
dikemukakan oleh pembangkang kedua.
8.5.21 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah
dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.22 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa
oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak kerajaan bagi
menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 7 Minit

8.5.23 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.24 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.25 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah- hujah
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.26 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul


berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan pendirian
pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan
oleh kerajaan.

8.6 Peranan Penggulung.

Penggulung Pihak Pembangkang


(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas


hujah/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan
kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam
membentangkan usul tersebut.

8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung


perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk
menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan


(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas


hujah/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul
tersebut.

8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan


bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk
menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan.

9.0 IZIN LALUAN

9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan untuk
membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada
pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilalukan dalam bentuk:

9.1.1 soalan;
9.1.2 kenyataan;
9.1.3 fakta;
9.1.4 ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang
diutarakan oleh pembahas.

9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang
sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang
dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta
penjelasan dan menyoal pihak lawan.

9.3 Masa selama lima belas (15) saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan.
Izin laluan haruslah padat dan bernas.

9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan
kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika
melanggar etika ini.

9.5 Etika Izin Laluan

9.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit kedua
dan minit keempat hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan
pada dua minit pertama dan minit kelima semasa pembahas sedang
berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan
penutup masa yang ditetap untuk izin laluan.

9.5.2 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

9.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau
berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Perlakuan
yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik
jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja
dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan
pengurangan markah.

9.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi
bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah
dilarang.

9.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan
menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang
sedang berucap boleh:
 Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;
 Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
 Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.6 Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.6.1 Sepanjang perbahasan, seorang pembahas diwajibkan memohon sekurang-


kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling
kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.

9.6.2 Pembahas yang ingin memohon izin laluan hanya perlu mengangkat kad
izin laluan sehingga diterima oleh pihak lawan. Apabila diterima,
pembahas perlu mengaktifkan mikrofon dan menyahaktifkannya selepas
memohon izin laluan.

9.6.3 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang berhujah, perlu
bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak memohon izin laluan.

9.6.4 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali akan
kehilangan markah isi dan strategi.
 Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
 Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

9.6.5 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada
pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
 Kehilangan markah dalam isi disebabkan oleh pembahas tidak memberi
peluang kepada pihak lawan.
 Kehilangan markah strategi disebabkan oleh pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut untuk menghadapi
cabaran.
9.6.6 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara
spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan menilai daripada
penglibatannya dalam izin laluan.

10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana platform bagi
tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau
mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang
mana keputusan adalah muktamad.
LAMPIRAN 1

L BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 20

USUL PUSINGAN 1
PEMAIN IMPORT: KEMENANGAN SESEBUAH PASUKAN BOLA SEPAK

USUL PUSINGAN 2
SARAPAN PAGI PERCUMA DI SEKOLAH: LANGKAH YANG TEPAT

PUSINGAN SUKU AKHIR


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN: SUBJEK ELEKTIF
EPENUHNYA

PUSINGAN SEPARUH AKHIR


COVID-19: TANGGUNGJAWAB SEJAGAT

PUSINGAN AKHIR
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI: KITA SUDAH BERSEDIA

Anda mungkin juga menyukai